Ahad, 15 November 2015

JAPAN: Budget travel (Autumn) : Day 1 KLIA, HANEDA, SHINJUKU, SHIN-OKUBO

Setahun mengumpul, to be exactly 13 months start kumpul duit, setahun juga study sesame. Kami berempat sangat-sangat gigih dan macam-macam dugaan kami lalui contohnya aku berhenti kerja, kami guna duit Jepun beli tiket konsert Bigbang dengan tetibe, Shiwa terbeli jubah 4 helai...Eh!!....hahaha 

Selepas setahun kami lalui macam-macam akhinya kami mampu zikir Alhamdulillah bila tarikh tiba. Rejeki kami bertambah bila seorang lagi join trip, Kak Ain a.k.a Ngang.... (jangan tanya napa nama timangan dia sebegitu...sensitif). Dia merangkap chef kami sepanjang kami di Jepun. 

Disini rough bajet kami:
Bulanan RM200 x 13bulan = RM2600

4 orang RM2600 x 4 = RM10400
Tukar duit RM6400 (Transport, Makan, Fee Entrance) kepada ¥ = 176k ¥ Baki RM64
 Guest House: RM2200 / 5 = RM440
Makan = RM500 / 65k ¥
Aktiviti = RM500 / 50k¥
Transport = RM500 / 50k¥
Kangaroo Hostel = RM400 / 11k¥ untuk 4 orang
Disneysea = RM253 x 5 = RM1265 (6900¥ seorang)

RM10400 – RM2200 (guesthouse) – RM6400(Transport, Makan, Fee Entrance) = RM1800

RM1800 - RM1012 (Disneysea 4 orang) = RM 788
Kami kira untuk 4 orang asal geng kumpul duit
RM788 + RM64 (baki tukar)= RM852 (luggage+makanan)
RM852 - RM356 (10k¥) untuk kecemasan : RM496
Duit ni kami beli makan la macam-macam dan bakinya kami sampai sekarang buat makan-makan kalau kami lepak.

Untuk Kak Ain
Makan = RM500 (65k ¥ / 4) = 17k¥ (16.25k ¥)
Aktiviti = RM500 (50k¥ /4) = 13k¥ (12.5k ¥)
Transport = RM500 / 50k¥ = 13k¥ (12.5k ¥)
Total = 42k ¥ (41.25k ¥)

Sebenarnya kami banyak sangat berlebih. 
1) Sebab Kak Ain join trip duit rumah kami dapat rm110 
2) Tukar duit yen kami ada lebih juga sampaikan kami beli makan dari sini 
3) Kawan dari jepun, Niji tolong belikan tiket Disneysea. Kat bawah nanti aku promote die jage!
MEMANG BERLEBIH LA KALAU BAJET RM2600

Waktu last day kami bagi baki banyak gile 
Transport baki 800¥ seorang
Fee Entrance baki 4000¥ seorang
Makan pon sangat banyak baki (baki kami nak buat photobook)
Duit kecemasan 10k¥ pon tak terusik

See rasanya kalau kire detail rough budget RM2000 lebih dari cukup untuk 9 hari di Tokyo

Hari paling excited, minggu tu juga aku demam sampai hilang suara, pagi pukul 10 kami janji jumpe di KL Sentral, naik ERL RM35.

Gamba kat atas tu acah2 je, ko gile aku bawak beg besa tu je??? Memang disaster sebab aku bawak baju aku je 15kg pastu makanan 10kg yang aku rasa bukan 10kg...aku rasa 100kg berat saka manjibu..sebab berat sangat. Beg tu kami wrap RM10.60. Better wrap kat KLIA sebab aku tengok orang wrap KL Sentral dah la nipis pastu RM15.



 Flight kami 2.30 petang dan sampai di International Haneda Airport pukul 9.30 malam (waktu sana awal sejam) 8 jam boarding

 Sampai je di airport, kami duduk rehat bukak free wifi airport limit 3jam. Tengok Flora kiri sekali, dari tadi dengan phone call dr Malaysia asik phonecall, kami jeles jugak tapi nasib baik dia borak ngan perempuan. Kami malas buat fitnah kat dia.

Selepas kami lepak bodo-bodo tanya tourist centre yang kami rasa tak perlu tanya..saja tanye sebab orang tu ensem...kami buang masa macam haram. Pukul 1 pagi kami turun tingkat bawah cari lawson dan cari makan. Sana ada jual makanan halal, keropok boleh bawak balik Malaysia. Kami rembat 5 onigiri dan jus buah air mineral. Kami naik tingkat 3 untuk solat dan tunggu sehingga pukul 4.30 pagi.

Bab surau ni kan, ada dua bilik dan bila nak masuk kene intercom dulu tekan and say can i use prayer room. Then may be they will see us by cctv perempuan atau lelaki. Kami tunaikan solat jamak maghrib dan isyak. 

Apa yang kami perasan, ada polis akan memantau bilik berkenaan mungkin khuatir kami tidur dalam bilik tu. Selepas kami keluar, cleaner akan bersihkan bilik tu. Betapa pembersih dorang ni. Kami tidur jap kat luar menanti subuh. Aku dan Izzati tak boleh tidur kami borak mabuk-mabuk. 
Ya Allah macam mana nak cakap ek, aku memang biasa makan onigiri ni lagi2 masa kerja kat Jusco Kepong dulu hari-hari makan. Tapi kenapa kat Jepun punye sedap dia berganda...satu tak cukup LOLOL

Sebaik subuh, pukul 5 pagi kaunter bas limosin sudah bukak, kami bergegas beli dan beratur. Tiket sehala 1230¥. Kami sawan cara orang Jepun yang sangat menepati masa. Tiket kami pukul 5.45 pagi tapi pekerja dia dah sibuk uruskan kami beratur dan susun beg. Setiap beg akan dilekatkan dengan sticker bernombor. Dengan cara itu, posibility hilang beg sangat tipis. Efisyen sungguh!! 30 minit perjalanan sangat lancar. Jalan dorang agak kecik tapi pemandu bapak cekap. Jarang sungguh dengar dorang hon kereta.

 Sampai sahaja, kami blur blur blur blur sambil heret beg yang sangat berat tu. Kami pelik cari eskalator takde...lift xde....baiklah...kami seret beg dan seret lagi
 Kami menuju Shinjuku West Exit dan cari locker untuk simpan beg. Memang klako sebab locker semua perlukan syiling. Pukul 6 pg mesin syiling tak bukak, aku dan Flora ke kaunter stesen jumpa pekerja ensem gila mintak tukar duit syiling, kami tukar 1000 ¥, kami nak tukar lagi tak dapat. "We dont have any change"...benci!! Beg kami banyak, pastu aku tersilap pusing kunci tu alih2 makan duit,,, rasa nak nanges, Pastu kami suruh Kak Ain tukar duit,,,,,

DAPAT TUKAR???? Wadde 
Kami suruh Shiwa tukar duit pon dapat. Kesimpulan, sorang dapat tukar 1000 ¥
Beg kami telan 900¥ + 800¥ +800¥ + 500¥ = 3000¥

Kami beli Pasmo Kad, korang leh gune Pasmo Card ni naik bas, metro dan JR. Kami topup 5000¥ dan 500¥ deposit kad boleh reclaim balik. Tapi kami simpan buat kenangan.
 Hari pertama dijangka hujan, mendung. YES memang mendung, hujan dan sejuk. Sebijik aku rasa winter kat KOREA dulu. Harini kami plan jalan-jalan keliling Shinjuku sahaja. Kesimpulan awal aku boleh cakap...penat gila tapi tu permulaan yang baik. 
 Kami mulakan dengan bangunan ni, jalan-jalan tanpa haluan sebab awal pagi sangat. Sabtu pula...semua tidur mungkin.
 Nampak je daun kuning kami sawan, dah nama tema trip autum ...so jangan gelak la kalau kami sawan,. Berita buruk bagi aku, kami punya snap banyak gamba dengan kamere samsung aku. Sekali balik rumah, memory card corrupted.,...bavi hilang seme gamba.. sejak tu kami trauma, kami pastikan ada bekap dari HP wajib HP IPONG BERJASA Jatimah...
 Kami jalan-jalan lagi cari LOVE statue ni... Kak Ain gelak-gelak sebab kat Malaysia pon ade statue ni sebab ni JEPUN semua kene jakun.,.,.so kami jerit2 wakakaka macam sakai. Masa ni dah start hujan renyai.

Kami menuju ke 7-11 beli makanan baru 1675¥ (seaweed, sayur, mayonis kewpie, nasi, pisang,air jus oren dan air mineral). Kami cari port area stesen Shinjuku dan makan tepi tangga. Kami tau tak boleh, kami tau dorang tengok kami makan...kami YAKIN. Sebaik sahaja selepas makan, ada polis tua meminta maaf kami supaya tidak makan disana. Betapa bersalah dia meminta maaf pada kami. Kami tau, dari cctv mereka biarkan kami makan dahulu sebelum dia menghantar pakcik tua tu. Terima kasih Allah, terime kasih orang tersebut.

 Kami teruskan perjalanan, ke Toyo Metropolitan Goverment. agak jauh tapi tak xnaik bas, kami just jalannnnn je. Masa ni mereka tengah buat constuction so agak payah nak masuk, kene lalu laluan bawah tanah. Sebab free kan kami gagah naik nak tengok permandangan konon. 


Walaupon sangat berkabus tapi kami tenang sikit sebab disambut baik ooleh kakak/makcik ni. Fluent in english buat kami lega, tanya macam-macam. Kagum. Masa ni mata aku dah tak boleh tahan, kak Ain dah tersadai tepi aku.... kami duduk hilangkan sakit kaki dan mulakan perjalanan ke Station Shinjuku semula. Kami nak pergi solat. 

Sebab kami study agak lengkap, hasil kajian Zati surau paling dekat area ni adalah di Takashimaya Times Square, Shinjuku. Kami turun bawah dan pergi ke Tourist Centre dalam bangunan itu juga. Mereka print kami map dan tunjukkan laluan shortcut ke Shinjuku Station. 
 
Tengok la aku posing nampak kurus kot!!!!!

Kami berjalan macam orang gila, penat gila padahal tengok map dekat je.,.... no wonder orang jepun ramai kaki cantik. Jalan punya jalan, kami perhatikan banyak construction. Apa yang kami kagum, KEBERSIHAN. Even dalam tempat construction itu juga sangat bersih, tak de pasir bersepah apetah lagi bekas sampah simen ke.... KAGUM sangat. Setiap area construction akan ada pekerja yang pastikan laluan orang ramai adalah selamat. 

Sampai sahaja kami di Takashimaya Times Square, kami terus ke tingkat 11 untuk mencari bilik solat tetibe kuar dari lift kami nampak pulak exhibition Ultraman. KO GILA KE??? ni hero aku dulu, kini dan bila-bila. Kami meluru masuk...even jepun semua kami buat-buat paham. Kagum sangat exhibition ni pun masih simpan baju-baju lama, suit ultraman dan semuaaa patung raksasa Ultraman...kagum yang amat.

Selepas setel solat, baru lega dan rasa refresh nak mulakan perjalanan semula. Masa ni baru pukul 1 petang. Kami plan jalan-jalan sikit kat sini dan nak check in kat guesthouse. 

Sini banyak kain. Kain untuk buat cosplay jangan cakap la semua lengkap. Tapi apa yang kami study, harga kain area ni lebih mahal berbanding harga di Nippori. Kami plan beli di Nippori sahaja.,..kat sini kami cuci mate. GILE kain cotton KAMEN RIDER pon ade. Saba je aku nak beli buat bantai ....aku batalkan niat untuk beli sebab plan pergi Nippori. (Aku akan cerita kisah sadis yang terjadi pada kami di Nippori di post akan datang)

Kami kembali ke Shinjuku West Station, ambil beg dan kami bertarung heret beg tanpa pertolongan orang pon. GILA, PENAT sampai kaki aku sakit yang amat. Akibat area shinjuku tiada lift dan eskelator. Allah je tahu betapa siksa kami. Masa tu aku rasa nak menangis bile heret beg yang sangat berat pastu ko nampak tangga yang tinggi... Allllahhhhhh..... kaki aku dah tak boleh tolong aku masa tu. Kaki aku menangis sendirian....

Kami menangis...kaki kami menangis... baju lenjun basah walaupon suhu di Tokyo waktu itu kurang 16 darjah celcius. Kami amat derita sehingga tiada satu gambar pon terakam waktu ini. 

Kami akhirnya sampai ke Shin-Okubo dengan jarak satu stesen saja...tapi gaya penceritaan aku bagaikan penyiksaan kami beribu batu jauhnya. Kami sampai di Shin-Okubo dan mencari guesthouse Yoshimi. Flora dan Zati mencari pondok polis untuk dapatkan bantuan pencarian. Aku, Shiwa dan Kak Ain lepaskan keringat lelah kami di tepi kedai. Kami duduk dan senyum pada penduduk Shin-Okubo... kami senyum dan senyum tetibe....................

Ade seorang lelaki tua senyum dan tegur kami. Kami hanya mampu tersenyum kerana tak paham apa yang dimaksudkan. Aku just tahu reply, "Sumimasen, wakarimasen"..... "Im sorry, I dont understand". 

Tetibe die bengang....dia carutkan kami "BAKA!!!!....BAGEROOOOO!!"
Wadeff.... berkat hasil aku tengok cite jepun, kamen rider, jetman, cybercop dari bayi.... aku faham tu je... maksudnya bodoh... 

