Rabu, 22 Januari 2014

BELAJAR MENCINTAI DIA


Jangan terlalu membenci sesuatu
Siapa yang tahu kisah cinta tragis aku, mesti simpati pada aku tapi siapa yang tak tahu mesti dia kata aku terlalu emo. Tak kisah apa orang nak cakap, bukan kereta hengkau. Pedulik hapa aku.

Bermula dari kisah berebut kereta dengan ibu, sorang nak pergi event pas dan seorang nak pergi kenduri kawan baik di Terengganu. Si ibu mungkin lupa bahawa kawan baik anaknya sudah mengajaknya ke kenduri namun bagi si Ibu event PAS lebih penting. Tidak mengapalah, dengan air mata aku mengambil keputusan untuk mengambil kereta persendirian. 

Selama 3 hari mencari agent. Tapi berfikir panjang, seorang kawan telah memberi link FB Malaysia Car Showcase (agent ni tak bertanggungjawab so janganlah refer pada dia). Aku terus roger abang itu, semua proses dipermudahkan dalam masa seminggu. Alhamdulillah. 

Aku memilih untuk mengambil Saga FLX kerana MURAH!!!!!!!!!!! mampu la bayar RM500 sebulan. Dan selain itu, sebabnya famili aku pun pakai SAGA FL, SAGA yang lame tu. SAGA FL tu tiada masalah, enjin pun ok dan kereta sudah beberapa dilanggar dan melanggar tapi tiada kesan kemek. Dengan ciri2 tahan lasak itu, aku dengan gamble ambil SAGA FLX. Tapi aku tak tahu, FLX mempunyai enjin CVT yang mana rata-rata masalah utama yang timbul adalah sebab enjin CVT ni. FL enjin biasa je sebab tu tak banyak masalah. 

Pada bulan pertama masalah enjin mati bila start atau reverse parking. Mulanya aku menyangka TIMING LOW. Dah bawak banyak bengkel Proton, Gombak dan Kepong. Tapi gagal, masalah yang sama timbul. Power window pula rosak, dan cermin kereta retak seribu. Ya Allah sabar sangat dah ni.

Bulan ketiga, bila travel jauh enjin mati jalan (sewaktu drive laju di lane paling kanan) aku rase ini ada masalah enjin (Major problem) bawak pergi merata GOMBAK, KEPONG, MALURI dan akhirnya semua giveup suruh aku pergi HQ, SHAH ALAM. 

Sampai sana 3 hari aku cuti bodo2 duduk disana, menunggu. Nak tinggal kereta tak boleh atas alasan, HQ tak kasi simpan kereta. Selepas kejadian aku mengamuk di HQ, aku mengambil inisiatif untuk meminta bantuan ayah untuk berurusan dengan HQ pula daripada aku mengamuk sampai masuk paper! Habis. Beberapa kali ayah bantu aku hantar kereta tapi masalah tak pernah selesai sehingga kini masih mati enjin tengah jalan, dan kerap sangat tak boleh start enjin. 

Baru-baru ni, ayah komplen kereta aku bunyi kuat sangat, macam ada masalah bearing atau alignment tayar atau memang enjin bunyi kuat gedung...gedung...kling...kling...setiap kali naik kereta aku berdoa agar tayar tak tercabut. Redha sangat.

Banyak sangat air mata pada kereta ini. Jika aku jual, aku perlu bayar pada bank RM 10,000 dan cari lagi RM5000 untuk ambil kereta baru. Tapi malang, aku tiada simpanan kerana dalam tempoh 6 bulan aku sudah banyak berlabur pada kereta ini sia-sia.

Tiba-tiba aku telefon ayah sambil nangis, ayah kata kamu sabar la. Mungkin ini ujian Allah untuk aku jadi lebih matang dan sabar. Dan aku perlu melihat pada orang yang lebih banyak dugaan Allah beri, contoh syukur walaupun kereta buat hal aku masih selamat dan merata aku telah pergi. Ada aset sendiri. Orang lain?? 

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Bila banyak kali kawan nasihat aku dengan ayat al Quran di atas, baru aku sedar. Semua takdir dan ada hikmah. Belajar menerima perkara yang kamu benci. Alhamdulillah, walaupun dia mati atas jalan atau tak boleh start enjin, aku masih boleh tersenyum dan sangat tenang berbanding sebelum ini la. Walaupun dia banyak beri air mata, tapi dia telah lindungi aku hujan dan panas. Semasa aku sedih dengan kehidupan aku, dia menemani aku merata dalam Malaysia. Jika travel aku takut untuk tidur seorang di masjid, aku akan parking di depan masjid dan tidur dalam dia. Dia melindungi aku. Setiap hari aku ke tempat kerja 6.30 pagi. Maka aku akan tidur di parking dalam Taman Rimba TTDI sementara menunggu waktu masuk kerja 8.30 pagi. Alhamdulillah, jika aku membawa kawan aku (nyawa orang lain) tak pernah lagi enjin mati atas jalan. Syukur. 

Maka, sekarang aku nak jadi matang. Aku nak belajar mencintai apa yang aku miliki. Bergenang aku dengar lagu Afgan - Cinta tanpa syarat.

Aku belajar mencintaimuMencintai tanpa syarat apapunMeski kau yang tersulit untukkuTapi aku tak ragu
Kini kita sudah semakin jauhBahkan sulit untuk kembaliKu beri semua yang ada padakuTanpa syarat apapun
Aku ingin tahu ada di hatimuAku lelaki yang tak bisa mudah menggantimuMeski aku takut akan kelemahanmuKu takkan lari karena cintaku sempurna
(cintaku tanpa syarat)
Kini kita sudah semakin jauhBahkan sulit untuk kembaliKu beri semua yang ada padakuTanpa syarat apapun
Aku ingin tahu ada di hatimuAku lelaki yang tak bisa mudah menggantimuMeskipun diriku takut (meski aku takut) akan kelemahanmuKu takkan lari ooh ku takkan lari oohKu takkan lari karena cintaku sempurna
Bukan aku je alami masalah ni, so jom sesame positif

Tiada ulasan: