Isnin, 25 Mac 2013

PILIHANRAYA 2013...WAJIB...TIADA PILIHAN TERPAKSA...


Jujur aku beritahu, aku dibesarkan di dalam keluarga yang AYAH tercinta aku merupakan orang kuat PAS....penyokong tegar ye!!! Sejak kecil, merata ayah aku bawak kami ke ceramah2, yang aku tahu aku beli makanan, bentang tikar dan tidur.LOL

Namun, aku tak pernah terpengaruh dengan pegangan dia (pegangan???). Bukan bapak aku je, adek aku dan ibu aku juga yang kini aktif berkempen! HUH!!!

Aku dah berumur 25 Tahun tapi aku tak pernah mengundi, undi pon undi rosak. Sebab ape? Media pamerkan pelbagai pengaruh dan cerita-cerita yang membuatkan aku buat konklusi aku sendiri. Semua parti kutuk mengutuk, sedih aku tengok gambar ulama' difitnah dan dihina....sedih aku tengok gamba pemimpin dibakar. Kalau aku jadi anak die sure aku sedih ade orang buat macam tu kat ayah aku! Tak boleh ke semua yang memimpin ni capai matlamat yang 1? iaitu agama, rakyat dan kebebasan.

Sebagai rakyat remaja belia, aku sepatotnye matang tentang politik....tapi jujur aku rase politik Malaysia kotor......dan bukan Malaysia je....SEMUA negara macam tu! Susah nak jumpe pemimpin yang jujur macam zaman Rasulullah SAW dan para sahabat Nabi SAW. Kini, semuanya mempolitikkan kuasa mereka maka banyak bende buruk jadi. Masalah zahir batin semua timbul.

SEYES AKU BLUR SAPE YANG BETUL SAPE YANG SALAH

Yang lagi haram jadahnya, aku dapat mesej dari sesape tah, dari dua parti yang berlainan. Semua agenda yang busuk penah aku lihat. Mereka nak menang undi dengan cara kotor. Kutuk sesame sendiri....Apa yang mereka mahukan dari kuasa politik ni? Aku yang dapat mesej ni blur gile....lalu aku maki je sesape yang bagi mesej berbaur bodoh tu.

Kalau sesiapa tengok video The revival dajjal, semua ni banyak berkait. Aku memang takot sangat, ada satu pihak yang INVISIBLE cuba memecah belahkan manusia.....lagi2 umat Islam....ni contoh terbaik. 

Aku bukan pandai sangat tetapi post ni hanya pandangan tak matang dari wanita berumur 25 tahun yang blur bab politik Malaysia.

Aku cakap dengan ibu " Akak tak nak pergi mengundi, sebab takde parti pon akak rase ok"

Ibu " mengundi ni wajib, jika kamu tak undi, jika pemimpin yang memerintah orang bukan muslim dan pemimpin kejam, kamu berdosa dan tanggung dosa sampai dia berhenti memimpin!"

Ok aku seram. 

Aku undi ibu....baik! aku undi

Undi siapa??? Undi anda rahsia! Aku berdoa agar semua bahagia, tak nak perang2....cukuplah! tu je aku mintak! 

lagi satu!....aku nak bebas dari hutang, tolong beri pendidikan percuma! Macam Brunei
Agar aku boleh pergi dengan aman tiada hutang!

Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku

Tiada ulasan: