Jumaat, 4 Oktober 2013

LU PIKIR SENDIRI RAKYAT MALAYSIA!!!

DI SINI SAYA AMAT TEGAS MEMBERITAHU BAHAWA SAYA BUKAN MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK POLITIK DAN SAYA TAK PERNAH BERMINAT DENGAN POLITIK MALAYSIA. SAYA BERSUARA SEBAGAI HAK SAYA RAKYAT MALAYSIA.

Bulan lepas aku dan bos membawa client dari Belgium untuk ronda-ronda KL. Bila lalu dari Jalan Mahameru, TERKEJUT BERUK aku tengok bangunan UMNO ni penuh lampu. Sampai client Minah saleh ni kagum gile. HAH

Aku tak nak komen lebih, cume tengok gamba dan akhir skali aku akan memberi pandangan ringkas sebagai seorang rakyat Malaysia. Kenapa nak kecam aku? Salah ke aku bersuara?
Dah tengok laporan audit negara 2012? Dah baca? Perghhh better korang pelan2 baca

1) Gambar bangunan UMNO - first aku pikir...membazirnya. Even aku nampak poster, bendera masa Piliharaya pon aku tak suka...semua pembaziran. Duit sapa ya tu? Tolong la tak kisah dari mana-mana parti pon, tau tak kau gune duit siapa? Ramai je orang susah kat Malaysia ni. Ada yang pakai generator nak pastikan rumah mereka ada api dan air. 

Sebab dulu aku post kat FB, mengamok pasai TNB naikkan tariff elektrik, kawan aku komen " Kerajaan nak suruh ko berjimat". See sekarang kerjaan berjimat tak untuk negara? Untuk rakyat? Ini contoh yang tidak bagus ya!

 2) Gambar laporan audit negara 2012. Ramai mengamok ni lagi-lagi kami sebagai pekerja swasta. Best la orang kerja kerajaan, dapat elaun banyak!!! Pasai K-POP ni kan....emm aku ni peminat KPOP gak, event Hari Belia tahun lepas walaupon ada U-KISS kot!!!!!!!!!!! tapi aku tak pergi sebab free. Sebab ape??? Sebab aku tahu kalau aku pergi, kesian rakyat miskin yang bayar tax untuk tanggung kos konsert mereka. Aku kalau aku minat sekali pon, aku akan bayar sendiri untuk konsert!!! See nampak tak ketidakadilan disitu. Secara rambang kos K-POP tu RM1.6 juta tapi yang dibayar untuk artis bukanlah semua ya...orang tengah? organizer??? 

Kalau baca audit negara, agak pedih hati ye.....
Aku percaya ahli dewan Parlimen terdiri daripada orang bijak pandai. Kenapa mereka jadi begini?

Aku ada baca twitter Wardina...better duit itu disumbangkan pada pelajar Malaysia. Ramai pelajar Malaysia mempunyai hutang di usia muda. Bila graduasi, nak cari kerja, nak kahwin, nak beli rumah, nak sara anak bini. Semua beban ditanggung rakyat. Tambah beban lagi, parking mahal, tol naik, minyak naik, semua naik. Bila tak mampu, semua nak apply kad kredit (tambah hutang lagi). Bila nak buat loan rumah, ada CITOS pulakk...nama dah blacklist. Ada je pelajar dah dapat title BANKRAP!!!

Cuba bagitau kami, macam mana minima kami nak hidup berjimat lagi???

Mereka bercakap seolah-olah mereka tiada masalah duit. Sebab apa??? sebab semua dapat elaun. Setarakan kebajikan kami dengan mereka. Biar sama-sama kita susah.

Akhirnya, hutang sampai ke mati. Ya Allah tak tenang roh kita jika kita masih ada hutang di dunia belum selesai. 

Mungkin bersambung BYE2

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

osem!!!!!

sara82 berkata...

bagus dik...tulis lagi akak setuju 100%...

Siti Nadey berkata...

@sara

kak......sy rase beban gile. Kalau ada suami boleh la kongsi belanje,...tp parah gak kalau kita surirumah...sian laki kite tanggung mcm2....same je..

kesimpulan....kerajaan makan duit rakyat....duit haram!

bile rakyat haramkan duit yg diguna sewenang2...tak berkat....tunggu je kejatuhan!