Selasa, 3 Disember 2013

Annual Dinner YSPSAH BERHAD 30 NOV 2013

Pejam celik pejam celik
Dah nak masuk 2 tahun aku kerja kat YSP. Masa berlalu sangatlah pantas rasenye macam baru je beberapa bulan. Sejak aku bekerja kat YSP aku memang la tak pakai makeup pergi keje. Serabai je.

Tetibe tahun ni ada dinner, maka geng Glam aku suggest supaya aku buat dress. Alang-alang kami beli kain untuk baju kenduri wanie. Aku beli sekali dress untuk tunang eh untuk dinner.

Kain beli kain di Jakel, untuk saiz badan macam aku, kami beli untuk 5meter. Tak perlulah mention kain hape sebab aku memang bodoh bab2 kain ni. Yang penting kain die sejukkkkkkkk

Ok sawan ko, umur 25 tahun baru la merasa nak melaram. First time buat dewwresss.

Kos kain 5 meter = Rm100

Pastu of course la nak merasa hasil tangan kawan sendiri. So aku jumpe ayun iaitu pemilik AYUNAR merangkap kawan baik aku masa kat UKM. Die dengan suami se geng, kepala ngeng je tapi kerja mantap! Tabik aku dengan suami isteri ni.

Kos upah buat dewress = Rm70 (Ayun bagi diskaun sebab aku cun)

Kos baju aku hanya RM170

Bagi aku la....saiz macam aku sukar untuk dapat harga murah bawah dari Rm200. So sejak itu, aku rase pas ni ape-ape pon aku akan beli kain dan suh kawan-kawan buat. 

By the way, Ayun ada bagi aku hadiah inner neck. Seyes aku suka gilos sebab tak melekap kat muke aku yang macam iras gajah ni. Tapi masa dinner aku tak pakai sebab tak matching ngan shawl aku beli. LOL (lagi satu nak bagitau aku memang bodoh fesyen).

30 Nov 2013, Tropicana Golf Club
Keje aku makan je, dan aku ni bukanlah fotogenik sebab itu aku tak berminat sangat ambek gamba aku bebanyak.Just snap beberapa gamba the rest ambil gamba dari kamera orang lain. LOL
so ni la hasilnya
Dinner kene register pukul 6.30 petang tapi pukul 4.30 aku baru terhegeh-hegeh nak mandi. Hasilnya makeup sendiri yang agak comot. Disebabkan nak tunjuk kat geng-geng whassup aku snap la gambo dalam bilik ayah. Bilik aku cahaya amatlah romantik kan...posing posing sampai adek aku pening. Die kate aku makeup hodoh. Tapi okay la kan...dinner je bukan event besar pon. Aku takde banyak gamba so aku dok ulang gamba sama letak kat Instagram LOL rase bodoh.
Senior aku memang ramai yang melaram, macam anak dara uolls. Tabik aku kepada mak mak orang yang muda bergetah ni. Tengok badan aku macam mak ade 5 orang anak.
Inilah AHD (Animal Health Division), bos yang baik gila dan colleagues yang sporting. 
Akhir sekali gamba without any edit. Dress made by AYUNAR

Feel free to visit them

Maaflah kalau tak enjoy tengok gambar huduh aku. Tapi gambar dinner tu je LOL

2 ulasan:

anna hashim berkata...

apa maksud YSPSAH? hehehhehehee
ok la best ada annual dinner bagai..company anna non hadoooooooo...hahahahaa

Siti Nadey berkata...

anna tu namo company....eden pon tetibe blur kan ahhahaha