Khamis, 21 November 2013

BUKAN BAJET TRAVEL : SINGAPORE Day 3

Ok harini kami nak masuk jenjalan Singapore. Kami checkout hotel pukul 9 pagi. Memula kami bincang dan kami mengikut cadangan Yan n Kak Mia untuk pergi ke JB Sentral. Sampai sana kami pulak parking dalam City Mall. Nasihat tak payah la parking sini sebab mahal tapi aku tak tahu pulak parking murah sini. Plan asal aku nak parking kereta kat Larkin dan naik bas kuning ke Woodland. Tapi dengar je la kan dorang yang lebih tahu. Sebabnya mudah sebab sebelah City Mall ade CIQ.

Dalam City Mall kami singgah di OldTown makan jap

Makan tomyam meehun pepagi = RM12

Selepas makan kami berjalan ke CIQ (Custom & Immigration Quarantine Complex) lalu kat jambatan yang menyambung kedua2 bangunan. So senang kami terusssssssssssssss je. Sampai sana naik bas kuning ke Causeway Link (CW1) ke stesen MRT Kranji. Tambang RM2.50. Simpan tiket bas tu sebab nanti di Woodland kang ade orang habis. Sampai je Stesen Bas Kranji kami turun jalan sikit ke Bugis Street. Memang macam KL...so tak yah sawan sangat la


Dey-Dreygon

Tapi berlagak sawan aku beli gak barang

Bag 2x = $4
Kami beli yang 5 bag $10

Baju 1 Love Singapor 2x = $6
Beli yang 3 for $10






Depan kampong GLAM????????

Kami jalan-jalan sampai jumpe Masjid Istana. Hujan lebat sangat so alang-alang rehat dan solat. Best solat sana sebab best lah hahahha. Selepas hujan berhenti kami ke Restoran Zam yang terkenal dengan murtabak besar. Aku pulak tamak pergi order Roti Canai dan kuah daging kambing. Kami berkongsi makan dan bayar sekali. 

Semua $60 bahagi 7 orang
$8.60 seorang


Zaira nak beli flip flop sbb sedara dia kate sini murah so kami naik MRT dari Bugis Station ke Sarmoset Station 
Tambang masa ni bersepah aku lupa

$1.20 rasenye

Sampai disana kami bergerak ke Orchard Central. Aku dah sakit kaki dah so aku tunggu kat food court. Sian Zaira, harga flip flop sini lebih mahal. Mungkin murah masa sale. Kami naik MRT ke Woodland 

$2.20

Sampai di Woodland kami ambil bas kuning sekali lagi untuk balik ke CIQ. Bas 956 rasenye. Otak aku lemah ingat nombor2 ni...haaaaa

$2.50

Sampai je di JB Sentral, parkin kereta mahal nk mampos. Dan2 Yan pulak takde cash, Kak Mia pulak takde duit. Aku tinggal RM7 baki beli slurpee. Nasib baik ade Flora. Jumlah parkin adalah RM21. Mahal gila. Tapi nak buat gane kan. Syukur duduk Malaysia. LOL

Balik bertolak dari JB pukul 10.30 

Minyak = RM50
Touch n Go = RM50

Total: RM 25 + $26
Masalah bile tah mane tah duit lain. Ngam2 aku gune $50. So tak cukup aku mintak Flora. Seb baik ade Flora selamatkan aku. Disebabkan aku tak nak pecah $50 kan hahaahhah

Kami sampai pukul 2.30. Sebab kereta Proton aku mane boleh laju-laju. LOL
Alhamdulillah sampai rumah. Aku terus BONG tidur. 

Kesimpulan, tiada yang best selain USS. Sebab ape? Masa aku pergi Korea, Lotte World kami tak dapat main semua game sana sebab ramai gile orang. Tunggu satu game 2 jam. Gile. So USS ni walaupon public holiday, kami tak ambil masa yang lama pon tunggu. Memang best gile. Aku menjerit sampai hilang suara weh. Terbaik!!!!!!!! seyes aku nak pergi lagi!!!!!!!!!

Total travel kali ni adalah

RM660 (termasuk RM257= $100) 
Baki $50 = Lebih kurang RM120

TOTAL BERSIH = RM 540

Maka misi aku gagal sebab Terlebih RM40 plus aku shopping kat JPO lagi kan...hahahhaha

MISI untuk mencari HALIM pun GAGAL sebab Halim tidak berjaya dihubungi. Mana Halim menghilang? Sakit kah? Semua orang risau tanpa sebab kukuh dia menghilang. Semuga dia bahagia setelah larikan diri dari aku dan kawan-kawan dia. Amin

Dah setel pas ni aku kalau pergi Singapore lagi....aku pergi USS je...yang lain tak payah!!!!! eh lupe JPO skali. Tu je la yang best. Yang lain biase je.

Plan for next trip
Weeeeee

2 ulasan:

bspotgurl berkata...

Last year I pi Spore - I pun rasa USS je yg bestt

Siti Nadey berkata...

kan......sbb same je ngan kl