Khamis, 14 April 2016

JAPAN: Budget travel (Autumn) : Day 6 Mt. Fuji, Kawaguchi Lake, Roppongi Tokyo Tower.


Hari ni pergi ke Mt. Fuji pulakkkk. Sebenarnya banyak sangat tempat menarik kat are Mt. Fuji ni. Antara tempat yang selalu orang pergi adalah area Gotemba, Fuji-Q Highland, Snowtown Yeti, Kachi2 Ropeway, Kawaguchi Lake dan Lake Music Forest. Gotemba, ramai kata kalau pergi sana macam nak pergi shopping barang outlet, ada juga aku baca ada tempat macam Cameron Highland gituw...ada ladang strawberi la.. macam-macam lagi. Selain dari tu, Fuji-Q- Highland macam Genting Highland pula.. tapi haritu kami lalu dengan bas nampak roller coster die bapak tinggi. Kami semua pandang Zati hahaha. Tempat yang kami nak pergi ni adalah Kawaguchi Lake. 

Kami book bas ke Kawaguchi Lake melalui online, Highwaybus.com dalam website tu korang boleh pilih destinasi dan boleh plan perjalanan pergi dan pulang. Website ni kita hanya book tiket bas sahaja, tak perlu bayar lagi. Print booking dan pergi Station Koei (Bus West Exit) dan claim tiket. 
Sehala tiket 1750 Yen pergi balik 3500 Yen.
Tapi awal-awal aku sarankan korang kene pergi 2 hari ke Mt. Fuji ni. Nanti aku cerita lagi sebab ape.

Nak cerita drama sikit. Hari kami nak ke Kawaguchi Lake ni, macam biasa la pagi-pagi aku membebel push dorang siap cepat. Biasa la perempuan. Aku agak agresif bab waktu sebab kali kami naik bas. So memang kene punctual!! Hari tu pulak strerika aku xpanas, habis tudung renyuk aku bedal pastu aku bebel-bebel sekali Flora sound aku. Krikkkk Krikk... terus aku tergelak sebab aku bukan sound die wakakakakaka tapi aku buat-buat macam dia bersalah la juga... alang-alang. Klako gila. So kami bergerak pantas dan sampai 15 minit sebelum bertolak. Masa tu semua diam. Wakakak tapi kan gaduh mulut ngan kawan baik ni tak lama. Sebab baik buruk semua ko dah lalui dengan dia. Tak lama camtu terus tangan di bahu Flora. LOL I cannot live without youuuuuuu. Tapi sound die tu tak membantutkan aku dari membebel lagi. Peduli ape... lambat memang aku bebel. 
Tengok owner beg merah yang membawa diri sorang-sorang tu. Padahal mase tu aku dah gelak-gelak dah. Hahahaha 
Orang Jepun memang on time, tepat masa terus naik bas. Alhamdulillah perjalanan lancar je 2 jam kami semu tertidur je. Penat kene bebel ngan aku lettew.
Ni la dia Q-Highland tu. 
Akhirnya kami sampai di Kawaguchiko Station. Tanpa berlengah kami terus ke Tourist Information untuk dapatkan tiket bas retro untuk Sightseeing Kawaguchiko Lake. 
Informer ini, sangat fasih english dan mudah faham apa yang dia cakap. Dia beri kami suggestion untuk pergi ke Red Line dahulu, jika ada masa baru pergi ke Green Line. Ini kerana Green Line jarak satu destinasi ke destinasi lain agak jauh. Ini yang disarankan untuk pergi conquer Kawaguchiko Lake at least 2 hari. Better stay sana ok!!! 
Pada bas tu akan tunjuk bas untuk red line atau green line. So kami hanya mengambil Red Line.
Dengan map dan checkpoint menarik kami plan perjalanan kami. 
Sila behave dan beratur
Checkpoint sangat banyak, informer tadi sudah tanda tempat-tempat yang wajib kami pergi. 
Ingat lagi aku first destinasi kami check point 11. Naik kabel car dan tengok Mt Fuji. 
Allah susah betei nak ungkapkan betapa Subhanallah cantiknya tempat ni. 
Kami semua gile bergambar... tengok la muke masing-masing glowing.
So dari kereta kabel ni kita boleh tengok banyak kawasan menarik macam dalam maps. 
Di deck inilah tempat spot Mt Fuji boleh dilihat. Rejeki kami sangat, datang awal dan masa tu kami lihat jelas Mt Fuji. Biasanya dia malu-malu tutup muke ngan kabus. Tak lama kemudian, kabus mula selubung Mt Fuji. So better pergi awal pagi!
Secret Garden sangat


