Rabu, 12 Jun 2013

BUKAN BUDGET TRAVEL: PULAU PERHENTIAN, Besut Terengganu - Day 1

SELEPAS 2 BULAN BARU NAK POST ENTRI NI

Haaa pelik kan bile aku tulis tajuk BUKAN BAJET TRAVEL...
Sebab ape? Sebab kami nak selesa dan betul2 rehatkan minda dengan mengambil pakej.
Pakej je mahal tapi kos kami makan minum minyak tol berkongsi 5 orang amatlah murah. Nanti aku cerita nape murah bagi aku.

Sebelum aku pergi korea tahun lepas, kawan aku COMODE menyatakan impian dia nak ke pulau....nak vacation geng semerbak lah konon! Aku si Nadey gagah, Comode, Putri@ Woon, Flora and Kemek

Maka, aku bertindak sebagai planner, dah biase dari dulu asyik jadi ketua je.... maka kawan aku ikuttttt je ape aku plan kan. Aku jenis backpacker yang tak kesah tidur tepi jalan, tapi aku kene pikir kawan2 aku yang mane pernah nak backpacked tepi jalan ni....dan sebelum percutian, geng2 aku ni tension kerja yang amat termasuk aku la....maka kami decide untuk percutian SELESA, JIMAT dan MUDAH. Sebelum aku bercadang ambik pakej-pakej kat pulau, kami berbincang agak lama nak pergi mane.

Last2 aku beri cadangan Pulau Perhentian. Pakej murah dari rm280 - rm330. Itu antara pakej murah yang termasuk makan, minum dan snorkeling. Dah bila semua beri respon yang lambat, maka aku bertindak untuk memilih pakej AKASIA TRAVEL. Kene book awal kalau tak jadi macam aku...rm330 untuk 3 Hari 2 malam termasuk bilik 5 orang berair-cond, bot pergi balik, makan 6x (breakfast, lunch and dinner) dan snorkeling 4-5 tempat (kami pergi 4 tempat je HOKEY...down) tapi bagi aku la...pakej ni dah kire berbaloi la...disebabkan aku bagitau lambat sepatotnye harga kami rm 300 seorang je....takpe la....halal!

Anggaran
Chalet a-cond = 120 (3h 2mlm)
Makan 6x = 100 (breakfast, lunch, dinner)
bot pegi balik = 50-70
snorkelling termasuk peralatan = 50
Total= 340.

Secara rambang aku kire la...chalet tu mungkin agak mahal tapi abang tu bagi gambar....besar dan agak selesa. Ok setel bab pakej!!!!

Percutian ni percutian BAJET  tak termasuk pakej la...hokey sebab aku nye MOTO HIDUP, percutian semua kene bajet tapi enjoy! Maka kami lantik, Flora sebagai accountant tak bertauliah sebab perempuan ni ada Master dalam Statistik ko! Bagus die ni tapi serabut sikit.....banyak tenaga dia perlu untuk mengira dan akhirnya tidur sampai mengigau main candy crush! haaa teguhkan perempuan ni!

Bajet seorang = RM330 (pakej) + RM170 (minyak+tol+makan minum) = rm500
RM2500 - RM1650(pakej untuk 5 org) = RM850 baki untuk berlima

RM850- belanje GIANT (maggie+coffee+milo 3in1 +jajan+ mineral) = RM778

Kami pergi sehari awal ke Besut dengan harapan untuk berjalan2 dan melawat kawan baik matrik aku, Akma. Kami agak rapat sehingga kini, family dan geng semerbak pon kenal Akma... alhamdulillah.
Pada hari pertama perjalanan kami 27 April 2013. Kami bergerak pada pukul 8 lebih hokey, sebab si Flora lembab, hahahahah. Kami guna khidmat kereta dia sebab dia nak naikkan meter kereta dia(ini aku tak berapa paham dengan alasan ni).


Bajet korea la tu....minum gitu! actlly sebelom tengok cite korea dari kecik aku memang tamak...sume minum gini...sebab sampah botol boleh buang sekali!

Setelah ambil semua penumpang kami mulakan perjalanan dalam pukul 9.30 pagi melalui LPT (Lebuhraya Pantai Timur) sehingga Jabor sebab kami dinasihatkan oleh ibu bapa agar lalu highway, biar lambat asal selamat. Selain LPT korang boleh lalu Lebuhraya Utara Selatan dan tembus ke Gua Musang atau lalu LPT keluar ke Bentong, lalu Kuala Lipis tembus ke Gua Musang lagi dekat tapi jalan dia bahaya ye.

Kami sampai Besut dalam pukul 2 petang agak laju aku bawak. Selepas Jabor aku terus guna khidmat WAZE...masalah waze ni aku setting dia guna laluan pintasan. Kampung mana kami masuk terus tembus Besut sudah! LOL....selalunya aku pergi dengan famili aku lalu laluan pantai...sebab mak aku suke beli kepok tepi jalan. Kami berhenti solat dan makan di pekan Besut.

Pergi minyak untuk kereta auto Saga cc1.3 = RM 90 
(minyak primax 97, kete dia pakai minyak mahal HAHA katanya enjin lagi licin)
Tol = ni betul2 aku lupa...maaf tapi kami top-up touch n go rm50
Makan minum dalam kereta = ni part kami membazir...actually beli jajan untuk driver je



 Rojak mee dia memang sedap Allah SWT je dapat tahu betapa bahagia aku makan ni
 sate ni order 20 batang tapi makcik tu bagi lebih sebab kami beritahu kami dr KL
Laksa penang di Besut....perghh
Nasi beriani
Total makan +minum untuk 5 orang rm30 
(rm6 seorang...gile murah  termasuk sate 20 batang)
Baki sekarang Rm 608

Selepas kenyang, kami ke Pantai Kluang.
Teringat selepas matrik aku dan Nadia ke rumah Kema selama seminggu. Kami dan famili Kema buat piknik pagi2 kat pantai ni...yarabbi pantai mase tu biru sangat.
Tapi bila aku pergi kali ni, laut sudah gelap dan jambatan situ pon sudah roboh.
Tapi kami tetap membuat shooting secara haram disini...
 
 
 
 
 
 
 
Tudung aku dari DEWANIE....tapi aku pakai huduh sangat....dah petang kan rambut pon dah terkeluar
 
ET konon
Alhamdulillah bersih pantai! 
Si Flora ni bajet romantik la tuh puih
 
Seyes mak jemah sangat aku!
Khas edit untuk Un :)
Bila jam dah pukul 6 petang, aku call Kema supaya dia jumpa kami untuk ke rumah dia. Selesai rehat dan mandi semua, Kema dan Kak Ngah dia ajak kami makan. Seyes aku tak ingat kami pergi mana tapi memang jauh! LOL terharu sangat Kak Ngah bawak kami makan jauh2....

Sampai je kat restoran, nak order kami semua blur2 sebab pelik gila menu dia.
 
Aku tanye orang kedai tu ape beza air teMbikai dengan teNbikai saya nak try???
Jawapan dari kedai tu....maaf saya tak tahu!
Ok down
Kami main order je, order ikan siakap masak 3 rase BESAR gila hokey...kalau kat KL tu sure mahal gile.   Actually kami nak makan sederhana je, name pon backpacked tetibe rejeki kami sebab KEMA blanje kami...alhamdulillah rejeki kami berlima. Syukran Ma...nanti aku belanje ko lak bile datang KL. Masalah terbesar adalah lupe nak ambek gamba siakap 3 rase tu...mungkin mase tu semua lapar....

Malam tu kami tidur sampai termimpi2 ok!

Terima kasih untuk famili Kema.

sambung untuk hari kedua :)

Tiada ulasan: