Selasa, 17 September 2013

WEDNESDAY - LUAHAN PERASAAN UOLLS~

Cite hindustan memang over kan biasa sangat aku tengok mende pelik2
kenapa perlu nak lentik badan tu???
Macam gampang! seyes ahahahah
im fabulous!!! 
     

Mayb kita tak sedar kite dah buat orang rasa menyampah, dan kita tetap teruskan perangai menyampah tu...bila orang dah tah tahan lalu dia tegur kita...kita rasa kita betul so kita melenting. Kita bagitau satu dunia yang kita betul, orang yang tegur tu better FUCK OFF...begitu??

Aren't we on the same cycle? So bila pikir positif ya...im annoyed too so let it be...

So bile tengah amarah tu jangan lah kite bakar lagi kan...bile dah tenang kita akan pikir sendiri oooo salah kita gak bagi orang annoyed. 

Mungkin salah satu cara adalah tiada media sosial....hapuskan...tapi...tapi aku ni kurang kasih sayang so aku perlukan perhatian. Maka aku masih bergantung pada media sosial. Macam kawan aku....lepas kawen, dia deactivate FB gune fb suami dia je...perghhh tu best but takde privacy. Boleh elak fitnah kan....syukur laki ko baik ...kalau Allah duga ko laki ko buat perangai...ko nak mengadu kat kawan pon takleh. 

Tapi kalau dah kawen pun gune FB cari pelepas nafsu tu syial gila la. Satu, dah tak tahu dosa haram dah...kalau mengaku duda janda...tapi isteri/suami masih hidup? Tak tau la kan..aku malas nak ulas mende ni sebab AYAH IBU aku molek hantar aku sekolah agama..aku belaja mende halal dan haram. Dan pembelajaran agama memang berterusan sampai kita mati. Bukan aku kata aku ni PERFECT...tak berdosa...aku ni ahli syurga...bukan. Seperti aku, yang mana silap kita tahu terang2 itu silap...kita tegur. 

Yes, apa yang aku annoyed? Bila ditegur, aku pulak yang disalahkan.
"Lantak ko la...kubur ko!!" nak aku cakap camtu? Tak boleh la sebab kita ni se Islam...aku tahu aku salah juga...tapi jenis orang yang tak makan teguran memang boleh buat orang benci.

Lagi satu kes POLITIK. Aku dah kata dari dulu aku sokong yang mana pihak beri aku benefit! So tak kesah kerajaan atau pembangkang. Salah ke aku bersuara? Dari dulu lagi aku tak pernah komen FB orang yang sayang sangat dengan KERAJAAN tu, tapi dia suka sangat komen pastu tegakkan benang yang separa basah. Ye aku tau ape yang ko cakap ada betul.....tapi statement aku pon tak semua salah? Fakta tu bukan aku sorang je yang rasa. Dah terang-terang aku cakap, komen aku tu cuba pikir positif...Tak berapa paham aku, orang yang rasa kerajaan ni 100% perfect. 

Kita manusia ni mane ade perfect...maka bila ramai bersuara, kita pasti akan buat terbaik!! ITU MATLAMAT nya. Bukan sekadar bersyukur dan redha je...kalau redha tu boleh jadi macam MYANMAR....redha lah takde sape nak pertahankan hak...maka kita lari dari negara lain. Malaysia ni ramai orang bijak pandai...maka segala komen...anggap komen itu dengan semangat membina! Ada aku cakap...aku benci duduk Malaysia??? ada??? 

Jelas, orang macam ni aku memang KALAH...sebab aku tak tahu berdebat. Maka biarkan orang sebegini dengan kemenangan beliau didunia...nak bersyukur sangat kan...let it be. Baik kerajaan baik pembangkang....ade je orang annoyed macam ni! Pembangkang bukan malaikat...mesti PASTI ada salah satu antara mereka yang perosak bangsa!!! 

Ko suh orang syukur tapi ko pon kutuk pembangkang....nampak tak kebodohan disitu??? Ko cakap dengan cermin kot. Anyways...kalau aku komen FB banyak pulak isu berbangkit....aku tulis kat BLOG lagi bagus...kalau dia komen atau sesape komen negatif aku delete. HAH

Yela berbalik pada isu aku nyatakan pada awal-awal.....sapa yang suke ditegur??? Lagi-lagi orang macam aku yang panas baran... We are in the same cycle. So no judging...mayb kes politik tu aku tak layak bersuara...mayb dia ingat aku warganegara korea. Blog aku suhuke hati aku la!

Last, mende yang aku marah sangat dengan PROTON. Bila aku mengamok2 orang kata...padan muka kenapa beli PROTON?? Actually im too bad luck on this situation. Even jenama lain pon...ada kes yang sama but they dont even blame any side such as TOYOTA....it is good enough? Perfect?? in a thousand batch there are some bad production. But the user didn't get angry IF ....IF you are the production...manufacturer treat your customer nicely. 

Apa yang aku marah sangat, kes enjin kereta mati tengah jalan dengan tiba-tiba (Allah SWT je tahu betapa takutnya aku) tapi bila diadukan pada PROTON, mereka tak layan kes ko. Hah! Ingat kes aku tak tukar minyak hitam 3 tahun ke? Aku baru pakai kereta 3 bulan sayang. Aku bayar ok...bukan aku curi kereta. Orang sederhana macam aku ...anggap setiap duit yang dibelanjakan begitu berharga. Kenapa tak dilayan? Selepas aku bising baru ada yang respon itupon drag aku dalam masalah mereka sampai 3 hari aku terpaksa cuti, atas alasan PROTON tak boleh simpan kereta aku. WTF?? Selama ni, aku drop kereta aku kat bengkel seawal pagi, aku pergi kerja dan petang orang akan call untuk ambil kereta. So mayb they thought i have plenty of time to observe how they work...how they do services...MACAM TU?? 

Bila aku email kat ABANG MAZIDUL AKMAL untuk aduan rakyat. Aku diabaikan kerana aku tak menghormati penggunaan bahasa melayu. Aku bukan macam abg mazdul yang bahasa melayu A+++, SPM pon aku dapat B4, aku cakap seharian pon tak formal, boleh ke aku bakukan bahasa aku dalam seharian aku??? Pasti banyak kesalahan. Susahnya nak buat aduan dari rakyat yang perosak bahasa melayu macam aku. Aku tengok Kamal Affandi Hashim mengamok dengan MAS sebab servis delay...dalam FB dia bukan guna bahasa baku pon...campur English dan Melayu..tetapi Abg Mazidul suarakan jugak HAK dia....nampak tak mainan disitu? Kita kalau tak ada orang dalam atau tak dikenali macam aku...better ko diam2 je la jemah...

Kesimpulan, kalau tak hormat penggunaan bahasa melayu, aku bukan rakyat malaysia...aku tak boleh bersuara.!!! hah kelakar sangat. Doa orang teraniaya makbul, selagi aku mampu diam...aku diam dan doa. Aku doa agar pengguna PROTON macam aku selamat, jika ada kes macam aku...aku juga doa mereka dilayan elok. 

Aku doa yang terbaik. Tak kira lah pengguna PROTON ke...lain jenama ke...bila anda jadi macam saya, anda hanya boleh berdoa agar famili atau sahabat yang kita sayang selamat dan dilayan secara elok. 

Mayb hukum karma, aku tak sedar silap aku. Takpe...positif. Bukan hari aku, bukan nasib aku. 

Sekian.

Tiada ulasan: