Memaparkan catatan dengan label FAMILY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAMILY. Papar semua catatan

Khamis, 4 Ogos 2016

GOODBYE BUNTAT



Pemergian Buntat mengejutkan kami satu keluarga. Dia memang kesayangan kami semua. Bermula dari kucing yang selalu datang ke rumah kami iaitu Tam. Dia lahirkan 3 ekor anak, 2 ekor mati kerana cirit birit dan hanya Buntat yang selamat. Dulu Buntat pernah terlepas dari kandang dan masuk rumah jiran India sebelah rumah aku. India tu baling Buntat dalam kolam logi belakang rumah kami. Nyawa Buntat mase tu panjang lagi dengan izin Allah aku cepat-cepat terdengar suara babynya, tengok2 die menjerit tepi tembok yang tinggi tu. Aku panjat dan ambil penyodok sampah dan dia sememangnya bijak terus naik atas penyodok dan terus memeluk aku sambil terketar-ketar ketakutan. Sejak tu dia memang tak akan masuk rumah jiran India aku tu. 

Buntat membesar dengan penuh kasih sayang aku. Semuanya dia hanya ikut aku kemana sahaja. Makan, tidur, jalan-jalan dan teman aku memancing. Ada masa aku akan bawa pergi jalan-jalan naik kereta. Kalau tidur dia mesti naik atas dada aku muke nak rapat dengan aku. Itulah Buntat

Kejadian racun kucing bukan pertama kali dan ianya kali kedua pada tahun ini juga. Pada mulanya Oyeng yang mati selepas 2 jam keluar dari kandang sekejap. Aku akan lepaskan dia sekejap sebelum maghrib. Kucing-kucing aku dah diajar tidak berak merata. Macam mana aku tau? Kucing-kucing aku even pergi kebun mereka tak berak tanpa pasir mereka. Menjerit-jerit dalam kereta sampai je rumah terus ke pasir. Sebab itu aku yakin dia tak berak merata. 

Paling aku terkilan adalah, Buntat sedang sarat mengandung. Aku plan berjimat yang gila-gila bulan ni, aku sekat duit makan dan belanja bulanan sebab nak sambut kehadiran bayi Buntat. Namun Allah tak izin perkara itu berlaku. 

Semalam ibu tanya, "kamu sudah makan? Mari sini ibu nak cakap sedikit". Mati-matian aku pikir Ibu nak aku belikan barang macam baju untuk dijahit ke, kek ke, kfc ke... aku dah cuak sebab aku nak berjimat. Rupanya Ibu beritahu, Buntat siksa sawan pukul 5 tadi dan mati terus tanpa sempat beri ubat. Ayah pula cepat-cepat tanam kat atas bukit sebelum aku balik. Mereka dapat mengagak jika aku saksi kejadian tu mungkin aku akan meraung seperti kejadian Oyeng mati dahulu. 

Menurut ayah sebelum dia pergi surau dia nampak Cina jiran aku letak cebisan ikan dalam pinggan depan rumah dia. Luar pagar. Balik dari surau terus Buntat menjerit. Aku terus keluar rumah jumpe Cina tu. Aku panggil dia tak nak keluar, aku terus bukak pagar tanya elok-elok. Serius aku tak marah-marah pun. Aku tanye elok2 tiada nada yang tinggi pun (aku rasa sebab aku dah tua nk mengamok)  "Kenapa perlu letak racun gaul dengan ikan luar pagar Uncle" "Kenapa kalau letak racun tikus kena letak ikan?". Mulanya dia tak mengaku, tetiba dia marah kucing aku berak depan ruamh dia. Eh, mana tahi? Kalau yang berak depan rumah Uncle bukan kucing I. I dapat tahu anjing India depan rumah pun mati sawan kena racun dua hari lepas. Kenapa perlu umpan racun tikus sebegitu? Sampai hati Uncle buat kucing saya macam tu. Saya tak pernah cari gaduh kita jiran-jiran. Dulu ayah Uncle jatuh dalam rumah kami jiran semua tolong selamatkan dia. See kami jiran baik, kenapa Uncle kejam bunuh kucing kami". Sampai kesudah tak mengaku tapi kantoi dia memang letak racun. 

