Memaparkan catatan dengan label MIMPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MIMPI. Papar semua catatan

Rabu, 2 Ogos 2017

INCEPTION, MIMPI DALAM MIMPI - Part 2




Mimpi je tadi...................... "Haishhhh...." 

Sebenarnya aku kecewa tadi hanya mimpi semata-mata. Pemuda tadi siapa pun tak sempat aku nak berkenalan. 

Tapi ini mimpi juga, aku berada di rumah ini! Kiranya ini mimpi atas mimpi? Macam mana aku boleh kembali pada mimpi tiga tahun lepas? Apa yang dah jadi pada aku? Aku cuba menggali semula ingatan apakah perbuatan terakhir sebelum aku tertidur dari dunia realiti menyebabkan aku boleh sampai kesini semula. 

"Cantikkan? Ibu menyuruh Raeng menjahitnya minggu lepas untuk kau. Kau suka?", aku mengangguk. Tak boleh jadi ni, skrip pun sebijik dengan mimpi tadi. Mungkin kes aku serupa macam satu animasi Jepun ni aku kena langsaikan satu misi sehingga mengikut takdir yang sebenar barulah aku boleh terlepas dari mimpi yang berulang ini. 

"Kau risaukan sesuatu?", Che Waiduri bertanya. 

"Eh, tidak ibu. Aku sebenarnya rindu sangat dengan ibu", aku terus memeluk tubuh wanita itu. Tiga tahun tidak berjumpanya walaupun pelbagai usaha aku untuk kembali. 

"Ibu juga. Ibu berserah pada takdir andai ini ketentuan kita tak ketemu lagi", Che Waiduri yang gagah perkasa ini kini menitis air mata. Diseka perlahan air mata dari wajah polosnya tapi makin kuat pula tangisannya. Aku menggosok belakangnya terasa tulang belikatnya timbul. Makin susut badannya...

Kami bersama keluar dari bilik dan abah siap sedia menunggu kami. Melihat mata kami yang berbekas dengan air mata, abah hanya tersenyum.

"Abah....", aku terus mencium tangan lelaki itu dengan penuh kerinduan. 

"Anak abah balik juga, ingatkan kami dah tak berpeluang berjumpa kau", tersekat-sekat suara abah. 

"Disana, saya sudah tiga tahun tak bertemu ibu abah. Saya pun berusaha macam-macam cara tapi gagal".

"Tiga tahun? Disini tiga bulan, cukup tiga bulan purnama malam tadi. Apa sudah jadi disana? Ada sesuatu berlaku pada kau?", abah bertanya kerana dia tahu segalanya dari awal. 

"Waiduri, Yahud, Siti....... jom gerak sekarang nanti kita terlewat untuk persiapan majlis", tegur salah seorang jiran kami. Sempat sejenak aku terfikir, skrip dia sedikit lain!

"Kita nak kemana ibu abah?", jangan cakap kita akan bersihkan surau usang tu.

"Hari ini ada majlis khatam al-Quran untuk anak-anak kecil kampung kita. Jom sekarang nanti bising imam kita lewat", haaa ugutan Imam masih menjadi basi-basi mulut orang kampung ini. 

Wan Yahud dan Che Waiduri tak lepas memegang tanganku seolah-olah takut kehilangan aku lagi. Bagi mereka tiga bulan kehilangan itu sudah cukup sasau. Boleh bayangkan bagaimana keadaan aku yang sudah tiga tahun tak berjumpa mereka. Sehinggakan ibu bapa kandungku sendiri aku tidak hiraukan, yang aku tahu aku rindukan ibu dan abah disini. 

Sampai sahaja di surau, aku terkejut beruk. Ini bekas surau usang yang mempunyai buaya sesat dalam mimpi aku tadi kini surau ini tersergam indah. Bersinar-sinar bercahaya dari pantulan air jernih kolam. Semasa kami melalui jambatan tunggal itu, mata ini terasa kagum melihat air kolam yang kebiruan jernih sehingga tembus jelas ke lantai jubin  dasarnya. 

"Abah, surau ini pernah terbiar kan?", aku nak pastikan mimpi aku tadi hanya fantasi,

"Aah, ada salah seorang Imam dari kampung seberang yang baik pulih surau ini. Kasihan dia. Anaknya hilang nyawa di kolam ini, mati lemas".

"Anaknya? Bagaimana sampai boleh tersesat ke sini anaknya?", pelik juga kata dari kampung seberang.

"Wallahualam, masa tu abah dah tak sedap hati bila kecoh satu kampung menjumpai mayat terapung di kolam bawah, satu je abah teringat. Teringatkan kau. Masa itu lebih kurang dua hari kau menghilang", masa ni abah memeluk bahu aku. Betapa hebat kasih sayang orang asing ini pada aku yang entah siapa-siapa pada mereka.

Seperti dalam mimpi, penuh orang dengan tugasan masing-masing ada yang sibuk memasak dan mengatur meja kerusi bawah khemah. Masuk sahaja di dalam surau, lihat beberapa baris kanak-kanak berpakaian serba putih masing-masing dengan al-Quran dan rekal yang cantik. Mereka membaca surah-surah bersama-sama. Bergema suara kecil mereka yang nyaring namun amat comel, terkadang ada lari pitching sedikit. 

"Hikhik.......", automatik aku terkalih pandangan mencari siapa yang tergelak serentak dengan aku sebentar tadi.

Mata kami bertaut kerana dia juga terperasan kami tergelak serentak tadi. Sungguh aku terkejut dialah lelaki yang bertarung dengan buaya dalam mimpi aku tadi. Dia hanya senyum dengan sedikit kepala tertunduk respon padaku. Sekali lagi dia menyelak rambut ikalnya paras bahu itu ke belakang dan kembali fokus memandang ke arah budak-budak yang ralit mengaji.

Eleh... sombong... , tak memasal aku mencebik dengan responnya tadi.
Tapi kan.....

Ya Allah, kacaknya.

Siapakah gerangan lelaki ini yang menghantui jiwa aku dari mimpi ke alam mimpi ini juga. Ralit tak lepas pandang menjamah mata pada lelaki itu dengan penuh tanda tanya dan mengingati semula aksi-aksinya dalam mimpi tadi. Akhirnya............

"Kau tengok apa tu Siti...?", abah menepuk bahu nasib baik tak melatah.

"Abah........ abah kenal dia siapa?", soal aku tanpa segan silu.

"Anak angkat Imam. Tak tahu pula asal mana tapi dia kacak kan. Kau suka dia ya?", aku tersenyum.

**************************************************
Pelik
Tiga hari aku masih tak sedar-sedar dari dunia mimpi ini. 

Tak habis-habis abah menyakat aku sukakan pemuda hari tu. "Kalaulah kau milik dunia ini aku sudah nikahkan dengan orang disini. Kalau kau nak tahu, dulu ibu kau yang datang mengurat abah. Abah masa tu ada beberapa calon lagi tapi Che Waiduri inilah cinta pandang pertama abah", selepas makan malam adalah aktiviti kami berborak di depan pintu rumah sambil menghirup udara malam dan kopi kaw ibu.

Walaupun tiada tv, tiada internet namun suasana inilah yang aku rindukan. Rasa tenang yang amat. Tiga tahun terasa cukup lama bagi aku meninggalkan tempat ini.

"Kau termenung sebab ingatkan pemuda kacak tadi ke ingatkan rumah kau disana?", soal abah.

"Abah ni, malulah. Abah, kalau dulu aku datang kesini sebab sakit. Sekarang bila datang kesini semula, mesti ada sesuatu telah berlaku. Lagipun sudah tiga hari aku tidur tapi masih tak sedar-sedar lagi..", abah dan ibu terdiam. Aku tahu mereka sedih jika aku menghilang sekali lagi seperti dulu. Aku membesar disini berpuluh tahun, bayangkan bagaimana rasanya jika berpisah kasih? Berbeza dunia. Aku tahu, ini mungkin dunia rekaan aku tapi rasanya kehidupan aku disini lebih baik. Terasa cukup sempurna.

"Abah, ibu..... jujur setiap hari disini apa yang paling aku takutkan adalah tidur. Aku takut tidak ketemu kalian lagi", kali ini Che Waiduri wanita gagah itu memeluk aku dengan tangisan hiba.

Seriuslah, tambahan pula sejak berjumpa dengan pemuda misteri tadi aku rasa tak perlu kembali ke dunia realiti pun tak apa! Aku lagi suka disini.

Akhirnya aku terlelap juga diriba ibu...

**************************************************

Bunyi desiran ombak berbuih-buih. Sah! Ini mimpi! Perlahan aku buka mata, ya aku berada dipersisiran pantai yang luas. Kiri kanan seperti tiada penghujung.

Aku tersentak terkejut bila ombak menyapa hujung kakiku. Sejuk. Seraya itu aku bangun dan memaling kebelakang, terus berjalan mencari sesuatu petunjuk. Beberapa minit berjalan aku melihat seorang lelaki sedang berdiri seolah-olah menunggu seseorang. Semakin menghampir, semakin jelas bibit senyuman dari bibirnya. Dia menunggu aku?

"Siti", bisu namun pergerakkan mulutnya memanggil nama aku. Lelaki bisu ini adalah pemuda misteri itu. Doktor psikologi aku Dr. Bazli pernah beritahu. Mimpi ini boleh terhasil dari kehendak atau impian yang mana kita asyik memikirkannya. Mungkin sekali lagi aku bermimpi pemuda ini kerana kehendak aku untuk bersama dia.

"Kau siapa? Apa kaitan kau dengan aku? Ini kali kedua kita bertemu dalam mimpi. Mungkin ada sesuatu yang kau nak beritahu aku", tak bersahut. Aku kini memandang kosong wajahnya menunggu respon. Dia tersenyum sekali lagi. Kami macam orang bodoh saling memandang dengan tersengih-sengih macam kerang busuk. Tapi kan..... terasa kupu-kupu dalam perut. Walaupun ia hanya mimpi. Tapi cukup buat aku rasa bahagia.

"Mana kau tahu nama aku Siti?", soal aku lagi. Rambutnya cantik beralun-alun ditiup angin pantai. Ada kala rambut itu menutup wajahnya. Tak sangka berani aku memegang rambutnya dan selitkan pada telinga. Dia membiarkan perlakuan aku sambil menutup mata dan tersenyum.

"Eh kau ni, macam scene romantik pula", tegur aku pada diri sendiri setelah kewarasan muncul.

Tiba-tiba langit gelap. Melihat dia menutup mata aku pun turut mengikut dan aku dapat rasakan genggaman tanganya. Detik aku membuka mata semula muncul ombak besar seperti tsunami gergasi menghampiri kami dan tak sempat aku menjerit kami sudah diterkam di dalam ombak yang ganas. Aku cuba mencuri nafas namun tak mampu. Beberapa kali aku mengingatkan diri yang ini semuanya mimpi semuga aku cepat tersedar!!

Tersedak air laut...

"Ya Allah!!", aku tak mampu untuk bernafas lagi andai ini pengakhiran, aku redha. Kini lelaki tadi terlepas dan semakin menghilang..... aku menutup mata dan berserah.

**************************************************

Zapppppppppppppppppppppppppppp

"Ibu!!!", itulah ayat pertama keluar dari tekak aku yang terasa amat perit dan kering. Buka sahaja mata aku melihat Che Waiduri dan Wan Yahud.

"Siti....... kenapa??", syukur aku berjaya kembali ke sini walaupun ia masih belum realiti. Tekak aku terasa sisa air masin. Pelik sungguh.

"Siti, apa sudah berlaku. Kami dengar kau meracau jerit-jerit", aku tak menjawab terus memaling ke arah tingkap. Matahari sudah tegak atas kepala rupanya.

"Kenapa ibu abah tak kejut aku bangun?".

"Kami kejut subuh tapi kau macam tidur mati. Kami siap solat dibilik kau lagi, sepertinya kau masih alami mimpi dalam mimpi kan?".

"Lupa nak beritahu, Imam datang ke rumah. Dia nak jumpa kamu", Wan Yahud tersengih. Mungkin lelaki itu ada datang sekali bersama imam. Bingkas aku bangun dari katil sambil membersihkan taik mata.

Hampa. Imam berseorangan.

"Kau tahu aku ada anak angkat kan? Namanya aku tak tahu, tapi aku panggilnya Abu Wasim maksudnya kacak", sengihan imam itu berleretan ke Wan Yahud. Ini mesti abah cerita sesuatu tentang aku pada imam.

"Dia macam kau", masa ini aku agak terkejut.

"Entah dari mana dia datang, anak-anak perempuan aku jumpa dia ditepi pantai. Lebih kurang 4 bulan lepas. Dia macam murung, tiada ingatan, tiada memori langsung. Sekurang-kurangnya kau sadar, yang kau bukan asal dari sini. Aku rasa kau patut jumpa dia. Aku sudah minta izin orang tua kau untuk bermalam dirumah aku. Memandangkan rumah aku jauh nun dihujung teluk pulau ini, nak ulang alik seharian amat memenatkan. Boleh kan?", imam menyoal Wan Yahud sambil tergelak kecil.

"Siti bagaimana? Inilah masa nak kenal dengan Abu Wasim tu", Wan Yahud terus dicubit Che Waiduri.

"Merah padam sudah muka anak tu... abahnya".

Aku bersetuju kerana aku yakin setelah dua kali bertemu dengan lelaki misteri itu dalam mimpi mesti ada sesuatu petunjuk. Imam datang kesini dengan kudanya seekor dan dia menyuruh aku menaiki kuda itu kerumahnya sendirian dan dia pula terus ke masjid. Habislah, seumur hidup aku tak pernah menaiki kuda.

"Pertama kali? Jangan risau, Zahab ini kuda pintar. Dia tak pernah sesat dan hebat", terus kuda itu duduk mencecah lantai rumput untuk aku naik dengan selamat. Sebaik sahaja kuda itu berdiri aku menjerit gayat. Perlahan kuda itu memulakan langkah, aku terus melambai-lambai ke arah ibu abah dan imam.

"Lupa bagi salam pada Zahab. Terima kasih beri aku tumpang kau ya", belai aku pada lehernya. Masa ini Zahad terus memberi respon dengan bunyi kuda yang normal mendatar sahaja tapi tingkahnya tidak seiring dengan responnya, tidak semena-mena terus laju lariannya. Nyaring jeritan aku memecah suasana namun dalam beberapa saat badan aku melayan alunan larian Zahad sepertinya aku sudah berpengalaman menunggang kuda.

Baru aku tahu, jauh sungguh rumah imam. Mulanya kami rentas hutan, gelap. Kemudian kami lalui semak renek paras kaki kuda dan kini barulah berjumpa pantai. Namun kami harus melalui sepanjang pantai untuk ke kawasan teluk iaitu agak terselindung disebalik rumah api yang tinggi. Akhirnya kami lihat rumah imam yang besar tersergam indah. Aku disambut oleh anak-anak perempuan imam iaitu mereka juga kenalan aku sejak kecil lagi.

"Liza, Lidiya... lama tak jumpa kau. Kau tak turun kampung ke?".

"Kau yang hilang! Kami ada je disini. Minggu lepas adik demam panas, aku terpaksa duduk dirumah", jelas Lidiya yang dari dulu lagi cantik yang amat.

"Aku datang ke sini sebab nak jumpa Abu Wasim...........", tak sempat aku meneruskan ayat kini Abu Wasim muncul depan kami.

"Kami tahu tentang kau, abi beritahu. Kami tinggalkan kau berdua untuk berbincang. Kami siapkan makanan di dapur. Abu Wasim, ini Siti. Imam sudah ceritakan pada kau kan? Mana tahu dia boleh bantu kau".

Abu Wasim mengambil ruang kerusi dihadapan aku. Ya Allah, seperti dalam mimpi tadi. Lelaki kacak ini sungguh mempesonakan. Juraian halus rambutnya yang paras bahu ini membuatkan dunia seolah-olah seperti bergerak perlahan, slow motion.

"Kita cakap kat luar boleh? Sini macam tak best", eh kau boleh bersuara rupanya. Abu Wasim menunjuk ke arah pondok kecil di hadapan rumah yang menghadap laut. Aku bangun tanda bersetuju, tak selesa kalau Liza dan Lidiya dengar.

"Biar saya kenalkan nama saya Siti Husna tapi orang disini panggil saya Siti sahaja...", aku menceritakan dari awal bagaimana aku boleh wujud dalam dunia ini.

"Saya tak tahu awak dari mana tapi menurut imam dia jumpa awak di tepi pantai. Saya pula dijumpai dalam hutan dalam keadaan tak sedar. Mungkin kalau 4 bulan awak disini boleh jadi bertahun-tahun sudah awak tinggalkan dunia realiti".

"Boleh jadi saya mungkin sudah mati kerana tiada satu memori yang sayang ingat", sugul wajah Abu Wasim.

"Boleh jadi juga awak memang asalnya dari dunia ini tapi kampung lain. Awak sesat kesini. Banyak kemungkinan, tak semestinya kes kita sama", Abu Wasim terus mengangguk.

"Awak suka dengan nama awak sekarang? Abu Wasim.....", setelah lama serius berbincang kini aku cuba untuk menukar topik yang tidak serius. Lihat dia amat tertekan.

"Suka rasa klasik sangat. Saya rasa saya tak pernah rasa begini. Macam zaman dulu-dulu pula", agak terkejut mendengar respon Abu Wasim dan aku yakin dia asal dari dunia aku yang agak moden.

"Awak datang pun naik kuda bukan kereta kan. Rasa macam 'time leaping' kan?", berbahasa english pula.

"Walaupun sudah berpuluh tahun saya disini, sampai sekarang saya tak jumpa jawapan. Ini dunia apa. Tapi rahsia Pencipta kan? Tiada yang mustahil".

"Sebenarnya saya selalu mimpikan awak. Dalam kiraan lebih kurang 4 bulan disini. Hampir setiap hari saya mimpikan awak. Erkkk jangan ingat mimpi yang bukan-bukan tu tapi entah. Rasanya macam kita sudah lama kenal".

"Tapi kenapa hari itu kat surau awak buat-buat tak kenal saya?", makin rumit. Aku baru dua kali berjumpa Abu Wasim.

"Sebab dalam mimpi awak lain..... macam chubby sikit", masa ni tak tahu nak terkejut ke nak marah. Tapi kenapa dia mimpi figura aku di dunia realiti? Adakah aku kenal lelaki ini?

"Eh kau......", dengar je ayat 'chubby' dari awak terus kau nada aku. Namun aku tersembul gelak melihat muka tahan cuak Abu Wasim yang tersasul dengan ayat 'chubby' tu.

"Amacam sekarang? Sebab tu aku rasa tak guna aku kembali kat dunia realiti. Disini semua aku ada, ibu abah dan kawan-kawan disini. Sini aku amat tenang. Disana aku terlalu serabut sehingga aku rasa tiada jiwa dan kosong".

"Tapi fitrah kita disana Siti bukan disini. Aku rasa ada sebab kenapa aku dan kau disini", masa ni Abu Wasim tersenyum seperti cuba mengembalikan semangat aku untuk terus hidup.

"Andai kau terbangun dari mimpi ini, tolong carikan aku. Kejut aku.....", pinta Abu Wasim. Baru aku perasan kami sudah berbahasa kau aku. Siapalah gerangan Abu Wasim ini. Adakah aku kenal dia? Tiada secebis pun ingatan aku untuk Abu Wasim.

"Boleh jadi kau kat sini kacak gila, kat dunia realiti sebaliknya???", walaupun kelakar tapi aku cuba untuk serius. Dalam hati, aku sengaja memulang paku keras.

"Hahaha, kantoilah kau kata aku kacak la ni??", berdekah-dekah Abu Wasim ketawa.

"Ini kali pertama sepanjang 4 bulan kami melihat Abu Wasim gelak dan senyum ceria macam ni. Memang tak salah kau datang sini Siti", Liza menyapa membawa dua gelas berisi air. Terus Abu Wasim terdiam malu.

"Kalau sebelum ni, mukanya muram aja. Buntu siapa diri dia sebenarnyalah.... kat manalah... semuanya dia tak ingat. Sekarang ni macam Abu Wasim sudah dapat memori?", bertalu-talu kini Lidiya menyerangkan dengan persoalan.

Selesai makan malam, Liza beritahu semua penghuni rumah, termasuk aku dan Abu Wasim yang imam akan membuat qiamulai malam ni. Disuruhnya kami supaya tidur awal dan se per tiga malam nanti dia akan kejutkan semua.

Aku susah lelapkan mata malam itu, kerana naluri aku katakan yang aku akan bangun di dunia realiti nanti. Kerana aku telah berjumpa Abu Wasim. Motif apa lagi untuk aku terus berada disini? Setelah lama resah-gelisah aku bangun dan keluar duduk di pangku pondok yang menghadap laut yang tak pernah tidur. Bulan pula penuh mengambang, besar rasanya boleh sampai beberapa puluh meter jaraknya.

"Kau tak boleh tidur?", sapa Abu Wasim. Dengan memakai kopiah putih, berbaju hitam dan berkain pelikat membuatkan aku tak sengaja tersenyum.

"Kau senyum tengok aku kenapa? Kacak kan? Haha aku pun tak ingat wajah aku sebenar kat dunia realiti. Mungkin teruk gila kot", dia masih gelak berbaki sambung gelak petang tadi.

"Pertama kali jumpa kau dalam mimpi. Kau jerit nama aku masa tu aku nak selamatkan kau dari buaya besar. Masa tu kira terus jatuh cintalah. Tak sangka pula lepas mimpi jumpa kau kat surau yang sama".

"Iya? Buaya? Kenapalah kau jujur sangat ni? Aku terkedu laa", bersahaja respon Abu Wasim yang terus duduk sebelah aku. Kami sama-sama menghadap laut.

"Kalau kau jumpa aku kat dunia realiti nanti hodoh, adakah kau masih jatuh cinta dengan aku?". Kali ni Abu Wasim memandang aku.

"Ermm aku akan minum racun dan jumpa kau kat sini semula", laju je jawapan aku.

"Bunuh diri itu tidak bau syurga wahai Siti Husna", teguran Abu Wasim menyentap aku namun benar katanya. Aku terlalu mengikut hawa nafsu. Aku sedar khilaf sendiri.

"Tapi macam mana kalau aku tak boleh balik maksud aku selamanya disini? Kalau kau hilang macam sebelum ni sampai 3 bulan, aku macam mana?", kasihan Abu Wasim.

"Aku rasa kalau aku tidur ni kemungkinan besar, aku akan sedar dari mimpi ni... sebab aku dah jumpa kau. Atau .... sebaliknya kau yang akan bangun sebab kau dah jumpa aku", kami berbincang tak sedar sudah waktu untuk qiamulai. Imam muncul di depan pintu memanggil kami.

"Ayuh kita solat sunat mohon petunjuk".

Seumur hidup aku, tak pernah aku buat qiamulai. Surah apa yang dibaca imam lama sangat sehingga aku tersengguk-sengguk. Masa ini juga yang aku mengantuk, tadi segar-bugar mata. Sewaktu sujud menunggu takbir dari imam akhirnya aku terlelap juga.

**************************************************

Aku buka mata perlahan-lahan lihat berselirat wayar kiri kanan dan aku tak boleh bergerak. Tet....tet...tet... bunyi mesin kuat berbunyi.

Orang pertama yang aku nampak adalah Dr Bazli! Ah sudah aku kembali semula ke wad psikiatri apa yang sudah berlaku kepada aku lagi?

"Siti, sekarang boleh dengar suara saya?", aku mengangguk. Aku biarkan saja Dr Bazli memeriksa aku.

"Jangan panik, Siti awak dah tak sedarkan diri di hospital ini selama dua minggu. Awak ingat tak awak admit hospital sebab apa?", aku menggeleng. Memang aku betul-betul blur sekarang. Ingatan aku hanya pada dunia-dunia mimpi tadi.

Dr Bazli tersenyum.


-bersambung-

Rabu, 28 Jun 2017

INCEPTION, MIMPI DALAM MIMPI - Part 1


Aku dapat rasakan roh berdesup kembali ke tubuh..

Aku sudah sedar tapi mataku berat untuk dibuka.

Sayup-sayup kedengaran kecoh diluar bilik. Diamati perlahan-lahan ianya bukan suara keluargaku, tapi orang luar. Bukan penceroboh mungkin jiran-jiran yang bertandang kerana berselang-seli dengan hilaian tawa ibu. Lega, mereka masih ada dan aku masih berkesempatan dipinjamkan nyawa lagi.

Tak elok anak dara terbongkang, sedangkan ramai tamu datang. Baik aku bangun. Terkebil-kebil menghadam suasana sekitar aku kini. Cerah, angin sepoi-sepoi membelai langsir bagaikan semuanya berlaku dengan perlahan, slow motion. Tenangnya... tapi,

Sejak bila pula aku menukar langsir bilik berwarna hijau lembut?
Sejak bila pula bilik aku berdekorasi ala-ala melayu sangat ni? Katil kayu berkelambu, siap ada meja solek kayu berukir corak unik klasik, mata tertacap pada sikat kayu serius menarik.
Baju-baju berlipat susun rapi di rak yang sejujurnya aku tak suka melipat baju sebegitu dan biasanya semua baju-baju bergantung dalam almari. Aku paling tak suka melipat baju, leceh!
Paling ketara adalah dinding bilik ini berkayu...tidak buruk tapi cantik. Sederhana tapi efek klasik tu membuatkan aku rasa seperti berada di sebuat chalet mewah diluar bandar.
Betul ke ini bilik aku? Aku dimana ni?

Kini mata lebih segar, aku paksa tongkat badan dalam posisi duduk. Ditekan-tekan katil serius keras, macam katil orang lama-lama. Melihat cadar dan sarung bantal juga bercorak orang dulu-dulu, bunga besar-besar warna pastel. Ini berlainan sungguh dengan citarasa jiwaku. Bilik aku yang sebenar bukannya begini. Dinding batu, bercatkan kelabu kuning menaikkan tema moden kontemporari dihiasi penuh dengan bingkai gambar hasil lukisan aku sendiri dan gambar-gambar artistik, sengaja bilikku disuramkan dengan langsir hitam terapi minda untuk penghidap insomnia seperti aku. Terdapat set komputer berada dihujung kaki katil, kiri almari baju dan rak buku yang tinggi sehingga ke siling bilik.

Ya aku kini berada di tempat asing, kerana segalanya berlainan. Tapi sepertinya aku pernah kesini... adakah aku masih belum tersadar daripada mimpi?!

Pantas aku menyelak selimut dan bangun keluar dari bilik. Semua yang berada diruang tamu kini terdiam serentak dan memandang kaget. "Bangun pun kau, lekas mandi. Sudah lewat nanti imam marah", wanita yang bersuara itu bukannya ibu kandungku, namun aku mengenalinya.

Sah, aku kembali pada mimpi tiga tahun lepas!

Dalam tak sedar aku termanggu dihadapan pintu, sekali lagi aku dijerkah. "Kau termenung apa lagi Siti? Lekas, baju nanti ibu hantarkan ke bilik, ayuh lekas mandi", kali ini wanita itu bangun menggesa aku bergerak. Suaranya mirip ibu kandungku, namun ianya hanya suara.  Rupa parasnya wanita ini sungguh jelita, seperti tidak layak gelarnya sebagai ibu kerna persisnya seperti anak dara.

Siapa dia?

*****************************************

Che Waiduri diberi nama, yang di alam ini dia ibuku, manakala Wan Yahud adalah bapaku. Aku mengenali mereka sejak tiga tahun lepas yang mana setahun aku merana dengan masalah psikologi menyebabkan aku sering mimpi bersambung. Aku berjumpa mereka setiap hari malah pernah aku berterusan tidur seminggu sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir koma mati otak. Waktu itu, seminggu didunia nyata bagaikan bertahun disana sehingga aku sudah selesa berada disana. Berbagai usaha dilakukan, terapi psikologi, berubat ustaz, bomoh?? Sesungguhnya aku teramat bersyukur dikurniakan ibu bapa kandung yang tak putus asa dengan anaknya yang mental sebegini. Bagaimana aku tersesat didunia Che Waiduri dan Wan Yahud sehingga kini aku tiada jawapan.

Merana? Semuanya berlaku akibat putus kasih dengan seorang jejaka bukan seagama dan sebangsa menyebabkan iman aku diuji dengan kemurungan yang sangat hebat. Beberapa kali aku cuba untuk menamatkan riwayat sendiri namun Allah masih memberi peluang berpuluh kali untuk meneruskan kehidupan. Beberapa kali juga aku pernah mengamuk sehingga terpaksa diberi ubat tidur. Ini bak kata pepatah, kerana cinta manusia jadi hina dan lemah. Kesimpulannya, aku meroyan sehingga hilang pedoman.

Selama setahun (kiraan tempoh di dunia nyata) aku bertemu dengan Che Waiduri dan Wan Yahud namun di alam mimpi bagaikan bertahun-tahun aku berada disana. Kali pertama aku berjumpa mereka sedar-sedar aku sudah berada di rumah mereka. Katanya mereka menjumpai aku sesat dihutan belakang rumah dan yang paling pelik umur aku waktu itu lebih kurang belasan tahun, Ya belasan tahun, kerana rupa parasku masa itu masih tak matang, seperti dalam movie 13 going on 30 tapi versi sebaliknya.

Mulanya aku ingatkan aku betul-betul sesat tapi tak logik pula jasadku waktu masih remaja sedangkan umurku sebenar 26 tahun. Pelbagai spekulasi yang aku fikirkan, mungkin aku betul-betul hilang waras dan mungkin juga aku dah lama mati. Wan Yahud adalah orang yang paling gigih membantu aku sehingga ke beberapa kampung seberang mencari ibu bapa aku. Serius pelik aku tak jumpa sebuah kereta pun. Hanya basikal dan kereta kuda, membuatkan aku merasakan yang aku berada jauh dari bandar. Betul-betul kampung terpencil.

Puas berusaha mencari jalan pulang. Menurut Imam disana, aku bukannya berasal dari sini (dunia mereka) tetapi dari dunia lain dan kini aku berada dalam keadaan separa koma di dunia realiti. Setelah diberi air penawar oleh imam tersebut aku tersedar dari mimpi dan dengan itu barulah aku memahami semua yang berlaku ini adalah mimpi. Namun ia tidak berakhir begitu sahaja, setiap kali aku tidur aku akan berjumpa mereka dan menyambung kehidupan harian seperti biasa.

Setelah beberapa kali aku melawat mereka disana, Wan Yahud menyatakan hasratnya mengambil aku sebagai anak angkatnya. Pasangan ini sememangnya belum beroleh zuriat sendiri beranggapan aku adalah anugerah Tuhan kepada mereka. "Mungkin Tuhan menghantar kau sementara disini sebagai hadiah kepada kami. Aku sudi menjadi penjaga kau, aku tahu ini sementara tapi walau apa pun terjadi aku tetap menganggap kau sebagai anak aku sendiri. Kau boleh panggil kami abah dan ibu, bila tiba waktu nanti kau boleh pulang semula ke tempat asalmu", menusuk jiwa kata-kata Wan Yahud yang sehingga kini jika teringat ia boleh mengundang sebak dan airmata.

Kali terakhir aku berjumpa mereka adalah tiga tahun lepas selepas beratus sesi terapi psikologi aku jalani dan berapa juta pil gila aku telan. Persoalannya apa yang sudah berlaku menyebabkan aku kembali ke dunia mereka lagi? Aku frust lagi ke? Aku koma lagi?

*****************************************

Usai mandi, sekembalinya aku ke bilik terlihat bergantung baju kurung hijau lembut cantik dijahit manik mutiara. Tekstur kain tersebut selembut sutera  menyebabkan aku tersenyum tanpa sedar. "Cantikkan? Ibu menyuruh Raeng menjahitnya minggu lepas untuk kau. Kau suka?", aku mengangguk, masih kagum dengan hasil tangan halus Raeng. Tak sangka rakan sepermainan aku itu cukup berbakat walaupun dia seorang lelaki. Tanpa segan silu, ibu sendiri menyarungkan baju cantik itu ke tubuhku. Aku membiarkan seperti anak kecil menunggu untuk disiapkan. Rambutku disisir rapi dengan sikat kayu yang dari tadi menarik minat aku. Akhirnya disarungkan tudung berenda halus. Serius macam pengantin, cantik.

"Ibu, dengan siapa aku bernikah?", soal aku kini.

"Wahai Siti, kau berangan ya? In sha Allah kau akan ketemu jodohmu nanti. Siap sudah kau tunggu ibu ya, aku sarung tudung dan kita gerak sekali".

Aik? Kalau bukan aku yang bernikah, siapa? Cantik begini bukan aku yang bernikah? Seronok pula melihat diriku didalam cermin. Part yang paling aku suka di alam mimpi ini adalah aku seorang wanita langsing dan sungguh cantik. Sila bayangkan aku persis artis NurSajat tu. Hidungku tinggi mancung, kulitku mulus, bibir munggil kemerahan dan mataku tak perlu pakai maskara dan eyeliner. Sudah cukup cantik dan sempurna, boleh bayangkan ibuku Che Waiduri jelita bagaimana? Ternyata dia berganda lebih cantik, lebih cantik dan asli dari Rozita Che Wan tu.

"Cantiknya anak abah, jom kita gerak sekarang nanti Imam marah pula kita lambat", perlahan daun pintu dibuka, kini Wan Yahud menanti aku dengan penuh segak bersampin.

"Abah mahu bernikah ke segak begini?".

"Mengapa abah perlu bernikah lagi sudah cukup ibumu seumur hidup abah", cukup romantis. Seorang lelaki gagah, bermisai garang tak sesuai langsung dengan wataknya yang tenang dan berhemat tuturnya. Ibu keluar dari bilik kemas bertudung sambil tersenyum melihat aku dan abah.

"Ibu... abah... minta maaf sudah lama aku tak ketemu ibu abah", aku mencium tangan mereka dengan hormat dan penuh kerinduan. Mereka banyak berjasa pada aku.

"Rumah kami sentiasa menunggu kehadiran kau anak.... apa yang sudah berlaku disana sehingga kau pergi tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal?", soal Wan Yahud. Mereka tahu mengenai perihal mimpi dan alam kami berbeza. Respon mereka tidak terkejut kerana banyak rahsia Allah yang tersirat dan semua tak mustahil.

"Aku pun tak tahu abah, ibu bila aku tidur semula aku tidak lagi boleh berjumpa kalian. Bagaikan pintu dunia ini sudah tertutup untuk aku. Tiga tahun sudah berlalu".

"Kau dah meninggalkan kami tiga bulan. Kasihan ibumu makan tak lalu teringatkan kau. Tengoklah bilik kau, berapa helai baju yang dijahit untuk kau. Kadang-kadang abah bangun tengah malam tengok dia hilang rupanya tidur dibilik kau", Wan Yahud suka menyakat isterinya. Peliknya baru tiga bulan aku hilang dari dunia ni.

"Abah kamu yang rindu kamu berlebih sikit-sikit canang nama anaknya. Anak dia cantik, anak dia pandai masak, yang kita ni dia dah tak nampak", aku percaya yang Wan Yahud dan Che Waiduri amat menyayangi aku. Semoga Allah perlihara mereka sebaik-baiknya.

"Jom kita gerak dah tak payahlah berjejak kasih sekarang nanti Imam mengamuk lagi haru", salah seorang tetamu menegur kami berdrama dihadapan mereka tanpa sedar.

Kami beramai-ramai berjalan kaki menuju ke destinasi yang sama. Memang pelik kerana semuanya berpakaian cantik sepertinya semua mahu bernikah. Over sangat berhias. Sampai saja di suatu tempat kelihatan orang ramai berkumpul. Kenapa kami berkumpul di surau usang ini? Unik sangat surau usang ni, besar dibawahnya kolam dan ada satu jambatan tunggal dari pintu pagar terus ke dalam perut surau. Kolamnya seperti amat dalam, berkarat airnya hitam legam, keliling surau ini terdapat pelbagai jenis pokok buah. Semua pokok disini subur lebat berbuah namun kenapa surau ini diabaikan?
Apa motifnya kami berhias cantik begini semata-mata untuk gotong-royong bersihkan surau kotor ini? Berlengaslah nanti, habis baju cantik aku. Orang kampung disini tak pernah terniat nak baiki surau ini sehinggalah seorang Imam muda dari kampung seberang menyatakan hasratnya untuk membaiki pulih surau ini dan membuat majlis kesyukuran disitu dengan dananya sendiri. Kaya sungguh!

"Saya bahagikan kepada beberapa bahagian untuk tugasan yang berbeza", terkejut aku kerana automatik semua orang kampung yang berkumpul tadi bergerak pantas mengikut kelompok kumpulan sepertinya sudah dirancang lama pembahagian tugas ini. Ibu menarik aku bersamanya.

"Pertama ditugaskan disini, dan disini. Kedua disini .......", aku masih bingung dengan kecekapan orang kampung yang tidak berlengah-lengah dengan tugasan masing-masing. Ia cukup mustahil didunia aku, mungkin hanya askar terlatih sahaja begini.

"Kita bersihkan kolam ini dan tukarkan dengan air sungai sehingga jernih terlihat jubin lantai kolam ini. Yang wanita pula, hiaskan karpet, langsir dan birai tabir. Yang dihadapan aku ini bahagian memasak", Imam yang tegas ini seperti ketua. Dia beri arahan yang tak logik. Tukar air kolam sehingga jernih nampak jubin? Air sungai pastinya keruh, seperti air tea, masakan boleh jernih kerana jubin itu sendiri berwarna coklat cair.

Ibu menarik aku menaiki jambatan yang terus masuk ke bahagian dalam surau, diikuti juga beberapa wanita lagi. Lagi beberapa langkah sampai ke pintu masuk surau, aku melihat sesuatu bergerak pada kolam dibawah surau. Air kolam yang berkarat itu kini sedikit berkocak. Aku terhenti melangkah dan duduk mencangkung menunggu air kolam itu berkocak lagi. Betul ke apa yang aku lihat tadi? Aku syak ada haiwan asing dalam kolam ni! Aku yakin.
"Haish kau kenapa cangkung sini, nanti..........."

"Ibu!!!!!!!!! Buaya!!!!!!!!!!!!!!", jeritan aku mengejutkan semua yang berada disana termasuk Imam. Wanita yang tadi mengikut kami di atas jambatan semua berlari keluar semua ke perkarangan surau bimbang diserang buaya. Tinggal hanya aku dan ibu. Dari riak wajah ibu langsung tiada mimik gentar akan buaya tersebut. Itulah Che Waiduri, dialah wanita paling berani di sini siapa tidak kenal. Sang harimau sendiri pernah tunduk padanya. Dilaut juga dia beraksi hebat dengan menyelam dan menangkap ikan-ikan gergasi dengan menggunakan sebilah pisau kecil sahaja. Setakat buaya ini perkara mudah baginya.
Ibu menarik jubahnya ke atas dan diikat namun dihalang oleh abah. "Isteriku, dengar kataku ini, biar orang kampung yang uruskan. Kau dan Siti masuk ke surau teruskan tugasanmu sayang", sehebat-hebat Che Waiduri itu juga lemahnya pada Wan Yahud, kelakar kan? Aku terpaksa akur, masuk sahaja ke dalam perut surau dengan penuh kederat aku membuka kesemua pintu. Bayangkan, dinding surau ini seperti pintu lipat, Habis ditolak semua, kini surau itu terbuka luas seperti tiada dinding yang boleh berselindung. Ditengah-tengah surau mempunyai tiang besar dan kukuh yang sini masih tak tercela bentuknya. Pelik juga surau ini tidak berhabuk apatah lagi bersawangm, tiada langsung! Cumanya tiada berkarpet, masih boleh terasa tapak kaki penuh dengan pasir asing.

Aku mencari ibu, hilang. Sah dia keluar melihat buaya yang sesat tu. Aku keluar ke jambatan itu semula. Kini seorang pemuda berambut paras bahu sedang mengikat tali untuk sasaran mucung mulut dan ekor buaya tersebut. Sepertinya dia sangat-sangat berani kerana hanya dia seorang yang beraksi. Orang lain hanya melihat namun disergah Imam meneruskan tugasan masing-masing.

Perlahan pemuda itu mencelup kaki sambil mulutnya terkumat-kamit. Sekali-sekala dia menyelak rambutnya yang beralun menutup mukanya dan disisipkan kebelakang. Masa ini aku terkesima.

Allah.....kacaknya! Macam hero tarzan.
"Siti..... nanti imam marah baru tahu. Pergi lekas bersihkan dalam surau", aku terkejut dari ralit menjamu mata dengan pemuda gagah itu. Keluhan aku didengari ibu. Sebelum sempat dia bersuara aku terus kembali ke dalam surau mencapai penyapu. Sesekali aku mencuri pandangan pada pemuda itu yang semakin tenggelam dalam kolam yang ngeri tu. Melihat bayangan abah sudah tiada, aku berlari ke arah kawasan mengambil wudhu iaitu berhampiran dengan kolam tersebut semata-mata ingin melihat pemuda tadi.

"Tunggu jangan bergerak, buaya ini tahu kamu nak tangkap dia tapi dia lagi bijak dia sudah bersedia nak serang kamu. Tunggu aku turun tarik ekornya!", itu dia Che Waiduri bersuara, kedegilannya membuatkan suaminya sendiri menyerah kalah. Tak sempat abah bersuara kini dia sudah terjun dibahagian bertentangan dengan pemuda tadi iaitu dibelakang buaya tadi. Disebabkan terkejut buaya tersebut terus bergerak kebelakang, mulutnya menghala pada ibu untuk menyerang. Dengan pantas pemuda tadi mengikat ekor buaya dengan tali dan dicampakkan hulu tali kepada Imam agar diikat pada batang pokok berhampiran. Serangan buaya tadi terbantut apabila gerakannya tidak sampai untuk menyerang Che Waiduri.

Masa ini aku melihat ibu menyelam dan bergerak laju mengikat keempat-empat kaki haiwan tersebut. Kini buaya itu bersungguh berguling-guling dengan mulutnya besar ternganga. Kini semua hanya kaku melihat buaya itu menggelupur seperti menunggu haiwan itu penat. Namun disebabkan buaya itu amat besar, pokok yang diikat tali tadi patah. Semua menjerit kerana lihat buaya itu menuju semula ke arah pemuda tadi. Dengan pantas ibu menyelam dan entah bagaimana ibu berjaya mengikat mulut buaya tersebut tetapi ekor buaya itu sempat melibas tubuh ibu. Pemuda itu dengan pantas menerkam haiwan tersebut kini mereka bergelut bergilir-gilir berguling. Sekejap pemuda itu dipermukaan, sekejap dia tenggelam.

Kami termasuk aku yang melihat aksi itu menjerit-jerit ketakutan hampir tercabut jantung. Melihat abah sudah menarik ibu keluar dari kolam aku matikan niat aku untuk menghampiri mereka takut dijerkah imam. Aku tak berhenti berdoa agar pemuda tadi selamat dalam pertempuran luar biasa ini. Bergelodak air kolam yang sedia hitam itu kini penuh ampungan keladak dan lumut memenuhi ruang. Sukar melihat tembus ke dasar. Ya Allah risaunya, pantaskah dia menewaskan haiwan ganas ini?

"Saya kena turun, risau dia tak mampu bertahan. Imam boleh ikatkan semua tali ini pada pokok lain?", Imam bertindak pantas dan ibu turun ke kolam semula. Kini berbekalkan pisau belatinya dengan pantas ibu menikam kepala buaya yang semakin lemah itu. Pemuda itu diarahkan oleh imam untuk naik semula ke atas dan dengan berat hati dia akur. Melihat buaya ini semakin mengganas aku semakin risau apabila melihat ibu masuk semula membantu pemuda tadi. Aku yakin Wan Yahud adalah orang yang paling bimbang melihat isterinya sendiri bertempur dengan haiwan ganas itu, dengan itu dia menanti ibu dalam kolam itu juga paras dada.

Setelah beberapa minit buaya itu terapung dengan badannya terbalik tanda ia sudah tewas, kami yang menonton akhirnya menarik nafas lega.  Ibu perlahan naik ke tebing kolam sambil tercungap-cungap. Semua bertepukkan dan membantu ibu dengan memberikan tuala dan menyuapkan segelas air. Aku dari jauh tersenyum, tak sangka ibu membalas senyuman. Bangga sungguh aku pada ibu. Dia memang luar biasa hebatnya. Aku berlari ke arah ibu dan memeluknya, lantaklah jika dimarahi imam yang penting ibu selamat. Syukur.

Orang ramai menarik keluar buaya tersebut dari kolam dan mengikat rapi mulut dan kakinya takut-takut haiwan tersebut hidup semula. Sempat juga aku mengerling ke arah pemuda tadi yang termenung di tepi kolam. Mungkin dia kecewa tak dapat langsaikan amanah tugasnya dengan sempurna. Aku teringin sungguh untuk menegurnya.

"Kau sambung buat kerja ya, abah hantar ibu ke rumah salin pakaian. Jangan curi tulang ya nanti imam marah", pelik aku, orang disini takut sangat dengan imam. Dari dulu lagi kami diugut dengan nama imam untuk mengajar kami dari berbuat nakal. Menurut abah, imam adalah orang yang paling dihormati dan dia juga sebagai ketua kampung disini. Tanda terima kasih dengan tanggungjawab yang berat itu adalah dengan penghormatan tertinggi pada imam.

Dengan bantuan ramai, kini ruangan dalam surau sudah bersih dan cantik dihiasi dengan langsir hijau lembut. Karpet lantai inipun hijau lebih kurang pula dengan baju aku. Kalau aku baring ni silap hari dipijak tanpa sadar. Diluar pula sudah lengkap berkhemah dan berkerusi, rewang masak ramai-ramai semuanya seperti kenduri-kendara. Meriah, yang aku masih tak faham kenapa semuanya berpakaian cantik. Kalau aku la tak sanggup berlengas dengan peluh dengan busana indah ini. Aku mencari juga kelibat Raeng.... dimana kau rakan aku rindukan kau. Namaku dipanggil, aku kembali ke dalam surau untuk menyusun telekung dan sejadah. Sempat aku perhatikan naskah al-Quran mereka sungguh antik cantik dengan rekal kayu yang besar dan berkilat.

Ralit sangat melihat rekal al Quran istimewa itu tiba-tiba sekali lagi kami dikejutkan dengan bunyi jeritan orang ramai. Aku berlari keluar, aku lihat pemuda tadi berada dibawah perut buaya. Buaya tadi hidup dan menggelupur untuk bebas dari tali ikatan... tanpa berfikir motif aku terus berlari ke arah pemuda itu untuk menolongnya. Aku sempat mengapai cangkul dan melompat menghala tepat ke kepala buaya....

"Siti! Jangan!!!........................".

Zassss

Terasa berdesup roh kembali ke tubuh.

Aku pantas buka mata dan kini aku berada di dalam bilik. Ya bilik tadi.

Sepertinya aku baru bangun tidur? Tadi itu mimpi semata-mata atau aku pengsan diserang buaya?

Sayup-sayup kedengaran kecoh diluar bilik. Diamati perlahan-lahan ianya bukan suara keluargaku, tapi orang luar. Bukan penceroboh mungkin jiran-jiran yang bertandang kerana berselang-seli dengan hilaian tawa ibu.

Terbuntang mata terkejut, seperti cerita dimainkan semula dari awal. Dengan pantas aku menyelak selimut dan bangun keluar dari bilik. Semua yang berada diruang tamu kini terdiam serentak dan memandang kaget. "Bangun pun kau, lekas mandi. Sudah lewat nanti imam marah".

Itu Che Waiduri, ibuku di alam mimpi.................

- Bersambung -



p/s: Kisah ini adaptasi dari mimpi aku sebenar. Peace yo!



Rabu, 16 November 2016

MIMPI ORANG YANG SAMA BERULANG

Pernah tak korang mimpi sorang ni berulang kali. Dia bukan laki yang ko suke pon dan dia juga bukan musuh ko. Tapi bila orang kata jodoh.... jodoh...jodoh....

G babi kau!

Jodoh apak ko!!

Sebab ape aku marah? Sebab aku tak nak orang tu pon! Aku yakin orang tu tak nak aku jugak. Kenapa aku sakai sangat mimpi dia ni! 

Aku marah sangat ni! Kalau dulu orang kata jangan benci sangat nanti jodoh. Ye aku takot nak benci ko sebab aku xnk ade jodoh ngan ko! Sumpah cuak wehhhhhhhh..... so aku bajet sucikan diri dilebaran ini aku ulang2 nasihat hati jangan benci sangat.

Tapi malam tadi aku marah sampai aku menangis dari mimpi smpai terjaga aku menangis marah!

Aku marah betul kali ni. Spoiled mood satu hari!

Ini bukan 5 kali tau.... boleh kata selalu sangat. 

Sihir ke? Wallahualam.

Aku positif orang tu tak pakai sihir.

Dah jangan sebut perkataan jodoh. Aku tak suka. Lama aku sujud masa solat subuh tadi doa agar jauhkan mimpi mcm tu lagi. Sebab terkesan tau kalau selalu sangat mimpi

Yang aku peliknya aku tak de pulak pikir pasai ko or berangan nak ada life dengan kau. Aku tak paham. Yes mainan syaitan dan aku sangat2 marah. 

Tidur basuh kaki ko kate? Nak melecet kaki aku basuh malam-malam.
Dah acene???
Kalau aku mimpi Oppa Sleepy ni tak pe gak! Mimpi hari-hari pon aku tak marah. 


Smuga aku tak mimpi bukan-bukan dah pas ni

Sabtu, 24 September 2016

RANTAI - Part 4 FINAL


Perjalanan ke Pekan Nenas terlalu lama. Ubat pelali masih berkesan pada aku, akhirnya dunia menjadi gelap dan aku tertidur.

"Min... bangun!!", suara Julia. 

"Ju!!! Kau kat mana?"

"Kau bangun dulu baru nampak aku."

*********************************************************************

Aku terjaga. 

"Kita dah sampai ke?"

Polis dua orang dihadapan membatu. Tiada respon.

"Cik, kita kat mana", aku menyentuh bahu polis wanita itu, dia memaling. 

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!", terperanjat aku, wajah polis tadi tiada.  Aku memaling pula ke kanan arah pemandu. Polis kedua itu pun tiada wajah. Takut bukan kepalang, aku berkali-kali cuba membuka pintu kereta. 

"Bangun Min!!! Yasmin!!!", suara Julia lagi! Mungkin aku bermimpi, tapi macam mana nak bangun dari mimpi ngeri ni?

Akhirnya pintu kereta berjaya terbuka, kereta masih berjalan jika aku terjun pasti sakit. Sekali lagi aku memaling arah kedua-dua polis itu, mereka masih tidak berwajah itu menyebabkan aku terus terjun. Seperti belon, badan gemuk aku mampu menjadi seperti tayar berguling-guling. Pelik tidak sakit, malah aku terasa badan pula seperti ringan melantun-lantun di lantai tanah. 

Setelah beberapa ketika penat berguling, aku bangun. Sekelip mata aku berada di tempat lain. Suatu bilik putih mempunyai satu pintu. Buka sahaja pintu itu aku melalui suatu lorong kiri kanan berkaca. Aku dapat melihat diri sendiri yang lain dari yang lain. Aku kurus! Muka aku kini bersih tiada jerawat! Pakaian aku cantik dan ......

"Julia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!", Julia dihujung pintu. Dia melambai-lambai. Reaksi wajahnya seperti terdesak memaksa aku berlari menuju pintu dengan cepat. Aku berlari. Badan masih terasa ringan. Tapi langkah aku seperti berat dan semakin laju aku berlari semakin jauh jarak aku dengan Julia. Akhirnya aku melihat sendiri Julia menutup pintu. 

"Ini mimpi, aku tau! Ya Allah bangunkan aku dari mimpi ini", doa aku berkali-kali. Aku takut jika mimpi ini berlarutan. Zikiran dan ulangan ayat kursi akhirnya.........

***********************************************************

"Cik bangun kita dah sampai", aku terkejut. Berkali-kali melihat wajah kedua-dua polis itu normal. Harap kali ini bukan mimpi. Julia..........

"Kami mendapat laporan dari polis disini, mereka dapat menjejaki Nukman disekitar kawasan ini. Kini polis telah membuat sekatan lalu lintas di beberapa kawasan disini", polis wanita itu memberi sehelai kertas bercetak. 

"Ini suami awak kan?"

"Ya!!! Dia..........." dia bukan suami aku tapi watak ciptaan novel aku.

"Puan, suspek ditermui!!", polis kedua itu berlari tergesa-gesa ke arah kereta. Dengan pantas dia membuka pintu dan terus memandu. 

"Tapi Puan...... bukan Nukman Ariz tapi Saiful... wajah dia sendiri .... bukan wajah Nukman. Berbeza yang kita lihat itu. Yang kita sangkakan dia adalah orang yang sama.... Bukan!!! Ia betul-betul Saiful Ariz", polis wanita itu memaling kebelakang memandang aku.

"Siapa Nukman Ariz? Tiada rekod tentangnya langsung. Ini gambar siapa?" polis itu menunjuk kertas cetakan wajah Nukman Ariz pada aku. Aku hanya berdiam diri. Aku sendiri tidak tahu keadaan sebenar.

"Yasmin, saya khuatir tentang keselamatan awak. Siapa Nukman Ariz yang misteri ini?", memandang wajah polis. Aku membatu. ya memang misteri. Kerana Nukman Ariz adalah watak ciptaan aku, sebenarnya dia tidak wujud. Kini watak itu hidup kerana aku yang mencipta jalan cerita ini. Aku sendiri tidak pasti kenapa novel itu 'hidup'!!

Berhenti sahaja kereta polis itu, terlihat beberapa buah kereta polis memenuhi ruang. Turun sahaja dari kereta, kawasan itu sebenarnya penuh dengan kelapa sawit. Penuh dengan puluhan polis termasuk pasukan ambulans bersama ahli forensik.

Salah seorang anggota merapati kami memberi laporan kepada polis wanita disisi aku ini.

"Puan, seorang lagi mangsa ditemui, punca kematian. Mangsa dibakar hidup-hidup. Wanita, 30-an dan wajahnya masih boleh dicam walaupun beberapa bahagian sudah terbakar teruk."

"Julia??!!", aku berlari sebaik sahaja mendengar laporan itu. Polis wanita itu cepat-cepat memeluk aku agar aku tidak terus menerus melihat mayat ngeri itu. 

"Sabar Cik, saya takut Cik tak mampu melihat keadaan mayat"

"Bagaimana saya nak pastikan mayat itu bukan Julia kawan saya??? Entah-entah orang lain!!!" Habis meraung aku di kawasan itu. Aku sudah tidak peduli menjadi tatapan dari puluhan saksi di kawasan itu. 

Setelah polis membuat pengecaman, mereka menghampiri aku.

"Maaf Cik, kami pasti mangsa adalah Julia", luluh hati aku mendengar ayat itu. Julia satu-satunya kawan dalam hidup aku. Tiada dua, tiada tiga. Hanya satu, Julia yang aku sayang lebih dari ahli keluarga aku sendiri. Dia ayah, dia ibu, dia adik-beradik dan dia juga satu-satunya rakan aku.

"Boleh saya lihat dia?", tersekat-sekat ayat aku.

"Maaf Cik, saya takut Cik lemah semangat", pesan anggota polis itu.

"In sya Allah saya okay", polis wanita itu memberi isyarat membiarkan aku lihat Julia.

Terketar-ketar jemari aku untuk membuka bungkusan plastik hitam itu. Disaksikan beberapa anggota polis yang mengepung mayat, salah seorangnya membantu aku menyelak plastik hitam itu. Air mata mula berjujuran kembali. Satu per satu memori dengan Julia muncul. Air mata yang bertakung mengaburi penglihatan. Sekali diseka air mata itu agar aku jelas melihat Julia untuk kali terakhir.

.................................. Dia...............................

"Kenapa wajah Julia iras wajah saya?? Dia bukan Julia", aku memandang kawanan anggota polis keliling mayat yang terkujur itu. Tidak seorang pun memberi respon.

"Ini bukan JULIA!!", aku menjerit kembali memandang mayat separa hangus dihadapan aku.

Dengan tiba-tiba kawanan polis itu berzikir menyebut nama JULIA berkali-kali. Aku menjadi takut sehingga terasa sesak nafas, Tersekat-sekat. Seperti kawanan polis itu tunduk merapatkan diri kearah aku. Tiada ruang untuk bergerak. Tiba-tiba mendengar suara, suara yang biasa didengari oleh deria telingaku.

"Yasmin, kau sekarang di hospital Min! Bangun Min! Kau dah seminggu di hospital Min!!!", suara Julia lagi. Apa?? Hospital? Mungkinkah aku................. KOMA?????!!

Ini mimpi? Sekali lagi aku melihat mayat seiras aku itu tiba-tiba ia bergerak, lama-lama kujuran badan itu menggelupur seperti dia masih terbakar lagi. kawanan polis tadi sudah lenyap.

Apakah aku  masih berada di dunia mimpi lagi???

Air mata berjujuran tanpa henti mengenangkan aku masih terperangkap di dalam mimpi. Bukan sahaja satu mimpi malah berantai-rantai. Mungkin cerita dari awal lagi aku sudah bermimpi. 

Nukman Ariz............
Draf novel misteri..............
Suami khayalan..............
Mungkin juga Julia mungkin salah satu watak dalam mimpiku.
Mayat tadi..... hilang tiba-tiba.

Sekali lagi.... aku mendengar suara

"Min... aku tahu kau dengar.... Bangun Min"

Julia bukan mimpi. Dia memang wujud. 

"Kau tak sedarkan diri sudah seminggu Min. Kau jatuh tangga, nasib baik Encik Nukman jumpa kau tak sedarkan diri dengan bleeding yang teruk di kepala", hanya suara Julia kedengaran.

" Jatuh tangga??, Nukman??" RANTAI - part 2

Maknanya, Nukman Ariz juga wujud, tetapi bukan seperti dalam novel misteri itu. Melihat keliling aku kosong. Hanya ruang serba serbi putih dan terdapat satu cermin. Cermin itu mulanya menampakkan wajah aku namun hanya beberapa ketika sebelum menjadi tayangan video. Satu per satu memori muncul sebelum babak aku jatuh di tangga.

Bila saat tanyangan merakamkan semula aku jatuh, tiba-tiba kepala aku sakit yang teramat. Ngeri bila melihat diri sendiri tergolek dan terhantuk dibucu tangga. Akhirnya aku tahu kenapa aku berada didunia mimpi ini.

"Salamualaikum Yasmin. Saya Nukman,,, bangun Yasmin. Saya harap awak cepat sedar....." ayat Nukman bersuara sebelum ayatnya dicantas oleh seseorang.

"Semalam, dia sudah bergerak-gerak dan menjerit nama awak Julia. Matanya terbuka semasa menjerit nama awak, tapi dia pengsan semula. Kami nurse disini semua takut nak mendekati Yasmin. Sebabnya ini bukan kali pertama dia menjerit kemudian pengsan semula. Kelmarin.... ya kelmarin dia siap bangun dari katil melompat-lompat. Habis tiub air dan tiub air kencing bersepah. Ada satu masa, dia jerit nama Nukman sampai satu wad tingkat ni dengar. Doktor hampir-hampir nak pindahkan dia di wad sakit jiwa dibawah"

Siapa tu? berani dia malukan aku depan Nukman.

"Hahaha... teringat juga semasa saya jumpa dia ditangga. Dengan penuh darah dari kepalanya, dia masih tersedar dan sempat cakap yang bukan-bukan", suara Nukman gelak sakan melayan suara nurse tadi.

Malunya, macam mana aku nak bangun nanti. Tak sanggup aku menatap wajah Nukman. Tiba-tiba perlahan badanku terapung dan dengan sekelip mata aku sudah berada di hospital. Terapung-apung di atas jasad badan sendiri yang masih kaku diatas katil. Kini aku melihat kepala aku habis dibalut tebal, sebelah kaki yang berbalut terangkat dan tergantung. Kiri aku Nukman dan kanan pula Julia. 

Syukur aku sudah melepasi fasa-fasa mimpi berantai. Kini aku menunggu giliran untuk sedar ke dunia nyata. Aku seperti tersekat antara dua dunia. Dunia mimpi tak terima aku, dunia nyata belum terima aku. Terkapai-kapai.

Lama aku berada disitu tak bergerak. Memerhatikan Julia dan Nukman. Sepertinya Julia agak malu-malu curi-curi melihat Nukman. Nukman yang tersedar diperhatikan Julia terus tersenyum. Baguslah mereka berdua. Sama padan sama cantik. Walaupun jauh sudut hati aku menyukai Nukman, tapi mengenang nasib diri yang serba hodoh ini. Biarlah aku kaku disana menunggu cinta mereka berputik. Mungkin selepas itu baru aku boleh sedar kot. Sedih kerana hanya dapat melihat mereka. 

Hari seterusnya, aku cuba bergerak menghampiri badan aku sendiri. Namun pergerakkan aku terbatas, hanya menjauhi lagi dengan jarak badan aku sendiri. Ia seperti melantun-lantun. Kenapa aku masih tidak boleh kembali pada jasad badan sendiri? 

Aku hanya mampu menunggu. Bunyi seperti loceng di keretapi menunjukkan masa melawat sudah tiba. Sebaik pintu dibuka, wajah Nukman muncul dengan sejambak bunga. 

Setelah usai dia menukar bunga ke dalam pasu, Nukman tiba-tiba mendongak. 

"Turunlah, sampai bila awak nak duduk atas", tercengang aku apabila mata Nukman tepat memandang aku. Dia boleh lihat roh?? Badan aku seperti terkena kejutan elektrik.

"Saya tahu, awak jealous lihat Julia  suka saya kan? Don't worry, if you come down dan sedar. Saya orang pertama akan ajak awak date", sekali lagi Nukman memandang atas melambai-lambai menyuruh aku kembali ke dalam badan. Dengan tidak semena-mena aku terasa badan seperti disedut ke arah jasad diri aku yang masih kaku tidak sedarkan diri. Nukman tersenyum.

Akhirnya aku berjaya membuka mata, kiri katil aku kini ternyata Nukman yang masih tersenyum. Dia bukan manusia normal. Mungkin aku masih bermimpi. 

"Awak dah sedar!!!", baru Nukman mahu menyambung ayat, pintu bilik sekali lagi dibuka. Kini Julia datang sambil terkejut. Hilang kata melihat mata aku terkedip-kedip.

"Dia dah sedar awak... Baru sangat ni dia sedar, alhamdulillah", jelas Nukman. 

Dengan muka yang terpinga-pingan aku cuba memberi respon namun tekak aku perit yang amat. Aku masih takut memandang tepat wajah Nukman. Dia boleh lihat aku tadi di atas... dia siapa?

"Min... kau kenal aku tak?", soal Julia. Aku hanya memberi respon mengangguk berkali-kali. Setiap kali aku menelan air liur, perit tekak itu hanya Tuhan yang tahu siksanya itu,

Waktu melawat akhirnya tamat, namun Nukman masih tidak mahu berganjak.

"Tak apa, awak baliklah dulu. Saya teman uruskan Yasmin hari ini. Lagipun saya off day hari ini. Kalau jadi apa-apa pun, pejabat saya dibawah saja", mungkin sesuatu telah berlaku antara Nukman dan Julia. Mereka kelihatan amat janggal, tidak seperti semalam. 

"Awak siapa sebenarnya.... awak pandang saya tadi.... Masa tu saya belum sedar lagi... macam mana awak boleh pandang saya...", aku gigihkan diri untuk bersuara. Takut juga Nukman ini sebenarnya bukan manusia biasa. Namun reaksi Nukman berbeza. Dia agak terkejut dengan kenyataan aku.

"Saya tahu banyakkkkk sangat soalan awak nak tanya. Jangan risau, saya bukan bomoh atau manusia yang ada deria ke-enam", jelas Nukman sambil tergelak. 

"Biar saya terangkan dengan jelas keadaan sebenar. Saya Nukman Ariz, saya ahli psikologi di wad tingkat dua. Memang kebetulan saya bertanggungjawab untuk kes awak setelah awak meracau-racau di sini separa sedar. Ya, saya juga jiran baru awak. Memang semua bukan dirancang tapi ianya kebetulan. Macam lagu pula"

Melihat aku masih terkejut dan tiada respon, Nukman menyambung....

"Kenapa saya tahu awak diatas? Hahaha....", soal Nukman semula. Dia tanya dia juga jawab,

"Saya rasa dari pengaruh banyak sangat tengok movie. Biasanya orang koma, rohnya tidak jauh dari jasad. Kes awak ni saya cuba banyak sangat cara. Saya tahu orang koma masih boleh dengar suara sekelilingnya, maka saya dan Julia berterusan berborak dengan awak. Awak ada respon, sebab tu kami tak putus-putus panggil awak. Saya saja buat saiko tengok sekeliling. Tapi betul lah awak kat atas? So betul la macam dalam movie? Ha... lupa, kepala awak okay, cuma lepas ini awak akan selalu pening sebabnya hantukan haritu agak kuat. Tengok ni, 11 jahitan", Nukman bangun dan memegang kawasan jahitan dikepala aku.

"Kenapa awak cakap saya cemburu lihat awak dan Julia? Awak boleh baca orang ke?? Bukan orang tapi baca isi hati ROH!! Sebab masa tu saya masih....", dalam hati aku tidak menafikan yang aku betul-betul sedih melihat Julia dan Nukman bermesra. Namun aku sedar, siapa aku berhak rasa lebih dari itu. Tak sangka Nukman boleh baca hati aku,

"So betul lah awak sukakan saya?? Haha ... Bukanlah, Julia beritahu saya yang awak sudah sebulan lebih 'stuck' buat cerita baru. Julia kata awak selalu mengadu teringatkan saya. Hari kemalangan awak itu pun, awak dalam perjalanan menghantar draf kepada Julia kan. Saya baca semua kertas draf tu sementara tunggu ambulan datang. Nama saya ada. Tak sangka boleh jadi hero novel awak", nampaknya habis kantoi semua hal aku. Malunya...

"So, seperti janji saya. Awak kena sihat cepat sebab saya nak pelawa date dengan awak. Saya offer ni", dengar saja ayat Nukman itu terus darah naik ke muka. Malunya. Dada sesak seperti jantung over limit pam darah. Aku terus memaling muka, lari dari melihat wajah Nukman.

"Haha, awak ni lawaklah. Selepas ini awak akan ada sesi terapi psikologi dengan saya sehingga saya diagnos awak betul-betul sihat", rupanya 'date' Nukman maksudkan itu adalah sesi terapi antara pesakit dan doktor. Tak sengaja aku telah mengeluh berat.

"Haha... saya tak pernah jumpa orang sejujur macam awak. Saya belum habis cakap... lepas awak betul-betul sihat baru saya ajak awak 'proper date' okay", tercengang aku, mulut terlopong lama. Sehingga Nukman menolak dagu aku. 

Mimpi lagi ke ni?????

Arghhhhhhhhhhhhhhhh...................






RANTAI - Part 3



"Kenapa kau delete????????", pekik Julia.

"Aku tau ni semua khayalan", akhirnya aku menarik nafas lega. Laju saja tindakan aku tadi hapuskan draf  'Nukman Ariz'. Sekali kosongkan recycle bin. Tamat. Cerita kali ini tamat!

"Khayalan apa?? Aku saksi! Kau bukan gila....", ternyata Julia kecewa. Tak mungkin aku akan teruskan cerita gila ini. Aku mengajak Julia keluar dari bilik, mencari Nukman yang berada di dapur tadi.

Memang ternyata, draf misteri itu realiti. Tiada Nukman, tiada lauk yang dimasak sebentar tadi. Hilang tiada jejak. Hapus seperti mana aku hapuskan fail draf tadi di komputer. Dapur aku kembali suram dan malap. Azan maghrib berkumandang.

"Draf kau yang misteri atau komputer kau?" Julia berlari semula ke bilik mengambil komputer riba.

"Ok kita try, kau try taip apa saja. Mulakan draf baru.... kita tengok samada masalah itu datangnya dari komputer atau menda lain."

Betul juga cakap Julia. Kami berdua masih bingung. Aku mengambil hardisk untuk mencari semula ratusan draf yang aku karang sejak bangku sekolah. Satu skrip pentomen yang bertajuk 'Jenazah'. Skrip ini menceritakan tiga sahabat baik dan salah seorangnya menghidapi kanser tahap akhir. Dua lagi rakan berusaha payah untuk tunaikan semua 'wishlist' rakan baik mereka. Skrip ini pernah ditolak untuk pementasan pentomen sewaktu di UKM dahulu. Maka, skrip itu separuh jalan. Jalan cerita ini betul-betul berlainan dari kisah Nukman. Aku menyambung babak ke-25. Lama aku memandang wajah Julia, akhirnya Julia bersuara.

"Kau bayangkan watak tu Nukman juga ke?", ternyata Julia memahami aku.

"Sorry, otak aku tak boleh fikir menda lain!!!!", lama sudah pendam sebak didada. Tiada siapa faham apa yang aku serabutkan kini, hanya Julia yang memahami aku. Banyak perkara aku cuba lakukan untuk larikan perhatian aku dari Nukman namun gagal. Siapa Nukman Ariz sehingga aku langsung tidak dapat lupakan walau sesaat.

"Oklah... tak apa. Tulis sahaja..... kita tengok apa yang terjadi"

"Aku gila ke Julia?"

"Kalau kau gila aku??? Aku pun gila Min. Cepat jangan buang masa, tulis apa sahaja"

Seperti mendapat lampu hijau, aku terus menulis tanpa henti sehingga lengkap babak ke-36. Pelik. ternyata fikiranku kosong, aku menaip tanpa berfikir, sepertinya jari aku sendiri mengikut alunan tidak selari dengan fikiran dan perasaan aku. Kenapa aku jadi begini? Aku sendiri masih mencari jawapan.

"Min, ini draf yang kau buat tadi Min!!!" aku terus mendapatkan helaian yang dicetak itu. Terkejut bukan kepalang, Sebijik dengan babak kedua yang aku karang di taman petang tadi. Terus pintu bilik diketuk dan...

"Sayang keluar, makanan dah sejuk ni", lain tak bukan itu suara Nukman. Dia wujud lagi setelah aku siap mengarang. Kami berdua tercengang lagi.

"Aku rasa semua ini tak masuk akal tapi kau kena habiskan juga cerita ni", tiada pilihan. Semua ini bukan cerita ciptaan aku, aku menulis bukan kehendak aku lagi kini. Mungkin aku kena habiskan seluruh cerita ini untuk dapatkan jawapan.

Disebabkan pintu telah diketuk beberapa kali, akhirnya kami berdua beranikan diri untuk keluar bersua muka dengan Nukman sekali lagi.

Memang tepat setiap ayat dan baris jalan cerita. Nukman yang kini berada di hadapan kami betul-betul 'real'. Malam itu, aku memberitahu aku ingin bermalam di rumah Julia atas alasan Julia tidak sihat. Nukman menghantar kami sehingga ke muka pintu dan menghulur tangan untuk aku menyalaminya, Di dalam cerita kami sudah sah bersuami isteri 3 bulan. Aku terus memandang Julia, riak Julia untuk ikutkan aja tindakan Nukman agar kami tidak terkantoi.

Sebaik sahaja sampai di rumah Julia, seperti ada yang mendorong aku mengarang. Tanpa berfikir aku hanya halakan jari pada komputer. Jari-jemari laju menaip tanpa henti. Mataku fokus pada penceritaan yang dikarang. Dari gelap sehingga terang cahaya menembusi bilik. Tanpa sedar, dari babak ke-4 kini sudah babak ke-60 iaitu klimaks cerita. Satu per satu helaian yang dicetak. Semua yang ditulis tadi seperti tiada dalam ingatan aku. Kosong, aku membaca semuanya sekali lagi.

"Ju.... bangun Ju....", air mata mula bergenang.

"Kenapa Min?", Julia memisat-misat mata. Sebaik sahaja melihat aku menangis dia terus bangun dari separa sedar tadi.

"Kau baca ni..... Nukman sebenarnya pernah berkahwin. Kau baca ni........."

"Mana kau tahu dia sudah berkahwin??", terus aku menghulur babak ke-58.

"Ayah kau beritahu??", Julia masih bingung.

Kami berdua bersiap untuk kembali berjumpa Nukman. Memang semua perbuatan kami termasuk Nukman seperti tidak dirancang namun semuanya sudah tertulis mengikut cerita yang aku belum berikan tajuk itu. Sampai sahaja di rumah kelibat Nukman tiada, ditinggalkan pesanan melalui kertas di atas tudung salji di dapur.

'Abang pergi kerja dahulu, don't skip breakfast'

"Dia pergi kerja tapi dalam skrip kata dia pergi jumpa aku, Min", Julia masih risau setiap kali baca babak demi babak. Seraya itu, telefon bimbitnya berdering. Nama Nukman tertera.

"Bila masa pula aku save nombor laki kau ni Min!", aku terus memberi isyarat 'loudspeaker'. Nukman meminta untuk berjumpa Julia. Seperti hatiku ingin mengikut Julia namun perlakuan aku seperti memaksa untuk menyambung babak klimaks yang masih tergantung. Aku biarkan Julia pergi.

Setelah beberapa ketika aku teringat kembali, babak yang membuatkan aku menangis sebak tadi adalah babak Julia akan hilang selepas pertemuanya dengan Nukman. Terus aku cuba melarikan diri dari rumah itu untuk mendapatkan Julia namun seperti ada kuasa yang menarik semua aku ke meja komputer. Cubaan melarikan diri beberapakali itu gagal. Badan aku diheret kuat sehingga aku tidak dapat merasakan kaki sendiri pada waktu itu.

Kini mata tertacap pula pada telefon bimbit di hujung meja komputer, laju tangan aku mencapai telefon dan cuba mendail nombor Julia, tidak sempat menekan telefon itu sendiri tercampak jauh. Aku mengheretkan badan untuk mencapai telefon, namun sekali lagi badan aku ditarik semula ke meja komputer. Dalam keadaan teresak-esak menangis aku menaip laju babak seterusnya. Puas aku menjerit tapi sia-sia. Jika aku tutup mata sekalipun, jari aku tetap bergerak.

"Ya Allah selamatkan Julia!!!!!!!!!", lama aku menangis sehingga tidak sedar aku sudah terbaring di lantai tepi katil. Satu badan terasa sakit-sakit. Aku cuba bangun dan aku terkejut badan aku sudah boleh bergerak mengikut kehendak aku sendiri. Aku keluar dari bilik dan melihat Nukman sedang menggosok baju.

"Hai sleepyhead!", senyuman Nukman yang tampan itu sedikit pun tidak membuatkan aku goyah. Kuat lagi kewarasan aku mengatakan Nukman tidak wujud. Ia hanya fantasi.

"Tadi Julia jumpa abang, dia warning abang. Dia gilalah. Mana mungkin abang tinggalkan awak. Walaupun sebelum ini kita tak pernah bercinta, tapi sekarang abang dah sayangkan awak", terus Nukman memeluk aku. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa takutnya aku pada perlakuan Nukman pada waktu ini.

Setelah perlahan pelukan itu dilepaskan aku menjauhi Nukman. Tanpa memberi respon pada perbualan Nukman aku terus cuba melarikan diri keluar dari rumah ini namun pantas lagi tindakan Nukman menarik aku.

"Kau ni jenis tak dengar cakap suami kan! Dengar ni, ayah kau dah dapat duit, sekarang kau pula tak balas budi?", baru aku teringat babak ini, Nukman akan memukul aku. ternyata itu yang terjadi, muka terus berasa kebas dengan tiba-tiba. Setiap perlakuan Nukman seperti dirasuk, badan aku yang gemuk ini dihempas, ditendang dan dipijak-pijak. Walaupun terasa baru dua hari aku menemui Nukman sebagai suami aku, namun babak yang menceritakan Nukman mendera aku buat kali pertama ini adalah setelah enam bulan pernikahan kami dan aku akan mengalami keguguran waktu ini. Perlahan aku melihat darah yang membasahi skirt panjang aku. Dunia bagaikan berpusing dan aku..... terlelap.

*****************************************************

"Min, kau kena habiskan cerita ini. Tolong Min, cari aku!!! Aku takut.........", tiada bayangan hanya suara Julia kedengaran. Tanpa paksa, aku tersedar. Jelas aku di hospital, semuanya putih. Disisi aku, Nukman yang lena disisi katil. Memang sah, aku keguguran dan dimasukkan ke hospital.

Julia... aku mesti selamatkan Julia. Aku perlu bangun untuk lari dari sini. Perlahan aku mencapai kunci kereta dan dompet Nukman dimeja sisi dan kini aku berjaya larikan diri. Mudah! Mungkin dalam skrip memang aku berjaya loloskan diri dari Nukman kali ini. Sekelip mata aku dapat mencari kereta Nukman. Tanpa arah tuju, aku hanya memandu. Kembali ke rumah dan mengambil semua babak yang dicetak. Perlahan-lahan aku mencari babak sehingga aku berjaya lari dari hospital.

"Haaaa ni!!!", babak ke-40. Selepas ini aku pulang ke Raub untuk berjumpa ayah aku, aku memberitahu cerita sebenar dan kami akan bergaduh kerana ...

"Sampai hati ayah jual saya kat lelaki gila tu?"

"Ayah kau bukan jual kau, tapi kalau lelaki tu tak bantu kita mungkin ayah kau mati ditangan Ah Long! Kalau kau nak tahu, laki kau tu gangster. Kau tak tahu ayah kau dalam bahaya, yang kau tahu nak salahkan dia dalam hal ni", pekik suara ibu tiri aku mencelah. Ayah hanya mendiamkan diri.

"Mana ayah kenal dia?", aku memaksa ayah menjawab.

"Sebenarnya dia anak saudara kawan arwah ibu kamu. Ayah baru saja tau dia pernah berkahwin pun sebab tiba-tiba ada orang hantar gambar ini ke rumah sebulan selepas kau kahwin.", mendengar penjelasan dari ayah tidak mengejutkan aku kerana aku sudah baca babak itu petang tadi.

"Nama isteri dia Julia", kali ini tiada dalam cerita. Terus aku berlari semula ke kereta dan mencari penyambungan cerita mengenai Julia.

Setelah aku menyedari, semuanya seperti flashback.....

Pertama kali aku berjumpa Julia sewaktu kami bertembung dengan basikalnya di taman. Luka pada Julia tiga kali ganda teruk di bahagian muka berbanding luka di kaki tangan akibat rempuhan kecil itu. Teringat sewaktu nurse bertanya pada Julia samada mahu membuat laporan polis atau tidak. Julia menidak keras dan cuba menyembunyikan cerita itu dari aku. Namun sebelum itu kali, nurse sudah berjumpa dengan aku mencerita perihal luka Julia bukan berpunca dari rempuhan kami.

"Ini kes DV, domestic violence! Luka-luka dia memang luka lama, bukan luka baru", dari jauh aku mendengar nurse memberitahu pada Julia. Melihat kesungguhan Julia menafikan cerita nurse itu membuatkan aku bertambah kasihan. Mungkin dia dalam ketakutan didera oleh suaminya. Sejak itu kami berkawan rapat. Sungguh aku tidak tahu-menahu langsung perihal Julia selepas itu. Tiada pula cerita dari Julia yang dia sudah berkahwin, dengan siapa, bila dan semuanya dirahsiakan. Aku pula tidak mahu memberi tekanan maka kami berdua tidak lagi membuka perihal cerita dahulu. Baru aku sedar, aku tidak tahu satu pun cerita tentang hidup Julia sebelum ini. Lima tahun perkenalan kami, betapa besar penyesalan aku terhadap Julia,

Tiada satu pun dalam babak menyatakan dimana harus aku mencari Julia. Aku terus memandu tanpa arah, akhirnya kereta mati kehabisan minyak. Aku membuka bonet untuk mencari pakaian Nukman kerana pelik pula aku kini berpakaian pesakit di hospital, Disebabkan Nukman selalu bekerja di luar kawasan, bonetnya lengkap dengan baju berisi pakaian, kasut dan alatan sukan. Selepas menukar pakaian aku berjalan meninggalkan kereta menuju ke arah jalan besar. Disitu aku terlihat stesen minyak Petronas.

"Mesti ada surau", laju langkahku berlari mencari tempat berlindung. Lihat jam sudah pukul dua pagi. Surau masih berlampu dan masih dikungjungi oleh orang ramai yang bermusafir. Aku mencari ruang di bucu dinding dan baring. Akhirnya aku terlelap.

********************************************************

"Min, buat laporan Polis dan aku berada tidak jauh dari Pekan Nenas. Min.... tolong Min... aku takut....", sekali lagi aku bermimpi suara Julia. Ingatkan aku bangun semua ini mimpi, baik Nukman dan kehilangan Julia. Bila sedar dari mamai, aku masih berpakaian Nukman dan berada di surau. Masih didunia novel ciptaan aku.

"Cik, boleh bawa saya ke balai polis berhampiran", aku menegur wanita disebelah setelah usai dia memberi salam pada solatnya.

"Ya Allah, kenapa dengan Cik?", sukar aku luahkan, sebaik sahaja dia melihat air mata bergenang yang kini berjujuran terus dia memimpin aku bertemu suaminya yang tunggu di pakir kereta luar surau.

"Abang, dia minta kita bawa dia ke balai polis bang. Mungkin dia sesat atau lari dari orang jahat bang...", tanpa hadam lama dengan ayat isterinya dia membuka pintu memberi aku masuk di tempat duduk penumpang. Sampai sahaja di balai polis, suami isteri itu masih menunggu menemani aku.

"Kawan saya Julia dah hilang sejak seminggu dan saya kerap mimpi dia di Johor. Tolong saya carikan dia", tidak mungkin aku akan ceritakan tentang kisah novel misteri ciptaan itu, aku hanya bercerita aku baru sahaja mengetahui Julia pernah berkahwin dengan suamiku kini iaitu Nukman Ariz dan kini Julia hilang tanpa kesan.

Sebaik sahaja melihat tiada rekod bernama Nukman Ariz dengan IC yang diberi, polis wanita itu terus melaporkan pada pegawai atasan di balai itu. Suami isteri itu terkejut, apatah lagi aku bila polis itu mengatakan Nukman Ariz adalah suspek pada satu pembunuhan bersiri di Johor sejak lima tahun lepas.

"Jika betul kenyataan Cik, Nukman Ariz ini adalah salah seorang suspek bernama Saiful Ariz iaitu bekas komander askar yang hilang setelah diburu lima tahun lepas. Tercatat 15 kes bunuh misteri yang masih belum selesai. Kesemua mangsa bunuh yang ditemui semunya mati terbakar hampir 50%. Seperti dia mahu tinggalkan sedikit 'hint' pada kami untuk terus mencari dia. Dia mempunyai seorang isteri, namun kami masih tak dapat jejakinya. Ya memang betul, Saiful mempunyai rekod mempunyai isteri bernama Julia seperti gambar kawan Cik. Kawan Cik ini isteri kepada Saiful, mungkin. Jika betul ini kes berkaitan dengan Saiful Ariz, pencarian Julia dapat membantu siasatan kami selama ini", bertambah terkejut apabila polis itu menunjuk wajah Saiful Ariz.

"Wajahnya lain berbanding suami saya", aku menunjukkan gambar nikah kami yang berada di telefon bimbit Nukman yang sempat aku curi di hospital semalam.

"Mungkin dia membuat pemedahan plastik atau Nukman Ariz bukan Saiful Ariz yang diburu tapi orang lain. Kita cari Julia dulu",terus tergesa-gesa seorang polis b

Ya Allahhh siapa sangka pada awalnya Nukman Ariz yang merupakan jiran aku kini suami dalam novel ciptaan aku yang merupakan pembunuh bersiri. Mungkin sebab ini aku perlu habiskan cerita ini untuk bongkarkan misteri Saiful Ariz. Mungkin ia betul-betul berlaku dan bukan khayalan semata-mata dan Julia..........