Ahad, 3 Mac 2013

KOREA: Budget travel (Winter), Day 7 at Gonjiam Ski Resort

Selepas balik dari Lotte World dengan hampa kami diskus untuk ke Gonjiam Ski Resort esok hari.
Macam biasa aku bangun dan mandi dulu, sebab aku mandi paling lama sebab excited rumah takde air panas! Tapi tu bukan reason aku sebab sana terlalu sejuk menyebabkan aku lebih suke menghadap air panas berbanding tidur dalam keadaan beku!
Lepas mandi, Yan bagitau yang Nisa demam....mayb semalam terlalu penat berjalan dan mungkin juga hampa dengan Lotte World....LOLOL
Akhirnya, aku, Yan dan Zaira je yang pergi. Kami macam biasa panaskan nasi segera dan makan bekalan kami. Semalam di Lotte mart kami rembat Cornflakes dan susu. Kami berkongsi makanan tu sehingga hari terakhir kami di Korea. See, tu berkat berkongsi makanan.

Kami bergerak dari subway Jongno 3 ga ke station Jamsil keluar exit 6 dan menyeberang jalan. Ada pehentian bas di tengah-tengah jalan yang besar tu dan tunggu bas 500-1. 

Kat sini kami ade pengalaman ngeri sebaik sahaja kami keluar di Exit6 Jamsil. Menurut blog yang Yan refer tu, keluar je dari exit 6 tunggu bas 500-1 kan, kami pon dok tunggu lame HOKEY....bace kat papan map bas tu takde ayat Gonjiam...habis!...tanya orang sekeliling TAK TAHU...habis!....tanya setiap pemandu bas..ada yang turun dari bas dan bantu kami check bas ke Gonjiam...namun sia-sia ...ada yang pemandu bas buat bodoh bila aku tanya Gonjiam??? Gonjiam??? PUIH mereka!..
Habislah!

Otak aku pikir, kalau kami tak jumpa bas tu dalam sejam aku akan ajak dorang pergi cari Kedai restoran Gary atau pergi mana-mana la....Zaira pon berpikiran yang sama. Tapi azam Yan yang berkobar dan berkat kesabaran dia menunggu bas 500-1 akhirnya dia menjerit.....

"TU BAS!!!!!!!!!!!! tapi napa dia tak lalu sini?????"

Rupanya bas tu berhenti di perhentian yang lain...yang berada di tengah2 jalan yang beso tu! Maka dinasihat supaya anda baca betul-betul info dari sumber blog ke KTO ke...dorang malas tulis panjang2....akibatnya kami hampir GIVEUP!

Kami berlari namun tak sempat kejar bas, kami menunggu dalam kesejukan untuk bas seterusnya. Setelah dapat bas yang kami dambakan dari sejam yang lalu, kami semua tertidur. Perjalanan yang mengambil masa dalam sejam lebih memang syok dan agak murah, kami hanya scan T-money 2000won sehala. Sampai di Gonjiam, kami mengambil teksi dengan harga 2300won untuk 3 orang ke Gonjiam Ski Resort. 

Teksi di luar kawasan akan charge 2300won, di bandar 2400won sekali naik! dan beberapa meter seterusnya akan dicharge lain pula.

Sampai je di resort tu, kami tergamam sebab cantik sangat! Subhanallah....

Lepak jap kat coffee bean, sebab sejuk sangat!

Ni alat paling canggeh yang penah aku jumpe hokey! Rata-rata kebanyakan restoran di Korea guna alat penggera (Melayu sangat aku) alat ni akan vibrate bila makanan yang ko order sudah siap, so ko g kaunter ambil makanan....takde orang akan hanta makanan ko!.

Pas makan better ko kemas letak balik semua sampah dalam tong sampah dan tray letak dalam tong tray. Memang nampak budaya bersih dorang berbeza sedikit dengan budaya Malaysia.
Kami blur gila.....nak pergi mana sebab tujuan asal kami nak main salji free.....taknak berski....ni kes salah info la ni...Pergi kaunter, dia ada pakej dia hokey. Kami yang berjalan jauh ni pikir-pikir tak kan nak sentuh snow dan balik....maka kami bersetuju untuk merasa untuk kali pertama untuk berski walaupon harganya sangat mahal. 80ribu won = RM240 termasuk sewa kasut dan baju . Takpelah....berbaloi sebab ni pengalaman pertamakan....

Pas pembayaran, kami ambil pakej 2jam....2jam tu termasuk minit penyalinan baju korang. Maka jangan buang masa macam kami, tengok orang ensem la....kami ni hanya bertiga yang muslim dan bertudung maka semua hanya memandang pelik bukan nak tolong. Akhinnya pekerja yang membantu kami explain harga di kaunter tu bantu kami setel semua sehingga kami dapat main di tempat snow. Serius....Allah SWT je la dapat membalas jasa ko...lupa pulak nak tanya nama. Memang padan dengan cantik dan baik! 

