Isnin, 22 Februari 2016

SELAMAT HARI TUA NADEY!!

28? 

Ada kawan tanya, Flora namanya. 

"Apa yang kau rasa harini Nadey? Birthday kau? Kau gembira?"

Jujur lepas subuh aku pergi kerja baru aku teringat, eh aku dah 28 tahun! 

AKU MENGELUH!

Perspektif negatif, Allah umur 28 tahun aku masih tiada kewangan yang stabil, baru start kerja, baru start segalanya, walaupun ada niat nak sambung study tapi masih belum ada rejeki. Tetiba aku terfikir kalau la aku tak aktif kelas teater mase UKM dulu kalau aku fokus study mesti aku mudah nak sambung master. Kalau lah aku tak buat perangai masa kat YSP dulu, orang attack aku then aku pendam je mungkin kerjaya aku stabil tak macam sekarang!!!!!
KESIMPULANNYA............. banyak yang aku menyesal dengan life aku. 

Allah........... aku membebel sorang-sorang dalam kereta. 
Tapi ustaz kata nak bahagia kena REDHA dan SYUKUR. 

Perspetif positif pula, aku fikir banyak aku dah buat!! Kalau tengok wishlist tahunan aku Alhamdulillah banyak juga apa yang aku nak aku dapat. Syukur Alhamdulillah. Tetiba aku terfikir, semua yang berlaku demi kebaikan aku. Ada sebab kenapa aku disini kenapa bukan di UKM dan ada sebab kenapa aku di syarikat Pest Control dan bukan di YSP. 

Syukur sangat dengan kerja sekarang sebab agak bebas. Cume aku takut aku kene buang je sebab aku tak berapa bagus dalam bidang sales. Syukur juga aku tak sambung belajar dulu dan kerja selama 5 tahun dan dapat pergi merata tempat dan beri duit sedikit pada ibu ayah (SEDIKITTTT rasanya macam aku pau dorang lebih je)

Aku sebak sebab 28 tahun aku masih di peringkat ini. Tak macam kawan-kawan yang lain. Tapi dalam masa yang sama otak aku paksa hati aku untuk redha dan syukur demi KEBAHAGIAN dan KETENANGAN. Aku kene bersyukur. 

Bila umur dah tua, kau tak harapkan sambutan dan hadiah tapi aku syukur kawan-kawan masih sambut dan beri hadiah yang buat aku sebak nanges tepi bucu meja office. 

 13 Feb 16 - Dek kegigihan @ddadila datang dari gerik mcm biase bz mcm mane pun kami akan usehe kumpul mcm tahun2 lepas (wlaopun xcukup korum). 

Sumpah sawan bile tengok kek #kamenriderdouble ingatkan besday dakcad!!! Aku melompat menggeleding mcm lipas kene racun serangga... weh sumpah kagum tgk kek mcm tu!! Haaa kau ado? Thanks kak @mizz_ainz @atengarlina masakkan mknan tempah kek canggeh ni.. @wanie_dewanie thanks bg shawl dewanie.. t aku pkai sokmo jage!! @fatinurliyana thanks weh.. safiyya galok jerit smlm!! 


Dan pengakhiran perjumpaan smlm sungguh mengerikan apabila lipas merayap atas tangan wanie... bukan seekor tp berekor2 sekian... pergi maninggal lipas tu. Hope kita leh set date dating satu hari mcm tahun2 lepas.. terima kasih semua @mohdshahrulhafizi dan pasangan @jakevespa kamen rider senpai. Lol

-ayat copy paste IG-
Haaaa KAUUUU KEK KAMEN RIDER!!!!!!!!!!!!!!! Sabar je aku nak henshin ok!!! Vrommm vrommmm


 
Lukisan Zati iras wajah aku ni buat aku rase sebak mengenangkan betapa tebalnya kening dan bibir aku. Aku kene REDHA dan SYUKUR!!!!!!!! 

Allah panjang aku mengucap. 

Kedua malam besday aku 19 Feb 2016 tu aku dan family pergi makan-makan. Macam biasa la istiadat family PakDin, sambut besday makan kat gelas besar jalan gombak lama depan kubur tu. Sabar je aku. Bila ajak restoran lain kata aku membazir. Aku pon tak faham perangai SETIA ayah aku tu pelik sangat. 

Balik je rumah aku pelik ade kereta tunggu depan rumah jiran kami, ingatkan jiran kami nak keluar tapi siap high beam aku. Aku nak maki tapi orang tua mungkin high beam tegur jiran kot.

Usai je aku parking kereta masuk umah dengan machonya, ade lembaga keluar dari kereta nyanyi lagu besday. Lembaga tu Flora, Zati dan Shiwa. Haaaa lepas kek berpindah tangan, DORANG BLAH!!!!

Ape ke pelik ni perjumpaan 3 saat hanya nak beri kek? Ye aku faham esok sorang nak g lombok dan sorang ke Ganu, tapi makan la kek sesame!!!!!!!  Sumpah aku blur. Bagi kek dan kad tampal dengan gam murah sampai tercabut-cabut gamba tu hahahaha KLAKO GILE. 

Kata Zati "Kau faham x kami tak ikhlas bagi tu"

HAHAH kami gurau kasar, kami je paham bahasa kami. Orang lain tak......tu special geng alien ni. Haaaa 
Happy Birthday Nadirah Hodoh 
Tambiii betei kata aku hodoh!Dorang pergi print semua gamba-gamba hodoh aku! Tapi tak pe, ni memang aku pon! Tapi aku nampak setiap gamba ni aku cun je. Hak! Yang gamba laki pervert jepun tu aku tak paham gak tu... macam jilake je perangai.

Ni pon macam haram, Jumaat 19 Feb tu aku ambek la gambo cun aku pakai tudung DEWANIE!!!! bersewri kot aku tapi dorang pergi print gak gamba ni. Macam harammmm. See gamba kami, kami cantik tapi sedikit gangster. Semua pengaruh rakan sebaya.


Masuk je rumah, aku terus bukak Allah kek!! Ini la kek istiadat kami. Kami ni semua jimat duit beli kek slice je... hahaha tapi ini lah yang terbaik kan!!! Semua perisa feveret ade! Terus aku HENSHIN!!! saka genduut rasuk jadi macam ni depan kek. 

Gamba ni ibu yang ambek, menitis air mata die tengok aku macam ni. Dia kata napa la anak aku hodoh sangat. Susah la macam ni aku nak timang menantu.

Dah kejadahnya nak timang menantu??? 

Nak timang suami orang pulak.... bengang je aku. 

Sekian tu je besday celebrate aku. Aku bukan mesra alam sangat tapi aku syukur kawan-kawan nii...lagi2 yang jauh dari Gerik tu... sebak la nak cerita. Siap marah Dakcad anaknya sebab nak pastikan plan tak kantoi. Pastu dah la pening-pening nak decide Kamen rider mana yang aku suke. Banyak sangat. KLAKO gile!!! Aku sumpah tak prasan langsung plan tu, sumpah kali ni aku hampir tak ingat besday aku. Mungkin stress sangat kan ..... Apa-apa pun kawan celebrate ke x. yang wish aku semua yang doa untuk aku. TERIMA KASIH.... sayang korang sampai habis nyawa. Amin

Bai Nadey 27 tahun! Bai



2 ulasan:

Sabirah Sab berkata...

Happy belated birthday kak nadey. :) semoga dapat jodoh ensem. Hihi

Siti Nadey berkata...

@sabirah thanks...syukran doa tu best sgt kuhkihkih