Sabtu, 9 Ogos 2014

BAJET TRAVEL KRABI - Day 1

Maaf la sesape yang komen mintak iternary bajet Korea, aku balas lewat. Dah bape bulan tak bukak blog, ade masalah kesihatan sikit hehehe.... so harini aku nak post entry yang dah berkurun lame...terperam 5 bulan. Gamba yang aku letak ni hasil edit dari aku dan Zati.

DISINI aku nak beritahu bajet kami hanya RM500 sahaja selama 5 hari di Thailand.
Transport pergi balik = RM100
Hotel 4mlm/ 4orang = RM100
Makan 5 hari = RM100
Aktiviti + transport kat Krabi = RM200

Kami berempat (aku, flora, zati dan shiwa) dah plan pergi Krabi dari tahun lepas sebab wishlist tahun ni aku nak ke Krabi. Maka rilek punya rilek tunggu, last minit aku book penginapan dan bas. Yes kami pergi dengan bas. Lebih murah dan laju dari KTM uolls. Aku beli tiket bas online sahaja uollls. Mudah pantas dan boleh dipercayai.

Nak cerita kes booking. Lagi seminggu nak pergi baru aku book. Memang sampai migrain sebab aku nak cari yang selesa untuk perempuan 4 orang (bilik yang ada tandas skali...perempuan kene la jaga aurat kalau bilik dorm yang kongsi reramai.....kalau aku sorang takpe....ni ade kawan kene jaga jugak kan) dalam harga yang murah. Banyak je murah dan best tapi last minit book....HAROOOM. Alhamdulillah setelah migrain dan halfday aku dapat under bajet RM98 untuk 2 penginapan di Krabi Town dan Aonang selama 4 malam. 

Tiket bas pon aku beli online seminggu sebelum pergi, dari Pudu ---> Hadyai RM49.50 (Konsortium) dan dari Hadyai ----> Pudu RM52 (Alisan) termasuk tax dan servis kredit kad. 

Kami ambil bas pukul 11.30 malam. Tapi kene ambil tiket awal la kan. So kami bergerak pas maghrib ke Pudu dalam keadaan kelam-kabut sebab TUNGGU FLORA?? Salahkan dia je walaupun dia tak bersalah. Sempat la aku buat suara soprano terjerit2 dalam kereta nyanyi lagu Sahri AF, Memori Bahagia. Seyes lagu ni berhantu sebab semua penghuni kereta asyik ulang lagu yang aku nyanyi ni...haaaa. Ni lagu tema Krabi kami.

Pasai pertukaran duit. Oleh kerana kita dekat dengan Thailand, mereka memang guna duit kita. So nasihat aku supaya tukar duit di Thailand sahaja. Seyes murah. Aku memang tukar half je duit aku sebab takut nak beli makanan atau duit minivan.

Sampai je Pudu, kami kene kejar ngan ulat tiket, FArkk aku memang benci orang pakse aku! Kesian kawan-kawan aku...takut dorang. So aku buat bodo sampai ke kaunter redeem tiket. Sambil tunggu sambil selfie...hambekkkkk
Tepat pukul 11.30 malam, bas sampai. Bas agak laju, memang tawakal sangat. Sampai di UTC Bukit Kayu Hitam, ambik boarding pass untuk bas. Orang bas mintak kami serahkan passport. Sampai sana dalam 5.45 pagi, aku terus tunggu solat dan makan. Makanan kat sini memang mahal. Macam harga KL. Jadah.
Selepas turun cop imigresen Malaysia dan Thailand, kami meneruskan perjalanan ke Hadyai. Lebih kurang sejam kami sampai betul-betul kedai bas Konsortium. Kami turun depan McD kami terus cari tuktuk nak pergi ke kedai Bas Alisan (redeem awal-awal takut kang aku beli online pelesu pe kes???)....... memang kene tipu ngan orang tuk2 tu ...bengang aku padahal dekat nak mampos...kalau la aku tanye orang atau aku lukis maps sendiri....takde la aku kene byr mahal. Terang lagi bersuluh dia kata kalau dalam town ni, 20bath je...tapi aku naik dengan Flora kene charge sampai 100 bath....B***...marah aku.
WEfie duluuuuuuu
Bagi aku bandar Hatyai ni sangat2 bersih......seyes bau sampah pon takde....malu la KL penuh sampah.
Selepas redeem tiket Bas Alisan, kami jalan-jalan cari tiket minivan ke Pekan Krabi. Kebanyakan blogger kata rate harga 250 - 300 Bath....kami cari sehingga kami jumpe makcik harga 240Bath...padahal ade je blogger dapat 220 bath, tapi sebab kami rase kedai tu antara yang murah kami beli je. Sebab sume gelabah nak pukul 9 pagi dah...rupenye sana awal sejam. cuak kebebeh semua. Sementara tunggu minivan sejam, kami jalan-jalan cari peta....malang tak dapat. Try tanya polis jalan kat sana, HAROM nak speaking. Susahnya.... Kami pon merempat la kat tepi kedai sambil ambik selfie beratus-ratus.

Kami bertolak semula ke kedai makcik tadi. Terbaik, belum sempat labuh bontot minivan sampai. Ape yang prasa Thailand memang punctual pasai pengangkutan ni. Kalau Malaysia.............harom.

