Rabu, 23 Mac 2016

JAPAN: Budget travel (Autumn) : Day 5 DISNEYSEA!!!!


Hari ke Disneysea telah tiba. Napa Disneysea??? Flora adalah selaku pencadang kami ke Disneysea dan bukan ke Disneyland. Kami satu geng memang suka tengok rancangan realiti show korea "Superman". So kami juga peminat Sarang chan. Memandangkan dia di Jepun kami selalu take note dia ke mana. So bila tengok Disneyland biasanya untuk budak-budak tak banyak mainan yang untuk dewasa macam Disneysea maka kami dengar sebulat nasihat dari Flora. Yeah Disneysea!!!
6900 Yen sorang

Sebulan sebelum tarikh ke Jepun, kami try book tiket Disneysea dengan kad kredit. Even citibank yang Wordwide tu pon tak boleh nak access. Rupenya syarat untuk membeli tiket dengan bayaran kad kredit adalah kad kredit anda perlu authorized di Jepun sahaja. Maka kami buntu, aku terus masej Niji. Memang rejeki kami, Niji fast reply dan terus beri cadangan supaya dia sahaja belikan tiket untuk kami. Alhamdulillah. See serius nak beritahu, mungkin doa ibu bapa kami banyak membantu dalam memudahkan urusan kami. Syukur sangat-sangat. Susah macam mana mesti ada jalan. 

Aku nak ulang even banyak kali kat korang, bagitau juga pada orang kesayangan korg k!!!. Ibu ayah aku selalu pesan, buat solat taubat sebelum tidur dan solat dhuha. Memang dasar derhaka aku berlubang sokmo so ape aku buat aku sampaikan nasihat kat geng travel, lagi-lagi kita akan merantau kan. So banyakkan doa supaya dipermudahkan urusan. Ok cukup ustajah.
Kami macam biasa bangun dan packed makanan. Semalam kami dah masak spageti siap2. Disebabkan makanan sane mahal maka kami berbekal sahaja. Bekalan kami buat tu serius nikmat ok!!! 

Shin Okubo >> Tokyo Station (JR Line) >> Keiyu Maihama (Disneysea Resort Line) >> Disneysea

Perjalanan agak jauh plus berjalan kaki dari stesen ke stesen maka better gerak seawal pagi ya. Kami gerak dari Shin Okubo dalam pukul 7 sharp (nadey bebel suruh cepat) maka sampai sana dalam pukul 9 pagi. Itupun ya Allah ramai gile pergi Disneyland even hari Rabu. Paling syok on day way dalam train nampak ramai sangat pakai baju couple mickey mouse, watak-watak Disneysea, ada juga yang pakai cosplay. 
Sampai je train ke Disneysea, rasa macam masuk dunia lain. Train pon comey-comey. Train dorang sangat pantas, Tak yah tunggu lama pon, memang kejap je datang gerabak baru. 
Pagi tu agak mendung, kami cuak gak. Alhamdulillah cuaca elok sampai ke malam. Please bawak sweater kalau korang pergi Autumn season ni sebab malam dorang sangat-sangat sejuk. Tu beg merah besar aku tu macam-macam aku letak sampai bocor ok. Tu beg doremon.
Disebabkan kami dah ada pass masuk, kami tak perlu beratur. Just tunjuk print out pass (kami print hitam putih je) then dapat masuk terus. Sampai je kat depan globe wajib ni teringat pulak aku kat USS Singapore. Masa ni kami posing macam-macam sementara tunggu Kak Ain menghilang, dia kata beli scarf mickey mouse dia tapi rasanya dia pergi kilang buat scarf tu kot sebab lama gile LOL. Kami apa lagi posing sampai 100 keping sorang. Semak je aku nak edit satu satu.... Akhirnya aku abaikan gambar dorang, edit gamba cantik aku je. Haha
Masa ni mood model laaa... terasa macam posing kaki panjang je. Haha.... susah betei nak behave. 
Flora ni macam biasa la... bila suruh posing gaya lain, semua sama je bila aku gertak dia baru senget kan sikit kepala die. ITUPUN 3% je senget. Hahah
Akhirnya Kak Ain kembali setelah melawat kilang scarf mickey mouse. Hahahhah kelakor je. 
Aku tak paham gak gambar dia penuh sokmo. So aku takde pilihan...... 
Gamba dia lagi....
Flora kata dia lebih lawa jika gambarnya diambil secara spontan. Benci pulak aku dengar statement beliau.
Macam USS, tapi lain sikit. Kene print pass kat mesin yang disediakan di beberapa tempat. Contoh kalau nak masuk dalam SPACE SHIP kene scan pass kat mesin dan waktu untuk kita main game tu dalam sejam lagi. So sejam tu kau jalan-jalan la dulu tak payah beratur awal sebab giliran lambat lagi. Kaedah ini bijak juga la sebab tak buang masa pada satu tempat lama sangat. So sementara untuk next game, kau pergi scan next game kat tempat lain pula. Memang tercabut kaki aku nak jalan semua tempat. Tapi game kat sini semua best la... cumenye tak dapat naik roller coster sbb tutup. 

Ensem doh mat salleh ni
Ramai yang duduk ni sebab tunggu Disneysea Parade
Masa masuk, dia akan beri kita jadual timing event. So follow dan follow sahaja. Memang audio untuk perarakan ini best gila. Aku rasa macam kat dunia lain je. Lagu berhantu dia best la sampai sekarang kami dok nyanyi2 THE VILLAINS WORLD
Shiwa ni pas kau perdajjal kawan ko catwalk kan??? 
Yang macam castle kat belakang tu kan sebenarnye Tower of Terror ek? Aku lupe sudah. Kami tahu Zati jenis lemah semangat. Dia dah warning kami tak kan naik roller coster. Lama gak kami rilek depan ni sebab ape ek? Lupe dah.... tapi jelas la bunyi orang menjerit sebab pintu castle yang atasssss skali tu terbukak. So aku dah dapat agak game ni macam mana. Aku dah agak die macam lift jatuh! So aku pon warning semua kecuali Zati sebab nak pakse dia join gak game tu "WEH CAKAP NI RUMAH HANTU JE BUKAN ROLLER COSTER". Yang kelakornya, dia bajet innocent tak tahu apa-apa sampai la masuk dalam lift tu. 
Masa tu kami gelak gila bavi sebab dia takde pilihan dah. Aku pulak cedera parah bahagian bahu sebab Kak Ain kuarkan gigi jongang dia gigit aku. Melekat gigit dia sampai habis game tu, Macam haram.
Bajet macam bru pas kuar dari mahkamah. Yang Kak Ain ugut jangan sentuh Flora dengan menunjukkan GIGINYA. Ok sewram.
Pas penat lapo kan, kami duduk sat kuar bekalan. Kami masak spageti ni semalam, pagi2 hangat dan bungkus. Makan pula dengan tuna Alllahh sedapnya
Pada awalnya ramai gile nak bergamba ngan goffie ek namanya.... haa pastu aku dok ushaaa je die. Mungkin kami pakai tudung so dia datang arah aku then ajak posing. Aku syak dia ni perempuan. Masa dia tunduk posing dengan kami. Dia terketo2 lutut. Aku tau sebab aku raba lutut die. Haaaa

Satu-satunya popcorn yang kami boleh makan adalah salted popcorn. Sumpah xde rasa. LOL tak yah la bazir beli ok. Bila makan sekali tengok wajah aku penuh kekesalan. 
Macam buat umrah je. Hikhik Amin.. Smuga kami berempat dapat pergi umrah sesame.
Dah sampai area arab dah tapi tempat nak solat takde. Sadis ke kami yang tak tahu. Kami tanya orang sorang pon tak faham english. Aku dah siap buat signal sujud depan die blur lagi.
Kami dengar nasihat Flora, jangan balik lewat sangat sebab nanti ramai gila orang. Biasanya orang akan tunggu sampai habis, ada event last kan... tapi biasenya kami ni patuh dan akur dengan Flora maka kami pulang sebelum pukul 9 mlm. Tunggu dorang shopping sampai aku tertidur. Sabar je la.

Bagi aku, kalau pergi Jepun wajib pergi Disneysea sebab korang akan kagum dan rasa nak stay sana. Macam dunia lain, aku kan suka tengok kartun so aku suka masuk dunia lain ni...wakakakaka

Alhamdulillah hari pergi ke Disneysea juga dipermudahkan. Kami balik homestay dan beli ayam. Malam tu Kak Ain masak ayam goweng dan banyak lagi lauk kami makan. Tengok stok makanan kami banyak lagi. Memang tak boleh bla. 

Tiada ulasan: