Ahad, 3 Februari 2013

Bahagia? Jangan Salah Anggap!


Ada ramai yang menegur aku, ko nampak bahagia....bestnyer hidup ko....bestnye....dan sebagainya

Maaf kawan....aku baru nak start hidup baru kan....selama ni aku jarang dengar orang cakap camtu kat aku...cume selepas beberapa gambar aku pergi korea di post di Fb dan instagram...mungkin aku terlampau obvious mempamerkan excited aku kan.

Bak kate Zaira kawan aku, pergi Korea bagi peminat K-pop macam kami bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Maka aku memohon maaf kepada sesiapa yang merase muak tengok gambar-gambar aku kat Fb dan instagram tu. Over excited kan! 

Sambung, kepada kawan-kawan yang cakap aku bahagia tu aku nak bagitau yang aku sedang usehe untuk gembira. Tapi kan bak kate ibu aku...orang yang kita nampak bahagia tu kita tak tahu ape kesusahan yang dia lalui. Allah tu Maha Adil, semua makhluknya akan diuji!~ Tak mungkin sepanjang hidupnya tak pernah senyum kan. 

Allah dah rancang semuanya, kisah aku plan mengejut nak book tiket ke Korea ade sebab. Tahun lepas tahun paling sedih dalam hidup aku, maka aku buat keputusan untuk ubah diri aku dengan drastik. 

Teringat lagi sewaktu aku bukak promosi ke Korea di Air Asia. Orang pertama yang aku beritahu adalah Farah atau aku panggil Atep, sebab mase tu dia open Skype waktu opis.  Lepas cerita dengan Farah, aku call kawan-kawan aku yang nak teman aku pergi. Aku serabut selagi tak dapat tiket tu! Maka Allah permudahkan aku dengan penggilan kawan baik aku Teng, dia beritahu yang kawan sekolahnya Yan dan Zaira memang pergi bulan January 2013. Aku terus call Yan, maka dia lah orang yang menolong aku book tiket, aku terlambat transfer duit menyebabkan harga tiket naik kepada rm800 pergi balik (dorang dapat rm600). Selama ni semua keputusan hidup akan dibincang dengan ibu ayah. Tapi kali ni....aku balik rumah aku beritahu ibu....ibu akak dah beli tiket pergi korea....ade 8 bulan kumpul duit! 

Dalam masa 8 bulan kumpul duit tu, dengan gaji yang rendah dan pelbagai dugaan Allah uji, dengan kereta excident, handphone rosak, ayah aku bebel sebab aku takde duit je memanjang, kene bebel selama 8 bulan ok! sabar je la....

Waktu study korea adalah waktu kerja aku...........haaaa celake sangat kan....bukan ape aku jenis pekerja yang bagus, ade kerja je aku akan fokus sampai siap pastu aku akan melopong takde keje....maka sejak dari hari itu aku penuhkan masa tu dengan study map, study tempat melancong....

Lagi seminggu aku nak pergi aku belajar tulisan korea. Aku ingat aku dah genius sebab aku dapat menulis dalam masa 2 hari, malangnya selepas aku tengok cerita Tree with deep root tu orang dahulu kala pon belajar 2 hari....shittttt dems aku perasan aku genius abadi! Pastu kat korea otak aku blank nak cakap ape....puih!

Muke aku sumpah berlagak gile macam Gary ni lah puih!

dalam masa lapan bulan tu jugak, Yan bagitau aku yang ade event best time kami di Korea. KONSERT BIG BANG GALAXY TOUR THE FINAL!!! Otak aku tak leh pikir dah, set mind WAJIB PERGI ok sebab yang Malaysia nya aku tak dapat pergi....maka ni event WAJIB. Hasilnya kaki aku masih bengkak sampai ke hari ni akibat menunggu tiket 1 hari!

Kesimpulan dari cerita aku, Allah tu Maha Adil.
Nasihat untuk diri sendiri juga, mungkin aku tak nampak ape kelebihan lagi tapi aku akan buat ape yang aku suka untuk gembirakan hati aku. Aku tahu gembira ini bukan berpanjangan tapi aku nekad menangis macam mana pon lepas ni.....aku akan cari jalan bahagia.....

ibu aku pernah cakap ngan aku....jangan jadi bodoh macam dia, jangan jadi suri rumah macam dia, dan jangan takde duit macam dia....Fakta nyata duit boleh bawa bahagia.....

Aku tak setuju tapi sekarang aku sedar ape yang ibu cakap tu ade yang betulnya. 

Lagi beberapa hari umur aku masuk suku abad...25 tahun, apa yang aku tak capai dalam umur sebegini?  Tengok akaun bank, tengok kemahiran aku macam budak lepas SPM. Ayah aku tanya, akak kamu dah keje berapa tahun? Kenapa simpanan kamu takde? Ape yang aku dah buat? Mulai dari tahun ni....aku akan usehe consistent menabung. Inshaa Allah 

Kepada kawan-kawan yang nak pergi Korea dan mahu tengok sample rough budget dan itinerary boleh email saya di sitin@yspsah.com....  

Post Travel Budget Korea Winter akan di update ASAP....

2 ulasan:

★bintang★ berkata...

usaha tangga kejayaan kan? so da dpt hasilnya kan.. saya doakan kebahagiaan untuk awak!

Lalinkkk! pegi bigbang alive tour final ke? wow bestnyeeee~

cepat cepat lah up entri g korea. nk tgok gambar :)

Siti Nadey berkata...

nak update tp tgu komputer minggu ni! hahahah ko pon aku tengok hidup alhamdulillah ceria nak banding dengan dulu.....pls bahagiakan diri ko k! janji dengan aku...aku doa ko dpt jumpe lelaki terbaik! amin