Ahad, 17 Februari 2013

KOREA: Budget travel (Winter), Day 1 at Incheon, Jongno3ga, Myeongdong.

 
Flight pukul 8.45 pagi maka aku dari rumah pukul 4 pagi dan sampai di LCCT dalam pulul 5.30 pagi kelam-kabut cari kaunter untuk check-in bag. Salam ibu ayah dan aku dan Zaira tunggu flight. Aku hanya berbaju t-shirt dan sehelai sweater nipis berbag kecil dari Bandung. Airport fesyen aku memang macam tahhi.
 
Sian ibu Cik Melur nak ikut ....
Belum sampai Korea dah nampak Big Bang, ok aku tipu nampak tak rambut merah tu!
Dalam flight selama 6-7 jam aku tidur makan je. Aku tak boleh solat waktu tu maka aku tak solat la dalam flight. Kami sampai dalam pukul 4 petang Korea. Sampai je mulut kuar wap berasap2...ok sawan. Aku sawan macam tak percaya aku dah jejak ke bumi KOREA. Selepas ambil bag, kami ke kedai untuk beli T-money. Aku hanya top-up kerana kawan aku dah berikan T-money yang dia pernah guna dulu. Aku top-up 30,000 won (berlebih untuk 11 hari, disebabkan aku sakit kaki maka duit berlebih T-money aku selalu gunakan untuk naik teksi..ok nanti aku cerita pasai teksi KOREA ni)

Sementara menunggu semua kawan2 siap, aku dan Zaira membeli susu pisang yang popular dan sodap gilos ni. Disebabkan kami berdua mengikut kakak (kawan kepada kawan aku) untuk ke hostel maka kami decide untuk tidak menaiki subway yang murah tu. Kami keluar je jumpe Ajusshi Ho yang sangat baik, dia pemandu MPV. Penuh beg2 dalam kereta sampai loaded. Sepanjang perjalanan dia tak berhenti berborak dengan kami. Dengan Englishnya yang agak baik, dia bagi nasihat dan kongsi cerita dengan kami. Sangat baik weh menyesal aku tak ambil gamba kat henpon capuk aku!
Sana magrib pukul 530 petang gitu. Dah gelap ok! Sampai je di Apple Backpacker hostel yang best tu kami di Jongno3-ga, maka berjumpalah aku dengan kawan aku yang pergi 5 hari awal dari kami berdua, Yan dan Nisa. Selesai hilangkan lelah, kami keluar ke Namdaemun dan ke Dongdaemun dengan berjalan kaki hokey. Aku terdesak mencari sarung tangan dan bag sandang sebab malam tu sejuk giler. Sarung tangan masa ni agak mahal maka aku membeli topi beruang dan bag. Bag merah berharga 10k won = rm30 (nanti korang akan tengok beg merah aku yang letops lagi cun tu). Murah cantik dan sangat2 berbaloi dengan bag ni lah aku letak segala barang shopping sebab aku tak suka pegang barang takut hilang.

OK AKU TAU AKU HUDUH TENGOK JE TOPI BEAR TU JE OK! nampak tak semangat Terengganu aku??? Padahal aku orang Pahang!

Apa yang paling best kami travel berempat? Kongsi duit makan. Kalau nak makan teokbokki tak perlulah kami beli 4 set. Kami akan memberi 10k sehari dan disimpan dalam beg duit azimat Kak Nisa kita. Duit tu memang banyak lebih kadang2 termasuk dalam bayaran teksi dan beli barang mentah di kedai untuk memasak. Dengan kegunaan duit ni kami membeli pelbagai makanan ringan disana. 

Tamat untuk hari pertama, apa yang aku belajar untuk bajet travel ni, KEWANGAN memang kene ade sorang handle, HAFAL MAP wajib untuk semua at least tahu dimana. Dalam geng kami Kak Nisa yang power gile bab hafal map dan laluan subway....syukur ada dia! TUKANG PUJUK UNTUK DISKAUN, kene berani cakap walaupon ko tak reti Korean, at least tak kene tipu!

Ok nanti sambung!

Tiada ulasan: