Ahad, 14 April 2013

REGRET.CANNOT FORGET.TRY START A NEW LIFE.MOVE ON.

Pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun aku cuba cari hidup baru. 

Actually banyak tahun, ada je perkara tak diingini berlaku. Contoh bekas kawan aku khianat aku, sampai sekarang aku cuba maafkan tapi aku makin benci dan teringat-ingat apa dorang dah buat kat aku.
Harap sebelum aku mati aku maafkan dorang, begitu juga dengan dorang. 

Selepas kejadian hitam berlaku, Allah berikan aku pelangi. Pelangi itu membuatkan aku bangkit semula dari kisah hitam.....pelangi itu buat aku gembire hingga aku sudah berfikir untuk langkah seterusnya......Tapi pelangi tu tak lama. 
Semua disebabkan aku!!!

Aku tak paham kenapa susah sangat aku nak lupe apa yang aku dah buat. Setahun aku mencari redha tapi sampai sekarang Allah tak beri petunjuk. 

Aku tak paham kenapa jika mende ni tak bukan jalan aku, kenapa aku asyik nak ingat semula semua perkara. Selama ni kalau aku kecewa mesti cepat je aku dapat tau hikmah semuanya. Tapi kali ni aku langsung tak nampak hikmah. 

Aku masih berharap itu masalah terbesar dalam hidup aku. Aku tidak memilih jalan berharap dan sebabnya aku sendiri tak tahu pangkalnya. Sampai bila aku jadi macam ni???

Setahun aku usehe keras cari hikmahnya, takpe aku teruskan lagi sampai aku jumpe. 

Aku doa diberi petunjuk.


Kalau masa berputar aku pilih untuk tidak kenal atau terlibat dengan masalah itu. Aku redha aku survive seorang lagipon aku masih ada family yang 100% sokong hidup aku dan aku masih ada ramai kawan yang sanggup susah senang dengan aku.

Aku pilih untuk bertahan sampai aku jumpa jalan aku. Bahagiakan diri dan famili. 

Kesilapan aku pagi tadi ........aku akan pilih.....
Lari.....dan abaikan semua yang berkaitan dengan masa silam. May be tak lama lagi aku akan terima berita yang lebih baik dari harini. 

Apa pun pemberianNya aku kene redha. Itu yang terbaik untuk aku! Aku harap aku kuat!!

Tiada ulasan: