Jumaat, 11 Disember 2015

JAPAN: Budget travel (Autumn) : Day 3 - HAGI BUSH CLOVER, IKEBOKURO, NIPPORI, AKIHABARA.



Sambungan 

Hari ketiga sudah, cepatnya masa berlalu. Kami bangun lewat ye. Buat kali pertama aku rase aku tidur mati. Aku rasa HP aku tak berbunyi. Bgitu juga dengan orang lain. Pelik semua penat sangat tidur mcm harem. Bile dah bangun lewat siapa paling gelabah kalau tak bukan aku. Aku gelabah la plan hari ni kami pergi ke Tochigi, Pergi Bandai Muzium dan Nikko tapi bile lewat seperti yang dirancang kami tukar plan terus. 

Sambil aku masak mulut aku bising kejut dorang ni. Wakakaka nasib la korang. Aku panaskan lauk Kak Ain buat sambal bilis semalam, aku tambah telur ( Flora request ngan aku telur mate pastu aku buat la half cook, cantik kot aku buat macam kat HOTEL pastu Flora kata "aku tak suka telur mata laaa, tadi aku cakap aku TAK NAK telur mata half cook....". Eh kau ni marah aku jilake kau kan... seb baik aku ni imannya tinggi aku maki kan aje si Flora tu. Dia memang suka dimaki). Sebab banyak sangat makanan rasenye setiap hidangan lebih dari 3 lauk. Dengan sardinnya, kari instant, brahim kari la, khadijah rendang la, pakdin sambal la... HEAVEN.

Kisah pasai Hagi Bush Clover ni aku survey dah setahun. Aku ade tengok dorang buat festival kat sini. Tapi tarikhnya dah sehari terlambat. Kami takut tempat tu tutup je tapi takpe....gamble je pergi. 

Pas makan kami jalan jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat. Rupenya dari Shin-Okubo ke Hagi Bush Clover pindah banyak train dan last train ke Hagi Bush tu ceruk gila. LOL

Jalan punya jalan, jalan dengan google map akhirnya kami jumpa. Subhanallah cantiknya.
Masuk kene bayar ye dewasa 150 yen seorang. Yang masuknya penuh orang tua bawak kamera. Canggeh sungguh gaya hidup orang tua di Jepun.
Dua gamba diatas dari kamere samsung aku. 
Gambar aku dan Flora dari kamere berjasa IPHONG Zati.
Gambar Zati paling win dengan temanya " CAK!!!!"
Aduh klako gile posing macam ni dah la keding....
Flora bajet boleh baca JAPANESE sebab semalam dah jumpa Kanda Makoto.
Acah-acah aku leh win dalam pertandingan photo terhebat National Geography
Kami memang akui, orang jepun memang peramah. Pakcik ni tegur kami. dia pernah pergi ke Malaysia atas lawatan bekerjanya. Englishnya boleh tahan... asalkan kami faham, Macam biase, Shiwa memang suka layan orang tua. Dia la layan, bagus betul menantu macam ni. aku of course di belakang. Aku nak pastikan Kak Ain tak sesat. Tapi biase die slalu tertinggal sebab pacing kami laju sangat. Sian Kak Ain. 
Menurut Pakcik tersebut ini spot paling cantik sebab boleh nampak Tokyo Sky Tree. Masa ni macam panas terik kan tapi sejuk je nyaman sangat uollls. 
Kacak juga, sure mase dia muda die popular. HAHAHAHAHA
Gambar ni paling win. Aku yakin dengan bakat aku sejak bayi ni..
Bengang lak aku dorang posing sini tak bagitau aku dengan Shiwa. Tapi cantik gamba ni
Zati kau tak perlu bajet ko hirup udara nyaman sangat. Bengang lak aku korang posing senyap2 kat sini., TAK HAJAKKKK
Cantik kan.... rase mcm retis sangat photoshoot sini...
2 version, atas gune iphong dan bawah kamere samsung.
Agak jauh berjalan, tiap kali naik train sure nak tidur....hahahah bukan aku je semua
Kami turun bawah ke Ikebokuro dahulu. Sini syurga barang elektronik selepas Akihabara. Syurga ok. Aku sawan tengok. Harga macam kamera rasenya standard sebab aku dok kire-kire rambang dengan YEN kan. Ramai kata murah lagi disini. Aku pulak tak nampak mana murahnya. 
Masa ni mata aku dah rambang nampak KAMEN RIDER. Bagi aku, harga figure kat Ikebokuro lagi murah berbanding di Akihabara.... serius. Aku nak repeat lagi ke Jepun semata-mata nak ke Ikebokuro.
Sini lebih byk stok rare serius!!!!
serius murah Figure untuk Ichigo ni kat Malaysia beratus. Tapi sini RM70
Sebab aku nak pergi Akihabara karang so aku beli yang figure biase je dulu. Harga Rm18 ...ape lagi rembat skit. 
Wishlist Flora ke Nippori nak cari kain cotton. LOL Semangat ni kami nak cari kain ni. Ura-ura kain kualiti dan murah ...100yen semeter???
Dari Stesen Nippori ke Nippori Textile Town dalam 3km, ye jalan kaki...xpe tak penat....jalannnnn, jalnnnnnn lagi jalannnn
Tomato (map #47-49)
Mihama Cloth (map #45 & 46)
Habutae
Sawan... memang banyak kedai sangat banyak. Yang offer kain 100 yen semeter tyu kedai TOMATO. Rasanya kami lalu sume kedai, kedai TOMATO ni memang popular memang ramai orang dan banyak cawangan. Masa ni kaki aku dah bengkak dah skit... tapi demi impian nk beli kain koton mak aku pon request koton jepun...jadahnya koton. satu per satu kedai pergi kami dah pelik. Asal kain die macam takde kualiti ke aku tak pandai pilih kain?? 

Kami tak puas hati, kami nak cari gak balik at least ada hasil. Kaki dah bengkak naik turun kedai. SERIUS WEHHHHH kain die sangat2 low quality... aku tanya orang kat situ, JAPANESE COTTON dan JAPANESE SILK pon dorang tak tahu. Nasib baik la handsome...sabar je aku. 

Selepas gigih tanya merata, dorang ada tunjuk satu part Japanese Silk ni... mati selera aku nak beli. SERIUS aku tak faham napa ramai suggest aku pergi sini. Flora lagi hampa, dia dah plan beli berpuluh kain kot! Shiwa siap nak buat KIMONO la....KIMk la.........skali keluar dengan hampa. Dah pukul 3petang takut kami tak sempat solat Zohor dan Asar. 

Akhirnya kami GIVEUP!! Bai Nippori....hahahahahahaha marahnya sampai tak de pon gambar kami ambek sekeliling bangunan Nippori Town. hahahahah Tapi serius macam dalam drama zaman 80-an sebab rasa tenang je. 
Ni je la kenangan kat Nippori muke aku tak muat kat mende alah ni. hahahahaha
Lewat pukul 4 petang, bape minit je lagi nak masuk maghrib. Mencacau kami cari Bangunan Laox. Zati buat research, Bangunan Laox tu satu-satunya surau wujud di Akiba. Tingkat 7 surau dan souvenir HALAL pada tingkat 3. Kat sana korang lalu je ade orang bagi salam. Pekerja Indonesia seorang lelaki dan seorang perempuan. Pekerja lelaki tu asal Indonesia tapi study di UIA Gombak. Jadah! hahahaha Rejeki sangat dapat kerja kat sini. Dia just buat part time dan sambung blaja di Jepun. REJEKI sangat. Jeles aku.
Sebab kejarkan surau keutamaan kami, sampai lewat pulak nak tunjuk excitednya aku sampai tempat IDAMAN. Antara impian terbesar peminat anime dan KAMEN RIDER adalah singgah di Syurga AKIBA. Selama ni aku tengok drama, anime je tentang AKIBA tapi aku dah sampai sana... aku lompat lompat...lupa kaki aku bengkak gile sejak dari Nippori. Serius aku cakap.... kaki aku terus elok dan Flora kata aku berlari dan melompat. HAHAHAHAH
Finally............................
Sampai di tingkat 7, surau hanya bilik kecil tapi lengkap dengan telekung dan sejadah. Muat la solat dalam 4 orang. Nak berwudhuk pergi tingkat bawah, tingkat 6 ada tandas. Masa kami berwudhuk, ada cleaner mude cantik gila. Serba salah kami, aku lap titisan air kat lantai terus dia tegur aku "daijobu.....daijobu.." pastu aku tak faham die cakap ape. Mungkin dia nak beritahu tu tugas die. Dia dah biasa kot. Sini ade ramai orang berwudhuk kot. 

Pas solat tu bla la.,... sebab bilik tu untuk orang lain juga. Kongsi laki perempuan. So pas solat bla... tapi kami tunggu magrb hahahaha keji. 
Menurut pekerja Muslim Indonesia tu, dia selalu makan di kedai kebab ni. Kami serang kedai ni sebab lapo... actly duit makan kami sangat berlebih walaupon kami asyik makan dan beli barang untuk masak. 

Paling kelakar kat kedai ni, sos dia. Sos die ade sign tengkorak. Kire tu paling pedas la...banyak kali dia tanya kami, honntoni?? Betul ke?? Then aku cakap, "We're Malaysian love spicy food" 

Agak meriah dan kenyang. SERIUS sos dia tak pedas. Orang jepun ni kang aku bagi die sambal Kak Ain kang menangis....ade yang jadi tengkorak tu kang. AHAHAHA

Lepas makan, kami greet bye-bye kat owner kedai tapi Flora dengan confident cakap
"ITADAKIMATSU"

Owner tu terus buat muke pelik. Kitorg dah gelak macam haram. Gile ape Flora ni. 
Adoi kelakar la...masa nak makan tak nak pulak cakap itadakimatsu...adoiiii bengang je aku ngan molot die tu.
Selepas kenyang, aku meneruskan pencarian Kamen Rider. Selain bangunan Sofmap, please la masuk kat Radio Kaikan, Yamada Denki, AKB48 Cafe & Shop. 
Serius sini murah berbanding kat Malaysia. Aku dapat untuk KR Black RX RM50 je.... Kuuga RM60+. Actly aku nak borong lebih dari ni tapi Flora sedarkan aku ... Nadey, kau kata nak beli G-Shock 2 biji lagi kan. 
Bile dengar tu aku ingat Flora dan Shiwa azan tepi telinga aku... terus aku tersedar. Ok beli ni je la...hahahahahahahahahaha

AKU AKAN DATANG LAGI BAWAK RM10k JAGA!
Malam lagi heaven. Cantik sangat. 
Rasanya banyak aku naik bangunan yang aku nampak dia tulis FIGURE. Aku naik, konon nak tawaf dari atas. So keluar je dari lift tingkat atas sekali tetibe rase macam awkward gila nampak patung anime BOGEL. Wadde.... ade lelaki macam baru balik dari kerja singgah sini cari video porno. Besar gile poster perempuan bogel... Alllahh..salah masuk ni. 

Mungkin tingkat bawah, atas je tingkat special. Aku bersangka baik ok!

Aku turun tingkat 5 pula. Bukak je pintu lift bunyi perempuan gersang. Aku menggelupur tengok keliling tempat tu. Betul ke tak de figure KR ni??? Yang paling haram, student perempuan yang pilih video-video ni ....GILE KE? Perempuan?

Aku cuba turun tingkat 4 untuk positif yang terakhir. Sekali GAME hentai pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........ 

Adoi meremang aku masuk bangunan camtu. Bukan satu kedai je... almost kedai kecik-kecik yang aku masuk. Kelakar je. 
Sian dorang tunggu aku. Muke lapar sambil bukak seaweed, buat muke sedih...hahahahah
Aku collector figure amatur.... hehehhe Harap kali ni ayah tak buang dah,,,hahaha Selain figure aku collect DVD gak... hehehe semua DVD KR



Tiada ulasan: