Memaparkan catatan dengan label fairy tales. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fairy tales. Papar semua catatan

Selasa, 21 Januari 2014

CARA MUDAH MEMIKAT HATI LELAKI?

Kihkihkihkih (gelak malu-malu)

Dah lama tak rasa nak sukakan orang. Tetiba hati aku yang nampak rapuh diluar tetapi berkerak didalam....terusik. Susah ya rabbi nak move on ni. Tapi aku usaha gila babi sekarang! Aku yakin aku boleh!

Kihkihkih sambung gelak lagi. 

Since tengok abang-abang kera nak kahwin dan yang dah kahwin. Aku terus rase aku macam loser gila babi. So niat aku untuk tahun baru adalah mencari suami dalam masa 365 hari! Azam tahun 2014.

Bila aku cakap ngan ramai kawan, kalau jumpa lelaki single yang nak kahwin bagitau nombor aku. So kawan tanyalah ciri-ciri apa yang aku nak? Maka aku buatlah list ....kihkihkih
Reaksi bila aku tunjuk ni, semua orang kata kau tak akan dapat ciri-ciri yang kau nak. Biasanya kita akan dapat apa yang kita tak nak.........down sangattttttt serius gila down! 

Macam mana ni??? Dan aku rasa aku takkan dapatlah ciri yang aku nak sampai bebila. 

Tiba-tiba.....aku terjumpa someone ni... Erm kau tak payah detail sangat Nadey. Kesimpulannya.... aku rasa dalam antara 10 ciri yang aku nak, dia ade 7!!!!! Terbaik sangat!!!!!!!!!!!! Memula aku takde rase apa-apa....tapi bila nak tidur teringat rasa blushing pulak. GILA

Macam banyak pulak persamaan kami. PULAKKKKKKKK

Walaupun dia crush aku, aku yakin 100% dia tak akan suka aku tapi aku boleh berusaha kan??? So aku google lah uollls.....so sesape yang rasa nasib korang sama dengan aku sekarang. Kita boleh praktiskan bersama!!! Kihkihkih


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berwatakan menarik (Persenoliti yang mampu mengugat hatinya). (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu [INI MASALAH TERBESAR AKU]).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. (INI MASALAH TERBESAR AKU).
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi mendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  28. Agresif.
  29. Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam perbualan. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
  32. Jangan perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting, tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama. (INI MASALAH TERBESAR AKU)
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Ya Allah, susahnya!!!!!!!!!! Macam mana? Aku ni dah la hodoh, bukan rupa paras je tapi perangai pon hodoh! Patot la tak de lelaki try aku! Kihkihkihkih. Arghhhh susahnya nak memikat hati lelaki ni. Tak pe Nadey, kalau kau berubah secara mendadak, obvious sangat nanti. Cool ..follow with flow. Kalau ade jodoh, jalan.............................

Tapi yang paling penting adalah.....

Move on
Usaha Anda ternyata mengalami jalan buntu, dan Anda ditolak? Jangan langsung berkecil hati.
Menerima penolakan memang tidaklah mudah, namun mengapa harus berlama-lama meratapinya? Bila sang lelaki tak tertarik, segeralah untuk move on.
Berilah senyuman singkat dan tinggalkan dirinya. Ingatlah bahwa Anda tidak harus berbagi ketertarikan dengan orang yang tidak berminat. Segera pergi dan mulailah dengan yang baru.


Don't give up Nadey. Usaha pasti jaya!

LOL

Gudelak Nadey!!!

Ahad, 15 Disember 2013

HANTARAN KAHWIN BADASS

Ok belum kawin pon aku dah mintak macam2....memang sape baca dari hajat nak meminang tak jadi terus meminang aku.

