Isnin, 12 Ogos 2013

MUSIM ORANG HINA ISLAM

Musim kan? Malaysia ni...reporter die suke cari topik hangat. Kalau kes rogol....rogol je....kalau kes hina Islam ni mesti kes berantai jugak. 
Sape orang Malaysia tak kenal pasangan Alvin Vivian yang hebat gile dalam seks ni??? Dorang lah yang paling hebat, pro, bagus sangat kan.... GILA hebat dorang ni sebab takde segan2 post gamba bugel.... Mungkin publisiti dia tak cukup meluas, dia cari peluang nak popular skali lagi dengan post kt fb gamba bakuteh ni! Haaa kali ni masuk penjara ko...aku ingat die ni jenis tegar tapi dia pon manusia...siap post kat twitter yang die tension ramai orang ugut die bunuh la...adui sian.

Pastu Namawee pulak.....die bengang sebab filem die The New Village ni tak leh publish....ditapis oleh pihak FINAS....sebab filem ni nak tunjuk yang komunis ada peranan penting dalam sejarah melayu.

Mungkin ya..mungkin kita tak fokus belajar sejarah mase sekolah dulu...ini la hasilnya. Tetapi, tetapi tak semua peristiwa tercatat dalam sejarah. Mungkin ahli sejarah kita boleh terangkan semula supaya kita rakyat Malaysia sedar. Contoh satu kampung tu, ramai orang ikut ajaran sesat tak kan kita nak BOM satu kampung? Jangan sebab nyamuk seekor habis kelambu kene BOM.

pastu kes die persoalkan kes bakuteh kene tangkap...kenapa tak tangkap guru besar yang suh budak makan dalam tandas....Adui...

Namawee ni berani gila, dari dulu lagi dok nyanyi lagu Negaraku tu ubah2 lirik2. Mayb dia tak sayang Malaysia. Apa kata hantar dia kat Syria, Gaza, atau Myanmar. 
Kes Maznah Yusuf, trainer anjing

Dulu aku kerja Klinik Haiwan & Pet Lover Centre. Aku terpaksa beli sabun samak TAHARAH, sebab kerja aku memang terpaksa handle anjing. Terkejut juga ada antara seIslam bangga datang kedai bawak anjing beliau. 

Ramai rakan Non Muslim tanya kenapa Islam tak boleh bela anjing... Haish...kita yang buat rakan Non Muslim beri anggapan buruk pada agama Islam. Kita sebagai Islam yang berilmu kene terangkan secara berkhemah kenapa Islam tak boleh bela anjing. Ni pon salah satu dakwah kan. 

Maka, aku ada tanya ustaz dan2 keluar kat tv dan akhbar tentang pembelaan anjing ni

"Menurut mazhab Syafie anjing najis tapi ia masih boleh dipelihara oleh orang Islam atas tujuan tertentu. Hukumnya harus memelihara anjing untuk menjaga keselamatan kalau duduk di kawasan yang terdedah kepa­da binatang buas, untuk menjaga tana­man dan ternakan.

Bela anjing small breed adalah haram untuk orang Islam dengan tujuan suka2.

Pasai Maznah ni...aku tak setuju sebab anjing dia masuk dalam rumah. Anjing dia boleh menjilat, mengigit perabut dalam rumah. Kesan najis merata2. Dia nak solat macam mana??? Kene samak satu rumah....Melainkan dia tak solat dalam rumah kan. Solat kat surau 5 waktu!

Seyes, aku pecinta haiwan...dan aku suka anjing. Tapi kita kene ada ilmu mana halal haram kita. Islam amat titik beratkan kebersihan. Sebab tu kita kene bersamak. Dari segi Sains, sebagai bekas pelajar Zoology UKM dan  Pet Consultant aku cerita sikit...korang tahu air liur anjing mempunyai banyak bakteria jahat (haaa ni cara aku terang kat budak2) sebab tu la ia najis. Anjing ni tabiat die suka menjilat sebab tu la senang sangat penyakit merebak. Najis memang sah2 la banyak parasit bagai. Dan anjing juga makan najisnya sendiri. Sama seperti babi yang makan najisnya sendiri. Di india, dorang memang buat kandang babi kat tempat pelupusan najis manusia. 

Air liur kucing? Haa air liur kucing didapati bakteria baik lagi banyak dari bakteria jahat. Sebab tu kucing kalau luka kecil...tak payah gelabah bawak pergi jumpe VET...cukup dengan jilatan sendiri dia cepat ok punya. Kalau kita ada luke suh kucing jilat ahhaha sian kucing!

Lagi satu tesktur lidah kucing yang unik...setiap jilatan air, air itu tak jatuh. Sebab tu Nabi Muhammad SAW pernah ambil wudhuk dengan bekas air minum kucing!

Baru-baru ni timbul pulak kes orang salah guna Surau Tanjung Sutera ni. Ni seyes aku tak berapa paham, kenapa baru sekarang ada orang bertindak????

Tapi cuba baca blog saudara Islam kita ni KLIK SINI WEH

Betul juga kata saudara kita ni. Sekarang umat Islam sensitif dengan isu hina Islam ni so ade pihak YANG SUKA MELAGAKAN ORANG ISLAM DAN KAUM ambil peluang nak rosakkan dan burukkan nama Islam ni. Kita yang ada ilmu jangan BEBAL ikut skali menghukum! Cuba bayangkan kita adalah penganut Islam yang minoriti dalam negara. Cuba selidik dulu kes ni....

Kenapa isu HARAM yang lain kita tak tegaskan, contoh filem2 Malaysia, kes ROKOK,  
Sedutan filem KONGSI, orang Islam melutut depan berhala? Nape FINAS tak tapis (sumber dari blog SAUDARA KITA NI

Ni pon kes, kene masuk kelas agama. Tau lah cantik, tunjuk cantik depan SUAMI jelah...

Tapi .....tapi kan...kalau kita tak tegas, orang macam ni lah jadi TAULADAN so ramai lagi pengikut yang boleh menghancurkan NEGARA dan suke2 tindas agama. 

Kita yang Islam ni dok maki2 pesalah-pesalah ni macam kita tak de didikan agama. Ugut bunuh bagai. Seyes memalukan. Islam tak ajar kita menghukum orang macam tu kan???

Islam yang indah dan mudah ni dapat perspektif yang buruk untuk orang bukan Islam. Haish

NASIHAT INI BUKAN UNTUK KORANG JE, UNTUK AKU JUGA. KITA TAK SEDAR KITA BUAT BENDE HARAM JUGA, SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN....NAK JADI TERBAIK JANGAN SORANG-SORANG. ILMU TAK BERKEMBANG. 

Sekarang kes tembak menembak pon hebat, hari2 ada kes tembak...semalam kat Cheras! Ya Allah, ada kemungkinan ke pembunuh upahan ni orang yang sama? Seyes aku suka baca artikel kes berantai macam ni. Mari kita doakan kita dan famili selamat. Ya Allah lembutkan hati pembunuh ini agar tidak terus membuat dosa. Amin.

Tiada ulasan: