Ahad, 8 Disember 2013

SABTU PUNYA CERITA 7 DEC 2013

Dari kiri 
Jai Bulu, Teng, Aku, Pengantin (Anis n Muaz), Ridhu, Sayyid dan Apai.

Memule aku serabut nak pergi Kenduri Abang Ijam ke nak pergi kenduri Muaz kat Lumut. Setelah berbincang, kami pergi ke Lumut. Kenduri Abang Ijam boleh datang minggu depan. Memule juga plan 2 kereta. Plan lelaki semua naik kereta Jai. Tetibe adik Dan tak jadi ikut pastu si Apai ni bangun lewat. Jai Bulu hampir bertukar jadi Jai Jadian sebab bengang gila kejut Apai yang tidur mati.

Aku bertolak dari Gombak 8 pagi ambil Teng di Melawati dan kami bergerak ke Selayang menujuk ke Rawang setelah berjanji nak berjumpa kat R&R Rawang untuk breakfast. Malang gila, dapat call dari Jai

"Aku ngan Sayyid nak tumpang kete ko je ke Lumut. Aku tak kire ko datang ambek aku kat bangi sekarang" terus letak call sebab nak jimat credit. Haish disebabkan aku kenal perangai dorang bukan niat nak kurang ajor maka dalam mengamok tu aku U-turn ke Bangi. Sebab ABANG KESAYANGAN JUGAK aku sanggup pergi Bangi. LOL epik gila pagi tu. Kalau orang lain....peduli hape aku. 

Tetibe Apai call dia dah bangun dan nak ikut. So kami dari Bangi ke Shah Alam ambil Sayyid pulak. Penuh kereta. 

Tambah scene epik pulak, seorang lelaki macho bajet tahu jalan. Iaitu Sayyid dengan muke penuh kompiden lead jalan, kesini kesana,,,kiri dan kanan.

Last2 bila ditanya, dia jawab " Jalan kucai lama la pai!!!!!!!!!!"
Kantoi die cek MAP kat phone nampaknya kami dah ditipu. Rupenya kami berpusing di KL. Sepatotnye dari Shah Alam ke Highway Plus Sg. Buloh tu dekat gile dah. Aku bengang gile drive sebab bape banyak TOL kat KL & Selangor ni. Gila dah lewat nak pergi kenduri kawen. Sampai kenduri pukul 4.30 petang. Kami singgah ke Teluk Batik, solat dan pulang ke KL. 

Epik gila. 

Nak cerita perjalanan kami seharian dalam kereta penuh gelak. 8 pagi dan balik rumah 1 pagi. Penuh dugaan dan yang paling best seksa penumpang dengan lagu KOREA aku. Haaa padan muke. Walaupon kereta aku dalam kondisi TAWAKAL tapi alhamdulillah kami selamat pergi dan selamat pulang. 

Disini nak bagitau, dulu aku selalu sedih sebab abang-abang dan kawan-kawan aku semua dah nak kawin dan aku akan seorang....seorang....Tapi even dorang dah jadi suami orang, kami boleh jugak pergi kenduri kawan beramai-ramai. Mungkin perempuan nak mintak izin suami dulu kan...same seperti lelaki. Nasib baik isteri memasing paham, dan tak risau kalau suami dorang keluar dengan aku. Mungkin rasenya dorang anggap aku lelaki jugak. LOL 

Syukur sebab peluang gelak-gelak macam zaman dahulu tu tetap ade. Lepak mapley sampai pagi. Semuga kite dapat lepak macam ni sampai TUA. Sampai hujung nyawa. Ok emo pulak ayat aku. Bestnye kalau aku dah kawin pon aku boleh bawak suami join gelak macam setan dengan geng UKM.   
Ini Teng, rasenye banyak je gamba kami macam ni. Tapi yang ada dalam phone aku dua ni je. Kanan 2009 (Pangkor, Teluk Segadas) dan kiri 2013 (Teluk Batik). Bukan Teng je aku sayang ketat-ketat...semua kawan...aku sayang ketat2 cume tak boleh sayang lebih kat lelaki la...kang kene serang ngan bini orang. Kene voodoo...habis

Cukuplah tak perlu aku cerita detail sampai berdialog bagai. Kang jadi novel. Mungkin memori seharian dalam kereta adalah salah satu memori best dalam hidup aku. 

#Gutiri #Wa.....ze #gagap #jalankucailamalapaiii #tunetalk #sesat #kompiden #lumut #gengukm

Sekian

Tiada ulasan: