Selasa, 19 Mac 2013

KHIANAT, SIHIR MENYIHIR ADALAH TREND ZAMAN MODEN

 Hari ni aku dapat berita dari seorang teman yang dia dan sekeluarga terkene buatan orang. Yang paling menyedihkan mereka terkena buatan SAUDARA SENDIRI!!! 

Subhanallah, tergamak saudara sendiri dengki, cemburu sehingga sanggup menghancurkan masa depan teman aku ni. Kes ini bukan kes baru, kes buatan ini juga terjadi pada saudara family aku juga.

Paksu dan abang saudara aku adalah contoh yang paling berjaya yang penah aku saksi dan dengar.
Kes ini terjadi setelah famili ibu aku menjual tanah. Jual tanah di Kuantan, dapat duit dan rumah 2 tingkat (tapi rumah belum siap). Bahagian yang paling banyak dapat adalah bapa saudara aku yang bongsu. Sejak dari itu timbul pelbagai isu tuntutan duit dari pelbagai pihak yang tidak sedar diri. WADEHELL

Syukur ibu dan adik perempuannya tidak pernah "argue" dengan hasil penjualan. Kes gempar apabila abang saudara aku pulang rumah atuk dengan keadaan separa nyawa, darah berlendir keluar dari mulut, merangkak meminta bantuan dari bapa saudara aku. Setelah ibu mendapat berita ini, adik lelaki dan ibu bergegas ke Kuantan. Cari ustaz, cari air 7 surau, cari bunga 7 jenis....beli garam, beli limau untuk tujuan perubatan. Tak silap aku salah seorang ustaz sudah putus asa dan berundur daripada meneruskan perubatan. 

Abang saudara aku separa nyawa muntah darah dan meracau, bila ditanya kepada isteri beliau, pelbagai fitnah menuduh pelbagai pihak yang menyebabkan suaminya begitu. Last2 bila ustaz selidik, ustaz tidak beritahu dengan terperinci siapa angkara semua ini, tetapi dari reaksi isteri abang saudara aku yang TUA tu, dia melarikan diri daripada ustaz tu menyimpulkan yang buatan ini daripada isterinya sendiri!!!!! WADEHELL

Semasa proses pembacaan ustaz itu, pelbagai bunyi keluar dari dinding rumah atuk aku dan ustaz mennyatakan bukan satu malah BANYAK "hantu" yang dihantar oleh bomoh celaka itu. Abang saudara aku meracau dan adik kandung aku sendiri yang memegang dan menenangkan agar dia tidak bangun. 

Apabila ustaz mengarahkan semua keluar dari rumah ibu bercerita, ustaz tu nampak hantu atas bumbung rumah atuk....ok aku seram! dibaling garam sekeliling rumah. Apabila sudah reda, ustaz itu berkata "benda" ni kuat dan mungkin akan datang semula....wadehell

Cerita yang ustaz tu dapat simpulkan, dia menghantar sihir tu untuk bapa saudara aku tapi tersalah atau terpantul sihir itu pada suaminya sendiri merangkap abang saudara aku!...

Isterinya berumur lebih kurang atuk aku berkahwin dengan abg saudara aku berumur 30an, pelbagai fitnah yang kami reka yang perempuan tua tu guna-guna kat abang saudara aku....my mouth my bad.

Kini, bapa saudara aku tiba-tiba datang kerumah aku meminta ibu aku menghantar dia ke pusat perubatan. Dia merasa seluruh badanya terbakar, panas. Setiap minggu ibu membawa poksu ke pusat perubatan ruqyah di Gombak. Namun kurang efek, cuma panas badan sudah hilang. Setiap kali dia pulang ke Kuantan, badannya akan sakit-sakit. Maka, dia menetap di rumah aku sementara sehingga sembuh. Alhamdulillah ibu beritahu keadaan poksu tak sperti dahulu. 

ok tutup cerita pasai famili aku.

Yang aku marah ni kenapa sihir menyihir di zaman moden ni makin berleluase??? OK fine sometimes orang kaya orang yang berjaya ni eksyen lebey kan maka kita benci nak bunuh takut masuk penjara...maka SIHIR la jalan paling mudah untuk menghapus orang yang kita benci tu. 

Mungkin juga, kurang didikan agama. YES, even orang alim pun boleh digoda syaitan dan inilah agenda mereka sejak azali sehingga kiamat. Bak kate aku....sikit2 aku cakap ni agenda aluminati. Kalau kita lihat dengan mendalam, agenda aluminati iaitu tidak percaya Tuhan, malah percaya pada pada syaitan/ Dajjal yang menjanjikan kejayaan didunia yang sementara.

Ya Allah lindungilah saudara Islam ku daripada buatan daripada manusia syirik! amin 
Doakan yang terbaik! Semuga semua kawan aku sihat.

Gambar hiasan. ok aku takut nak pergi tandas...malam kang aku suruh ibu teman depan tandas!