Nak aku reply "Sinae!!!" tapi aku pikir kang ramai pulak pukul aku. Aku berdiri, aku mintak bantuan untuk halau orang tua ni. Ada ramai yang lalu disitu, marahkan pakcik tu. Ada juga lelaki tua yang faham melayu..." Jangan takut...dia GILA... duduk, kamu duduk jangan takut dia.. dia orang GILA".

Kami lega sedikit, tapi lelaki tua mental tu makin marah, maki maki kami... dan aku memintak pertolongan orang keliling. "Daiskete kudasai..." Please help me tapi yang lalu tu pon takot. Nasib la... 

Tak lama kemudian polis lalu sebab bising, sehingga makcik kedai tepi tu pon halau kami... Orang mental tu mengadu pada polis bapak la HENSEM...polis tu pon marahnya orang tua tu. Kami terus beredar bila Flora dan Zati  muncul. Kami berjaya jumpe guesthouse. 

Apa part kelakar lagi, asalnya pengetahuan Yoshimi kami hanya 4 orang menyewa di rumah itu. Nasib baik si Flora ni agak bijak waktu ini, dia jauhkan diri dari rumah itu sehingga Yoshimi bla.... BIJAK ko waktu tu (je). Kami akui kebijaksanaan ko waktu ni. Zati kuar cari Flora.... dia cuak sebab dah jalan jauh Flora tak kelihatan.... hahahaha akhirnya dia cari bau Flora kot...jumpe tepi jalan bapak jauh... wakakakakak dengan muke tak bersalah... hahahaha adoi sian.

Kami berehat, kaki aku bengkak gile sbb gunakan sepenuhnya tadi masa angkat beg. Aku tak larat bukak stokin....maka Kak Ain yang berada dekat dengan aku...hampir pengsan bau...tapi maaf la... nak buat gane..kasut aku bocor...wakakakakak nasib ko la kak...

Kami semua pengsan waktu tu. Nasib dah solat asar tadi. Walaupon kami sudah sampai di penginapan, tak boleh buat Jamak qasar. Tapi kami tak larat nak solat maghrib...semua buat jamak juga waktu isyak...Allah faham hihihi, semua tidur sampai pukul 7 malam. 7 malam di Tokyo macam pukul 9 malam so kami batalkan plan untuk ke Korean Town malam tu. Kak Ain gigih bangun dan masak. Alhamdulillah, makanan banyak dan sedap. Syukur. 

Bersambung.......

B4 tu nak beritahu, saya baru kenal jejaka tampan ni beberapa bulan itupun melalui kakak saudaranya, Kak Afifah. Kami rakan kerja dulu. Then dia kenalkan cousin dia yang menetap di Jepun, masih student. Dia antara kawan yang banyak bagi info, non stop...dah la free pulak. Rupanya dia memang buat part-time tour guide di Jepun. Selain dari itu, ramai kawan-kawan order barang-barang oulet murah-murah dari dia. Nampak tak gigih cari rejeki. Saya boleh jamin dia kawan yang sangat-sangat baik. 

Ceritanya....

Kami sebelum ke Jepun, kami nak tempah tiket online untuk ke Disneysea. Kami pergi CC okay semata-mata book tiket...wakakakak tetibe nak bayar guna kad kredit...tetibe TAK BOLEH KAU!!!!!!

Sebabnya, Kad Kredit Citibank aku tak boleh authorized dari Jepun. Wadde....... bukan worldwide ke?? Kami cari cara lain untuk buat tempahan...malangnya tak boleh! Gila ape nak buat kad kredit Jepun semata-mata. Aku terus teringat jejaka handsome ni, aku terus masej beliau. Pantas dan mantap sekali, dia reply. Allah izinkan kami meminta bantuan dari orang yang baik. Dia tolong book kan untuk kami... dah la tak kenekan sebarang charge...ni yang kami sebak ni. Kami plan nk jumpe nak belanje makan, mungkin Niji bz kelas...maka kami tak sempat jumpa. In sha Allah akan datang kita jumpa. Dengan ini as a small token saya tolong promote awak kat blog usang saya.... tak de la popular mana tapi saya pasti ramai cari awak pas ni.... Smuga murah rejeki. Awak banyak tolong kami waktu di Jepun. Beritahu weather la dan banyak lagi info. Allah je balas jasa awak. Orang baik macam awak in sha Allah murah rejeki. 

Nah gambar nak promote. Saya harap kawan-kawan yang baca blog ni... tak buat macam-macam tak baik kat gamba kawan saya. Give him a good message, he will reply in good manner to you. I promised. 

Jangan gatal2 mengorat lak... masej la die elok2


Tiada ulasan: