Memaparkan catatan dengan label TRUE STORY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TRUE STORY. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2014

CARA MUDAH MEMIKAT HATI LELAKI?

Kihkihkihkih (gelak malu-malu)

Dah lama tak rasa nak sukakan orang. Tetiba hati aku yang nampak rapuh diluar tetapi berkerak didalam....terusik. Susah ya rabbi nak move on ni. Tapi aku usaha gila babi sekarang! Aku yakin aku boleh!

Kihkihkih sambung gelak lagi. 

Since tengok abang-abang kera nak kahwin dan yang dah kahwin. Aku terus rase aku macam loser gila babi. So niat aku untuk tahun baru adalah mencari suami dalam masa 365 hari! Azam tahun 2014.

Bila aku cakap ngan ramai kawan, kalau jumpa lelaki single yang nak kahwin bagitau nombor aku. So kawan tanyalah ciri-ciri apa yang aku nak? Maka aku buatlah list ....kihkihkih
Reaksi bila aku tunjuk ni, semua orang kata kau tak akan dapat ciri-ciri yang kau nak. Biasanya kita akan dapat apa yang kita tak nak.........down sangattttttt serius gila down! 

Macam mana ni??? Dan aku rasa aku takkan dapatlah ciri yang aku nak sampai bebila. 

Tiba-tiba.....aku terjumpa someone ni... Erm kau tak payah detail sangat Nadey. Kesimpulannya.... aku rasa dalam antara 10 ciri yang aku nak, dia ade 7!!!!! Terbaik sangat!!!!!!!!!!!! Memula aku takde rase apa-apa....tapi bila nak tidur teringat rasa blushing pulak. GILA

Macam banyak pulak persamaan kami. PULAKKKKKKKK

Walaupun dia crush aku, aku yakin 100% dia tak akan suka aku tapi aku boleh berusaha kan??? So aku google lah uollls.....so sesape yang rasa nasib korang sama dengan aku sekarang. Kita boleh praktiskan bersama!!! Kihkihkih


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berwatakan menarik (Persenoliti yang mampu mengugat hatinya). (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu [INI MASALAH TERBESAR AKU]).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. (INI MASALAH TERBESAR AKU).
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  28. Agresif.
  29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
  32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Ya Allah, susahnya!!!!!!!!!! Macam mana? Aku ni dah la hodoh, bukan rupa paras je tapi perangai pon hodoh! Patot la tak de lelaki try aku! Kihkihkihkih. Arghhhh susahnya nak memikat hati lelaki ni. Tak pe Nadey, kalau kau berubah secara mendadak, obvious sangat nanti. Cool ..follow with flow. Kalau ade jodoh, jalan.............................

Tapi yang paling penting adalah.....

Move on
Usaha Anda ternyata mengalami jalan buntu, dan Anda ditolak? Jangan langsung berkecil hati.
Menerima penolakan memang tidaklah mudah, namun mengapa harus berlama-lama meratapinya? Bila sang lelaki tak tertarik, segeralah untuk move on.
Berilah senyuman singkat dan tinggalkan dirinya. Ingatlah bahwa Anda tidak harus berbagi ketertarikan dengan orang yang tidak berminat. Segera pergi dan mulailah dengan yang baru.


Don't give up Nadey. Usaha pasti jaya!

LOL

Gudelak Nadey!!!

Jumaat, 23 Ogos 2013

SERAM: TRUE STORY THE CONJURING 2 (ANNABELLE DOLL)

Dems... bila aku tengok cite ni paling creepy damn horror adalah patung tu! dems Tapi patung sebenar dia...alololollo muke poker face sangat

Pastu pas abis aku tengok cite The conjuring aku pelik ape kaitan cite umah hantu mengamok ni dengan patung tu??? haaa xde kaitan. Dan cerita die tergantung...rupenya ade sambungan! Hah

Ok meh aku cite. Kes ini disiasat oleh pasangan Warren ni la pada tahun 70an. Kisahnya, seorang ibu pergi kedai antik, pastu die rase patung ni memang sesuai je ngan anak die...so beli dan hadiahkan pada anak die yang agak tua bangka tapi masih main patung (mayb anak die pelik gak mak die bagi patung kan). Masa tu anak perempuan (Donna) die student kolej jurusan NURSE dan menginap di satu apartment bersama roomate dia. Donna ni punya la happy kan ade patung die letak la atas katil dia. Dalam beberapa hari, Donna dan roomate die Angie rase macam seram pelik je ngan patung ni! Memula patung ni bergerak macam2 gaye sampai la sampai berpindah bilik bagai! 

Memula patung ni silang kaki (perghhh), pastu silang tangan kepit ke ketiak, kekadang bersilang ke atas...(dapat bayang x hantu ni macam model?). Berdiri, berlutut, dorang ni ade la try, macam mane patung nak berlutut ni...try2 patung tak leh stand...jatuh2...ade juga satu hari jumpe dia bersandar pada kerusi kat meja makan. Pastu dah tahan sangat, sebelum keluar die letak atas kerusi panjang...macam couch tu. Balik rumah patung tu atas katil siap tutup pintu lagi! Ade satu hari, dia jumpa ade kertas tulisan macam budak2 la...die tulis "HELP US" ada gak kertas die tulis "HELP LOU"

Satu malam, dia jumpa patung tu dalam keadaan ade titisan darah pada tangan dan dade...ok celah mane dapat darah tu? adakah die CHUCKY???
Perghhhh mase nampak darah tu dia rase patung tu dah seram tahap gile babi, maka die pergi la cari orang medium yang boleh contact dengan roh ni!. Bile jumpe je....orang medium tu cerita yang patung ni kene hantu Annabelle Higgins. Dia seorang budak yang menginap kat kawasan apartment....mayb dulu tempat die main2 la. Dia dijumpai mati betul2 kat bilik apartment die. So disebabkan dia suka ngan Donna dan Angie so dia masuk dalam patung tu!. Pas dengar cite sedih tu, si Donna ni kasi la die stay dalam patung tu (bangang abadi).

Ada watak tambahan, Lou. Mungkin boyfen Donna atau Angie atau memang besfren dorang. Lou ni memang tak berapa nak minat dengan patung2 ni, sebelum ni Lou ni gelak2 la kat Donna..."wat de hell ko dah tue kot main patung" haaaa macam tu kot!

Pastu, si Lou kene kacau la, banyak kali mimpi buruk tapi malam tu sampai kejang, dia sedar tapi badan tak leh gerak. Tengok2 ada patung tu hujung kaki dia (WTF). Pelan2 patung tu naik sampai ke dade Lou, pastu cekik leher sampai pengsan. Bangun pagi baru die sedo...pastu die memang tekad nak buang patung tu.

Satu hari, si Lou dan Angie tengah syok membace kat apartment tu. Masa tu Donna ni ada trip. So rumah tu agak sunyi tetibe dia dengar bunyi macam ade orang berjalan...ingat ade orang pecah masuk ke kan...si Lou ni berani pergi tengok, dia tunggu bunyi stop dia bukak lampu takde pe2. terpandang pulak patung tu macam kene baling kat tepi bilik...berderau darahkan. Dia dekatkan diri nak ambek la patung tu letak atas katil, tetibe die rase macam ade orang blakang dia. Bila pusing tak de pe2...Tibe2 je dia rase sakit gile kat dade, jerit2...bukak baju ambek ko, kene cakor dade taff die dengan cakaran 7 kuku.

Tapi cakaran tu hilang dalam masa dua hari. Pelik takde kesan luke ke...memang hilang gitu je. Mereka tekad nak jumpe Paderi, paderi ni pon pening mintak tolong Pasangan Warren ni datang membantu.

Bini Warren ni kan boleh tengok hantu, dia kata takde hantu Annabelle ni. Dia hanya hantu yang nak badan Donna sahaja. Dari post dulu KES EMILY ROSE setan iblis jin memang suka menipu. Dia lebih suka duduk dalam badan manusia supaya manusia leh buat kerja jahat dan same2 ke neraka kan. Haish sambung

Dalam perjalanan Warren selepas ambil patung ni kete pulak rosak. Pastu pas die simbah2 air holy kat patung baru die boleh sampai umah! Sampai kat rumah Warren pon, patung suke berjalan gak. Walaupun die letak dalam bekas istimewa patung tu selalu beralih.

Boleh la korang melawat Warren Occult Museum kat Moodus, US

Sebab tu ayah aku tak suka aku beli patung2 ni, paling tidak pon patung robot...sebab aku main sure berpisah badannya. Ustaz ada kata, tak masuk Malaikat dalam rumah yang ada patung!. Kalau ada patung kat dalam rumah, pindahkan patung ke luar rumah atau buang je. 

Dulu ayah kata, kalau nak juga patung teddy bear sayang nak buang kan,....cacatkan badan dia. dengan potong telinga ke...macam tu la...tapi aku tak brape sure nape ayah ibu aku cakap camtu!

Dulu ibu cerita, patung dia keluar lipan bagai. Arwah Toki bako patung tu. Tapi seyes gak, dulu kan ade patung baby kalo kite baringkan dia...mate die tertutup kan....kalo die baring bukak mate...ok seram.