Sebab aku mintak hantaran ni

 Aku ni kalau la ade duit aku suke beli mende macam ni...tapi sebab ayah tak suke aku beli patung anime...ayah xsuke patung ade dalam rumah...aku suke kumpul mende macam ni, komik ke ayah tak xkesah. Tapi stakat ni aku tak mampu untuk koleksi ni. Heeee. 
Memang aku minat gile Ultraman, Jetman, Maskman, Cybercop, Gundam, Power rangers, Suria perkasa hitam...ayah dulu banyak sewa tapes. So balik tadika ke...hari-hari tengok tape ni. Tak dapat tengok sehari aku akan menangis pastu lari dari umah main kat hutan...pastu boikot tidur rumah jiran aku Cik Des. Dia akan pujuk aku masak goweng belut bersambal style Indo nye. Perghhh
Tak pon aku kacau mak aku tido dengan mencampurkan kopi + nescafe + milo dalam satu bekas. Bile kantoi mak aku akan libas dengan getah paip. Pastu aku lari rumah jiran. LOL



 Pastu aku nak Jeep...auto ye sebab aku tak reti bawak manual. LOL
Dulu aku mase terdesak nak kereta aku nak ambek ni tapi takde yang murah...2nd hand pon harga gile bab punye...maka aku terburu2 ambil PROTON (SAYA BOIKOT PROTON)
Sebab ape? Sebab keluar masuk kebun kereta macam ni tahan lama dan lasak.
Pastu aku nak wang hantaran untuk selesaikan hutang PTPTN aku! LOL

 Tu memang impian la kan....tak mungkin la weh laki kaye nak aku! LOL better die kawin ngan Cik Ta LOL

Tapi mas kawin Kak Wan Maimunah ni paling mahal pernah aku dengar
" Bimbing ke jalan diredhai Allah hingga akhir hayat"
Itu mas kawin paling hebat, paling kaye penah aku dengar. 

Kawin itu mudah tapi aku rase masyarakat melayu yang pentingkan adat tu membuatkan kawin tu payah. Aku pernah cakap ngan famili aku...kawin aku just makan tengah hari, makan beradab atau minum petang. 

Tapi famili aku kate....
" please akak ibu ayah ramai kawan, 1 taman kenal ayah...kamu takde duit kami sanggup bagi untuk majlis. Kamu tak paham, kamu dah ade keluarga nanti kamu paham."

See....pentingkan maruah untuk orang yang memandang...pentingkan ape yang orang nak kata. Masalah duit kite orang tak tau pulak. Perghh aku cakap besar sekarang...nanti aku pon hadapi masalah yg same mane tau. Haaaa

Misi mencari suami harini ....tapi aku blur nak buat ape. LOL hari ni aku tak mencarut lg tapi send msg gamba je la...LOL

Khamis, 12 Disember 2013

PERASAAN KENE LAMAR KAHWIN??



Aku join program anak angkat

Ada seorang lelaki yang aku suka ni pon join

Dan2 kami dapat ibu ayah angkat yang sama

Buat aktiviti berhari, bermalam bersama

Rasa bahagia

Tapi perasaan tu biasa, sebab tak nak berharap. Maka aku mengawal perasaan yang over gembira tu.

Malam itu,

Sedang aku tengok tv, kami duduk disofa sebelah menyebelah. Tiba-tiba dia bersila dan menepuk-nepuk pehanya memberi isyarat supaya aku baring atas riba dia....dan aku menurut katanya...Waddefark aku fikir ape masa tu?

Dia pegang kepala aku dengan kedua tangan yang agak besar tu.

Sambil picit kepala, membelai rambut aku...ahhh blur kenapa dia buat aku macam ni? Blur tapi best 
Mende haram kan memang best

Aku pulak risau kene tangkap basah dengan ibu ayah angkat

Tiba-tiba lelaki tu bisik pada aku nak makan something, dan berharap aku sediakan untuknya

Aku bangun ke dapur

Setelah siap, aku bergegas ke ruang tamu untuk menyambung perbuatan bodoh baring atas riba lelaki tu.

Tetibe

Suprise!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ada belon, ada ramai orang tepuk tangan, menyanyi, 

Lelaki itu senyum dan pegang kain, bertulis

" Jom jadi suami isteri!!!!!"
Wadde............aku happy gile...rasa bahagia tu sukar diungkapkan

Dan akhirnya aku terdengar deringan telefon,

Oh mimpi

Tetapi rasa bahagia tu masih berbaki, aku bangun dari tidur dalam kereta sampai berwap cermin kereta.
Sambil bersiap aku masih termenung dan tersenyum.

Mungkin ini perasaan orang yang beruntung dapat event dilamar.

Sekian

Itu hanyalah mimpi. Mungkin aku layak bermimpi je.

Kali ni betul-betul sekian.

Khamis, 30 Mei 2013

1st impression: BAIK GILA LAKI NI!!!!!!!!!!!! UNTUNGNYA KALAU JADI PEREMPUAN NI

What can i say is......This is the luckiest women in this world. She had cute husband who have such a big heart. 

Sesape yang terasa dirinya kategori bukan perempuan cantik sure kate lelaki ni yA Allah baik gile....judge laki saje....kita tak tahu perempuan ni yang baik hati sampai lelaki ni boleh terpikat kat die kan.....POSITIF.....sebab tu bagi yang Islam, kami percaya jodoh seseorang itu sudah ditakdirkan....sebab terciptanya Hawa dari tulang rusuk kiri Adam...maka kita MESTI ada jodoh, cuma lambat atau cepat.....sempat di dunia kalau tak sempat disini....di syurga itu PASTI.

Apa yang aku nak katakan disini....aku sering bertanya kenapa banyak usaha aku tak berhasil....usehe aku kearah jodoh...aku terpikir sebab rupa aku ke??? sebab perangai???? Sampai sekarang aku tak nampak jawapan dari segi zahirnya tetapi aku dapat jawapan dari aspek keagamaan iaitu, jodoh belum sampai, si adam belum bersedia siapkan diri untuk jadi imam....semua lah...tapi tu aspek pemikiran agama. 

Tapi mungkin perangai..........itu yang aku nak bincangkan
Dulu aku selalu benci perempuan cantik....sebab bagi aku perempuan cantik ni perasan cantik dan berlagak cun...plus gedik gile tahap cipan....lagi2 aku menyampah bila dalam sekolah dia asyik dapat pakwe dan boleh tukar2 orang....yang aku?????? Bab 1 loser...

Tapi bile makin dewasa perspektif aku bertukar, aku mula berjumpa dengan pelbagai orang....kebanyakan perangai buruk ni sume yang lagi hodoh dari aku!...aku kompiden aku cantik konon. Sampai pernah aku cakap....muke hodoh takpe jangan perangai pon hodoh....aku dok maki2

Biasanya....perempuan atau lelaki cantik dan hensem, buat perangai buruk macam mane....masih boleh dimaafkan....mayb tengok muke cantik sangat sampai lembut hati...Tapi kalau la orang tu buruk....aku maki gile babi siap cakap tak sedo diri,,,,haaa gitu

Contohnya masa aku di UKM, ada seorang hamba Allah ni aku anggap die kawan tapi die dah saiko kt aku.....memang aku salahkan muke hodoh die la....kalau die hensem sure aku redha je die saiko kat aku...kuang ajo aku ni....

Tapi aku tak sedar, aku seperti maki pada diri sendiri....jika perangai aku elok...aku tak maki orang :)
Begitu juga pandangan orang lain terhadap aku....Kesimpulan aku juga perempuan hodoh dan berperangai buruk.

Maka, start dari kesedaran betapa buruknya perangai aku, aku dah menhentikan perangai saiko aku kat orang yang aku suka....sebab aku pernah rasa perasaan annoying tu so dengan itu, aku dah stop jadi stalker dan PENGGATAI....cume berperangai hodoh pada kawan2 bagi aku itu salah satu dari entertainment. HAHA cover...

So far, hati aku hanya kat seorang sahaja, aku akan jumpe keredhaan apabila aku jodoh aku....maka aku sedang usehe mencari jodoh sebenar agar aku boleh tenang dan mendapat keredhaan........

MAKA, bila aku tengok gambar ni....aku percaya aku bukan buruk rupa paras tapi perangai....ubah mana patot sampai aku jumpe lelaki yang baik!.....amin...


Syukur tengok gambar ni, aku pon nak lelaki hero Malaysia juga.... :)