Sampai sana better cepat-cepat posing ok!
Sebagai kenangan kami pergi la bergambo pastu buat macam poskad gituw... Photo dan frame 1000 yen dan poskad 100 yen.
Redah hutan skit sebab nak naik tempat paling tinggi untuk view Mt Fuji
Macam secret garden kan!!
Tak perlu la sampai 2 jam kat atas, so kami bergerak menuju ke destinasi lain. 
Kami sampai di Kawaguchiko Music Forest. 
See dah sayang-sayang manje-manje dengan Flora. As I said, kenot live without u..... hahaha 
Flora ni dia macam asyik kene buli ngan aku kan? Tapi realitinya die lagi banyak buli aku adelah. Kurang hajar, mungkin die amal ilmu pengasih kat kami. Bukan aku je kene tempias orang lain termasuk mak aku.
Senget bumi ko!!!
Next station kami pergi last station dan makan aiskrim blueberry... nikmat sangat
Cantk sangat tempat ni. Amacam boleh tak jadi photography National Geo?
Waktu dah tengah hari, kami plan cari port tepi tasik makan, rehat dan solat.
Jalan-jalan tepi tasik nampak ramai gila orang tua melukis. Macam wow gila
Kami buat magie goreng. Nasi kepal dan cucur udang. See sebab tu aku bebel. Masak sambil bebel sambil kejut anak-anak bangun pergi sekolah
Nikmat makan masa ni wehhh.....sedap gile
Kebulur
Tempat kami lepak tu ada paip so senang nak membasuh dan ambil wudhuk. Masa ni air ya rabbi sejuk......menggeletar aku.
Merah tu pilihan
Kak Ain terus mood model kau..............posing baring saana sini tergolek sana tergolek sini. Pastu tak nak balik.
Usaha untuk mendapatkan gambar yang cantik anda perlu siksa macam ni dulu
Masa ni dah pukul 4 petang. Memang tak sempat nak pergi ke area Green Line. Bas balik pukul 6. Pukul 4 kat sana pun nak gelap sudah. Kami berdiri tunggu bas. Sampai phisang gile tunggu bas, kami tengok gamba dari kamera. Kami berlima cantum kepala dan tengok gamba sama-sama. Pastu gelak macam orang gile. Semua masuk air. Orang yang lalu lalang usha je kami. Happy sangat kan
Bas balik pukul 6 lebih maka ada masa sejam lagi nak beriadah. Kami jalan-jalan area Kawaguchiko Station, beli aiskrim lagi dan lagi. 
Sebak pula aku tengok kami kak ain ni.. aku nak snap gigi die tapi die posing hidung pulak.
Sampai sahaja Shinjuku, kami naik subway menuju ke Akabanebashi station ke Tokyo Tower.
Masa ni kami nak naik ke Tokyo Tower jumpa pulak mamat korea handsome nak mampos... macam korean pun ada. Dah la tinggi, kulit bersih... memang hensem gila.,... aku ape lagi suh die tolong ambek gamba... malu pulak kita.
Tiap kali nampak Tokyo Tower dalam movie ke dalam anime aku macam teringat time ni. Betapa cantiknya tempat ni.

Tiada ulasan: