Khamis, 4 Ogos 2016

GOODBYE BUNTAT



Pemergian Buntat mengejutkan kami satu keluarga. Dia memang kesayangan kami semua. Bermula dari kucing yang selalu datang ke rumah kami iaitu Tam. Dia lahirkan 3 ekor anak, 2 ekor mati kerana cirit birit dan hanya Buntat yang selamat. Dulu Buntat pernah terlepas dari kandang dan masuk rumah jiran India sebelah rumah aku. India tu baling Buntat dalam kolam logi belakang rumah kami. Nyawa Buntat mase tu panjang lagi dengan izin Allah aku cepat-cepat terdengar suara babynya, tengok2 die menjerit tepi tembok yang tinggi tu. Aku panjat dan ambil penyodok sampah dan dia sememangnya bijak terus naik atas penyodok dan terus memeluk aku sambil terketar-ketar ketakutan. Sejak tu dia memang tak akan masuk rumah jiran India aku tu. 

Buntat membesar dengan penuh kasih sayang aku. Semuanya dia hanya ikut aku kemana sahaja. Makan, tidur, jalan-jalan dan teman aku memancing. Ada masa aku akan bawa pergi jalan-jalan naik kereta. Kalau tidur dia mesti naik atas dada aku muke nak rapat dengan aku. Itulah Buntat

Kejadian racun kucing bukan pertama kali dan ianya kali kedua pada tahun ini juga. Pada mulanya Oyeng yang mati selepas 2 jam keluar dari kandang sekejap. Aku akan lepaskan dia sekejap sebelum maghrib. Kucing-kucing aku dah diajar tidak berak merata. Macam mana aku tau? Kucing-kucing aku even pergi kebun mereka tak berak tanpa pasir mereka. Menjerit-jerit dalam kereta sampai je rumah terus ke pasir. Sebab itu aku yakin dia tak berak merata. 

Paling aku terkilan adalah, Buntat sedang sarat mengandung. Aku plan berjimat yang gila-gila bulan ni, aku sekat duit makan dan belanja bulanan sebab nak sambut kehadiran bayi Buntat. Namun Allah tak izin perkara itu berlaku. 

Semalam ibu tanya, "kamu sudah makan? Mari sini ibu nak cakap sedikit". Mati-matian aku pikir Ibu nak aku belikan barang macam baju untuk dijahit ke, kek ke, kfc ke... aku dah cuak sebab aku nak berjimat. Rupanya Ibu beritahu, Buntat siksa sawan pukul 5 tadi dan mati terus tanpa sempat beri ubat. Ayah pula cepat-cepat tanam kat atas bukit sebelum aku balik. Mereka dapat mengagak jika aku saksi kejadian tu mungkin aku akan meraung seperti kejadian Oyeng mati dahulu. 

Menurut ayah sebelum dia pergi surau dia nampak Cina jiran aku letak cebisan ikan dalam pinggan depan rumah dia. Luar pagar. Balik dari surau terus Buntat menjerit. Aku terus keluar rumah jumpe Cina tu. Aku panggil dia tak nak keluar, aku terus bukak pagar tanya elok-elok. Serius aku tak marah-marah pun. Aku tanye elok2 tiada nada yang tinggi pun (aku rasa sebab aku dah tua nk mengamok)  "Kenapa perlu letak racun gaul dengan ikan luar pagar Uncle" "Kenapa kalau letak racun tikus kena letak ikan?". Mulanya dia tak mengaku, tetiba dia marah kucing aku berak depan ruamh dia. Eh, mana tahi? Kalau yang berak depan rumah Uncle bukan kucing I. I dapat tahu anjing India depan rumah pun mati sawan kena racun dua hari lepas. Kenapa perlu umpan racun tikus sebegitu? Sampai hati Uncle buat kucing saya macam tu. Saya tak pernah cari gaduh kita jiran-jiran. Dulu ayah Uncle jatuh dalam rumah kami jiran semua tolong selamatkan dia. See kami jiran baik, kenapa Uncle kejam bunuh kucing kami". Sampai kesudah tak mengaku tapi kantoi dia memang letak racun. 

Aku tak berhenti  mengalir air mata tulis tentang Buntat ni, seharian ini juga aku tak berhenti mengalir air mata dari semalam. Aku terkilan sangat-sangat. Allah je yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. Tak tahu nak ungkap macam mana. Memang salah aku lepas kucing ke sebab memang salah aku tak tahu jiran-jiran aku memang kejam. Aku doa, sujud lama-lama agar aku dapat rumah yang jauh dari jiran sial macam tu. Aku doa sangat Allah beri rejeki pada aku duduk luar bandar jauh dari jiran mcm tu. Aku benci dengan manusia kejam macam ni. Selama ini aku bela kucing jalanan tak pernah jadi isu begini. Dorang sendiri tak tahu, kucing-kucing tu la yang tangkap cicak, tikus dan even ular kat belakang semak rumah dorang. Tak reti bersyukur. Tahu nak hidup senang je tak fikir nyawa haiwan lain. Kalau aku mampu racun ko tanpa rasa berdosa aku dah lama bunuh ko weh. Senang je bunuh ko macam ko bunuh haiwan-haiwan aku. 

Nak berdendam sampai bila Nadirah? Aku pun xtahu, aku pun nak hidup dengan tenang. Tak pe lah pelan-pelan aku cari jalan keluar dan duduk jauh-jauh dari setan macam jiran-jiran aku ni. Smuga dia bahagia la hidup macam tu. 



 Buntat ni kita panggil nama dia sekali je, jauh mana dia merayap dalam hutan dia akan berlari jumpa kita. 

Buntat memang haiwan yang paling aku sayang dalam hidup aku. Ramai je kata dia tak cantik, tapi bagi aku Buntat lagi cantik dari kucing baka mahal. Allahh.... sebaknyalah tiap kali teringat.



 Sayang tu tak boleh aku nk ukur, sampai gigi pon aku kira berapa yang tumbuh dan cabut.
 Kalau nak ikutkan kucing macam Buntat ni tak cantik je tapi sebab kasih sayang kami, tengok bulu dan badan dia. Tengok bulu je kita tahu dia sihat. 
Akak dah buat terbaik untuk Buntat. Segala amanah kami jalan semampu kederat kami. Semuga Allah berkati hidup kucing-kucing teraniaya dan kucing-kucing jalanan ini. 

Sayang akak pada Buntat dan kucing-kucing lain sehingga akak mati. Maaf kekurang akak dan keluarga pada kalian. 

Selasa, 2 Ogos 2016

SERAM: PERNAH TAK KORANG.........

Setan laaaaaaa.... aku ambil risiko tulis post kali ni!!

Aku nak cerita misteri ni kat korang. Aku memang suka cerita hantu, tapi penakut aku sampaikan nak kencing pon suruh ibu tunggu depan pintu (pintu tak tutup pun)...eleh korang pun same!

Aku dah lama pendam tapi hari ni aku bengang sebab aku mimpi hantu!

Sejak bayi lagi aku suka dengar cerita misteri ni baik dari mulut-mulut kawan-kawan, POKSU, TOK, dan sehinggalah aku terkena sendiri beberapa kali. 

Pernah aku ceritakan tentang UKM KOLEJ aku berhantu

Namun cerita misteri ini tak pernah berhenti kau tau!! Biar aku ceritakan dari awal sampailah aku cerita tentang mimpi hantu pagi tadi ye!

Bermula episod aku nak mencuba hidup jauh dari keluarga (hahaha tak sampai 6 bulan), aku duduk bersama rakan baik di Bangi. Ya Allah baiknya housemate aku, masa aku susah tak berduit pon perut aku kenyang berisi makanan. Mereka murah dengan sedekah makanan pada perut kesayangan aku yang bertayar-tayar ni. Masa tu, aku ni ada la sakit-sakit maka rakan baik aku ni selalu ajak pulang ke Dungun rumahnya berubat. Cuba macam-macam ye nak sihat. 

Sampai suatu hari, rumah tu mulalah diganggu. Hint awal adalah bunyi guli, orang alih perabot malam-malam, rasa seram je bila solat macam ada orang perhati je. Aku dah la penakut tapi rakan baik aku ni brainwash aku supaya jangan layan dan jangan takut sangat kang 'dia' lagi suka. Oh setannya, aku takut maka aku terpaksa berpura-pura tak takut. Paham tak siksanya aku! Sepanjang perjalanan hidup aku sebagai anak teater (Sanggar Mas Kolej Keris Mas ahaha) inilah watak yang paling sukar dan mencabar aku bawa. 

Macam-macam berlaku sampai aku pon dah lupa kronologi dan mungkin tertinggal dari cerita kali ini. Tak ingat betul ke tak kronologinya... Tetapi yang paling aku ingat, salah seorang dari housemate merangkap rakan baik juga dok selfie di rumah itu tetiba ada kelibat menumpang selfie bersama. Setan la seram!!!!!!!!!!!!!

Rentetan dari kisah seram tu, sorang demi sorang dari kami diganggu. Aku tengah tengok kamen rider ni diganggu oleh rakan baik aku ajak berborak. Maka aku pause lah cerita kamen rider padahal mase tu tengah scene klimaks. Sabar je la... Demi sayang rakan, aku fokus berborak. Lama kami berborak gelak-gelak semua tetiba sekelip mata. Sekelip mata, rakan baik aku muncul di pintu bilik pelik melihat aku terkejut beruk. Aku tanya, "Eh, aku tengah borak dengan kau doh bila masa ko masuk bilik pulak???". Penyataan aku disangkal oleh rakan aku tu, katanya dia baru nak masuk bilik. Ah sudah dengan siapa aku berborak tadi? Setan la kau!!!

Malam yang sama juga, semua sudah tidur, rakan aku bangun untuk ke tandas tanpa memakai cermin matanya yang tebal tu. Lepas buang hajat dia masuk bilik, dia nampak ada lembaga hitam betul-betul sebelah aku tengok je aku tidur! Masa tu dia tetiba meremang dan cepat-cepat terjun atas katil paksa tidur. Bilik masa tu agak terang dengan lampu tidur tepi tilam aku. 

Selang beberapa hari selepas diganggu, kami berterusan memasang surah Al-Baqarah untuk niat menghalau mahkluk ni kalau baca yaasin panas... Maka surah Al-Baqarah adalah cara halus halau setan ni. Kami bukak 3 hari berturut, hari kedua tu 'mende' tu tunjuk berang. Dia siap bisik kat telinga rakan baik aku ni dengan nada mengejek, menganjing ngajian surah Al Baqarah tu. Nenenenene.... OK ini kemuncak rakan baik aku yang taff tu rasa ini dah melampau. Aku pulak rasa seram sampai tak pergi kerja. LOL macam gampang.

Kami pon pulang ke Dungun beramai-ramai berjumpa seorang saudara rakan baik aku ni pandai berubat batin. Ramai-ramai kau dia scan dan buang jin/setan secara bedah batin. Dimasukkan pula dalam botol. Aku siap ambek gamba perghhh jelas gila rupa jin tu. Mana gamba tu? Dalam hardisk aku nanti ada masa aku upload. Masa sebelum scan lagi orang tu kata JIN AKU BESAAAAAAAAAAAAA (ingat dia perli badan aku besa) pastu mase dia keluarkan dari botol tu, dia tergelak sebab yang dia berjaya tangkap tu BAPAK JIN. Ah sudah kau! Seraya itu, bukan bapak jin ni ade macam-macam lagi jin dan setan satu badan aku dia tangkap. 

Bukan scan badan je, kami diarahkan sebelum berjumpa dia untuk siap-siap mengambil gambar rumah kami. Dengan gambar je dia boleh tangkap jin dalam rumah kami. Memang macam tak logik akal tapi aku tak tahu macam mana aku boleh percaya. Sebab bukan dia je yang cakap menda yang sama. Dari gambar rumah, gamba bilik aku (ada jin berupa kera atas katil aku bawah Figure Kamen Rider) ada pontianak atas katil rakan baik aku sampailah kami tunjuk gambar famili kami. Salah seorang rakan kami rupanya disantau kau! Ya Allah kenapalah isu santau menyantau ni jadi adat orang Melayu. aku tak pernah dengar pulak santau ni dari orang Cina dan India. 

Selepas bedah batin tu kami pulak langgar pantang makan pisang goreng. Adoi kena jahit semula. Memang macam eh kelakornye lah pantang, kami yang ketakutan ni dengar aje cakap orang tu jahit semula. Adoi. 

Selang beberapa momen begitu, aku pula berpindah semula balik Gombak. Rakan aku pula ditimpa musibah besar. Satu keluarganya disihir pula oleh orang yang pernah rapat dengan dia. Subhanallah beratnya dugaan dia. Mak dan adiknya paling terkesan. Rakan baik aku juga terkena tempias. Dia sering diganggu dengan mahkluk berbulu hitam dan besar. Mula-mula ringan lagi, macam just nampak kelibat tapi sampai satu tahap dia sergah depan-depan dan menghilang tiba-tiba tu melampau. Rakan aku yang stress tu membuat keputusan tenangkan diri ikut aku ke Jepun. 

Aku ingat lagi malam terakhir aku di Shin Okubo, kami berdua tidur lewat. Dan aku ada beri tazkirah tentang agama, solat, aurat dan kata-kata motivasi kami berbincang. Pukul 2 pagi terakhir kami tumpas mengantuk tidur. Dah lelap lama macam tu, tetiba aku rasa badan aku berat kena tindih. Aku bukak mata tengok ada mende hitam berbulu mata merah depan aku beberapa inci dekatnya. Aku cuak tutup mata, sampai sesak nafas. Aku baca ulang ayat kursi dan al fatihah akhirnya struggle aku dapat lepaskan tangan kiri. Aku cuba kejutkan rakan aku tu, aku cekik rakan aku tu kuat kot tapi dia tak sedar-sedar sampailah aku baca ayat kursi kali ke berapa tah dengan tenang dan perlahan (mungkin betul maghrajnya) akhirnya makhluk tu bangun dan menjauhi aku ke hala ke dapur. Bilik Jepun tak besar boleh tengok sini JAPAN: Budget travel (Autumn) : Day 7 Asakusa, Ueno, Zoo Ueno, Ameyayokocho Street 

Yang aku pelik, Jin boleh ikut sampai ke Jepun??? boleh rentas laut pulak! Pelik

Disebabkan aku takut, aku terus baca ayat kursi berulang sehingga aku terlelap lagi. Bangun je Subuh, aku biasanya bersiap awal dan terus mandi tapi hari tu, aku biarkan rakan yang lain mandi dahulu. Takutnya Allah je yang tahu. Tapi nasib baik hari last kami di bilik tu. 

Sejak hari tu, aku tak pernah kena ganggu dah sehingalah pagi tadi aku mimpi aku ikut sorang ustaz ni tangkap hantu ala-ala POKEMON GO plus GHOSTBUSTER gituw. Sampailah satu tahap aku kene cekik dan roh aku terus masuk jasad dan aku terus capai hp tengok jam pukul 4.20 pagi. Tetiba dalam gelap tu aku nampak cahaya bersinar dalam bilik. aku dah seram gila dah. Tetiba ada benda terjah atas badan aku, rupanya Buntat yang gemuk sarat bunting tu nak tidur bersama. Jilake Buntat aku ingatkan hantu. Tapi separuh nyawa juga aku meremang tadi. 

Oh Buntat.... itulah kisahnya setakat ini. Banyak lagi aku nak cerita tapi setakat ni je ingatan aku. Bai