Khamis, 21 November 2013

BUKAN BAJET TRAVEL : SINGAPORE Day 2

Hari yang dinantikan telah tiba. Kami bangun solat subuh dan bersiap turun bawah hotel pukul 7 pagi.  Dalam bangunan Tune Hotel ada 7 Eleven dan juga kaunter Odessey. So kat kaunter Odessey tu la kami collect tiket. Kami beli tiket dari iklan di mudah.my aku percaya je so dia pass tiket kat kaunter. Saje je aku tak nak bagi nama dan link blog tu sebab bagi aku dia dah tipu aku. Dia kata ada voucher 5$ untuk makan. Tapi yang dia bagi tiket je....takde explain ape2. So aku tak suke cara servis dia. Menipu 




Dalam bangunan Tune Hotel tu gak kaunter Odessey. SO mudah. Plus ada 711, boleh beli slurpee hari-hari.
Tiket USS termasuk bas pergi balik = RM195

AMARAN: Please la beli tiket express USS sebab tak payah beratur untuk setiap permainan. Tambahan hanya 30$ dalam RM80++ So jangan buang masa anda. Anda boleh repeat main sampai 3- 4 kali. LOL

Kami bertolak ke imigresen lalu Laluan Tuas ( sebab nak elak jam), kalau lalu Woodland dekat tapi ramai gile orang. So abang tu rilek2, bawak pergi makan, berhenti kencing and breakfast lagi...waddehell 2jam. Tak paham aku! Tak payah risau, semuanya takkan sesat ikut orang je...kalau takde orang pon korang leh cari sendiri sebab mudah. Sekejap je melepasi imigresen. Bas pun tunggu kita. Sampai di USS pukul 10.30 pagi. 

Sawan melanda, bile tengok orang ramai. Menurut Ai, kawan kami yang pernah pergi dia kata dulu lagi ramai. So korang boleh layan gamba beberapa keping ni je....pastu kesimpulan aku leh buat. Pergi tempat Transformer dan The Mummy paling best dalam hidup aku ..lg best dari pergi Genting Highland.

Dalam Transformer tu 3D so pakai spek. So ko akan macam roller coster dalam tu. Aku siap bersemangat nak mampus bila Optimus tanya kami selepas kami dilambung-lambung...." Are u okay??"
Aku ape lagi ...dok depan kan...confident nak mampos jawan " Okay!!!!!!!!!!!!!" sambil buat thumbs up!!! Hahahhaha Dalam The Mummy pulak aku jerit tanpa henti sebab gila babi roller coster dia....Farkkk tapi kami naik dua kali! Gambar tak beli sebab muke aku hodoh nak mampos.
Sian budak ni sampai habis basah baju maid die.
Ok abang perut berketak ni jadi watak the mummy tu ada kembar ok. Kembar dia pon buat kerja yang sama...sergah orang....seb baik aku tak rabe perut die LOL
Aku baca banyak blog kata suh beli baju hujan siap2. So aku ni la paling semangat beli dari gombak. Beli kat guardian tu. Tapi masa beratu tercicir lak. So aku tak beli pon walaupon ade je jual kat sana (mahal). So aku sorang je la tak pakai baju hujan. Emmm tak rugi pon sebab yang basah seluar korang. Itu pon sikit je...so tak yah membazir la beli baju hujan!!!!

Lagi satu, better korang pakai kasut sport shoes. 

Emmm bawak la bekal sikit so boleh la berjimat. Semalam kami tapau roti, kaya, sardin, biskut dan air mineral kat KSL Mall. 

Paling sadis kat sana tengok orang beli ais blended sedap gile terliur nak beli. Bila banyak kali pikir, kami bercadang nak kongsi sorang $1 tapi orang tu dah tutup kedai pulak......takde rejeki

Pas ronda dua kali, jam dah pukul 6 petang, Zaira and the geng nak beli baju Hard Rock Cafe. So kami singgah BreadTalk makan jap. Lapo

Roti Cheese 2 keping = $3
 (tak sedar air ice lemon Tea percuma??? rejeki aku la kan free)
Beli hadiah untuk diri sendiri Botol air Transformer = $14.90

Aku convert duit SG $100 = RM257

Sampai je bilik penat gile, aku dan Flora tak ikut keluar makan. Just mintak tapau nasi goreng dengan Slurpee!!!!!

Total belanje harini adalah RM195 + $17.90

Bersambung

Tiada ulasan: