Isnin, 4 April 2016

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Ketika Masih Single


Single? Forever alone? Boring?
Come on…
Siapa kata life single boring?

Cer cerita ngan aku? Alhamdulillah, Allah izinkan aku buat macam-macam aktiviti yang menggembirakan. Bukan nak cakap aku tak de life sedih, MESTI ada tapi rejeki Allah tu luas. Kalau nak sedih je bila nak gembira? Peluang masa bujang inilah aku guna sehabis mungkin, sebaik mungkin. Semua aktiviti aku nak try, semua aku akan usaha sendiri tanpa bantuan kewangan ibu ayah. Dengan itu aku wujudkan wishlist setiap tahun. Setiap wishlist yang dicapai, semua akan dicatat. Dari catatan kejayaan itu baru kita rasa syukur dengan rejeki Allah selama ini.

Syukur, ibu ayah aku so far tidak melarang aku buat aktiviti aku sendiri. Biasenya aku tak mintak izin pon (haram punya perangai) tapi aku akan beritahu aku pergi mana dan doakan keselamatan sebab mereka tahu aku pandai jaga diri. Umur macam aku ni ramai kawan dah kahwin, sudah beranak pinak. Melihat kegigihan mereka menjaga anak dan masa sepenuhnya pada family membuatkan aku lebih insaf dan semakin bersemangat untuk tidak membuang masa bujang aku. Andai aku kahwin, aku tidak akan menyesal dengan masa bujang aku yang berharga itu. Perghh ayat aku

So sini aku nak share aktiviti apa yang aku buat sementara single ni....

1. Ambil lesen Scuba Diving
Walaupun hobi ini agak mahal tetapi nikmatnya tidak dapat digambarkan. Siapa kata orang tak pandai berenang dan penghidap penyakit asma tidak boleh mengambil lesen scuba? Training dan semua ilmu akan diajarin ya!! jangan risau. Aku ni memang suka laut. So aktiviti ni buat aku lupe jap yang aku manusia di darat. Rase macam mermaid uollls

2. Paragliding / Lesen Pilot
Siapa kata orang berbadan besar tak boleh terbang? Bak kata kapten tu, kalau lagi berat lagi stabil payung terjun. Lama gak aku terbang aritu, lebih kurang 10 minit video dirakam. Mungkin boleh terbang lama lagi, tapi kapten kata orang lain pulak! bukan ko sorang je....Wakakaka  Aktiviti ni totally ikut cuaca dan arah angin. Memula memang la aku cuak sebab aku ni takut dengan ketinggian. Pas dah terbang, eleh kau macam dalam mimpi lak main terbang-terbang dah tak takut. Mungkin sebab percaya pada kapten 100%. Kalau korang rasa hobi ini sebagai aktiviti wajib korang boleh mengambil lesen ‘pilot’ iaitu lesen untuk terjun udara secara solo mcm pelakon Beto. Haaa kita jumpe Beto aritu siap posing ok. Malu betei.


3.   Travel (backpacking secara solo mahupun berkumpulan)
Ni aktiviti yang aku tak perlu cite panjang. Aku ni amatur je, skrg ni backpacker tegar mmg ramai. Tengok poket masing-masing je. Kalau poket macam aku setahun sekali pon susah. Hahaha. syukur aku ade geng travel yang best. Bab study sesame, bahagikan duit sesama. Masing-masing ada tugas memasing. Memang susah nak dapat geng travel yang best yang satu kepala. Syukurlah kalau korang ade geng yang best. 

4. Membeli-belah

Membeli-belah pakaian, beg dan kasut mungkin adalah terapi bagi sesetengah individu. Tetapi ada juga individu seperti aku yang gemar membelanjakan wang membeli barang anime, figura, DVD dan lain-lain lagi. Terpulang apa barangan yang korang minati.
 5. Cuba tempat makan baru
 Siapa yang tidak suka mencuba tempat makan yang baru. Bagi individu yang megelar diri mereka ‘foodie’, terpencil mana pun kita akan gigih mencarinya. Kini kedai makan yang pelik atau unik mudah menjadi viral. Tengok badan la, aku memang suka makan. Makan itu boleh diklasifikasikan moment bahagia okayyy

6. Part time job.
 Part-time job bukan sahaja menambah pengalaman kerja kita tetapi ia juga mengajar kita untuk lebih menghargai nilai duit daripada hasil titik peluh kita. Cakaplah, pengalaman part time apa yang aku tak pernah try?? MLM pon aku penah try, jual ubat, baju kurus (tapi aku tak kurus2 pehal), jual jamu, jual shawl, jual baju. Sekarang jual ubat nyamuk. Malu? Tak perlu nak malu sebab aku cari rejeki halal. Jangan harap sangat pada tanggungan ibu bapa.  Bagi aku, masa inilah kita kerah keringat untuk capai target yang kita nak. 

Enjoy puas-puas kerana masa bujang ini adalah masa yang paling berharga. Tiada siapa menghalang anda untuk membuat aktiviti yang anda suka. Tiada siapa yang akan bebankan anda pada waktu ini.

Oleh itu, setiap tahun buatkan satu diari menulis ‘Wishlist’ tahunan. Ini akan membantu anda membuat bajet tahunan, mengumpul duit dan berusaha lebih keras untuk merealisasikan target-target anda. Kegunaan ‘Wishlist’ ini amat berguna untuk motivasi diri. 

Bagi anda yang single, penuhkan aktiviti mingguan anda dengan pelbagai hobi dan cari hobi baru. Pastikan hidup anda tidak penuh dengan rasa kesal. Sementara muda dan bertenaga jom beriadah, tambah kenalan baru, tambah hobi baru yang lebih menarik dan mencabar. 


Selamat bercuti.



Tiada ulasan: