Memaparkan catatan dengan label SYG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SYG. Papar semua catatan

Isnin, 25 November 2013

ULANG BATTLESHIP 509 KALI

Aku ada penyakit, kalau aku suke satu benda aku akan jadi OBES gile....hah OBSES. Contoh kalau aku suke satu lagu aku akan play lagu yang sama berhari-hari. Satu lagu je. Haaa pelik kan.

So aku baru perasan, aku obses dengan dua cerita yang aku selalu ulang bila boring. Jarang ada movie yang aku boleh ulang tanpa jemu. Salah satunya adalah Battleship. Sebab satu cite die best walaupon pasai alien merepek. Tapi mayb aku suke navy. Heee

Hero dia....Taylor Kitsch. First love aku dengan dia masa die blakon dalam cite The Covenant. Yang rambut panjang bawak moto besar, nak selamatkan awek die....pastu kene langgar pokok. Haaaa pastu cite John Tucker Must Die...John Carter. Sebab handsome tu memang la....suara dia...garau dalam. Seyes seksi...ko tutup mata pon leh tersenyum bila dengar dia cakap. Memang macho habis makhluk ciptaan Allah ni.
 Mantap gila...heeee
 Navy....hikhikhik
 Ini favorite scene....masa dia pakai kapal pearl harbor yang dah jadi muzium sebagai battleship, then dia jerit....." FIRE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Booom meletop dade aku siap ulang 10 juta kali part dia jerit pastu muke aku merah-merah tersipu. Sebab aku rase suara dia macho gila. 
 Perghhh pakai baju pon nama chocolate abs die....hehehehhe
 Selain dari cite Battleship yang aku dok ulang 509 kali, cite Harry Potter. Cite Harry Potter ni memang fantasi gila....so aku memang suke. Memang best lah tengok dorang membesar dalam filem ni. Lol tetibe ayat aku skema.
Bila ayah dah pasang unifi, aku download macam orang gila. Pastu bila ayah suh bayar bil...aku buat muke tahhi.

kbye

Selasa, 25 Jun 2013

MALAYSIA INDEPENDENT ANIMAL RESCUE M.I.A.R.

Sapa kat sini pencinta haiwan?

Ok M.I.A.R ini badan NGO yang bergerak untuk satu tujuan. Iaitu menyelamat, memelihara, merawat haiwan yang sakit didera dan haiwan terbiar sehingga sihat dan boleh diambil anak angkat kepada sesiapa yang berminat.

You have your family, your friends, your job, your gym and your social life but they only has YOU. 

Pernah dengar cerita pelacur beri air pada anjing dan masuk syurga? Besar ganjaran pada sesiapa sayang pada haiwan. Pernah dengar cerita HACHIKO??? Anjing yang sayang pada tuan dia, hari-hari tunggu tuan dia kat stesen kereta api sampai hujung nyawa dia? ok aku sebak bila ingat cerita tu.

Kucing juga merupakan haiwan kesayangan Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Sehingga kucingnya tidur atas serbannya sewaktu baginda sedang solat. 

Kepada yang berminat untuk memberi sumbangan atau terlihat ada kucing atau anjing terbiar, ambil gamba dan email pada miardogs@gmail.com. Boleh juga call 012-3992021

Sesiapa yang nak beri sumbangan.
Boleh bank in pada MIAR
MAYBANK ACC: 512026614466
PERSATUAN SUKARELAWAN PENYELAMAT HAIWAN

Selamat beramal!

Isnin, 22 April 2013

KOREAN DRAMA: KING OF TWO HEART

 Ejaan korea kat atas....Deo King....The King la...
Ok cerita ni aku dapat petang sabtu....malam sabtu aku start tengok dan habis pada Isnin malam.
3 hari aku menangis sebaldi. Serius...cite ni aku bagi 10/10 bintang uolsss...aku tak pernah skip sikit pon dalam cite ni....maknanya cite ni tak boring!

 Cerita mengenai Raja Korea Selatan yang beruseha menyatukan Korea Selatan dan Korea Utara. Mereka join WOC "World Officer Championship". So Raja Korea Selatan Lee Jae Ha training di Korea Utara berjumpa dengan officer / askar perempuan yang paling gengster @ ganas kat Korea Utara, Gim Hang A....dia ni best watak dia...ganas but cute sebab die terdesak nak kawen. Kat Korea Utara perempuan macam dia semua kawen....die ni ganas sangat susah nak cari jodoh

Amacam macam kes aku kan....tapi bezanya aku huduh n gumuk.

Bagi aku watak cerita ni berat. Dari cinta kat kekaseh dan cintakan rakyat gitu ayat aku....

 Ok sape tak kenal??? hero kesayangan korea...Lee Seung Gi...aku start suka dia dari drama My Girlfriend is Gumiho....mantap!!!!!
 Seganas mana perempuan kalau jumpe lelaki yang dia cinta sure akan cair.....sure akan lembut. 
 Tapi Raja Korea bukan hero aku....tapi hero aku adalah Eun Si Gyeong shi....aku cinta dia separuh mati boleh???

Watak die memang watak berat, seyes lagi berat. Aku tak dapat nak explain detail sebab korang kene tengok cite ni. Dia dalam tegas2, dia terjatuh chenta dengan puteri Korea....tapi takut nak mengaku...so its complicated. Yang paling best Puteri Korea tu pon syok gile dengan dia. Yang best bila dia nyanyi kat hero aku ni....hero ni ingat melodi lagu "first love - Lee Yoon Ji" pastu nyanyi...perghhh suara memang sedap yarabbi......Aku terus meleleh......
Napa la aku pergi Korea haritu tak pergi tempat populer ni! hadui
YaAllah hensemnya....aku nak kawen dengan hero negara la.....

 Part paling best dalam cite ni aku menangis gile bab 1.........Ni last Puteri jumpe hero before hero ..........ok aku nanges jap.......

Konklusi, Puteri ni...lumpuh separuh badan...so bila dia ingat balik kejadian....before die lumpuh jatuh gaung tu....die kene paksa dengan penjahat letak karbon monoksida kat tempat arang dalam rumah abang dia. Dalam keadaan kritikal Puteri ni...mengalami depression yang amat teruk, tapi bila jumpe hero dia....walaupon sekejap....dan beberapa ayat keluar dari mulut dia....terus Puteri ni...elok...dengar cakap...Love made us stronger.....Loves can cure cancer.

Ok nanges lagi....jap!!!

 Lee Yoon Ji....aku kenal die mase die masuk We Got Married dengan Kangin Super Junior...aku suka gila dia sebab die memang pandai....cantik plus pandai....then die sendiri yang nyanyi lagu First Love tu....ok nanges dengar lagu tu...
 Comeynya dorang ni!
Alolo comeynya.....seyes aku meroyan....



Isnin, 14 Januari 2013

PERASAAN KENE REJECT, BAGAIMANA RASANYA? APA AKU PERLU BUAT



Post kali berkenaan dengan aku, kawan dan mungkin orang-orang yang tak berapa bernasib baik dalam bab-bab jodoh ni. Dalam Islam, jodoh juga antara salah satu rahsia Allah dan banyak persoalan yang tiada jawapan, yang mengetahui ialah Maha Mengetahui iaitu Allah SWT.

Jika aku bercakap soal jodoh dalam perspektif Islam ianya sangat luas dan aku bukan pengkaji seperti Dr. Muhaya atau sesiapa pun. Aku tak layak. Tetapi aku akan bercakap mengenai perasaan aku dan kawan-kawan yang pernah berkongsi cerita.

Kenapa aku boleh terpikir nak luah untuk post ini, kerana pengaruh mukabuku (Facebook) yang mempamerkan pelbagai ragam, sedih, gembira, benci dikongsi di laman soSIAL itu. Maka terbit rasa cemburu melihat kebahagian 24jam oleh seorang manusia ni, membandingkan perbezaan hidup mereka yang bahagia dengan aku yang serba kurang bahagia ini.


Bersyukurlah jika anda tidak pernah mengalami perasaan disingkir/direject/ditolak dan sebagainya. Jika anda pernah mengalami perasaan sayang ditolak, janganlah terlampau bersedih sehingga melupakan agama, family dan orang yang tersayang. Disini aku berkongsi ape yang aku rasa dan antara perkara selepas kejadian sedih berlaku aku akan:- 

1) TIDAK DAPAT TIDUR
Sedih yang terlampau...tapi kita manusia, boleh kawal ke? Kadang-kadang tak terkawal juga sebab manusia punyai hati yang rapuh mudah dikawal oleh syaitan. Menangis, meraung, setiap saat akan terbayang semua kenangan manis dan setiap perkataan yang pernah si dia ucapkan terngiang-ngiang. Mata akan sentiasa basah sehingga hati rasa berat seperti sukar nak bernafas. Rasa malu dengan diri, pada keluarga dan sentiase menyalahkan diri dengan kebodohan telah dilakukan. Mengikut pengalaman, baru-baru ini aku telah menelan ubat selsema sepapan (ubat tidur). Setelah penat menangis dan setiap masa teringat perkara sedih, aku tak dapat lelapkan mata, maka itu adalah jalan mudah untuk aku rehat....tapi syukur Allah masih sayang aku hanya seharian aku tidur mati tanpa mimpi. Ini contoh yang berdose mintak jangan ikut! 

2) TIDAK ADA SELERA MAKAN
Ini berlainan dengan aku, kerana selepas seharian tidak menjamah sebutir nasi, keesokan hari aku bantai berpingan nasi dan minum air sampai muntah. Kalau makan nasi pun boleh teringat segalanya2, memang perit. Bila rase sedih dan asyik menangis membuatkan kita lupa nak makan dan kemungkinan kenyang sebab minum air mate sebaldi. Tapi syukur aku jenis yang makan walaupon tengah sedih. Makan beger megamac McD sambil mencarut. LOL

3) BADAN ASYIK NAK DEMAM
Bila kita tengah sedih, kita akan membuatkan satu perkara yang dapat menarik perhatian dengan kata erti lain (ingin menagih simpati) lagi-lagi berharap si dia akan menghubungi bertanya dan mengambil berat tentang diri kita semula. Biasanya aku akan MC sehari dan aku akan pergi tengok wayang ataupun makan sushi sampai beratus bil seorang makan. LOL 

4) MENCARI TEMAN UNTU LUAHAN HATI
Biasanya orang cakap, kawan waktu senang bersepah tapi kawan waktu susah???? Syukur aku mempunyai ramai kawan-kawan waktu susah. Aku malu untuk berjumpa, segan kerana aku ni berperangai seperti perempuan kuat selama ini. Segan menangis depan kawan-kawan. Maka aku akan hanya hubungi mereka yang bertuah dan aku akan cerita supaya aku dapat waras, apa yang patut aku buat selepas ini. Syukur jika rakan anda suruh anda bersolat tenangkan diri, Kalau tidak mungkin mereka akan tenangkan dengan ayat-ayat biase orang cakap, "sabarlah, Allah senang uji kamu...mungkin ini hanya ujian kesabaran. Mungkin juga dia bukan jodoh kamu dan inshaAllah terbaik selepas ini" dan banyak lagi ayat yang sangat2 biase "cliche". Walaupun ayat itu selalu didengar tetapi jika kita sedang bersedih kita akan terima nasihat yang berulang dan inshaAllah selepas beberapa minit menangis kita akan tenang. Ini kerana komunikasi banyak membantu melepaskan tekanan.

5) BUANG SEGALA PEMBERIAN
Segala pemberian mempunyai kenangan yang manis. Pasti bila ternampak akan menangis semula. Bagi kes aku, aku pernah terbakar sehelai baju raya yang orang kasi. Pastu aku menyesal, seb baik bagi 2 helai LOLOL. Maka aku kumpulkan semua barang pemberian dan aku letakkan di dalam kotak bawah katil. Kenapa? kerana SEKURANG-KURANGNYA DIA PERNAH BAHAGIAKAN AKU LAGIPUN dia bukan lelaki jahat ....maka aku akan simpan sehingga hati betul-betul bersedia lupakan atau kita sudah berjumpa dengan jodoh yang benar. 

6) LAYAN KOREA (VARIETY SHOW)
Jangan lah layan cerita drama, kang menangis tanpa henti pastu bunuh diri macam orang korea. Maka carilah penawar yang betul. Contoh, Running Man. Aku sangat2 bersyukur dengan cerita ni sebab aku akan ketawa dan ubat ni boleh membuatkan aku lupa yang aku tengah bersedih, ketawa itu pun penawar segala penyakit. Gembirakan hati bukan musnahkan hati. Tak kisahlah mana-mana yang anti-korea boleh tengok maharaja lawak. Aku juga telah mempengaruhi kawan-kawan yang sedang sedih untuk layan RM. Hasilnya, tak sampai seminggu kawan aku sihat dan ceria semula.

7) DEACTIVATE LAMAN SOSIAL
Ini bergantung pada masing-masing. Kalau aku, aku tak buat, tetapi lama jugak aku menyepi. Blog juga aku kurang berminat nak terjah2. Tetapi apa yang positifnya di sini, kita akan tidak bertambah sedih jika terbaca post wall kawan-kawan kita yang sangat bahagia 24jam tu kan. Tak payah musnahkan diri dengan membuat perbezaan kebahagian orang lain. Kita tak tahu apa dugaan Allah beri pada orang yang bahagia 24 jam itu. Maka janganlah tiru perangai buruk tu. Jangan buat dose kering dan jangan membuat  orang agar membenci kita.

