Rabu, 20 Mac 2013

HERO SEBENAR BUKAN JETMAN, BUKAN AVENGERS TAPI POLIS DAN ASKAR!!!

 Mungkin aku agak terlambat untuk post pasal hero kita. Namun ini sebahagian tanda kasih sayang aku pada hero kita. 
 Cun gamba ni .....nampak macho dan gagah gile hero-hero kita. credit to google!

Matang tak matang selama aku hidup 25 tahun aku tak pernah dengar berita perang di Malaysia. Selama ini paling gerun pon rusuhan BERSIH. Tapi kes ni gempar dan kejutan bagi semua rakyat Malaysia...BETUL KE PERANG NI WEH???haa gitu....kecuali pendatang asing (peduli ape dorang dengan Malaysia)

Aku tak mahu publisiti murahan dengan membincangkan ape masalah isu Perang Lahad Datu sebab aku rakyat biasa yang susah untuk mendapat fakta yang sahih. Dengan kata erti lain, aku tak percaya apa yang media kata berkaitan politik dan semua wadehell yang menyebabkan gugur syahidnya pahlawan kita! Adakah Allahyarham mangsa isu politik??? aku tak mahu pertikai kerana aku tak tahu keadaan yang sebenarnya. 

Yang aku nak pertikai dalam post aku adalah......INILAH HERO SEBENAR....
Mereka manusia biasa tiada kuasa ajaib tiada mengamalkan ilmu hitam untuk pertahankan diri. Hanya doa senjata mereka. Seperti kita, mereka juga ada perasaan takut, nak gugur jantung, sedih meninggalkan famili. Tetapi Allah SWT telah memberi amanah yang besar kepada manusia pilihanNYA untuk menjaga kami rakyat biasa. 

Rakyat seperti aku yang taksub dengan movie rekaan pahlawan kini SEDAR waktu ini bukan main-main seperti dalam banyak movie. Ini perang sebenar, tak sangka kini giliran Malaysia yang dulunya AMAN sekarang sudah berperang. Bila pikir mendalam, tanda-tanda kiamat sudah banyak.....samada kita sedar yang petunjuk ini diberikan untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang selama ini alpa. Alpa ape??? dari segi agama, yang merangkumi semua aspek, politik, fizikal, rohani, dan lain-lain.

 Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah menitis air mata apabila melihat famili dan anak kecil tinggalan Allahyarham pahlawan kita. Sebak mendengar berita dan melihat gambar-gambar kejam yang di post dimukabuku. JUJUR aku tak setuju gambar-gamba bunuh di postkan di FB dan media, apa perasaan jika kita sebagai ahli keluarga melihat keaiban mayat saudara kita???? memang untuk tujuan keinsafan tetapi tolong consider la ...

Tak dapat digambarkan, jika aku menjadi sebahagian daripada famili pahlawan yang syahid. Aku meluahkan kepada ibu " ibu, kalau la jodoh kita dengan polis/askar ni sure sebelum berchenta dan sebelum akad nikah mereka sudah bersedia merelakan jika apa2 berlaku kan!.." (nape skema sangat ayat aku dengan ibu.....ok tipu ini konklusi dialog ok!"


Dikesempatan ini aku ingin pembaca or sesape yang teringat sedekahkan Al-fatihah kepada HERO -HERO kita. 

SELAMANYA PDRM DAN ATM ADALAH PASUKAN HERO TERBAIK DUNIA!

-SAYA SAYANG HERO SAYA-

2 ulasan:

wAnIe berkata...

nadey...sedihnya baca entri ni...huhuhu:(

Siti Nadey berkata...

sedihkan! tengok berita aku terus blah.....xnk dengar berita buruk