Kami naik van seawal 9 pagi, tapi van akan collect penumpang sampai penuh merata-rata dan sharp pukul 10 pagi baru kami bertolak ke Pekan Krabi. Satu per satu penumpang masuk. Ada mat saleh ni tahu cakap melayu. Tapi slang Indonesia. Ya Rabbi ensem weh. Pastu suka buat lawak. Macam haram dorang dealing minivan dapat 300bath per person. Ada yang dapat 600bath per person. Kesian. Tapi jangan ingat mat saleh ni bodo. Kebanyakan mereka ni hardcore backpacker. Dorang tahu range harga area Thailand ni. Gitu.

Paling haram lawak mat saleh ni...dia study Indonesia dulu so fasih cakap melayu

"Aku suka belacan. Aku bisa makan 1 liter belacan"

Sumpah aku gelak gila babi. Jarak ke Pekan Krabi 3 jam ok. Sumpah sebu, cramp bontot aku rase macam nak kuar buasir plus bisul. Dah la kami duduk belakang macam roller coster harom jadah!. Kami tertidur dan terjaga, Jika terjaga kami ramai-ramai nyanyi la...bising....gelak-gelak. Walaupon kami berbeda (motifff nak slang Indo???) agama dan budaya kami bisa gembira. Eh! Bahahahahaha

Kami tak dapat nak interrupt banyak topik sebab orang Canada jumpa sesupu-sepapat mereka cerita pasai muzik tanah air dorang. Bila dorang play.,...takde la sesedap mana...tapi tu la...nak kahwin dengan orang putih memang usaha memahami budaya perlu berterusan hingga akhir nyawa. LOL

Setelah digoncang, dilambung, digegarkan selama 4 jam, kami sampai ke Pekan Krabi pukul 2.30 petang. Jalan sikit terus jumpa City Hotel. Check in.........kami rehat sekejap, solat dan bukak tv Thai.....
Dalam bilik kami bercadang untuk kumpulkan duit Group. Ada beg dompet doremon yang mengandungi duit kami berempat untuk pakej, makan dan transport setiap orang kami collect (bajet 4 hari 4 malam kami ye)

Pakej - 2150 Bath
Makan - 1000 Bath
Transport - 500 Bath
banyak makanan HALAL so jangan risau

Dalam pukul 5 petang kami keluar untuk mencari makan ye......sebab semua lapar macam beruang. Keluar je dari hotel nampak kedai nasi ITIK AYAM HALAL....kami serbu. Dorang boleh bertutur melayu sikit2 so senang jugak nak order makanan. Kami order nasi ayam je...sebab itik dah habis uolls. Apa yang aku perhatikan, restoran kat Thai ni provide air masak percuma uollls. Arrghhh kalau kat Malaysia...air Rm0.30. Makanan memang superb ...sedap gilos. Mungkin kami terlalu lapar. Harga seorang 90Bath RM9 seorang, termasuk air. Agak mahal la bagi aku.

Selepas kenyang kami memulakan plan mencari pakej aktiviti kami di Krabi. Haaaa ni cabaran, kami survey beberapa tempat dan dealing harga. Merayu sampai kene menyanyi!!! haaaa nampak tak hidup backpacker,,,,,kene cuba something out of our mind...yang kita tak percaya kita boleh buat melangkaui jangkaan perangai solehah mukminin kita. LOL

Kami memula nak naik gajah je uollls tetibe perempuan Thai ni kate.,....

"Ip u buy now, it safeeeee...bcoz Friday, Saturday and Sunday full *&**#^*@#* (sambung dengan bahasa Thai dia)"

Tu dia.........promote tak boleh blah, kasi kami gelabah TET*K nak beli dengan dia jugak....Wadehell..maka kami dengan muke jamban, mintak diskaun semaksima mungkin sampai jatuh air hingus dari perempuan Thailand ni (sedih sgt abis komisyen dia). Dia menawarkan kami harga averange (pada kami kalau nak banding dengan harga yang blogger2 hebat dapat kan).

Hot Spring, Blue Pool Emerald, Elephant Jungle Trekking - 1000 Bath (asal 1300Bath...celake tak aku merayu sampai diskaun macam tu??? Dia kata gajah sekarang mahal...high season...cirit beliau)

Phi-phi Island (7 island hopping) 1050 Bath (asal 1500bath tak silap aku)
Tak kisahlah mahal sebab pakej termasuk makan kan....so mantapppppppppp

Lepas memalukan diri sendiri dengan rayuan macam gampang, kami berjalan-jalan tepi Sungai Krabi ni...of course selfie group lagi!!!!!!!

Hari semakin gelap, kami berjalan-jalan ke pasar betul-betul depan City Hotel tu. Kami beli.....
Banana pancake - 80Bath /4 person
Pulut Mangga - 30 Bath/ 4 person
Air jus buah - 20 Bath per person
Map Krabi - 12 Bath / 4 person
Air mineral - 7 Bath / 4 person

Balik, kami duduk di lobby untuk dapatkan wireless...sedih kebanyakan Hotel kt Krabi memang wireless hanya di lobby. Kami meroyan sebab on off internet! Andwaeeeeeeee. So belilah simcard kat sana. Ada pakej tok tourist seminggu unlimited internet dengan harga 240 bath RM24.

Kami masuk bilik, layan lagu Thai dan tidur......bersedia bangun pagi untuk aktiviti. Yeahhhh.

Bersambung uollssss

Tiada ulasan: