Ahad, 12 Mei 2013

VACATION WITH GHOST!!!!!!!!! GILE CERITA BENAR

Biaselah, dalam tahun ni asyik kira gaji yang tak cukup je...plan elok2 supaya aku dapat juga tarik sikit2 untuk melancong. Maka haruslah aku survey, kemana nak pergi....asyik dalam Malaysia je. Tetiba kawan aku beri cadangan untuk ke satu tempat ni. Semua ditanggung beres just bagi duit pakej je. Bila ditanya dimana? Kawan aku tidak menjawab soalan dan hanya berkata....surprise.....please dun ask more...just follow. This vacation wont let you regret.

Aku suka juga surprise walaupon hati aku risau. Percaya pada kawan. Maka perjalanan kami berlima, ke satu pulau. 

Sampai je di Pulau indah tu semua meroyan, sebab pulau tu cantik Subhanallah....kami berlari main2 air dan tegur semua penduduk kat pulau tu. Tapi yang pelik, penduduk tu tak ramah. Marah aku bila bertegur, mereka lari dan ada yang membuat muka. 

Pedulilah....tak sangka orang Pulau ni bodoh...bebel aku.

Malamnya, selepas makan aku bertemu dengan seorang lelaki, memakai coat yang nak pergi keje tu! Aku pelik gila, memalam tepi pantai pakai baju yang tak ikut tema suasana langsung. Dia tegur aku, dan kami berjalan di gigi pantai. Masa tu, kawan-kawan aku hilang entah kemana. 

Walaupon lelaki tu agak gila disebabkan pakaianya, tetapi dia seorang yang baik....apa maksud baik bagi aku adalah, lelaki itu berjalan di gigi air dan memastikan kain aku tidak terkena ombak, dan lelaki itu seolah2 telah lama kenal aku. Aku rasa selesa. 

Kami berborak sehingga tak perasan waktu sudah tengah malam. Sebelum aku masuk ke bilik, dia memberi nombor telefonnya dan menasihati aku agar aku kene hubunginya bila-bila waktu dan jaga-jaga, nyawaku mungkin berbahaya disini.

Pelik, tapi positifnya aku, mungkin kami perempuan dan berada di pulau. Tiba-tiba aku rasa selamat. Masa ni tak tergambar rasa gembira aku bagaikan kupu2 dalam perut.

Masuk saja di bilik, kawan aku semua baling bantal kearah aku.....pillow fight tetibe ko!!! hahahah selepas penat kami baring atas katil dan berborak sampai kami terlelap. Mulanya aku mahu marah kenapa tinggalkan aku sendirian selepas makan malam tapi aku sudah lupa.....

Esoknya, kawan aku hilang lagi....tetiba ada orang ketuk pintu. Aku bukak je...haaa mamat semalam...perghhh pergi mampus la kawan aku yang bersoronok tanpa aku....tetapi mamat depan aku memang rejeki ....

Seharian aku bersama lelaki tu, yA Allah gembire gila sebab aku dah lame single kan....hahahhaha tak boleh la belah!!! Di belah pagi, dia membawa aku pergi ke satu pulau lain untuk lihat hasil tangkapan nelayan. Tengah hari kami bakar ikan yang kami dapat free dari nelayan yang baik. Dan petang, kami bersnokelling bersama. Perghhh sumpah aku bahagia mase ni....aku tak paham lelaki ni dari mana? Kenapa Allah beri hadiah ini tiba-tiba??? Ya Allah panjangkan waktu bahagia ni....haa nampak tak impian aku sekarang ahahhaha

Seharian juga aku tak nampak kesan kawan-kawan aku. Sumpah pelik...detik dalam hati mayb dorang yang plan aku pergi pulau ni dengan lelaki ni....thanks korang aku suke gile hokey tanpa korang....asalkan ade lelaki baik ni hahahha. Bodoh aku

Selesai aktiviti penat, aku masuk ke bilik chalet bersihkan diri....solat semua. Aku jumpe sekeping nota, "wei gile kami balik dulu....have fun dengan mamat hensem tu!!!!"
Gila weh, ape tujuan kawan aku ni??? HAHAH by the way aku suke gile surprise ni sumpah!!!!!!!

Malam berlabuh, lelaki itu ketuk bilik aku untuk ajak makan bersama. Usai makan, kami berborak sharing everything...masa ni aku dah jatuh chenta gile babi dengan lelaki ni....tetibe, ada call dari kawan aku....kepala yang rancang surprise ni...

"weh, korang asal balik awal?????? btw aku suke gile surprise korang...sumpah dan lelaki tu baik gila.....weh korang aku balik esok...."

Kawan aku diam seketika, "Nadey....ko kat mane??? 3 malam ko dah hilang!!!! kita kan nak pergi bercuti.....ko spoil la....kami jemput ko kat rumah, mak ko kate ko dah pergi ambil kami....manenye...tetibe ko kate ko kat pulau...pulau mane ni Nadey????? Ya Allahhh"

Aku terpana, aku tak dapat resap semua yang kawan aku katakan. Dan aku naik kereta dengan siapa??? Sape yang tinggal dalam bilik aku??? siap buat pillow fight lagi.....dengan siapa weh?????? Lelaki sebelah aku ni....betul ke???? Aku rasa nak pengsan dan seram sejuk.

Aku menangis dan aku tanya lelaki itu, "Jika kau syaitan, pergi la jauh jangan kacau aku"
Lelaki itu menjawab, "saya manusia betul....jangan risau. Saya tahu segalanya, ibu saya pawang di Pulau ini. Dia menyuruh saya menjaga awak kerana syaitan kejam berminat untuk berdamping dengan awak. Kawan-kawan awak semuanya jelmaan syaitan terkutuk. Saya datang untuk jaga awak supaya awak tak cederakan diri sendiri"

Aku pening, tanpa reaksi aku hanya ikut lelaki itu kerumahnya. Sampai disana, ibunya membaca sesuatu kepada aku....

Tiba-tiba

Aku terjaga dari mimpi....pukul 8 pagi, 13 May 2013 di dalam kereta di Taman TTDI, KL. Biasanya aku sampai di parking kereta di taman tu pukul 7 pagi dan aku akan tidur dalam kereta sejam. 

Spoil gile.....sebab lelaki baik tu hanya mainan syaitan. Seyes aku benci bila mimpi tu aku rase real gila....sentuhan....suara......dan perasaan bahagia aku....aku menangis sebab kecewa, realiti bukan seperti mimpi! Ok kesat air mata, terus ke pejabat dengan muke tahhi....

Aku ada kebolehan sambung mimpi. ok malam ni aku nak mimpi lelaki tu!



YaAllah peliharakan aku dari mainan syaitan yang memainkan perasaan aku yang suci ni. Amin ya rabbal 'alamin...

4 ulasan:

LiZ 11 berkata...

gile masyuk mimpi ko nadey..hahahaha..mlm ni sambung mimpi lagi ke?? ahahahaha...

Siti Nadey berkata...

masyuk tapi aku bengang tu mimpi je....perghhhh

bspotgurl berkata...

ishk.... mimpi ghupenyee.. adoiii

Siti Nadey berkata...

hahahahahah