Memaparkan catatan dengan label ISLAMIC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISLAMIC. Papar semua catatan

Isnin, 24 Mac 2014

MH370 - Al FATIHAH DAN YAASIN

 Agak bersawang blog ni selepas aku pindah ofis baru. Dan kerja bertimbun macam babun. 

Dikesempatan ini aku ingin sedekahkan Al Fatihah dan Yaasin pada penumpang MH370. Ayuh sesiapa yang baca post ni, bila free capai yaasin....kalau bz pon baca dalam hati atau bukak mp3 Yaasin. 

Walau apa pon speku tentang bencana ini, aku percaya tiada perkara yang sia-sia yang Allah SWT aturkan. Mungkin bukan terjadi pada kita, tapi sebagai pengajaran pada kita yang kita lalai padaNYA. Maut bukan tunggu tua, tunggu malam....tapi bebila masa. 

Ya Allah ampuni dosaku, dosa familiku dan dosa saudara Islamku....semuga mereka tergolong dalam orang-orang yang soleh-solehah. Amin.

****************************************************

Maafkan aku, masih sehingga sekarang aku tak dapat post entry aku pergi Krabi, dan reply semua email dan komen yang meminta itinerary Korea.....nanti aku free aku reply satu-satu ....maaf la ye....

Biawak Sayang Korang!

Much loves, Nadey. 

Selasa, 25 Februari 2014

POSITIF. USAHA UNTUK BAHAGIA! HWAITING!!

Sejak bila aku jadi pakar motivasi uolls???? Kekdah sangat aku nak buat ceramah macam Dr Fazley sambil buat coklat kek sambil tu rakam buat album???

Umur pun 26 tahun, makin tua makin hebat dugaan Allah uji. Sebab tu seseorang itu bila tiada agama, bunuh diri je la jawabnya. Senang sangat kot. Tu pentingnya agama bagi seseorang, jatuh naik kita perlu ingat Maha Pencipta kan. Biasenya masa tengah jatuh la baru nak ingat Allah SWT (aku terasa tu). Bila pikir-pikir, rupanya Allah rindu nak kita mengadu pada Dia. See kau larilah, kau banggalah, kau gembira la...akhirnya ke tanah juga kita sujud. Bisikan hati juga penuh dengan segala aduan pada Allah....
ya Allah....gembiranya aku...ya Allah sedihnya aku....ya Allahh.....dan segalanya. Kita bebetul perasan yang sebenarnya kite asik sebut nama Allah. Biarlah aduan itu betul-betul tanda ingatan kita pada Dia.

Aku bersyukur, walau macam mana hebat Allah uji aku, aku masih ada family dan kawan yang sangat bagus dan positif. Kalau dulu, aku lari dari masalah ......lari sana sini....bila tenang baru balik jumpe kawan dan balik rumah. Tapi kini aku lebih suka berjumpa kawan-kawan aku yang positif. Jelas, nyata perancangan Allah adalah terbaik untuk diri aku dan kawan-kawan aku,

Tak kisah la...masalah famili, kawan atau cinta

Bak kata salah seorang kawan aku, 
"Semua berlaku ada hikmah, Allah pertemukan aku dengan kau untuk kau luahkan masalah, dan aku sebagai saksi kejadian akan menjadikan dugaan kau sebagai teladan untuk aku. Allah pilih kau untuk diuji, kenapa bukan aku? Sebab Allah tak akan uji hambaNya jika hambaNya tidak mampu"

 Sebab itu kita kene bersangka baik dengan segala perancangan Allah. Sebab semuanya untuk kebaikkan kita. 

"Boleh jadi sesuatu yang baik bagi aku tetapi sebenarnya ia bukan terbaik untuk aku dan sebaliknya" ayat al Quran, surah al baqarah ayat 136 tak silap aku. (Ayat tu tak lengkap dan aku ringkaskan) 

Pegang ayat tu jika sesuatu yang korang tak suka berlaku dalam hidup korang. Contohnya, lelaki yang ko cinta tu tinggalkan ko....syukur sebab Allah dah selamatkan ko kene tinggal selepas berkahwin nanti! Lagi teruk. See! 

Setiap saat, perancangan Allah tak pernah lewat atau tercepat!

