Isnin, 22 Julai 2013

KES PANAS BARAN HARI TU

Sesiapa yang tahu kes aku mengamuk Ahad lepas, kes admin Running Man (Malaysia Fan Club) tu, aku sedar itu tindakan yang paling tak matang aku buat. 

Semua orang buat salah
Salah aku kali ni, tidak dapat mengawal emosi amarah.

Banyak rakan beri reaksi negatif kat aku. Masa itu aku tak kesah, sebab aku rase aku betul.
Terima kasih kawan yang beri reaksi negatif....aku hargainya sekarang, sebab dari reaksi tu aku sedar tindakan aku salah dan tak matang. Walaupon realitinya aku amat kecewa dengan kawan begini.

Tetapi Allah tu masih sayangkan aku, DIA beri aku kawan-kawan yang cepat-cepat menasihati aku, membekukan amarah aku.

"pergi ambik wudhuk sekarang!!!!!! kalau ko tengah duduk...berdiri....berjalan...tenangkan fikiran"

"Sabar, Allah uji ko"

" Allah tak janji hidup ni senang, tapi sapa redha, siapa sabar, Allah janjikan kesenangan hidup. Kalau bukan di dunia tapi akhirat."

"Sabar nadey"

"Dibulan mulia ni ko maafkan je budak tu walaupon ko tak puas hati"

Ya Allah, sesungguhnya aku ni senang marah dan senang juga sejuk. Aku bukan mintak kawan-kawan sokong perbuatan bodoh aku, cukup dengan nasihat. Even yang kawan yang bukan Islam pon nasihat secare berhemah dengan aku. Bagi aku, dengan dugaan ni aku kenal erti kawan yang baik, kawan dunia akhirat. Bukan dengan menghukum lagi kesalahan aku dengan kata-kata yang menyakitkan lagi hati aku, kalau begitu sampai bila api kemarahan aku takkan lenyap.

Tak kurang juga pada abang-abang kera aku, selalu nasihat aku. 
Dari dulu hingga sekarang, doa, nasihat dan kritiklah aku berterusan. Mana tau aku berubah pelan2.

Kepada rakan-rakan yang beri nasihat tak putus ni, aku syukur dan doakan korang selalu ada dengan aku supaya aku tidak lagi buat kesalahan yang sama. Allah je tahu betapa syukurnya aku ada orang macam ni disisi aku. Alhamdulillah

Semuga kalian dirahmati Allah.

Di bulan ramadhan yang mulia ni, aku memohon ampun jika sekumit salah aku pada korang. Sesungguhnya aku sudah belajar memaafkan korg. Amin

1 ulasan:

bspotgurl berkata...

babe, ape yg jadi ni? dah lama x chat dgn u sbb I bz... u okay ke nadey?