Khamis, 22 November 2012

Al-Fatihah untuk Allayarham adek ayah Shaharudin Bin Mohd Daud

Mungkin aku terlambat untuk melawat.
Mungkin aku terlambat untuk menasihat padahal aku juga belajar ilmu sains dan tahu berkaitan sel kanser.
Mungkin aku tak pernah kesah sebab aku yakin dia boleh sembuh.

Namun Allah SWT lebih menyayangi beliau.

Dari kecik family aku memang agak rapat dengan family beliau, dengan family di Bentong pon...kami memang selalu berjumpe walaupon kami berada di Gombak.

20 Nov 2012
Aku demam panas, hingus berjurai2 dan batuk tanpa henti sehingga abdomen aku sakit. Tiba-tiba ibu masuk bilik beritahu Acik Atan dah sakit sangat2 jom ke Hospital Temerloh.
Dengan gagah aku membawa kereta di dalam keadaan yang amat lemah. Alhamdulillah aku sampai dan isteri Acik Atan aku terus meluru ke ibu memeluk dan menangis.

Paling menyayatkan hati, lalu air mata berjurai2 adalah aku membaca buku nota mereka.
Allayarham menghidap barah tekak, dia telah kehilangan salah satu nikmat Allah iaitu bersuara. Aku buka dan membaca semua catatan anak dan Allayarham.

" Aku ni nak mati, kenapa doktor asik ambek darah aku?"

" Tolong mintak maaf pada semua"

"Aku ni nak mati, kalau korang asik berbalah tinggalkan aku sini sorang, aku bergantung pada keadaan"
Mungkin anaknya berbalah sebab masing2 emo dengan situasi ini...Ayat ni buat aku menangis tanpa henti.
Lagi teruk aku menangis bila, isteri dan anak-anaknya membantu ayahnya minum dan sedut kahak yang berdarah. Ya Allah...............sedihnya Allah SWT je yang tahu. Allahyarham haus dan lapar tapi kanser tu telah menyekat saluran penafasan dan saluran pemakanan....Ya Allah betapa hebat ujianMU....dan aku yang melihat...YA ALLAHHHH....

Maaf jika ayat di atas tak sama 100% tu yang sempat di ingatan aku. Ada banyak lagi catatannya tapi aku tak sanggup nak taip. Rasa menyesal tidak membantu family Allayarham semasa dia di hospital lebih awal.

Allayarham seorang POLIS dan seorang yang sangat2 baik. Jika dia susah sekalipon, dia jarang terima duit dari ayah aku.....walaupon dipaksa. Kalau kami datang rumah, makan memang mewah, macam2 dibeli....nasihat, dia selalu menjadi penasihat dan pendengar terbaik ayah. Satu family memang baik dengan kami....dan aku sangat percaya dia seorang polis yang sangat bertanggungjawab dan amanah.
Mungkin dia menolak proses pembedahan kerana duit itu untuk familynya.
Ya Allah 
Semoga Allayarham berada di sisi orang2 yang soleh
Al-Fatihah

1 ulasan:

abah khalisha berkata...

Al-fatihah..semoga ditempatkan dikalngan orang yg beriman