8) AKTIFKAN DIRI DENGAN AKTIVITI SOSIAL
Jumpe lah kawan-kawan, sibukan diri. Contoh aku, kalau duduk sorang2 dalam bilik mesti akan teringat maka aku akan layan movie korea tak pun ajak geng2 single aku keluar lepak. Tak pun, join aktiviti amal. Dulu aku selalu juga balik kampung tolong ayah di kebun. Daftar keahlian baru mana2 group. Jangan pergi clubbing sudah. Ingat bagi yang Islam, selangkah kita ke sana, Allah akan gelapkan hati kita. 

9) MENCARI PENGGANTI SECEPAT MUNGKIN
Dulu, jika aku frust je, aku akan cari pengganti dengan cepat. Maka aku akan cepat recover dan ceria kembali. Tetapi kes baru-baru ni, dah setahun aku cube lupekan tapi masih aku tak dapat terime mane-mane orang. Kalau ade pon, susah.

10) ALLAH S.W.T
Tiada cinta yang hebat selain cinta kepada Maha Pencipta. Banyak cerita berlaku, akhirnya aku sedar...aku menyesal sebab menangis sebab orang reject aku tapi aku tak pernah menangis membayangkan Allah akan reject aku. Jujur aku cakap, sejak aku tersedar kekdah itu, aku dapat perlahan mulakan hidup baru dengan hati yang sedikit tenang. Sekarang aku lebih suka bahagiakan diri aku lebih dari sebelum ni. Dan azam tahun baru aku adalah AKU INGIN BAHAGIA. Memang susah nak lupakan, sehingga sekarang aku masih sakit tapi sekarang aku dapat terima dan redha dengan segalanya. Setiap kejadian ada hikmahnya dan mungkin 10 tahun akan datang aku bersyukur kerana hikmah dari ujian Allah ni. 

Maka elaklah berjumpa dengan si dia agar akan tak senyum kambing.

Perasaan yang paling sadis adalah orang itu sangat baik melayan anda sehinggalah anda tahu yang dia baik sebagai kawan biasa sahaja.

Yes, don't ever risk your heart flatter again.

Malu sebab direject??? Kenapa nak malu, perasaan itu bukan kita yang kawal. Ia datang kerana Allah sudah takdirkan ujian untuk kita. Don't ever shame your past life been rejected but its make u more strong rite?

Maka kepada orang yang bahagia 24jam, Dun FUCKING look at me like that, im strong enough that u.

Selasa, 21 Disember 2010

SALAH KE JODOH AKU LEBIH MUDA???

Aku sangat2 suke tajuk ni....Bukan aku nk bgtau korg yang aku berbernapsu binatang terhadap org2 mude....dan lg satu aku nk bgtau....aku bukan la tua sangat....baru SWEET 22...dems!!!!!!!!! Kalu dulu aku suke sgt title SUKA PADA KAWAN BAIK tp kali ni SUKA PADA LELAKI LEBIH MUDA....

 Badan Taff....auwwwww tgk tgn die...sure die leh angkat aku yg hampir same berat ngan beruang Grizzly
 YA ALLAhhhhhhhhhhhhhhhhhh..........halkum die tajam seh!!!! LEHER JINJANG!



Arini aku tgk paper metro....ade lak gamba Abby ngan Zul ni....seyes aku xnk ambek tau ape dh jd ngan sejarah dorg....tp aku nk tau HOT STUFF skung....ABBY PUNYE PAKWE ENSEM NK MAMPOS!!!!!!!!!!! aarghhhhhhhhhhhhhhhhhhh
 Apabila kite ngan org mude.....wajah kite pon nmpk mude ok!!!!!!!!

SEYES KAK ABBY plzzzzzzz aja saya gane nk dpt laki ensem gini. 
hehehehhehe 
BETUL NI SAYA SEYES NI!!!!!!!!!
Cik Ta pon!!!!!


 Lelaki yg suke pmpn berumur adalah lelaki MATANG.........AKU BERANI CAKAP!!!!!! ye aku tau la....aarghhhhh aku suke laki matang dari aku....sbb prangai aku yg masih bermain patung atromen ni perlukan lelaki yg suke LUMBA KERETA lak....

Lelaki mcm ni mampu buat aku amnesia.......KURANG DARAH sbb terpancut2 tiap kali die buat muke gini!





*nota biawak*

- kalo aku dpt laki mude cmtu....aku sorok dari MEDIA (motif?? ) (aku kn artis kihkihkih)