Ahad, 28 Julai 2013

True loves?

My answer is complementary atau bahasa melayunya SALING MELENGKAPI

Bulan lepas, berjalan ke PKNS Shah Alam cari baju tunang Comot, aku jumpe dengan satu pasangan isterinya Gemuk sangat dan suaminya kurus dan agak hensem....mereka berpegangan tangan macam orang baru pas kahwin. Suwet gile

Apa yang korang pikir? Lelaki tu mesti gigolo? 

Tapi bagi aku, beruntungnya perempuan tu dapat lelaki yang terima dia seadanya. Syukur

Pergi hospital, jumpa pasangan yang suaminya kehilangan kaki dan tangan. Tanpa keluhan tapi senyuman pulak daripada isteri beliau. Itu cukup buat aku menitis air mate ok!

Bukan semua sempurna, maka carilah pasangan yang mampu melengkapkan kelemahan kita. 

Jika kau tiada tangan, tangan aku ada
Jika aku tiada kaki, kaki kau ada


Beruntung jika kita dapat hidup dengan pasangan kita sehingga nafas terakhir. Banyak dugaan, gembira lalui berpuluh tahun tapi cinta tetap satu. 

Tak semua orang bernasib baik. Ada agenda tertentu tersurat setiap perancangan Allah SWT.

Maka, bagi rakan yang single macam aku doa lah....doa lah.....yang terbaik

Aku ingin imam yang dapat melengkapkan aku
yang dapat membimbing aku ke jalan Allah swt
yang dapat terima seadanya aku
Cukuplah

Hensem tu BONUS 


Catatan biawak: Istikharah adalah permulaan percintaan. Best ayat ni :)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

igt kan ad gmbr ostazoh abby dgn suami barunya