Ahad, 12 Januari 2014

EKSPEDISI GUNDA: BUKIT BROGA (11 Jan 14)

Idea : Kak Ain 
Agak terlewat untuk aku canang, aku gemuk ni dah naik Broga yang pofuler tu! LOL sebelum ni mampos aku nk bersukan. Sejak azam baru 2014 dengan moto kehidupan " Cantik, sihat dan cari jodoh" terus aku join aktiviti macam ni setelah 5 tahun berhenti bersukan.

Agak emosi untuk cerita secara detail. Tapi dorang memang motivator terbaik! Aku memang tak larat tapi dorang tunggu dan jerit nama aku sampai satu Broga dengar...

"Nadey .....boleh......gunda.....boleh....sikit lagi....", arghhh emosi sangat. Rasa nak menitis air mata tapi peluh yang menitiik.

Sampai puncak kedua, aku tak nak naik dah!!!!! Pastu kene tarik, kene tolak dengan Bob dan Dan supaya aku naik jugak ke puncak. 

Alhamdulillah, kami berjaya naik ke puncak dan selamat turun walaupun aku dah give up masa perhentian kedua.

Arrghhhh terharu. Kalau aku sorang memang tak mampu la...mental lemah.

So malas cite panjang, biar gambar bercerita. 
Jai dan Arai duduk atas batu ni pastu jerit nama aku kuat-kuat...bergema bagai...aku rase orang lain mesti rasa geng kitorang buat event mcm Kevin Zahri!!! Demss malu gila
They are always behind me.
Motivator, pusher & good brother, maaf dah bertunang dengan Fiza a.k.a Strawbery Shortcake (nama FB tah betul ke tak) nak kahwin dah akhir tahun ni. Jangan kacau, kalau tak aku pergi serang! Haaa
Pendapat aku la...Broga ni ok lagi berbanding bukit kat slim river. Alhamdulillah tak hujan so takde la licin mane. Ada orang bagitau, Bukit Tabur Melawati lagi bahaya dan mencabar.
Jai dan Arai. Arai kahwin 2 Feb 2014 ni...ni last event semase single kot! (aku tak berapa paham dengan sapa yang ambek gamba ni...napa ambek gamba laki pakai baju biru ni sekali????)
Terbaik, abang ni siap bawak anak mendaki. Budak tu gayat bila turun bukit. Menjerit-jerit nak turun sendiri.
Muke penat gila...tapi aku janji ini bukan yang terakhir. Next target nak join marathon. Aku gemuk tapi aku nak buat gak. Mampos la marathon tu dah habis event ke...dah balik rumah ke...aku nk join gak.
Bob dengan prangai obses dengan kaki die yang makin slim skrang. He's one of my personal coach, motivator dan pembuli. 
Jai dah macam..........
Gunung Tok Jai........4.8 km
Yes aku gemuk, aku dah sampai puncak!
Lepas turun kami gerak ke mapley seperti biase
Sebab aku terharu dorang banyak tolong aku naik ke puncak. Haaa aku suh request nak makan ape. Dan seperti biase nak spageti. Tapi sejak dari dulu request spageti. So aku nak bagi dorang rasa masakan lain. So aku buat tomyam. Arai pulak, last request nak koktail. Sebab pas ni, isteri dah ade....so request kat isteri dia je. 

Malam tu jugak Didie dan family datang dari Gerik. So malam tu meriah sangat walaupun makanan cukup simple. Tomyam special (letak bunga kantan), ayam goreng, telur dadar kosong dan koktail buah.
Anak dare hotz....tolong masak dan kemas dapur
Hantu gigi datang buat onar dengan seluar kPOP
Alhamdulillah, seronok gila jumpa dan makan2 macam ni. Mangsa rumah Jai dan As.
Mama datang untuk backup aku dari dibuli oleh kera-kera
Ibu mithali. Tengok dakcad posing angkat kaki baik punye!
Kak Ain dan Puwa
Alhamdulillah, azam 2014 semuga aku dapat berubah jadi wanita solehah, blaja memasak...sebab azam nak cari suami soleh lagi kacak kan. Amin
Dalam seronok-seronok, adik aku masej pagi tu. Ayah dan amin kemalangan otw balik dari hantar ibu dari LCCT. Amin mengantuk pastu bersagat kereta dengan palang besi, berbalas stereng hingga ke tengah jalan dan berpusing kereta. Syukur Ayah dan Amin selamat. Aku kompiden ayah mesti trauma. Syukur bila aku call dapat dengar suara ayah. T____T

Ayahhhhhhhhhh.

********************************************************

Semuga kami sentiasa berkumpul dan gelak-gelak macam ni sampai la ke tua. 
Semuga kami sentiasa sihat dan bahagia.

Amin.

3 ulasan:

anna hashim berkata...

marathon? jommssssssssssss
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.themarathonshop.com.my%2Fresource%2Fevents%2Fbrooks2014%2Findex.html&h=GAQG7GrOAAQG2kRE82ouGx-9dbyqxrz6VH6nRrAm8Vvq_JA&s=1

jom join ni :) amik 5km je da cukup yeeeeeeee

Siti Nadey berkata...

JOM!!!!!!!!!!! woowowowowoowow

I am Nurul berkata...

Dah 2 kali naik broga hill tapi dua2 beri pgalaman brbeza. 1st naik ms taun 2011. time 2 bdn mmg fit n stiap mggu rajin brsenam. naik broga one shot je xbrhenti pon.Kali kedua naik taun lps n ketika itu bdn dh naik almost 20kg(pengsan!), brkali2 gak brhenti sbelum smpai puncak..mmg xboleh blah!pgajarannya,kna turunkan berat bdn smula n slalu brsenam utk kekal sihat n cantik :)