Selasa, 26 November 2013

KENAPA NAK TRAVEL SOLO??

 

Rasanya tahun 2013 aku dah banyak buat keputusan matang dalam hidup. Selama 25 tahun aku terlalu manja dan terlalu berharap pada orang terutama pada famili. Sejak aku dapat kereta langkah aku lebih jauh dari sebelumnya. Namun aku telah berani untuk travel seorang. Bila travel seorang aku rase lebih seronok. Spend time untuk diri buat aku rasa lebih puas dan lebih tenang.

Tapi tu dalam Malaysia. Mungkin aku lebih selesa dan tak takut walaupon Malaysia sudah tidak aman seperti dahulu. Maka wishlist 2014 aku berazam dan cabar diri untuk travel solo ke luar negara. Dan aku telah memilih Indonesia sebagai negara pilihan, pilihan sebelum ini Philippines.

Ramai tanya kenapa aku dok berahi sangat nak travel solo ni?

1) Berdikari
Aku memang manja. Aku terlalu bergantung dengan famili aku. Maka dalam umur yang agak tua ni, anak buktikan pada Ibu Ayah yang aku sudah matang kihkihkih

2) Pengalaman
Berbanding dengan backpacker yang lain. Pengalaman aku ni ibarat tahhi dicelah gigi je. Aku ni seorang panas baran maka aku tak pandai buat keputusan hidup sendiri. Bile banyak pengalaman banyak garam aku makan, maka aku boleh jadi matang. Umur 25 tahun ni aku hidup tanpa pencapaian yang boleh dibanggakan. Pengalaman buat seseorang itu lebih matang dalam semua tindakannya. Pengalaman tak boleh dibeli maka setiap kenangan dan dugaan amat berharga untuk mengumpul pengalaman. 

3) Masa untuk diri dan fokus pada Pencipta
Aku ni dah la bodoh agama. Nak ingat Allah tu.....waktu solat je la. Kalau tak KPOP je le. Bila aku sorang dan aku pikir tiada siapa boleh jaga aku melainkan Allah. Maka masa dengan Allah tu lebih. Waktu musafir aku lebih banyak ingat Allah. Rasanya solat tu lebih diingatan. Serabut nak buat jamak...serabut nak qada' solat kalau tempat tak mengizinkan. Cari arah kiblat. Seyes tu syok. Aku pergi cherating haritu, dalam chalet tu takde tanda arah qiblat. Maka aku guna la hp. Salah HOKEY maka seeloknya beli la kompas kecik. Heeee

4) Kepuasan
Walaupon kos lebih mahal sebab tak boleh share kan. Tapi puas sebab segala keputusan ditangan kita. Kalau ditangan orang emmmm....lagi satu. Kalau travel dengan orang yang ambil kisah tentang duit. Dia akan kira detail berapa belanja dan dibahagikan sama rata, itu terbaik!!!. Tapi kalau kita travel dengan orang yang tak ingat hutang dia. PARAH lah kita. Maka hilang mood travel. Seyes better aku spend untuk aku sorang berbanding share dengan orang yang macam tu. Spoil mood travel aku. 

5) Kita lebih peramah
Demi untuk mendapat info lebih bermakna, kita tak boleh berharap pada buku dan info pada internet. Tapi kene lah tanya penduduk tempat kita travel tu. Maka automatik kita akan lebih peramah walaupon berbeza bahasa.

6) Inner Strength
Kita takkan tahu kebolehan kita sehingga kita berada dalam situasi tiada pilihan atau untuk membuat keputusan dalam meneruskan hidup. Cabaran tu lah paling best!


7) Dapat kenalan baru
Tak kisah la orang Malaysia ke orang asing ke. Kita dapat kawan baru dan share pengalaman berbeza. Bukankah itu perkara yang bagus? Mana tau melekat sampai jodoh seumur hidup. Lagi WOWOOWOW

8) Self treat
Kalau biasa kita beli orang kata....hish membazir. Bila kita sendirian kita lebih menghargai duit dan hargai penat lelah kita sorang-sorang survive dinegara orang.

9) Masjid
Aku kalau travel aku lebih suka solat di Masjid. Islam is worldwide. Memang susah nak cari masjid kalau Islam adalah kaum minority. Tapi agak jakun jika masjid tu lain dari masjid kat Malaysia.

10) Belajar mende baru
Contoh ya, aku sangat kagum dengan tandas kat korea. Gila walaupon takde air tapi tak berbau. Cara makan, adat, gaya hidup. Compare la dengan gaya hidup kita. Cara solat. Haaa mana tau jumpe penganut syiah ke. Baru la jakun. Bila jakun dan belajar mende baru tu yang syok.


Tapi bagi perempuan, janganlah terlalu berani. Pastikan kita tak buat mende bodoh. Apa-apa inform orang sekeliling anda. Kalau pihak hotel ke...bagitau anda pergi mana harini. At least ape-ape jadi, kita dapat ditemui. Yang penting, yakin Allah sentiasa ada temani kita. Jangan travel masuk tempat urut lak. Masalah! Balik-balik dapat hiv!

Korang boleh kongsi kalau info aku tak bernas macam korang pikir. Tapi out of 10 reason aku bagi ni hanyalah pendapat aku semata-mata

Happy Holiday!


Tiada ulasan: