Jumaat, 20 November 2015

JAPAN: Budget travel (Autumn) : Day 2 - SHINJUKU SHRINE, HARAJUKU, SHIBUYA


Sambungan dari hari pertama....

Setelah berehat secukupnya, aku pulak berendam dalam bathup sampai lemak tepu cair, terasa polos kulit aku gituw... sumpah terasa cantik. Ye la jakun kat rumah aku mane ade bathup... walaupon bathup dia kecik dan aku terpakse berada dalam keadaan posisi duduk sahaja, muat-muat je badan aku tapi ko gila... aku dilahirkan dengan kelebihan badan gumuk yang flexible. Habis kaki aku naik secara 90 darjah untuk tenggelamkan badan aku... bajet macam kat dalam pool... sile bayangkan!!!
Gambar sumber gugel: aku tampar sapa yang kate kaki aku berbulu mcm ni! 

Ok sambung. Ulang balik ayat. Setelah berehat secukupnya, kaki kami tidak lagi menangis seperti semalam. Macam biasa aku akan buat onar pagi-pagi suruh semua bangun. Haha nasib la sesape yang pergi travel ngan aku. Bangun, kami buat sarapan, pastikan semua perut terisi kerana perjuangan kami baru bermula. Perghhh ayat. Bile tengok map, Meiji Jingu Shrine tu macam 10 ekar luasnya. So aku cuak, tu alasan aku untuk tambah nasi 2 kali. Kak Ain pulak masak sedap, tu pon alasan untuk aku tambah 3 kali. Cukup nadey. 

Kami bersiap tepat mengikut seperti dijadualkan. Jadual aku kot!! Walaupon aku makan masa yang agak lama gosok tudung dan baju sebab watt untuk barang elektrik sangat-sangat rendah, so sterika travel aku tak panas langsung. SABARRRRR je la. Sebab tu banyak gamba aku tudung kerepot! Seb baik kecomelan aku menyelamatkan keadaan. Alhamdulillah. 

Harini hari Ahad. Ahad dan Harajuku sinonim dengan cosplay. Tak kan aku nak pakai sarung maskedrider, maka kami decide untuk berbaju kurung sebagai baju cosplay kami. SEMUA AYU!! See kami wanita melayu di tanah Jepun. Kami jadi tumpuan ramai, aku tak pasti sebab baju kurung atau kami jelita. 

Turun dari guesthouse Yoshimi, kami posing-posing la kat depan umah kami tu. Sumpah bersih, cantik dan udara sangat-sangat segar. 


Kami semua plan nak pakai baju cotton bunga halus tetibe si Flora ni pakai baju batik BUNGA BESAR. Nak marah tapi nasib baik baju dia cantik. Lagipun harini Flora serinya lain macam sebab malam dia akan berjumpa kekasih cerahnya yang belum sunat. JAAGEEE





Sekarang kalian nampak tak WATAK UTAMA kita harini? Punyalah dia catwalk macam model, macam kegampangan sedikit disitu. Seb baik la dia nak jumpa kekasih tak sunatnya malam ni. So semua dosanya, kami buat-buat maafkan aje. 


 Sebelum kami ke Meiji Jingu Shrine, kami ke Yoyogi Terminal Bus Station untuk tengok bas ulang-alik ke Disneysea. Menurut Flora, kalau kami plan balik selepas upacara bunga api adalah waktu orang balik so sangat-sangat sesak. Kami takut kononnya, so just survey untuk pakej bas pergi balik. Sampai je di terminal bas, tiket perlu dibeli direct hari yang kita nak pergi. Selepas berbincang, kami gamble naik train je la. Sebab agak buang masa dari Shin-Okubo ke Yoyogi Station dan ke Terminal Bus kerana agak jauh berjalan kaki. 

Kak Ain ayu sangat harini.

Ini perjalanan kami dari Yoyogi Station ke Yoyogi Terminal Bas, sumpah macam dalam movie jepun. Selame ni kita tengok je kan...kali ni kami betul-betul berada disana. Macam mimpi je rase....

Scene keretapi lalu ni ALLLAHHHH....sumpah macam movie. Disebabkan aku ralit ambek gamba akhirnya kami dipisahkan oleh laluan train. 

Jangan tinggal aku saitan....

 Dari Yoyogi Park kami berjalan kaki ke Meiji Jingu Shrine. Agak jauh. Kami pandukan pada google map Shiwa yang lead kami. Masa kami di Jepun, pocket wifi yang disediakan oleh Guesthouse Yoshimi sangat-sangat membantu. 

Akhirnya sampai, kagum sangat sebab cantik. Aku bz dengan kamera samsung aku sebab effect autumn yang sangat cantik. So aku sawan jap.  
Sebab kamera aku dah buat hal semalam sebab memory corrupted, maka kami buat bekap, ambek gamba dengan hp IPHONG Zati juga. Terima kasih semua gamba cantik. Kamere ko sangat berjasa tapi aku tak suka IPHONG. TETIBE


Ye aku tau kau photographer cemerlang tapi perlu ke ko posing sampai nak koyak lurah? LOL
Kami acah-acah jahiliah tulis wish kat kayu tu tapi niat just kenangan. Bajet macam keylock kt Namsan Tower gtuw.
Family LIM? LOL
Wish dia same niat ngan aku so aku tumpang sekaki la... to be loved.
 Flora tu niat supaya kekasihnya cepat sunat! Wakakakakakak
 Cantik pula aku ambek gamba ni,,, rase macam photographer terkangkang tadi. Rasa hebat sangat
 Simbolik cinta kat pokok terikat tu .... aku hentam je
Serius sangat. Aku puas buat muke hodoh depan dia, acah-acah kemut tahan gelak.
Ramai pula pasangan kawen haritu. Barakallah kalian.... wakakakakaka
Rasanya yang buat majlis kat shrine ni macam orang kaye waklu... sume muka macam pewaris yakuza. Tetibe*
She's not japanese tapi Chinese. Dia just pakai baju kimono ni...cun gak modelnya
 Acah-acah gamba boleh masuk megazin
Pas je aku minum air dari telaga suci ni aku terus mengucap dengan kuat... setelah berjaya ucap kalimah syahadah dengan lancar, SAH air ni bukan holy water. Sakai. btw ade cara nak minum air ni..tapi ramai nak macam haram ade pula senduk tu ade bekas gigitan. Air mata air kot, memang mineral segar, so aku WISH dengan jahilah smuga aku sehat pas minum air ni. 
 Pas kami acah-acah solat dhuha kat Meiji Jingu Shrine tu kami bergerak ke Harajuku. Map Harajuku aku study selama setahun pon failed. Tapi berkat ikut naluri pondan aku, akhirnya kami jumpe pintu gerbang Takeshita Street. Kat street ni sampai-sampai ni ramai pula orang melayu tegur kami dan dorang pon pakai baju kurung. Tapi kan, pelik sebab ramai gak foreigner ambek gamba kami berlima walhal ramai lagi yang pakai baju kurung. See aku dah kate kami jelita. Masa tu ade pakcik tu kejar aku dan snap gamba aku... naluri model aku sejak bayi terus membuatkan aku terus posing depan orang tua tu. 
 Paling kelakar la, kesimpulan awal aku dapat buat adalah bila kita travel, bile jumpe sesame bangsa mulalah jadi peramah. Kalau kat Malaysia tak pernah beri salam pada orang yang tak dikenali kan... tapi diperantauan semua melayu yang kami jumpa kami tegur dan ditegur. 
Menurut person incharge bahagian makanan iaitu Executive Izzati, beliau confirm dari pelbagai sumber, semua crepe kat area Harajuku boleh dimakan. Selain crepe, takoyaki juga boleh dimakan tetapi jangan cicah sos kicapnya. Maka bawaklah kicap cap kipas wane merah. 
Dah makan macam-macam tapi semua kene rasuk ngan saka aku. Semua kebulur. Kami naik ke Dream Station JOL Food court ni. Bapak la heaven!!! Kami rembat kebab. Korang teliti gamba aku ni, nampak tak orang tu pegang tiang HALAL. Kesimpulan makanan halal agak mudah dapat kat Jepun. 
Kami jalan-jalan dan jalan-jalan. Kami jumpa kedai jual G-Shock. Bagi peminat jam getah sure sawan. Kalau nak compare harga Malaysia.. sini diskaun kurang dalam RM100-RM300 bergantung pada spesisnya. LOL
So aku tak tahan, aku rembat Fisherman satu. Hehehe

Tapi sini bukan kedai yang paling murah tau! Di Okochimachi berhampiran Euno situ lagi gempak harganya diskaun sehingg 30%. Nanti aku story bab sawan ni. 
Kami jalan jalan dan jalan sehingga nampak La Forex, singgah ke KiddyLand... cuci mate...banyak gak stok kamen rider. Tapi aku sabar je sebab aku aim beli kat Ikebokuro dan Akihabara.