Apa yang aku sedar sekarang? Walaupun tahap kematangan aku lambat, berbanding wanita diluar sana. Tapi Allah sentiasa beri peluang untuk aku sedar. Aku sedar dan aku baru nampak semua hikmah apa yang berlaku pada aku sebelum ni. 

Alhamdulillah, untuk masalah hubungan aku sesama manusia aku ingat aku kene sihir ke....sebab aku dah beberapa tahun dihantui oleh orang yang sama sehingga aku tak dapat nak move on. Banyak lagi kejadian pelik berlaku tapi sekarang jelas, itu bukan sihir. Jika kita cari cinta Allah swt dan Rasul saw, Allah akan beri kita hadiah. Mungkin hadiah untuk aku sekarang, aku dapat nampak jelas yang aku bukan disihir. Aku hanya tutup mata hati dengan tanggapan NEGATIF.

Bersangka baiklah pada Allah SWT. Keep positif thinking and Allah will give u rewards.

"Allah tak suruh kita selesaikan masalah, tetapi dalam al Quran Allah suruh kita sabar dan berdoa"

 Begitu juga dengan cinta sesama manusia. Aku nak terang lebih-lebih aku masih mencari......maka aku baca artikel dari iluvislam!

Ini artikel dari iluvislam....layan
***********************************************
Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
“Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.” -Junaid Al-Baghdadi
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
“Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari ‘cintaKu’ (padanya).” - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s.
************************************************
Perasaan itu Allah yang beri, mungkin aku paranoid. Aku takut aku frust lagi, aku takut kecewa yang sampai hilang pertimbangan. Tapi bak kata kawan aku, sebab tu jangan cintakan manusia lebih dari cinta aku pada Allah dan Rasul. Jika itu yang aku amal, in sha Allah aku tak akan sedih yang menjurus sehingga hilang pertimbangan. Prepare for future, mungkin aku akan menangis nanti tapi tak mati lah aku menangis. Tapi positif!!! ini mungkin hadiah dari Allah untuk aku lebih cintakan Dia. Ini proses kematangan. 
Maka, aku tekad aku mahu berusaha. Usaha semampu boleh dan usaha doa. Maka kesimpulan aku boleh buat 50-50 usaha dari diri aku dan doa kepada Allah. Apa kata aku just enjoy peluang hidup sementara Allah beri ni kan.
Aku tulis post ni bukan nak bagitau satu dunia yang aku dah move on ke hape....tak salah kalau niat aku nak sampaikan masej positif. Aku nak kawan-kawan yang lain same-same positif. Kalau aku sudah beberapa tahun dalam kegelapan, mengenang nasib kecewa sehingga cuba banyak dosa-dosa, alhamdulillah dengan izinNya aku keluar dari dunia gelap. Alhamdulillah kalau dulu aku rasa disihir, mimpi sehingga bersambung-sambung. Alhamdulillah kini aku tidak lagi bermimpi perihal yang sama bersambung-sambung. Tak tahu nak ungkapkan dengan kata-kata betapa terdesaknya aku dulu sehingga merata aku mencari ustaz dan ubat. Tak cukup dengan kata semangat famili dan kawan-kawan. Akhirnya aku berjaya bebas. Aku tak tahu bila dan mungkin masa depan Allah akan uji aku semula dengan perihal lalu. Aku tak tahu. Yang penting aku positif, semua terjadi adalah terbaik untuk aku!
Ok!!! korang pun boleh POSITIF!!!!!!!!! 
Wowoowow macam tak caye Nadey bagi ceramah....mcm harom

Rabu, 11 Disember 2013

MOVIE REVIEW : THIS IS THE END

 Kelmarin sebelum tidur aku download cite ni sebab aku nampak pelakon die James Franco ni kan sure best. Semalam balik keje terus bukak...Memula cite ni aku tengok ade Seth Rogen ni...movie die kan banyak yang bodo-bodo isap ganja semua kan. So aku rase cite ni macam sampah gak tapi start dia balik dari rumah James Franco ni tetibe ade gemba bumi pastu tetibe ade cahaya biru sedut orang kat langit. Aku ingat cite alien. Pastu adegan bunuh tu real nak mampos, orang kene langgar, huru hara macam kejam gila. Nyilu aku tengok. Dah la waktu magrib aku jerit...woi woii gile gile...sekali kene sound ngan ayah.

Sambung, pastu huru hara tu dorang balik semula kerumah James Franco ni. Masuk-masuk dorang tengah berparti lagi. Bodo semua tengah lalok ganja, sampai la ade gempa bumi sekali lagi. Baru la orang dalam rumah sawan huru hara.
Genius, dorang berlakon dengan watak dorang jugak, Dorang pelakon, yang tak boleh bla guest rumah James, Rihanna, Emma Watson dan lain-lain tu je la yang kenal LOL. Last sekali jumpe Channing tatum tu lawak nak mampos
So Jay buat kesimpulan ini the end of the world. Apocalypse 
Konon tercatat dalam bible. Kita orang Islam akan rase kelakar la sebab kalau kiamat bukan tanda-tanda macam ni kan. Lebih teruk. Yang paling bangang, dorang lama gila stay dalam rumah Franco ni kat luar dah hancur habis dah....pastu turun demon....bunuh2 orang. 
Tengah kelam kabut tu Emma ni hidup lagi... so mintak la tumpang rumah Franco ni. Yang bangangnye, dorang leh bincang jangan rogol Emma. Bak kata Jay, what happen 1 women staying with 6 man?
LOL Danny kata dia tak sabar nak tunggu Hermonie (Harry Potter) bangun sebab dia banyak gila soalan nak tanya pasai cite Harry Potter. Boodoh gile

Bagi aku cite die macam cite Scary Movie gak, dorang dok nganjing filem lain kan. Buat parody. So ade la dok sebut2 cite Spiderman la 127 Hours la...hahha  
Paling bangang, Jonah ni kene rogol ngan demon, pastu kene rasuk. The exorcist of Jonah hahahha
 Craig ni comey gile lagi-lagi time die jerit haduiii. Sebab dia berkorban untuk kawan, dia dapat pergi syurga. BODOHHHH
Seyes aku terkejut gile bile die bukak mask ni....dorang pon terkejut kot
" I love him (danny)", Channing Tatum
Seyes bodoh nak mampos wehhhhhhh dah la kene rogol ngan danny...
Ya Allah aku gelak macam orang bodoh mase ni
Tah la ending macam bangang, seyes 
Kan kat syurga boleh mintak ape je yang kita nak kan, so Jay ni mintak backstreet boys.
Klako gile

So kesimpulan cite ni kalau budak-budak tengok tak elok. Lagi-lagi Islam. Sebab nanti dorang percaya macam hari kiamat macam ni pulak. Masa ni tiada istilah bertaubat last minit. Sekali tiupan sangkakala berbunyi semua hancur. 

Bagi orang berakal dan Islam, mestilah tahu sekarang pon hampir tanda-tanda besar kiamat makin hampir. Tak tahu tanya ustaz, baca buku agama. Jangan tengok movie macam ni. Rosak

Just for fun okay la. At least kita tahu betapa bodoh pemikiran orang kafir ni.

Sekian

Jumaat, 22 November 2013

Jatuh cinta dengan Allahyarham Ammar

Terima Kasih pada sababat Didie sebab bagi masej di Whatsup! Semoga kita yang muda ni boleh contohi beliau, bercita untuk syahid pada Allah....bukan mati sia-sia... Bukan bercita untuk travel sesuka hati. Harap aku pon boleh insaf. Secebis rasa ingin insaf adalah tanda-tanda kita masih ada iman. 

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.
Bismillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.
Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!
Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."
Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.
Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.
Al-Faatihah.
MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE

Isnin, 5 Ogos 2013

SERAM: REAL STORY OF EMILY ROSE


Selama ni kita dok tengok cite hantu The Exorcism tapi kita tak tahu cerita tu based on true story. Bapak la kan bulan puasa ni aku berani sikit nak study cite hantu ni. Tapi kalau korang nak tau, hanya syaitan dan iblis digari. Jin tidak! Ilmu ni aku dapat tahu bile beberapa tahun lepas, di lorong taman selaseh 13, ada jiran mendakwa dia nampak bebola api sewaktu dia pulang dari terawih. Jin daripada api kan. 

Ini sure malam ni aku tidur kat luar sebelah ibu. Pastu aku nak mandi sure aku bukak pintu suruh ibu teman depan pintu LOL

Ok sambung, nama sebenar dia adalah Anneliese Michel, dilahirkan pada 21 Sept 1952 (lagi tue dari ayah aku). Dia seorang yang ceria, baik, siap ada boyfren ko! Tiba-tiba hidup dia berubah 360 darjah sewaktu umur 17 tahun. Dia jadi macam orang gila, stress, halusinasi, makan je ape yang dia nampak, sehingga mak bapak die dah tak leh kawal, hantar dia ke wad gila. 

Selepas beberapa rawatan, dia sihat dan kembali hidup normal tetapi itu sementara. Penyakit gila dia datang balik, kali ni lebih seram sebab die meracau-racau dengan suara yang pelik dan kekuatan yang luar biasa. Mak bapak die takut gila kot sebab mak bapak die nampak banyak hal pelik2 terjadi kat rumah. Selepas tu mak bapak die ni panggil la paderi. Ramai paderi datang berusaha untuk halau hantu ni. 

Bagi air holy, tapi Emily ni react macam setan sebab takut air holy ni (ini nanti aku explain dari segi aspek ISLAM ye). So bertambah kuat suspek dorang yang Anne ni kene rasuk. Siap paderi ni berdialog dengan ramai Iblis dalam badan Anne ni. Antaranya Judas Iscariot, Lucifer, Hitler (ok ni klako), Fallen Priest Fleischmann, Nero, Cain. Banyak sangat nama Iblis ni tapi yang aku tau Iblis Lucifer ni ketua dari segala Iblis dan syaitan. Nanti aku study lagi bab ni. Ramai paderi try bantu Anne ni tapi ade kes paderi sendiri lari dari kes sebab takut sangat kan. Kejadah

Selepas beberapa tahun merana, akhirnya Anne ni menghembuskan nafas terakhir 1 Julai 1976 (umur 23tahun). Bila post moterm, mati akibat dehidrasi, kurang nutrisi. Kesian ekoran dari kematian dia, ayah, mak dan paderi ni kene bicara kat mahkamah atas kesalahan mengabaikan pesakit sehingga kebuluran. Tapi seb baik hakim tu paham nape die kebulur...yela suh minum makan taknak....

Huh...kalau aku cite detail sampai besok tak habis. Best gak bace kes die dengan detail. Aku suke gile baca bab2 kes unsolved ni...macam kes polis yang tak dapat jawapan sehingga zaman moden ni...macam dalam cite The Sinister. Tu bapak saiko seram gile!

Kes air Holy tu kan, kita dok tengok cite orang puteh macam cite SUPERNATURAL tu dia celup peluru ke parang ke dalam air holy sebab dengan cara tu hantu pontianak boleh MATI. Haaa kita yang Islam ni mesti pelik napa dorang takot dengan air holy ni nape bukan air yassin???? Haaa

Jawapan dia, Iblis dan syaitan dah berjanji dengan Allah SWT akan menyesatkan dan membawa pengikutnya masuk ke dalam neraka. Maka itu usahanya, padahal dorang tak takut pon pada air holy tapi secara kasar aku terangkan lakonan mereka ni nak buat orang percaya, hantu setan iblis ni takot kat banyak TUHAN???? TUHAN CINA INDIA KRISTIAN semua la supaya nak buat orang membuat tanggapan bahawa Islam bukan agama sebenarnye2.

Kalau dia tak takot, maka manusia  akan percaya bahawa ISLAM lah agama yang satu dan benar serta tunduk pada Allah SWT, TUHAN yang satu tiada dua. Nanti takda manusia ikut mereka dalam neraka! So lakonan mereka terbaik! Kita yang ada ilmu ni jangan percaya dengan cite SUPERNATURAL yang hero die hensem gile tu!!! Vel Helsing ke...haa ko

Kang cerita lebih kang masuk bab ALUMINATI ni haaa...group ni memang nak sesatkan orang Islam. Semuga Allah SWT lindungi kita. Amin


Bak kata ayah aku bila kami berbincang di meja makan waktu berbuka puasa. Tajuk dia SAKA. Ayah kata saka ni susah, bahaya, jika kita nak buang saka samada kita MATI atau tak betul (mereka tipu yang dorang dah kuar dari jasad sebenarnya tidak). Syaitan ni tak kan putus asa sesatkan kita. 