So kalau leh anak2 nak patung, beli la mende lain!...tanah liat ke...lukisan ke...pedang ke...hah!! banyak je mende yang boleh buat kanak2 berimiginasi.. Tak seram ke anak2 cakap sorang2 dengan teddy bear?? So better tak payah beli patung! Senang

Rabu, 21 Ogos 2013

SERAM : TRUE STORY OF THE CONJURING

Ok aku suke tengok cite seram walaupon aku penakut ya rabbi

Sape nak tau cite The Conjuring ni dari cerita sebenar ye. Tapi pengarah filem ni macam tak cukup bukti sangat sebab cite ni kajian 20 tahun yang lalu. Tak cukup bukti sangat. Maka pengarah ni campur dua cerita ya! Sebab tu cerita macam tergantung!

Satu, kisah Annabelle dolls + Farmhouse

Ok aku cerita pasai Farmhouse tu dulu...sebab cite conjuring part 1 ni banyak cerita pasai umah berhantu tu je!!! Pasai patung tu dalam The Conjuring Part 2 mayb!
Muke mase mudo2 
Ini la the real mother yang kene rasuk hantu tu...haaa ko muke die trauma habis!


Actually bukan la rumah besar bertingkat macam dalam movie. Haaa ni la FARMHOUSE. Umah ni dah 300 tahun HOKEY!!!!! yang family kene kacau ni bertahan sampai 10 tahun baru pindah!!! Kalau aku setengah hari cukup!!!!!!!! PINDAH! ahhaha

Orang dulu kan nak cari rumah susah... so kalau kene kacau tu tahan je....kencing je la kat tilam tak yah pergi tandas malam2. Lagi pon mase terdesak beli rumah ni bisnes bapak die tak bagus...bile orang jual murah smpai 200 ekar...sape taknak! haa beli! sebelum seller tu blah laju2 dia cakap ngan ayah budak tu...pasang lampu ye malam2...haa ok seram!"...leave the lights on at night."

Lagi satu, dalam movie dorang kene ganggu setiap pagi pukul 3.07 kan??? True story, Perron Family kene kacau pukul 5.15 pagi!

Rumah ni banyak makan nyawa sebenarnye, tercatat 8 generasi pernah duduk rumah tu sebelum family mereka pindah masuk, 2 kes bunuh diri (gantung diri), satu kes kene racun, rogol dan bunuh budak 11 tahun, dua kes mati lemas, luar rumah tu ade 4 orang mati dalam keadaan frozen. Ini yang tercatat bile zaman dah moden tapi rumah ni dah 300 tahun. Asalnya rumah tu milik suspected witch Bathsheba Sherman. Dia ni orang suspek je die ni ahli sihir sebab die dah anak 4 orang pastu semua meninggal tak sampai umur 4 tahun. Pelik kematian semua kematian anak dia ade jahitan jarum kait tu tertampal kat kepala anak2 dia...so last2 die beranak  umur 37 tahun...so ade sorang je anak lelaki yang survive ok....
Last2 dia ni mati disyakki penyakit diphtheria or tuberculosis

Ape kaitan ahli sihir ni dengan Carolyn Perron (mak kene rasuk tu)??
Satu hari die baring atas sofa umah die tetibe badan die kejang....pastu tetibe ada lebam2 kat betis dia. Memang semetri bulat macam kesan jahit jarum knitting tu! So lepas Pasangan Ed ngan Lorraine ni cerita kes  Bathsheba Sherman baru la dia tahu kaitan roh tak aman ni lah yang buat pasai.

Anak2 dia semua kene kacau, anak kepada Carolyn ni siap buat buku ok!!!!Daughter Andrea Perron, author of House of Darkness House of Light, siap ade version 1 n version 2...seyes aku nak cari buku dia. Dalam masa penghasilan buku dia ni ramai test pergi rumah dia...memang semua kene kacau even siang2 pon! Andrea ni dalam movie The Conjuring die kene tarik rambut pastu melayang2 tu haaaaa.

Cerita ni ambil mase 20 tahun ok! Pengkaji hantu waktu tu Edward Warren Miney, (1926-2006) dan wife dia Lorraine Rita Moran (masih hidup) dorang ni terkenal sebab banyak kumpul kes hantu2 ni...dan sebelum cite The Conjuring, HOLLYWOOD buat cite The Amityville Horror house tu dari kes dorang ni la. Wife die ni boleh tengok hantu! Pasangan ni memang ada haunted museum tu weh!! wahsai aku tak nak masuk!!! kalo ade kat Msia la

Ni la pasangan Warren tu....p




Ok cukup la .....nanti aku sambung cerita pasai PATUNG ANNABELLE


Malam ni mak aku kene teman aku tidur, mandi dan segala2 nya .......seram meremang aku!

BERSAMBUNG