Masa berjalan amat pantas, waktu hampir pukul 2 petang dan menghampiri Asar. Kami bergerak ke Masjid Camii...ambek train Chiyoda line pergi ke Yoyogi-Uehara. Seingat aku, kami sampai di station berdekatan, kami agak blur ke kiri ke kanan. Bila kami tanya sorang mamat Jepun ensem ya rabbi ni, dia tunjukkan arah. Rasa macam nak ajak kahwin je. sabarnya aku tahan segala hawa nafsu. 
Kami buat jamak takhir, Asar Zohor. Pastu memandangkan lagi bape minit nak masuk Maghrib dalam 5.40 petang. Kami tunggu untuk solat jamak takdim pula. Sementara menunggu azan magrib, tetiba mata aku segar sebab melihat ade orang berkumpul di saf hadapan. Kami bersyukur jadi saksi dari awal sehingga lengkap ucapan kalimah syahadah oleh seorang wanita Jepun. Yang kami faham dari ustaz tu menyebut Otosan Okasan, aku terus sebak terus menangis non-stop. Mak ayah saudari tersebut ada disebelah menemani anaknya. Tetapi positifnya, dari apa yang kami lihat mak ayahnya belum revert Islam. Semuga diberi hidayah juga. Aku tak tau la sebab ape, dari dulu lagi aku sangat emo bile tengok kes mualaf ni. Mulalah sebak sampai tak leh berhenti airmata. Aku tenangkan jiwa aku jadi makmum untuk solat magrib jemaah. Pas solat tu baru la hilang skit sebak tu. Emo jap. Tu la tadi jahiliah sangat kat Shrine pagi tadi.  

Apa yang kelakar terjadi kat Masjid Camii ni, kami sampai-sampai je blur nak masuk mana. Puas gak keliling. Pastu dan naik atas, tetibe blur pulak nak ambik wudhuk kat mana... Blur sungguh. Pastu kami jumpe dengan lelaki arab, ALLAAAAHHHHH kacak sungguh. Bila nampak kacak tu kami terus buat-buat lagi blur padahal firasat kami bilik wudhuk di tingkat bawah. Oh indahnya Masjid Camii. LOL
Kami teruskan perjalanan ke Shibuya.  Kami nak makan malam. Dalam jadual kami, harini makan BESAU. Ambek ko. Kami ke Gyumon Halal Restaurant ni...area Shibuya tapi dekat ngan area Ginza juga. Masa ni aku jatuh cinta ngan pekerja restoran ni. Dari luar kedai, dia bagi senyuman pada aku tapi Zati prasan laki tu senyum dia. Puih kau. Sumpah ensem. Aku sabar je nak bawak die ke Masjid Camii tadi. Ni satu kepala 4000 yen. hahahaha dalam RM120+ satu kepala. Mahal tapi sedapnya Allah je tahu. Kami makan bape tah serving. 4 serving ke tapi 4 perisa berlainan la perapannya? Tapi bapak la banyak makan sampai aku puas gile makan daging kat sini. SODAP LER.
Pas kenyang, terbelahak jap. Kami dah isi minyak tenaga dan teruskan perjalanan ke Shibuya Crossing. Fast & Furious kan... Han mati kat sini kebabom... Han tu ensem dan laki ensem tak leh mati dalam movie. Sebab tu aku berdendam dengan pengarah cite tu. Bavi kau!!
Kami juga sempat bergambar dengan tugu HACHIKO. Anjing setia tu!! Kalau korang tak tengok cite tu lagi better korang tengok. Sediakan tisu bebanyak.

Selain berdendam dengan pengarah cite tu, aku berdendam juga dengan Flora dan Izzati. Kami ada masa sejam lebih sebelum berjumpa Makoto kekasih not yet sunat Flora. Maka kami plan jalan sini jap. Plan awal kami nak lepak kat Starbuck betul-betul view tercantik untuk tengok Shibuya Crossing tapi full pulak. Kak Ain dengan Shiwa survey untuk tengok SKII. Tapi mahal, disebabkan plan nak jumpa Kanda Makoto, Kak Ain tak sempat nak pergi Uniqlo kat Shibuya. Sian kau. hahahahahah

Sambung dendamnya.Tapi tapi yang paling buat aku bengang, Flora dan Zati hilang sebab dorang tawaf Shibuya Crossing sambil buat rakaman sampai 3000 video. Kononnya video time relapse la, slow motion la, fast motion la.. semua dia try untuk ambek video gempak. Punya lama kami tunggu sampai ade negro bagi salam kat Shiwa. Hahahaha....


Bile kami tengok video dorg rakam. Yang berjayanya hanya 10 saat ke kurang. Arghghhhhhh marahnya aku tunggu lama beliau. Kelakar gila sebab dorang tawaf crossing tu. Ulang alik lintas jalan. Aku syak ramai je perhati perbuatan jakun mereka tu. Sebab Kanda Makoto kami buat-buat maafkan aja dosanya. 

Plannya, kami jumpa Kanda Makoto pukul 10 malam di Tokyo Station. Beliau pon bz baru balik dari mana tah!! Disebabkan tali persaudaraannya dengan Flora, beliau sanggup berjumpa sekejap dengan kami. HAHAHA 

Kanda Makoto ni kawan sekelas Flora. Kelas English kat Malaysia. Masa tu Makoto study kat UIA. Apa yang specialnya Kanda Makoto ni, dia memang jelas bijak ya rabbi. Kami tengok page PHD beliau bapak banyak tesis dia. Dan tesisnya tentang PENGAJIAN ISLAM. Haaaa sebab tu kami sogok agar Flora ngorat dia tapi Flora kata dia bukan taste Kanda Makoto. Aku ada beri idea agar disihir sahaja Kanda Makoto ni, tapi sebab dia juga study Islam dan mungkin ilmunya lebih dari kami yang sedia Islam. Maka kami batalkan saja niat tu.

Sebak la aku tengok Kanda Makoto ni sebab dia sangat-sangat gentle dan sweet. Dia suruh ade sorang aunty ni ambek gamba kami, ya Allah lembutnya cara dia bercakap. Memang soft spoken. Kalau aku jadi Flora, aku memang buat fast & furious action. Apa yang kami doakan agar Kanda Makoto dapat hidayah Islam. Cakap arab pon fasih, ye la pernah blaja kat Cairo. Semuga Allah lindungi beliau.  
Makin kuat naluri aku nak kawen ngan laki mualaf Jepun. Wakakakaka.

Alhamdulillah, plan hari kedua berjalan dengan lancar dengan izinnya. Kalau hari pertama kami dapat pengalaman dimaki dengan orang gila. Tapi bile kami ingatkan kembali itu bukan pengalaman buruk tapi semua pengalaman manis. Susah senang kami berada disana, syukur sangat satu per satu Allah permudahkan. 

Tips nya, mak aku beri nasihat kat kami. Sebelum travel, betulkan niat untuk bermusafir. Buat solat sunat taubat dan solat sunat musafir sebelum pergi. Mak-mak kami doakan yang terbaik untuk kami. Syukur bantuan Allah tu lebih dari yang kami sangka. Dapat pula hadiah, kami jadi saksi penghijrahan saudara Islam baru. Peluang tu bukan selalu kami dapat. 

Setan-menyetan gak bila kita pergi melancong. Tapi jaga solat. Alhamdulillah, geng kami dapat pengalaman buat macam-macam jenis solat. Kami solat dalam train dan bas dengan berwudhuk spray. Rasanya peluang tu tak dapat buat kat Malaysia. Sebab Malaysia banyak surau dan tempat solat kan. Haaaa sebab tu la bagusnya bermusafir ni. Lain orang lain pengalamannya. 

Kami doakan kami berkawan sampai syurga. Kami doa suami kami pon kawan baik macam kami. 
Bila kami kenang beberapa trip kami sebelum ni, kami seronok sangat, orang kata kita nak tahu kawan yang baik tu ...kita travel dengan dia. Kalau ade masalah kita tengok cara dia selesaikan masalah mentalnya dahulu. Alhamdulillah, setakat ni kami berbalah pon kami tenang semula. Sebab kami kenal perangai memasing, amarah tu tak lama. Support each other. Itu yang kami buat. Nak dapat geng satu kepala lagi-lagi geng travel susah. Tapi aku syukur jodoh kami berkawan. Ok sebak lak. Smuga Allah permudahkan jodoh kita. Hehehehe

Ok senah, kita bersambung lagi hari ketiga untuk next post.

Bersambung !

Tiada ulasan: