Memaparkan catatan dengan label life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label life. Papar semua catatan

Selasa, 25 Februari 2014

POSITIF. USAHA UNTUK BAHAGIA! HWAITING!!

Sejak bila aku jadi pakar motivasi uolls???? Kekdah sangat aku nak buat ceramah macam Dr Fazley sambil buat coklat kek sambil tu rakam buat album???

Umur pun 26 tahun, makin tua makin hebat dugaan Allah uji. Sebab tu seseorang itu bila tiada agama, bunuh diri je la jawabnya. Senang sangat kot. Tu pentingnya agama bagi seseorang, jatuh naik kita perlu ingat Maha Pencipta kan. Biasenya masa tengah jatuh la baru nak ingat Allah SWT (aku terasa tu). Bila pikir-pikir, rupanya Allah rindu nak kita mengadu pada Dia. See kau larilah, kau banggalah, kau gembira la...akhirnya ke tanah juga kita sujud. Bisikan hati juga penuh dengan segala aduan pada Allah....
ya Allah....gembiranya aku...ya Allah sedihnya aku....ya Allahh.....dan segalanya. Kita bebetul perasan yang sebenarnya kite asik sebut nama Allah. Biarlah aduan itu betul-betul tanda ingatan kita pada Dia.

Aku bersyukur, walau macam mana hebat Allah uji aku, aku masih ada family dan kawan yang sangat bagus dan positif. Kalau dulu, aku lari dari masalah ......lari sana sini....bila tenang baru balik jumpe kawan dan balik rumah. Tapi kini aku lebih suka berjumpa kawan-kawan aku yang positif. Jelas, nyata perancangan Allah adalah terbaik untuk diri aku dan kawan-kawan aku,

Tak kisah la...masalah famili, kawan atau cinta

Bak kata salah seorang kawan aku, 
"Semua berlaku ada hikmah, Allah pertemukan aku dengan kau untuk kau luahkan masalah, dan aku sebagai saksi kejadian akan menjadikan dugaan kau sebagai teladan untuk aku. Allah pilih kau untuk diuji, kenapa bukan aku? Sebab Allah tak akan uji hambaNya jika hambaNya tidak mampu"

 Sebab itu kita kene bersangka baik dengan segala perancangan Allah. Sebab semuanya untuk kebaikkan kita. 

"Boleh jadi sesuatu yang baik bagi aku tetapi sebenarnya ia bukan terbaik untuk aku dan sebaliknya" ayat al Quran, surah al baqarah ayat 136 tak silap aku. (Ayat tu tak lengkap dan aku ringkaskan) 

Pegang ayat tu jika sesuatu yang korang tak suka berlaku dalam hidup korang. Contohnya, lelaki yang ko cinta tu tinggalkan ko....syukur sebab Allah dah selamatkan ko kene tinggal selepas berkahwin nanti! Lagi teruk. See! 

Setiap saat, perancangan Allah tak pernah lewat atau tercepat!

Apa yang aku sedar sekarang? Walaupun tahap kematangan aku lambat, berbanding wanita diluar sana. Tapi Allah sentiasa beri peluang untuk aku sedar. Aku sedar dan aku baru nampak semua hikmah apa yang berlaku pada aku sebelum ni. 

Alhamdulillah, untuk masalah hubungan aku sesama manusia aku ingat aku kene sihir ke....sebab aku dah beberapa tahun dihantui oleh orang yang sama sehingga aku tak dapat nak move on. Banyak lagi kejadian pelik berlaku tapi sekarang jelas, itu bukan sihir. Jika kita cari cinta Allah swt dan Rasul saw, Allah akan beri kita hadiah. Mungkin hadiah untuk aku sekarang, aku dapat nampak jelas yang aku bukan disihir. Aku hanya tutup mata hati dengan tanggapan NEGATIF.

Bersangka baiklah pada Allah SWT. Keep positif thinking and Allah will give u rewards.

"Allah tak suruh kita selesaikan masalah, tetapi dalam al Quran Allah suruh kita sabar dan berdoa"

 Begitu juga dengan cinta sesama manusia. Aku nak terang lebih-lebih aku masih mencari......maka aku baca artikel dari iluvislam!

Ini artikel dari iluvislam....layan
***********************************************
Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
“Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.” -Junaid Al-Baghdadi
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
“Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari ‘cintaKu’ (padanya).” - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s.
************************************************
Perasaan itu Allah yang beri, mungkin aku paranoid. Aku takut aku frust lagi, aku takut kecewa yang sampai hilang pertimbangan. Tapi bak kata kawan aku, sebab tu jangan cintakan manusia lebih dari cinta aku pada Allah dan Rasul. Jika itu yang aku amal, in sha Allah aku tak akan sedih yang menjurus sehingga hilang pertimbangan. Prepare for future, mungkin aku akan menangis nanti tapi tak mati lah aku menangis. Tapi positif!!! ini mungkin hadiah dari Allah untuk aku lebih cintakan Dia. Ini proses kematangan. 
Maka, aku tekad aku mahu berusaha. Usaha semampu boleh dan usaha doa. Maka kesimpulan aku boleh buat 50-50 usaha dari diri aku dan doa kepada Allah. Apa kata aku just enjoy peluang hidup sementara Allah beri ni kan.
Aku tulis post ni bukan nak bagitau satu dunia yang aku dah move on ke hape....tak salah kalau niat aku nak sampaikan masej positif. Aku nak kawan-kawan yang lain same-same positif. Kalau aku sudah beberapa tahun dalam kegelapan, mengenang nasib kecewa sehingga cuba banyak dosa-dosa, alhamdulillah dengan izinNya aku keluar dari dunia gelap. Alhamdulillah kalau dulu aku rasa disihir, mimpi sehingga bersambung-sambung. Alhamdulillah kini aku tidak lagi bermimpi perihal yang sama bersambung-sambung. Tak tahu nak ungkapkan dengan kata-kata betapa terdesaknya aku dulu sehingga merata aku mencari ustaz dan ubat. Tak cukup dengan kata semangat famili dan kawan-kawan. Akhirnya aku berjaya bebas. Aku tak tahu bila dan mungkin masa depan Allah akan uji aku semula dengan perihal lalu. Aku tak tahu. Yang penting aku positif, semua terjadi adalah terbaik untuk aku!
Ok!!! korang pun boleh POSITIF!!!!!!!!! 
Wowoowow macam tak caye Nadey bagi ceramah....mcm harom

Isnin, 30 Disember 2013

TARGET 2014

Salam semua

Aku lebih suka buat list, apa yang aku target untuk tahunan dan apa yang aku dah buat. Ini adalah antara perkara yang besar yang aku dah buat. Selain dari itu, barang idaman seperti dompet (MILIK SENDIRI bukan orang beri) dan Jam G-Shock kuning. Walaupun itu perkara remeh tapi bagi aku itu adalah usaha dan pencapaian aku pada diri sendiri. Walaupun tak dapat buat semua, tapi aku bangga yang aku telah buat pada tahun ni tanpa sia-sia. 

Hari ni hari terakhir 31 December 2013. Tahun 2013, tahun paling mencabar bagi aku. Pahit manis semua bercampur, baik masalah diri sendiri, kereta proton, dan lain-lain lagi. Maka aku nak baiki kelemahan aku pada tahun 2013. Contohnya panas baran. Aku bukannya seperti dahulu, bimbingan rakan yang baik dan famili. Bila aku mengamok, aku lari. Itu solusi terbaik dari aku lepaskan amarah pada orang. 

Moment yang paling epik adalah, aku pergi bangi tapi kene lecture dengan abang-abang dan geng-geng supaya aku MOVE ON!

Alhamdulillah....terus aku buat wishlist tahun baru. Misi mencari suami 365 hari. Walaupun susah nak capai tapi MOVE ON adalah pencapaian terbaik aku!. Tak pe...yang penting aku useha.!!!!

So target aku, tahun depan aku nak matangkan lagi diri. 

Lupakan 2013, mula hidup baru lebih bermakna.
Marathon tu perkara yang aku nak buat sangat. Setelah 5 tahun aku stop bersukan akhirnya aku dah start ke gym. Walaupun aku makan melebihi kadar aku bersukan tapi takpe yang penting aku dah mula exercise kan. Kalau tak kurus tak pe...asalkan aku sihat!. Amin

Masa tu kalau aku tertinggal jauh masa marathon aku dah tak kisah. 

In sha Allah, selagi umur panjang aku akan penuhi semua target aku tahun depan.

Orang buat wishlist 1 muharam. Kihkihkih

Semuga tahun depan lebih baik dari tahun ni. AMIN

Rabu, 11 Disember 2013

MOVIE REVIEW : THIS IS THE END

 Kelmarin sebelum tidur aku download cite ni sebab aku nampak pelakon die James Franco ni kan sure best. Semalam balik keje terus bukak...Memula cite ni aku tengok ade Seth Rogen ni...movie die kan banyak yang bodo-bodo isap ganja semua kan. So aku rase cite ni macam sampah gak tapi start dia balik dari rumah James Franco ni tetibe ade gemba bumi pastu tetibe ade cahaya biru sedut orang kat langit. Aku ingat cite alien. Pastu adegan bunuh tu real nak mampos, orang kene langgar, huru hara macam kejam gila. Nyilu aku tengok. Dah la waktu magrib aku jerit...woi woii gile gile...sekali kene sound ngan ayah.

Sambung, pastu huru hara tu dorang balik semula kerumah James Franco ni. Masuk-masuk dorang tengah berparti lagi. Bodo semua tengah lalok ganja, sampai la ade gempa bumi sekali lagi. Baru la orang dalam rumah sawan huru hara.
Genius, dorang berlakon dengan watak dorang jugak, Dorang pelakon, yang tak boleh bla guest rumah James, Rihanna, Emma Watson dan lain-lain tu je la yang kenal LOL. Last sekali jumpe Channing tatum tu lawak nak mampos
So Jay buat kesimpulan ini the end of the world. Apocalypse 
Konon tercatat dalam bible. Kita orang Islam akan rase kelakar la sebab kalau kiamat bukan tanda-tanda macam ni kan. Lebih teruk. Yang paling bangang, dorang lama gila stay dalam rumah Franco ni kat luar dah hancur habis dah....pastu turun demon....bunuh2 orang. 
Tengah kelam kabut tu Emma ni hidup lagi... so mintak la tumpang rumah Franco ni. Yang bangangnye, dorang leh bincang jangan rogol Emma. Bak kata Jay, what happen 1 women staying with 6 man?
LOL Danny kata dia tak sabar nak tunggu Hermonie (Harry Potter) bangun sebab dia banyak gila soalan nak tanya pasai cite Harry Potter. Boodoh gile

Bagi aku cite die macam cite Scary Movie gak, dorang dok nganjing filem lain kan. Buat parody. So ade la dok sebut2 cite Spiderman la 127 Hours la...hahha  
Paling bangang, Jonah ni kene rogol ngan demon, pastu kene rasuk. The exorcist of Jonah hahahha
 Craig ni comey gile lagi-lagi time die jerit haduiii. Sebab dia berkorban untuk kawan, dia dapat pergi syurga. BODOHHHH
Seyes aku terkejut gile bile die bukak mask ni....dorang pon terkejut kot
" I love him (danny)", Channing Tatum
Seyes bodoh nak mampos wehhhhhhh dah la kene rogol ngan danny...
Ya Allah aku gelak macam orang bodoh mase ni
Tah la ending macam bangang, seyes 
Kan kat syurga boleh mintak ape je yang kita nak kan, so Jay ni mintak backstreet boys.
Klako gile

So kesimpulan cite ni kalau budak-budak tengok tak elok. Lagi-lagi Islam. Sebab nanti dorang percaya macam hari kiamat macam ni pulak. Masa ni tiada istilah bertaubat last minit. Sekali tiupan sangkakala berbunyi semua hancur. 

Bagi orang berakal dan Islam, mestilah tahu sekarang pon hampir tanda-tanda besar kiamat makin hampir. Tak tahu tanya ustaz, baca buku agama. Jangan tengok movie macam ni. Rosak

Just for fun okay la. At least kita tahu betapa bodoh pemikiran orang kafir ni.

Sekian

Isnin, 25 November 2013

ULANG BATTLESHIP 509 KALI

Aku ada penyakit, kalau aku suke satu benda aku akan jadi OBES gile....hah OBSES. Contoh kalau aku suke satu lagu aku akan play lagu yang sama berhari-hari. Satu lagu je. Haaa pelik kan.

So aku baru perasan, aku obses dengan dua cerita yang aku selalu ulang bila boring. Jarang ada movie yang aku boleh ulang tanpa jemu. Salah satunya adalah Battleship. Sebab satu cite die best walaupon pasai alien merepek. Tapi mayb aku suke navy. Heee

Hero dia....Taylor Kitsch. First love aku dengan dia masa die blakon dalam cite The Covenant. Yang rambut panjang bawak moto besar, nak selamatkan awek die....pastu kene langgar pokok. Haaaa pastu cite John Tucker Must Die...John Carter. Sebab handsome tu memang la....suara dia...garau dalam. Seyes seksi...ko tutup mata pon leh tersenyum bila dengar dia cakap. Memang macho habis makhluk ciptaan Allah ni.
 Mantap gila...heeee
 Navy....hikhikhik
 Ini favorite scene....masa dia pakai kapal pearl harbor yang dah jadi muzium sebagai battleship, then dia jerit....." FIRE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Booom meletop dade aku siap ulang 10 juta kali part dia jerit pastu muke aku merah-merah tersipu. Sebab aku rase suara dia macho gila. 
 Perghhh pakai baju pon nama chocolate abs die....hehehehhe
 Selain dari cite Battleship yang aku dok ulang 509 kali, cite Harry Potter. Cite Harry Potter ni memang fantasi gila....so aku memang suke. Memang best lah tengok dorang membesar dalam filem ni. Lol tetibe ayat aku skema.
Bila ayah dah pasang unifi, aku download macam orang gila. Pastu bila ayah suh bayar bil...aku buat muke tahhi.

kbye

Rabu, 30 Oktober 2013

BOLEH TAK DOA MINTAK BERITA KECEWA UNTUK DIRI SENDIRI?

Aku try tampar muke aku hahahha 
Aku try buat cmni...rase macam nak terkoyak pehe aku! LOL yoga sangat
Meh aku tampar lagi sekali!!!!

Aku rase post kali ni takde kene mengena dengan tajuk. Sebab aku takde mood nak cerita pasai doa mintak kecewa tu LOL.

Next time lah enjoy the tumblr!