Isnin, 15 Februari 2016

LA... TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI??

Maaf mungkin post kali ni bahasa aku agak kasar. Tapi peduli apa... ini blog aku!

Ini antara list post yang hits gila dalam blog biawak. Post cara mudah memikat hati lelaki hits smpai 80k pembaca!! Walauweh! Aku tak tipu. Post cerpen KAHWIN PAKSA pun dah capai 100k pembaca. GILA LA KORANG SUKA KAHWIN PAKSA KAN!!!


Nak tau matang tak matang? Bila baca balik post lelame aku sawan buih tepi katil sorang-sorang!! Macam saitan!! Ya Allah malunya la...kenapa aku macam desperate serupa tahhi ni?? Nak aje aku back hand muka sendiri ni. Ramai gak respon dan email aku berikutan dari post-post lama aku tu tapi aku tak sempat reply dan publish satu-satu. Ada yang positif ada yang negatif. 

Bila tengok balik post lama ni, aku teringat betapa desperate aku nak kahwin. Masa ni la aku teringat aku dok suka sapa, crush sana sini tapi tengok hasil 28 tahun kini? Hampeh, sampai la ni tak kawen-kawen. Sekarang ni aku bukan nak cerita tentang tips suka orang ke tips nak kahwin ke? Apa yang aku sedar sekarang, aku menyesal dengan  ke DESPERATE an aku dulu-dulu. 

Jatuh cinta je google......tips memikat pasangan.... google tips memikat mak mertua..... EH BABI lah......aku pernah google menda bodoh macam tu. Ya Allah malunya dengan perangai aku dulu. Kelako gile!

Kahwin ni bukan nafsu seronok ada pasangan je. BUKAN semudah disebut-sebut. Bagi lelaki mungkin fikir SEKS je (kajian dari 10 lelaki mengatakan seks tu perkara utama yang dia pikir) dan mungkin bagi perempuan untuk penuhi nafsu-nafsu yang lain SELAIN SEKS tadi contohnya ........ ok aku blur ok contohnya hartalah (contoh je gile!! jangan nak kecam aku, aku cross leg kau kang)

PERKAHWINAN, perkataan itu sendiri membawa maksud TANGGUNGJAWAB. So bila aku lihat balik, flashback, throwback balik semua kenangan lama aku faham kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi. 28 tahun hidup rasanya baru-baru ni sejak tahun lepas aku rasa NAFSU NAK KAHWIN aku MATI!!!. Fasa ke desperate an aku telah lupus. Aku dah sampai tahap level kalau kawin-kawin laaa... tak ade.... rilek je...kumpul harta. Adakah itu sindrom anak dara tua atau sindrom orang yang kena reject 23 kali seumur hidup atau sindrom mati nafsu/ mati pucuk/ mati akar?? wtf aku taip ni!

Mudahnya orang sebut nak kahwin tapi tak tahu apa itu tanggungjawab. (itu aku pada tahun-tahun lepas.... desperate sangat nak kahwin)

Orang kata... "Orang yang kawin ni Allah dah tiupkan seru tanggungjawab pada dia. Ada sebab golongan ini kahwin dulu... sabar bila sampai masa sesuai giliran anda pula".

Aku kata... "Bagaimana pula bagi kes......baru je kahwin pastu curang, cerai! Mentaliti kurang? Dah sedap beromen pastu boring cari pasangan lain? Itu seru tanggungjawab ke?". Aku bukan menentang takdir Allah bab seruan tanggungjawab itu. Yang persoalkan......adakah seseorang itu kawin dengan niat apa? Adakah orang yang berkahwin itu diukur tahap kematangan tanggungjawab mereka? 

 Isu tanggungjawab tu tiada siapa boleh ukur tahap level masing-masing. 

Aku sendiri tak tahu level mana? 

KENAPA AKU TAK RASA NAK KAWIN PULA? 

1. Umur macam aku akan lihat pelbagai masalah pelbagai cabaran mengikuti pemerhatian sekeliling. Umur macam aku akan lihat kawan-kawan sudah beranak 3, ada yang masih berusaha untuk mendapat zuriat, ada yang masih berusaha pertahankan rumah tangga. Aku lihat sendiri kes curang suami isteri, kes suami orang miang, kes itu dikalangan kawan yang sama umur. Bukan level orang tua menopause atau andropause. Bukan.

2. Umur macam aku, susah nak jumpa lelaki sebaya atau lebih berumur untuk dijadikan suami kerana stok terhad. Semua dah kawin!!! Yang ada anak-anak ikan. Tapi budak-budak ni ajak kahwin sebab nafsu semata-mata. Harini kenal, esok melamar kahwin lusa cerita betapa sedapnya kalau dapat peluk aku? Lelaki macam itu ke nak buat suami? Sah lepas kahwin, habis madu sepah dibuang. Inilah punca utama penceraian berlaku pada usia muda perkahwinan iaitu perkahwinan tak matang atas dasar NAFSU semata-mata. Nak aje aku libas kemaluan kau! Maka dari kahwin dengan anak ikan tak matang better kau sabar je la.

3. Sesi taaruf?? Daftar website cari jodoh?? Calon daftar wanita 100 tapi calon daftar lelaki 30. Nisbah ini sangat berat sebelah dan sesi taaruf akan berjaya pada wanita cantik dan HOT. Hodoh-hodoh sekalian boleh balik dan try website cari jodoh yang lain. 

4. Duit. Salah aku sebab tak menyimpan! Aku kene sedar dari awal, impian nak kawin dengan laki kaya tu macam mustahil. So ko kene support diri sendiri la gila! Stop berangan!!! Aku stop verangan apabila aku berhenti kerja dan duit simpanan habis. Nak belanja famili makan pun tak berduit, walaupun agak lewat untuk sedar tapi masih ada peluang menyimpan dan kumpul aset2 makanya aku tak de masa fikir tentang kahwin. No money, no kahwin. Kumpul duit dan aset. Even kawin pun, kalau cerai kau masih ada kemampuan sara diri tanpa mengharapkan duit nafkah!

So.......WHAT? 

Tak perlu tarbiah aku tentang jodoh itu rejeki Allah. Itu memang ilmu fadhu ain aku perlu percaya qada' qadar........ Bagi aku ada jodoh, ada lah... in SHA ALLAH aku tak akan buat post gatal geli jijik macam post-post lama. Wakakak malu gila desperate! Perkahwinan memang dituntut tapi itu bukan penentu happy ending seseorang. Jika tiada rejeki disini, mungkin disana. Mungkin didunia, rejekinya untuk jaga ibu bapa!! 

Kepada senasib..... hahaha (gelak dulu) Bertabahlah kawan....... doa banyak-banyak. Hasil orang bersabar ni besar nikmatnya. 

Kepada yang beruntung nasibnya, doakanlah golongan seperti ini dapat lengkapkan separuh dari imannya. 

MARRIAGE IS HALF OUR DEEN kan....... gituw ayat. 

Meh aku lanje sikit gamba aku!

Bai!

Tiada ulasan: