Rabu, 16 Oktober 2013

UKM- KOLEJ KERIS MAS BERHANTU

Macam agak bangang tetibe pagi-pagi aku nak cerita hantu. Mungkin sebab tadi tidur dalam kereta sebaik sampai tempat kerja pagi tadi, aku bermimpi ngeri tapi lupa pulak aku mimpi ape. Jarang aku tak ingat mimpi aku. Sebab bagi aku mimpi adalah dunia maya aku yang penting, selalunya aku mimpi best-best, yela kalau dah jumpe orang handsome suke aku...mestilah dalam mimpi je kan! haa sebab tu aku lagi suke tidur. Aku boleh sambung mimpi aku tu. Seyes aku tak tipu. Buat ape tipu, kalau aku rase dunia maya lagi best.
 Ni hantu Kak Limah paling seram dalam hidup aku ahahahhahah

Zaman UKM, adalah zaman kegemilangan aku selepas zaman FORM 5, iaitu aku bergiat aktif dalam Teater Kolej...(kolej je). Gemilang aku tu bukan dari segi perlajaran tau! dah la aku ni membazir duit ptptn...aku rase aku pandai gile, aku malas study. Kalau nak banding dengan kemalasan masa PMR, SPM, MATRIKULASI....aku memang jauh bebeno dah kesesatan tu.

Start dari first year, first sem. Bilik aku....Blok 11, bilik 506 ke 516...aku lupe uolls harap betul. Bilik tu memang banyak gangguan. Aku, Jihan roomate kesayangan aku dan jiran bilik yang selalu gila lepak bilik kami. Tibe-tibe satu hari, tengah bersantai, aku pulak layan anime tetibe ade satu titis darah jatuh dari syiling batu...(celah mane batu konkrit keluar darah?). Merebak kat katil aku sebesar 50 sen. Semua orang dalam bilik tu belum datang bulan. OK PELIK. Aku tengok kalau kaki aku luka ke...sebab aku pakai seluar fendek dalam bilik. TIADA. Ok darah siapa? Mungkin hantu tu period lupa pakai pad.

Bila cek katil, angkat tilam semua cari punca darah tu kami pelan-pelan rasa meremang. Sebabnya tak tahu punca darah yang masih basah kat tilam aku tu. Jiran aku angkat kaki, kami tak jadi study group malam tu. Jihan roomate aku pulak senyap, dia sebenarnya tak nak aku rasa takut sebab kami tiada pilihan untuk duduk dibilik itu satu sem. Dia suruh aku lap darah tu dan bukak ayat al Quran. Aku dengar je cakap dia. Memang sejak tu, setiap kali kami nak ke tandas even salah satu dari kami tidur, kami mesti set mind 'WAJIB TEMAN' so masing-masing memahami part tu. Terima kasih Jihan.

Kejadian kedua, masa tu nak exam dah so study la gile babi (study katun jepun). Kalau siapa budak biology tak tahu buku CAMPBELL tu hape....pergi gugel. Aku letak atas meja (tengah meja) dalam keadaan stabil (tengah-tengah meja) so kalau jatuh tu tak logik sangatlah. Selepas beberapa minit kami tutup lampu bilik, aku dan jihan baru je nak lelap tetibe bunyi buku yang tebal Campbell tu jatuh kat lantai....bunyi die memang tepi aku. Aku dan Jihan terkejut lalu kami bukak lampu study. Buku campbell tu memang jatuh tepi meja dan-dan je cermin solek Jihan yang bercangkuk gantung pada almari jatuh.
Sumpah pelik cangkuk tu bukan jenis mendatar tapi melengkung...so bila cermin tu sangkut kt cangkuk macam ni....kene ade stail yang masuk dan keluarkan. Bukan main senang je cermin tu nak jatuh ke lantai. Berderai cermin tu depan almari baju Jihan. Jihan kate "dah nadey diam, esok cite"

Esoknya aku jumpa felo, buat aduan. Dems.....kes jadi macam parah bila sampai felo lawat bilik kami. Hah bagi ayat pendinding lah...rupanya blok 11 memang ada kes. Ni nanti aku cite.

Kejadian ketiga, exam pon dah habis, kami stay kolej untuk sertai Minggu Mesra Pelajar. Kami jadi fasilitator. Sebelum ni kami ni pelik sebab selalu sangat orang atas kami ni susun barang. Alih perabot tengah-tengah malam. Bunyi orang alihkan perabot berat. Kes itu berlarutan setiap malam.  Kami ingat perkara biasa sampai la masuk sem, kami dengar perkara yang sama, jiran kami pon dengar yang sama setiap kali lepak bilik kami. Pada hujung minggu ramai balik rumah kan, so takde keje kami plan curi tilam best so kami ronda-ronda kat atas, cari bilik kosong curik tilam. Pernah je tilam aku berlapis2....jilake sangat perangai. Semua bilik penuh orang, tetibe sampai je kami kat satu bilik ni yang betul-betul atas bilik kami yang selalu bunyi bising tu. Krekkkk pintu bukak....OK BILIK TU KOSONG!!!!! kami berempat lari macam nak cirit dalam seluar. 
Kejadian keempat, kes ni samar-samar lagi. sampai aku second year. Pindah bilik bawah, 406 LOL. Bilik tepi luas sikit. Ada la event Fire Drill, kami berkumpul la kat padang depan kolej. Duduk beratur tetibe, ade budak india pijak jawri aku yang runcing ni...tetibe ramai jerit. Rupanya ada budak dah tukar jadi macam harimau jadian, macam dalam cite WARIS JARI HANTU uolls. Aku ni terus bangun menjauhkan diri...seram kot! Ramai orang kerumun budak tu. Ada ketua Jaksa sorang ni nama Alang, try la kawal situasi tapi budak yang merangkak tu macam makin agresif. Punya aku cuak, aku lari dari Firedrill ajak geng blah pergi mapley. Masa tu baru lah kami tahu yang blok tu bermasalah dengan gangguan saka tu. Selama ni kami dengar je cerita dari kawan-kawan JAKSA KKM, ada kes saka kat blok kami, tak sangka 'HARIMAU' tu nak keluar waktu tu. 
Kejadian kelima, ade kes kat blok aku...budak SAKA HARIMAU tu kene rasuk lagi. Afun dan Dan dorang Jaksa Kolej, so dorang datang beri bantuan tapi dorg panggil nama aku kuat gila dari tingkat bawah, aku yang kat tingkat 4 dengar nama aku diseru, so kami keluar bawak senapang manik....main tembak2...aku rase macam sakai gile. Padahal ramai orang dalam bilik itu nak tolong budak yang kena rasuk tu kembali normal. Sebelum tu, Dan dan Afun beritahu kami, budak tu hampir nak terjun dari tingkat 2. So bahaya sangat, sebab tu ramai-ramai orang kuat datang turun tolong budak tu. Katanya saka tu mintak pengeras macam-macam. 
Banyak gila aku kene kacau kat kolej ni, kejadian keenam bila aku pergi praktis teater dalam dewan serbaguna kolej. Ada budak teater nampak sesuatu dalam dewan tu, tak lama macam tu sakinah junior aku pon migrain pengsan. Lepas aku hantar dia balik bilik, aku roger Abang Ijam dan Sam lepak mapley. Aku kuar je blok, ada anjing hitam mata merah keluar dari semak gong gong aku.....pastu buat bunyi grrrr grrrrr. Dia nak kejar aku tetibe senior aku Abang Shah yang dating dalam kete keluar. So anjing tu blah menghilang dalam semak.

Malam tu sampai subuh kami stay mapley cite pasai hantu. BODOH gile. Pastu Sam hanta aku balik blok. Aku tegur la " haaa sini la aku jumpe anjing hitam tu!!!!!!". Dah kenapa aku nak tegur-tegur lak ni??? Dorang maki aku sebab tegur bende tu kan. Naik je bilik, kunci pintu tetibe ade orang ketuk pintu macam nak pecah!!!!!! Masa tu nak azan subuh dah weh! Aku call Abang Ijam suh ambek aku balik. Jihan masa tu balik Johor. Tu padah tegur kan. Dorang stay sampai siang. Siang aku terus balik rumah.... demam!!!!!!

Esoknya kami budak-budak teater kumpul kecoh yang Nadia dan Wanie nampak benda putih terbang kat blok 14, iaitu blok hujung sekali. Ada juga junior kami beritahu, dia juga nampak kelibat yang sama dalam dewan tu. Semuanya berlaku serentak semalam. Memang aktif gila hantu-hantu ni semalam!

Kejadian ketujuh berlaku paling syok bila kolej takde orang, ada aku, Jihan dan felo. Kami stay sebab buat short sem. Hah. Al kisah kami berdua mandi bersebelahan. Aku jumpe Jihan gosok gigi. So syok la mandi bersebelahan sambil gosip-gosip ....kalau aku mandi awal aku sorok tuala Jihan....memang klako gila la kan....pastu tengah syok mandi, syampu ke sabun habis....so aku mintak la syampu ngan Jihan. Pelik, aku dengar air belah kiri aku...tapi yang bagi syampu belah kanan. So aku pikir aku sound trouble. Kiri kanan ada orang mandi. oooo

OOOO ramainya mandi. Tapi baru je akak elo bagitau kami, yang kami bertiga sahaja kat bangunan ni! Masa tu otak aku terus memberi ransangan luar biase seram, aku terus usha atas takut-takut ada orang jenguk aku mandi. Aku cuci sabun kat kepala cepat-cepat tak sempat gosok gigi pon masa tu! Aku kuar cepat-cepat sempat aku tengok bilik mandi kiri kanan aku macam ada orang. Tapi aku tak nak lah obvious sangat just aku jalan laju je.
Aku dengar Jihan pon dah setel mandi, mungkin dia takut aku curi tuala. Aku cepat-cepat ke bilik, tinggal Jihan. Tetibe sampai pintu bilik, Jihan jerit nama aku dan dia masih pakai helmet macam baru balik dari dating. WADAFUCK is going on??? tadi aku jumpe siapa????? dan syampu tu sape kasi???

"Nah aku belikan ko makanan terus tak yah kuar dah", selamber je Jihan masa tu. Aku lak tercenngang, aku tanya ko bangun pukul berapa? Ko pergi mana? Aku pun ceritalah hal tadi.

"Sumpah weh aku mandi dengan kau kita sama-sama pergi tandas".
Jihan senyum je. Dia pun terkejut sebab dia dah dari pagi keluar ke fakulti siapkan kerja.


Bukan kejadian bilangan dalam jawri, banyak lagi kes tak tercatat. Kes tayar aku meletop depan DANAU sampai tersagat moto aku...pasai budak teater kene rasuk meracau takut kat aku. Jumpa babi besar kereta la....Allah banyak sangat cerita nak cerita.

Ada satu cerita dari geng senior teater aku, Kak Shaz cerita kes dinner di Danau, dorang ambik gamba depan Danau ade add on dua kelibat yang tak dikenali tumpang bergambar. Hah tu seram namati! Ada gamba weh!!!!!! tapi aku tak berani nak ambek.

Kisahnya, dorang lepas habis dinner kat Danau, dorang galok bergambar ramai-ramai. Dulu mana ada whatsap, mana ada bluetooth tapi ade infrared je dulu2. Infrared ni leh transfer gamba tapi handphone kau kena bersentuh!. Yang gambar tu dari handphone sorang kakak senior ni. Dalam perjalanan balik, tetibe serentak ramai-ramai dapat gamba tadi. Dorang dah cuak, bagaimana ini berlakuuuu hahahha.
Masing-masing laju balik bilik. Sampai je akak senior ni kat bilik dia, dia pun transfer la gambar kat laptop. Masa dorang bukak tetiba dorang terkejut gila ada gamba salah seorang senior ni tepi baju die ade tangan panjang. Pastu kiri ke kanan skali gambar ada tambahan kelibat. Tak tahu siapa. Dalam masa yang sama, tetibe bunyi burung hantu kat tingkat dorang. Masa tu dorang rasa takut yang amat. Aku yang dengar pun meremang. Esoknya kami ke bilik teater cerita semula kisah tu. Dorang masih pelik kenapa dorang dapat gambar tu. Siapa yang hantar padahal masa tu dorang cuak nak balik kolej cepat-cepat.

Kalau dalam DECTAR jangan cakap la kan. Emm budak teater rimba yang selalu stay praktis tahu la selok belok sana. Bukan Kolej Keris Mas je....kolej lain pon sama. Dulu kawan kristian aku pon suh cari kawan yang pandai halau hantu kat kolej Borhan. Kolej Amin....Emmm Aku pernah stay kolej Ungku Omar untuk sem 3. Tandas die memang terbaik seram! HAHAH tapi bilik dorang the best! Kolej Pendeta Zaaba lagi la jauh jenat dalam hutan. Kalau malam-malam aku hantar kawan, balik sorang-sorang naik moto memang seram. So far aku tak pernah kene kacau kat kolej orang lain.

UKM kan antara universiti paling lama di Malaysia. Macam-macam cerita dengar. Siap kes Harun Din halau hantu berbas-bas dia tak mengaku. Mungkin ada sebab kan. Kolej aku memang tak boleh la blah. Dorang kata kolej Keris Mas setiap 11 tahun memang kene pagar. LOL percaya atau tidak bila dah kene baru ko ternganga. Baru nak terkencing.

Dulu masa matrik kecoh tentang makcik jual nasi lemak tepi tingkap. Sampai kawan aku tercirit tengah malam masuk tandas tak tutup pintu. Sejak tu jugak, aku kalau nak terberak terkencing tengah malam aku akan kejut jugak kawan aku...lantak kesian ke tak yang penting aku tak tercirit berlari tengok hantu kan. So sampai la sekarang, kalau aku tengok cite hantu aku memang tak berani pergi dapur sengsorang. Hah penah je aku pergi tandas tak tutup pintu. Terikut perangai kawan aku la ni ahhahahah ape2 aku suh ibu, ayah atau adik aku teman. Kalau takde orang aku bukak yaasin kuat2. Bodoh aku memang penakot dari dulu.

Kawan aku pernah kata ngan aku, jangan mintak hijab (mata untuk melihat makhluk halus) ko terbuka, sebab sekali terbukak ko akan menyesal tak sudah. So kesimpulan jangan cari padah. Em kalau nak cerita cite hantu memang tak habis satu hari sebab banyak juga pengalaman nak share tapi cukuplah cite pasai UKM ni nanti aku pakai pampers pulak berak kencing dalam pampers sebab takut nak pergi tandas. Dah la tandas umah aku ayah aku tebuk lubang BESAAAAAAAAAAA....aku selalu bayang macam-macam. dems lupekan!

Ok bulu ketiak aku dah meremang dan aku blur nape aku cite kes hantu ni kbye!

7 ulasan:

My Little Diary berkata...

alahaiiii...baca jer dah rasa seram,
minta jauh, taknak alami yang seram2....sbb aku pun penakot nak mampuss!!

anna hashim berkata...

nadiey...
mula2 baca ana ok lagi,rilex jerk... sekali siap ada visual lagi..
damn!!!!!!! sumpah seram..
sebab ana ngah baca cerita hantu gak kt forum ni..huuhhuhuuuu...

ana plak jenis akan terbayang bayang je apa yg ana tgk tadi..
mampussss ada gak yg x bleh tido mlm nnt...

sara82 berkata...

uitm shah alam,kolej seroja pun sama sbb kolej tu paling lama mmg banyak jugak kisah akak dengar..so far tak pernah terserempak lagi tp pernah jugak la basuh baju sorang2 time weken petang... tiba2 suasana jadi gelap,berangin cam nak hujan...terus akak tinggal baldi baju lari masuk bilik..tengok kat luar cerah terang benderang baru kul 4 ptg hohoho...tobat tak pegi toilet sesorang wakakaka!

Siti Nadey berkata...

@riana @ana @kak sara

actly cerita ni detail lg tapi tak sanggup nk taip dah....hahahaha

Atieqah_nuriz berkata...

What the fishh~ bru plan nk pndah dr KTSN ke KKM sbb nk join suksis...urghh~ seram dehh..smgat lemah nie..tp impian berkobar2 nk futher study engine.. sob3 :'(

Tanpa Nama berkata...

Menyesal bace cerita ni...
dah la sy duduk aras 5 blok 11... T-T

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah ukm skang ni jarang dah ada kes cmni