Salin je baju, dan tiba aku nak pakai kasut gergaji sakai tu, baru aku tau kasut tu kene kemaskan. Ada satu soket yang boleh buatkan kasut tu terlekat pada kaki....Yan pijak je soket tu maka tersepitlah lelemak pada betis aku! Tak guna tahan nafas tahan sakit kerana bukan lemak perut yang tersepit! Semua usehe aku sia-sia....disebabkan aku ada masalah kecederaan lutut maka pergerakan aku paling perlahan. Dalam gamba muke aku macam dalam bahagia bagaikan di syurga kan??? Semuanya penipuan, realiti aku sangat sengsara dan berdoa masa berlalu dengan pantas!
lebih kurang macam ni! banyak sangat soket kene ketatkan! padahal aku tengok design kasut ade je sampai buku lali tak payah la sampau lutut kan! menyusanhkan aku je nak berjalan! Emo pulak aku cerita pasai kasut sepit lemak ni!

 Jangan percaya dengan senyuman palsu aku! sebenarnye aku tengah sakit kaki ok!
 Semua putih! seyes cantik sangat2 Subhanallah........terdiam dan hilang sekejap sakit tu!
 Tengok muke haku????
 Ni lagi satu gamba penipuan aku!
Zaira paling aktif ye!
 Tyme dorang naik boyan naik ke atas.....
 Ni budak paling cool bak kate Zaira n Yan...
Keluar je di tempat bermain ski.......ketiga kami sawan sebab view dari mata kami macam dalam TV jah oi....Yan dan Zaira laju je meluncur bukan macam aku la.....dengan beban berat aku....pergerakan aku terbatas, dan aku pecah rekod jatuh dalam masa beberapa minit selepas masuk di gelanggang. Aku takleh bangun hokey!!!! mata aku hanya nampak langit putih....aku gelak dan jerit help....lame hokey takde orang yang sudi tolong budak gemuk jatuh macam haram ni, selepas beberapa minit usehe bangun sendiri tak berjaya, akhirnya seorang bapa disitu simpati dengan aku dengan membantu membuka lock kasut dan papan luncur aku....KAMSAHABNIDA.....muke aku penuh terharu.

Yan dan Zaira ambil masa beberapa minit belajar meluncur sebelum naik di atas. Tiba-tiba aku nampak dari jauh ade seorang Duyung...ke Dugong tersangkut di jaring tepi luncuran, rupanya Yan hokey....celake aku gelakkan dia padahal aku tak berani pergi tempat curam tu....Zaira yang nak tolong Yan pon tergolek2....simpati pekerja disitu menolong Yan dan Zaira yang penat meronta-ronta tu. Hambek ko....pelukan kuat OPPA tu akhirnya Yan dan Zaira dapat bangun dengan tersipu-sipu kemaluan.

Dengan pakej yang kami ambil, kami diberi satu peluang untuk meluncur dari atas gunung. Zaira dan Yan saja saut peluang tu dan aku menunggu dan meluncur dibawah seorang diri kerana aku tak berani ambil risiko dengan lutut aku yang hancur rawan ni. Aku nak sangat naik atas tapi aku pikir, aku tak menyusahkan kawan-kawan aku papah aku bila lutut aku dislocated dan aku taknak bazir masa yang ada di bilik! Takpelah....aku janji akan sihatkan kaki dan pergi lagi!. Inshaa Allah mayb pas ni di Yangpyeong!...mana tau!

Terkebil-kebil aku meluncur seorang diri sambil menunggu Yan dan Zaira ...jeles tu ada tapi aku redha je dengan kaki aku yang tak sihat ni....2 jam bagaikan setengah jam je kami sentuh snow sana...kami bergegas pulangkan alatan dan keluar sebelum kami dicharge lebih masa.


Berdebar gile kan tetibe die pandang direct perasan kami dok stalk dia macam kambing! Mesti dia kate "wadehell perempuan ni!"

Macam Jinwoon 2AM kan???

Selepas salin baju, kami jumpe OPPA hensem tahap dewa. Ni la hasil terbaik Yan
Balik pula, kami tunggu shuttle bas free ke stesen bas Gonjiam, turun je bas shuttle alhamdulillah bas 500-1 sedang berhenti, kami berlari naik dan akhirnya kami tertidur kepenatan. Sedar je, menggelupur dengar suara GPS...."uri odiyeyo ajusshi???" ......Lega kami belum ketinggalan bas, sebab rasenya tidur lama sangat sampai langit bertukar gelap hokey! Sampai di Jamsil kami ambil subway dan berhenti di Ehwa Universiti seperti yang kami janji dengan Nisa. Yela bazir masa je kami balik kan....

Rayau-rayau.....tetibe jumpe Nisa...terkejut sebab orang yang tadi demam merayau sampai ke Myeongdong cari cd lagu,.....hambek ko!

Di Ehwa Universiti street, sempat la kami borong stokin lagi dan topi ciplak ala2 Jihyo pakai tu kan. 


Balik dan kami decide masak spageti yang Yan bawak dari Malaysia.

Setel hari ke 7......tak banyak gambar sebab masuk main ski takut henpon basah! Ni pengalaman yang paling bermakna kami sebagai backpacker sebab kami memang gamble sendiri pergi dan balik selamat ke hostel. Alhamdulillah semua berjalan lancar dengan hendakNya!

Kesimpulan, walaupon kaki aku sakit tapi hari-hari di Korea sangat bermakne hokey! aku tak pernah rase boring dan sakit. Syukur kawan-kawan aku semua best, kami penuh dengan ketawa! Syukran!

Tiada ulasan: