Joo Yee ....
MENUKAR nama bapa kepada Abdullah sudah lama diamalkan di Malaysia. Namun, ia tidak pernah diamalkan ketika zaman Rasullullah s.a.w. Contohnya Rasulullah tidak mengubah nama bapa Abdullah bin Abd. Asad biarpun Abd. Asad membawa makna hamba kepada singa, iaitu jelas mengandungi unsur-unsur syirik (Ibni Al-Jawzee, Sifatus Safwah, Jilid 1 (63).
Malah Umar Al-Khattab dan Ali bin Abu Talib juga mengekalkan nama bapa masing-masing setelah memeluk Islam. Jika wajib menukar nama bapa, apakah Rasullullah sendiri tidak mengetahuinya dan melakukannya?
Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon berkata, ramai masyarakat di Malaysia beranggapan bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.
Pada zaman Rasullullah, mereka yang memeluk agama Islam dinasihati oleh Rasulullah supaya menukar nama asal kepada nama yang bermaksud baik.
Sumber: Utusan Malaysia 12 April 2007
***********************
Sejak akhir- akhir ni aku terlampau sensitif dengan isu SAUDARA BARU ISLAM kita. Aku mempunyai beberapa kawan yang telah mendapat hidayah Allah SWT untuk mendalami Islam. Sebagai kawan aku sangat menghargai tapi dengan sokongan moral sahaja!!!!???????? Maka beberapa hari ni, aku selalu usha-usha blogger mualaf, emmmmmmmmmmmmmmmmm "Tak tahu kenapa air mata aku bergenang dan meleleh setiap kali aku teringat atau membaca isu ini"
Aku meletakkan diri aku sebagai seorang mualaf! dan aku memikirkan tentang dugaan-dugaan Allah SWT yang terpaksa aku lalui.
1. DIBUANG KELUARGA, KAWAN
2. HILANG TEMPAT BERGANTUNG maka aku akan pergi ke persatuan-persatuan dan mencari rakan- rakan yang senasib dengan aku
3. PERLUKAN PEBERLANJAAN UNTUK SARA DIRI kalau perempuan nak beli baju yang menutup aurat dan tudung. Semuanya pakai duit......lelaki mudah
4. MALU NAK EXPOSE! ye la aku perempuan, bagi aku bila aku masuk masjid ........aku nak belajar solat, mestilah nak cari geng surau yang tak perlu kita skema2 malu2........dan mencuba sedaya mungkin untuk tidak nampak pelik di kalangan mereka yang melayu di surau/masjid.
5. PERLU BIMBINGAN USTAZ USTAZAH SERTA GENG2 MUALAF bila kita yang sedia sempurna asalnya MELAYU kita mungkin tak paham, mungkin bila kita merantau dan Islam adalah kumpulan minoriti maka barulah kita merasa sunyi dan ASINGnya kita. Begitu juga dengan mereka, maka perlulah kita mencari geng mualaf dan bertukar cerita pengalaman mereka bagaimana mereka sungguh tabah melalui semua dugaan ISTIMEWA dari Allah SWT.
6. CABARAN KUAT LAGI-LAGI DIWAKTU MEMELUK ISLAM DALAM USIA YANG MUDA. Dulu dah biase ngan arak, disco dan kawan-kawan sekepala. Kini mereka tiada dan perkara-perkara mungkar harus ditinggalkan maka KESUNYIAN itu akan timbul. Maka aku akan isikan masa dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang geng- geng mualaf anjurkan.
7. MENCARI PASANGAN YANG MEMBIMBING ni adalah sangat-sangat penting. Yela bila kita baru memasuki dunia baru kita perlulah mencari PEMBIMBING yang sangat2 taat pada Allah SWT barulah kita sentiasa berada di dalam jalan Allah SWT. Kalau perempuan, carilah pasangan yang cintakan Allah SWT. Kalau lelaki, sebagai ketua keluarga dia harus ade ego untuk membimbing isterinya....memang la kene cari isteri solehah...ok fine sume nak cari yang terbaik! Tapi sebagai lelaki walaupon anda mualaf tetapi anda perlu mendalami Islam untuk membimbing keluarga anda.....haaaaa siap anda lagi.
8. BERTERUSAN BERDOA AGAR KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN JUGA LEMBUT HATI UNTUK MENERIMA DIRIKU DAN SEMOGA ALLAH SWT BERIKAN HIDAYAH KEPADA MEREKA JUGA doa berterusan supaya mereka juga sempat menjadi umat Islam. Ok ni sangat-sangat sedih.
Tu je la setakat ini yang boleh aku pikir aku tengah meleleh sambil tulis post ni.......ya Allah aku tak tahu napa hati ni sedih sangat.
Di sini aku letak beberapa link untuk korang tengok dan sedarlah mereka "mualaf" lagi bersemangat bersatu berbanding diri kita yang sedia asal MELAYU. Adoi malu sangat. Dan buat pengetahuan semua BUKAN SEMUA MELAYU ITU ISLAM dan itu fakta.
muke die familiar kan???
ini persatuan Cina Muslim di Selangor, ini NGO yang membantu mualaf2 meringankan bebanan mualaf baru.
cukuplah banyak sangat attach link kang.....susah lak...better sape yang berminat g search sendiri!!!
Aku merasa sangat- sangat cemburu dengan mereka ....sebab mereka sangat-sangat bertuah kerana dapat hidayah dari Allah SWT di dunia ni. Hidayah untuk mendalami Islam...Beberapa kawan aku itu, mereka mendapat hidayah apabila mereka mengkaji Al Quran dan membandingkan dengan Bible. Mereka sangat hebat sehingga dapat mengesan kekurangan Bible.......dan mereka mengagumi Rasulullah SAW dengan karakter yang tiada kekurangan. OK aku SENTAP............kerana aku hanya mengaji apabila sekolah rendah menengah untuk khatam dan mengaji bila aku dalam keadaan yang tidak tenang. Dan aku JARANG mengkaji dengan melihat tafsiran dan cuba memahami..............JARANG. Aku download Al-Quran dan tafsiran dan kebanyakan masa aku ....aku lagi suke bukak FB dan Tweeter serta dengar lagu KOREA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sebab tu aku sedih sangat kot.
Emm nak cerita la kan....aku baru mendapat kerja sebulan yang lalu, dan aku membuat planinng atas nasihat ibu aku. Aku nak kumpol duit nak setel hutang dan dalam masa yang sama aku nak menabung untuk pergi ke KOREA tahun depan dengan kewangan yang kukuh. Aku memberitahu kepada rakan sekerja aku......tentang planning aku, lalu dia menegur yang dia mahu membuat UMRAH pon mencukupi buatnya.......... aku sedih dengan diri aku sebab kenapa aku tak pernah pikir tentang tu langsung. Dan sejak semalam aku bertekad aku akan pergi ke Mekah dahulu baru la aku akan ke korea. Harap impian ini diredhai Allah dan dipermudahkan oleh NYA.
NOTA BIAWAK: Buat masa ini aku tak pernah miss berdoa untuk seorang rakan yang aku amat sayangi untuk mendapat hidayah |Allah SWT juga. Saya sangat-sangat sayang rakan itu. Saya harap jika tidak berjumpa bersama di dunia alangkah bahagia jika kami berjumpe di syurga. Walaupon aku tak layak untuk syurgaMU namun juga aku tidak mahu ke NERAKAMU.....

0 comments:
Catat Ulasan