Ni kes SYIAH, makin berleluasa. 

Semuga Allah SWT lindungi kita dari pelbagai kesesatan. Ya Allah bawalah kami ke jalan Mu yang Engkau redha. amin




Khamis, 30 Mei 2013

1st impression: BAIK GILA LAKI NI!!!!!!!!!!!! UNTUNGNYA KALAU JADI PEREMPUAN NI

What can i say is......This is the luckiest women in this world. She had cute husband who have such a big heart. 

Sesape yang terasa dirinya kategori bukan perempuan cantik sure kate lelaki ni yA Allah baik gile....judge laki saje....kita tak tahu perempuan ni yang baik hati sampai lelaki ni boleh terpikat kat die kan.....POSITIF.....sebab tu bagi yang Islam, kami percaya jodoh seseorang itu sudah ditakdirkan....sebab terciptanya Hawa dari tulang rusuk kiri Adam...maka kita MESTI ada jodoh, cuma lambat atau cepat.....sempat di dunia kalau tak sempat disini....di syurga itu PASTI.

Apa yang aku nak katakan disini....aku sering bertanya kenapa banyak usaha aku tak berhasil....usehe aku kearah jodoh...aku terpikir sebab rupa aku ke??? sebab perangai???? Sampai sekarang aku tak nampak jawapan dari segi zahirnya tetapi aku dapat jawapan dari aspek keagamaan iaitu, jodoh belum sampai, si adam belum bersedia siapkan diri untuk jadi imam....semua lah...tapi tu aspek pemikiran agama. 

Tapi mungkin perangai..........itu yang aku nak bincangkan
Dulu aku selalu benci perempuan cantik....sebab bagi aku perempuan cantik ni perasan cantik dan berlagak cun...plus gedik gile tahap cipan....lagi2 aku menyampah bila dalam sekolah dia asyik dapat pakwe dan boleh tukar2 orang....yang aku?????? Bab 1 loser...

Tapi bile makin dewasa perspektif aku bertukar, aku mula berjumpa dengan pelbagai orang....kebanyakan perangai buruk ni sume yang lagi hodoh dari aku!...aku kompiden aku cantik konon. Sampai pernah aku cakap....muke hodoh takpe jangan perangai pon hodoh....aku dok maki2

Biasanya....perempuan atau lelaki cantik dan hensem, buat perangai buruk macam mane....masih boleh dimaafkan....mayb tengok muke cantik sangat sampai lembut hati...Tapi kalau la orang tu buruk....aku maki gile babi siap cakap tak sedo diri,,,,haaa gitu

Contohnya masa aku di UKM, ada seorang hamba Allah ni aku anggap die kawan tapi die dah saiko kt aku.....memang aku salahkan muke hodoh die la....kalau die hensem sure aku redha je die saiko kat aku...kuang ajo aku ni....

Tapi aku tak sedar, aku seperti maki pada diri sendiri....jika perangai aku elok...aku tak maki orang :)
Begitu juga pandangan orang lain terhadap aku....Kesimpulan aku juga perempuan hodoh dan berperangai buruk.

Maka, start dari kesedaran betapa buruknya perangai aku, aku dah menhentikan perangai saiko aku kat orang yang aku suka....sebab aku pernah rasa perasaan annoying tu so dengan itu, aku dah stop jadi stalker dan PENGGATAI....cume berperangai hodoh pada kawan2 bagi aku itu salah satu dari entertainment. HAHA cover...

So far, hati aku hanya kat seorang sahaja, aku akan jumpe keredhaan apabila aku jodoh aku....maka aku sedang usehe mencari jodoh sebenar agar aku boleh tenang dan mendapat keredhaan........

MAKA, bila aku tengok gambar ni....aku percaya aku bukan buruk rupa paras tapi perangai....ubah mana patot sampai aku jumpe lelaki yang baik!.....amin...


Syukur tengok gambar ni, aku pon nak lelaki hero Malaysia juga.... :)