Aku tak berhenti  mengalir air mata tulis tentang Buntat ni, seharian ini juga aku tak berhenti mengalir air mata dari semalam. Aku terkilan sangat-sangat. Allah je yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. Tak tahu nak ungkap macam mana. Memang salah aku lepas kucing ke sebab memang salah aku tak tahu jiran-jiran aku memang kejam. Aku doa, sujud lama-lama agar aku dapat rumah yang jauh dari jiran sial macam tu. Aku doa sangat Allah beri rejeki pada aku duduk luar bandar jauh dari jiran mcm tu. Aku benci dengan manusia kejam macam ni. Selama ini aku bela kucing jalanan tak pernah jadi isu begini. Dorang sendiri tak tahu, kucing-kucing tu la yang tangkap cicak, tikus dan even ular kat belakang semak rumah dorang. Tak reti bersyukur. Tahu nak hidup senang je tak fikir nyawa haiwan lain. Kalau aku mampu racun ko tanpa rasa berdosa aku dah lama bunuh ko weh. Senang je bunuh ko macam ko bunuh haiwan-haiwan aku. 

Nak berdendam sampai bila Nadirah? Aku pun xtahu, aku pun nak hidup dengan tenang. Tak pe lah pelan-pelan aku cari jalan keluar dan duduk jauh-jauh dari setan macam jiran-jiran aku ni. Smuga dia bahagia la hidup macam tu. 



 Buntat ni kita panggil nama dia sekali je, jauh mana dia merayap dalam hutan dia akan berlari jumpa kita. 

Buntat memang haiwan yang paling aku sayang dalam hidup aku. Ramai je kata dia tak cantik, tapi bagi aku Buntat lagi cantik dari kucing baka mahal. Allahh.... sebaknyalah tiap kali teringat.



 Sayang tu tak boleh aku nk ukur, sampai gigi pon aku kira berapa yang tumbuh dan cabut.
 Kalau nak ikutkan kucing macam Buntat ni tak cantik je tapi sebab kasih sayang kami, tengok bulu dan badan dia. Tengok bulu je kita tahu dia sihat. 
Akak dah buat terbaik untuk Buntat. Segala amanah kami jalan semampu kederat kami. Semuga Allah berkati hidup kucing-kucing teraniaya dan kucing-kucing jalanan ini. 

Sayang akak pada Buntat dan kucing-kucing lain sehingga akak mati. Maaf kekurang akak dan keluarga pada kalian. 

Khamis, 12 Disember 2013

PERASAAN BILA KAWAN BAIK KAHWIN?

Sedih?
Jeles?
Kosong?
Gembira?
Rasa Biasa?
Rasa yang tak boleh dirungkaikan dengan perkataan

Tapi aku rase emo gile. Sambil tengok muke abang-abang dalam telefon sambil dengar lagu Jay Chou. Habis tisu mengelap air mata yang mengalir tanpa henti.

Ape hak ko nak rasa macam tu?

Ayat cliche orang akan cakap,

"Weh.....ko patot gembira dia kawin...."

Mayb aku rasa kehilangan, walaupon dia hanyalah kawan baik. Aku anggap ko abang aku walaupon kita tak sealiran darah daging.

Orang akan anggap aku emo. Tapi aku pon tak tahu kenapa aku emo.

Aku tak sepatotnye emo

Mungkin aku patot cari kebahagian aku sendiri. Aku rase kosong sebab aku loser.

Mungkin selepas ni kita dah tak boleh macam dulu. Sebab ko dah jadi suami orang wahai abangku.

Tahniah, happy sebab akhirnya kau jumpa bintang kau.

Macam-macam kenangan kita se geng....gelak ketawa, senyum, marah, sedih, menasihati, mendidik, dan semua kenangan mungkin aku je yang ingat.

Sampai mati aku takkan lupa jasa kau.

Tahniah wahai Affan Arus

Semoga kau bahagia sehingga jannah
Lepas Jai, giliran Afun....Arai....Dan.....
Macam bodoh aku buat wallpaper laptop. Ni sebelum aku pergi ke Teluk Segadas, Pangkor ikut kem rekkem. Dimana mereka tak dapat ikut sebab nak siapkan tesis. Maka aku buat ni nak tunjuk kat dorang yang aku sedih gile sebab dorang tak dapat join kem rekkem tu. LOL macam bodoh. Bile aku tengok gamba ni rase malu pulak...walaupon Jai, Man Bob takde dalam gamba ni....aku tetap sayang korang same rate. Korang abang-abang terbaik aku penah jumpe. 

Eii sumpah malu gile aku tengok gamba ni...bodoh buat wallpaper gamba dorang siap ade tulis lagi...sayang korang??? waddefark ape la yang aku fikir masa ni??? Haish
Yes muke legend makan kek coklat!
Masa MMP, memule kite kenal kan!!!!!!! Nampak tak seluar aku terkoyak?????
Kerarockclothing........1 gorila dan 3 ekor kera. 
Best merasa ikut dorang cari rejeki!
Sampai sekarang, kalau aku datang bangi....muke inilah yang aku nak jumpe. Walaupon aku dah dibuli sejak bertahun-tahun tapi gelak tawa tu kenangan terindah LOL aku emo
Lepak mapley sampai subuh ape ade hal!!!!
Besday prank Affun. Ini yang terakhir kan dari kami?
Ampunkan aku selalu kutuk ko ngan rokok ko...dan aku penah curi rokok ko.
Ampunkan aku sebab aku selalu buat hal lari sana sini
Ampunkan aku kalau aku membebankan masalah ko
Ampunkan aku kalau aku terkasar bahasa
Ampunkan aku kalau masakan aku tak sedap
Ampunkan aku segalanya

Lap air mata sambil dengar lagu indie
Romance - ku ingin kamu

Lagu feveret ko gile 

Selasa, 21 Mei 2013

KISAH SPENDER TERTINGGAL DEPAN MAYBANK!!! gila lawak

Ok ni lakonan orang lain, diadaptasi ok....

Jangan fitnah tu spender aku mahupon keluarga aku!!! Bukan ok 
HAHHAHAHAHHAHHAHAH

Begini kisahnya,

Raya tahun ke 2009 mungkin, si ayah mengajak kami keluar ke bandar Kuantan untuk keluar duit.....duit  belanja raya....

Semua bersiap, si ayah menyarungkan kembali seluar petang tadi, ah....keluar duit je bukan keluar pon. Maka sampai di Maybank sebelah masjid di tengah-tengah Bandar Kuantan, si ayah keluar dengan bahagia.

Malam yang sejuk sepoi-sepoi bahasa terasa nyaman kerana berdekatan dengan air kuala (air sungai pahang bercampur dengan laut) dan tiada manusia merayau di sana...mungkin semuanya sudah tidur tak sabar nak raya esok. Si Ayah kembali ke kereta setelah selamat keluar duit dari Maybank....dia masuk dalam kereta, hidupkan enjin dan bukak lampu kereta...

TIBA -TIBA

Si ayah berkata.....

"aku macam kenallll je kain bergumpal depan Maybank tu" 

Si ibu menjeritt....mengilai.....

"tu......tu......kan....HAHAHHAHAHHHAHHA"

Si ayah dengan malu....berkata

"tu spender kami la.........adui" 

Si Ayah dengan tersipu-sipu keluar dan dengan pantas mengutip spender miliknya yang berwarna biru. Semua gelak tak hingat dunia ......gila lawak....

Si ibu tanya......
"awak tak rasa ke spender tu terselit semasa sarung seluar??? "

Si ayah
"TAK!!!!!!!! HAHHAHAHAHHAAH"

Kenangan tak dapat dilupakan sampai bila-bila bagi famili tu.....harap mereka bahagia dan gelak2 hingga akhir hayat ...amin.

KESIMPULAN, TOLONG JANGAN MAIN CAMPAK JE SELUAR BERGUMPAL2 PASTU PAKAI BALIK....HAAA TOLONG LIPAT ATAU IDAIKAN ...

DAN INI BUKAN CERITA SPENDER AKU...

SEKIAN