Memaparkan catatan dengan label CERPEN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERPEN. Papar semua catatan

Jumaat, 3 November 2017

GANTI



karya: #kamenrider

=================
“Juna….. abang balik ni..”
“Eh… bila abang balik? Abang bukan posting ke Sabah tiga bulan ke?”
“Tempoh darurat dah reda sayang, abang baliklah. Rindu sangat dengan isteri abang ni”
Aku terpempan.
Suami aku pulang dari Sabah tak sampai tiga bulan terus berubah jadi romantik. Mungkin dia betul-betul maksudkannya. Aku membiarkan saja dia memeluk lama melepaskan rindu.
Aku rindukan bau suami….
======================
Sebulan yang lepas…..
“Abang kali ni lama ke abang pergi?”
“Yang awak nak tahu sangat kenapa? Saya ni askar, bukan nak jalan-jalan. Awak tak payahlah nak sibuk hal saya!” Begitulah sikap suamiku sentiasa dingin, tak pernah lah nak ada peluang bermanja.
Kami bukannya baru berkahwin, sudah tiga tahun. Kalau tahun lepas aku ada peneman, namun umur anak kami tak panjang. Meninggal dunia tersedak susu ketika berumur 10 bulan. Sejak itu hubungan kami suami isteri seperti renggang.
“Bukan apa abang, saya nak minta abang mohon cuti je.. Saya nak luangkan masa untuk abang sepenuhnya. Kita baiki hubungan kita semula.. Saya ... saya teringin nak mengandung lagi. Abang…”
“Sudahlah, Juna. Cuti tahunan saya dah habis. Awak nak pergi berjalan ke mana pun, pergilah saya izinkan. Saya dah tak kisah!”
“Cara abang macam dah tak hiraukan saya, macam salah saya ke anak kita meninggal dunia?! Atau abang ada perempuan lain?” Naik terus suara aku sebaik sahaja ayat ‘tak kisah’ keluar dari mulut Waqeel.
“Ikut awak la nak fikir macam tu, saya nak pergi kerja” Perbualan kami habis begitu saja dan aku? Aku terkedu, tak menyangka kehidupan aku kini berubah sekelip mata.
Abdul Waqeel yang aku kenali sememangnya tegas, berdisplin namun dia sangat-sangat penyayang. Selepas kematian anak kami, dia meletakkan semua salah pada aku. Salah aku, ya... salah aku anak kami meninggal. Aku yang bunuh dia.
“Abang, Juna rindukan abang yang dulu……” Aku menangis kali ke….. entah setiap hari memang tak sah aku menangisi takdir.
===========================
Seminggu, sebulan, dan kini sudah masuk dua bulan selepas dia pulang dari Sabah. Waqeel seperti biasa bekerja disiang hari dan sepanjang dua bulan ini dia tidak lagi ‘ponteng’ pulang ke rumah walaupun lewat mana sekalipun. Yang paling penting, setiap malam kini dia sentiasa berada disisi. Jika dulu dia lebih meluangkan masa di kem askar berbanding di rumah. Kalau balik pun, kami seperti orang asing. Aku masak pun langsung tak dijamah.
“Buat apa lagi aku balik rumah? Wafi dah tiada. Tengok muka awak pun saya dah tak selera” Ayat ini yang sering diulang dulu setiap kali aku bertanya kenapa dia tak pulang ke rumah. Kematian anak kami memberi kesan yang sangat mendalam. Selama ini aku hanya bertahan setia kepada suami selagi lafaz cerai belum diucap. Aku bersedia jika itu takdirku.
Sebenarnya apa yang sudah berlaku? Abdul Waqeel yang aku kenal bukan begini waima sebelum berkahwin pun. Dia tidak lagi dingin, lembut tuturannya, gemersik suaranya yang garau dalam itu lembut dibenak halwa telinga ini. Bahasa tubuhnya seperti pelindung ‘sepenuhnya’. Rangkulan tangannya lembut dan sentiasa ingin bermanja. Kalau dulu waktu ‘honeymoon’ pun tak begini. Abdul Waqeel kini suka berkepit, kemana aku pergi kami seperti belangkas.
Lain sungguh dari dulu, namun.. aku suka.
Kini semuanya seperti hadiah bulan jatuh ke riba. Adakah Waqeel buka hatinya pada aku semula? Kenapa tiba-tiba? Apa pun aku sentiasa berdoa agar Tuhan memelihara hubungan kami suami-isteri.
“Abang, bangun bang… kita solat sama-sama” Kejut aku perlahan sambil mencuit-cuit pinggang suami tercinta. Berhati-hati agar wudhuk aku tidak terbatal…
“Juna…. Rileklah… “ Waqeel terus menarik aku dalam rangkulannya. 
Kami hanyut dan begitu juga waktu Subuh berlalu begitu sahaja kosong.

Bukan sekali, malah setiap kali diajak solat bersama. Mulanya aku rasa bersalah, setiap kali waktu solat perlu diganti. Aku mula merungut.
“Abang, kenapa setiap kali saya ajak solat, abang mengelak macam-macam? Sampai habis waktu solat pun abang tak pernah risau. Saya ….. saya tak pernah lihat abang berdiri atas sejadah solat sekarang..” Waqeel hanya respon dengan senyuman. Bingung aku dibuatnya.
Aku bahagia, namun semakin hari, semakin kuat curiga aku. Selain isu solat, aku musykil perihal bau badan. Ada masa bau badan Waqeel wangi, tapi bau bunga. Bunga jasmine?! Melur?! Entah!
Adakala baunya tengit, hapak. Dulu jarang sungguh badan Waqeel berbau kuat. Dia cukup menjaga imejnya sebagai seorang askar, kemas, bersih dan sentiasa wangi. Sampaikan aku dah tak ingat bau asal Waqeel bagaimana.
Pernah sekali suatu malam sedang lena kami beradu, aku terjaga kerana kulit lengan terasa merenyam gatal. Digaru-garu sehingga pedih akhirnya aku bangun mencari penyembur racun serangga ingatkan nyamuk. Aku buka sahaja lampu meja sisi katil kami, terkejut beberapa butiran hitam berkilat atas katil kami. Dalam mamai tu aku perati betul-betul.
KUTU BABI!
Kutu babi yang kekenyangan hampir sebesar kuku ibu jari aku. Tergolek mantik atas katil betul-betul bawah ketiak si Waqeel. Aku mencapai telefon bimbit menyuluh lampu ke arah ketiaknya, terus aku menjerit. Bukan satu dua tapi beratus mungkin seperti sarang, kecik besar semua saiz ada. Meriak seperti perkampungan kutu babi di ketiak Waqeel.
Bila dia terjaga kerana jeritan aku dan reaksinya.. ?
Reaksinya tenang saja menggaru-garu ketiakknya sehingga bertaburan butir-butir hitam kutu babi itu jatuh ke tilam. Trauma aku tidak habis di situ sahaja. Aku paksa tarik kain pelikat Waqeel periksa pula bahagian sulitnya juga penuh dengan haiwan jijik penghisap darah itu. Aku terkejut! Selama ini kami bersama? Adakah kutu babi itu juga pada aku?
Pengsan…
“Juna……. Bangun sayang..”
Ditepuk-tepuk muka aku beberapa kali namun aku masih tak berani untuk membuka mata. Apa yang berlaku tadi sungguh ngeri dan aku tak dapat bayang kalau kutu babi itu ada pada aku. Sebenarnya aku sudah lama tersedar. Lama aku berfikir.. adakah aku bermimpi?
Aku tak pasti apa yang membuatkan Waqeel berubah dan semakin pelik. Sebaik sahaja dia balik dari Sabah? Aku berniat untuk berbincang dengan Waqeel apakah yang sebenarnya sudah berlaku pada dia.
Sebaik sahaja aku merasa Waqeel menghampiri terus aku bangun. 
“Abang kenapa awak macam ni ya?”

“Kenapa?” Soal Waqeel dengan muka bersahaja. Aku perati je atas bawah. Aku menganggkat tangannya periksa ketiaknya yang penuh …..
“Eh!”
“Kenapa ni angkat ketiak orang ni?” Tegur Waqeel.
“Kutu babi?”
“Kutu babi apa? Awak ni mengigau je keje?” Laju je tangan Waqeel hendak mencuit hidung. Aku mengelak. Pelik juga, setara dengan bau tengit. Hilang! Macam tahu-tahu je aku nak ‘sound’.
Misteri kutu babi dan bau ketiak tengit mati begitu sahaja. Seolah-olah aku yang bermimpi.
====================
Malam kelmarin aku bermimpi..
Aku mengandung, bayi tendang-tendang perut aku. Perasaan itu seperti menggamit kenangan sewaktu mengandungkan si Wafi dulu. Pagi itu juga aku ke klinik, doktor dah sahkan aku dah empat minggu. Ya Allah Tuhan je tahu betapa gembiranya aku.
Waqeel lagi la gembira. Malam tu dia borong beratus-ratus papan telur. Kalau dulu Waqeel loya kalau aku masak lauk telur sekarang ni mentah-mentah pun dia telan, macam biawak. Bosan juga hari-hari lauk telur, tapi yang peliknya aku pun terikut selera suami. Mungkin selera baby ni juga ikut bapanya.
Anak yatim seperti aku, tiada apa yang paling menggembirakan selain Waqeel, arwah Wafi dan bakal anak ini. Melihat Waqeel yang menjerit keriangan cukup membuatkan jiwa ini terisi. Seolah-olah dunia kembali seperti dulu, lengkap dan kini lebih bahagia.
========================
Suatu hari, aku celik je mata lihat suami tiada. Seperti biasa, pasti Waqeel sudah ke tempat kerja. Aku bangun awal kali ini, lima minit sebelum subuh. Terasa perutku mengeras, ditekan-tekan dan sesekali baby menendang kuat sehingga jelas tapak kakinya kelihatan pada kulit perutku.
“Eh baru tiga bulan lebih kan? Besar sudah anak mama ni. Sayang janganlah tendang mama kuat sangat. Sakit..”
Mulanya aku rasa sakit itu akan reda nanti tapi makin lama makin sakit. Nak bergerak bangun pun aku tak larat. Takut pula untuk ganggu Waqeel di tempat kerja. Jika dulu aku diherdik kerana mencarinya di kem askar. Namun aku yakin, Waqeel tidak lagi begitu.
“Assalamualaikum Fauzi, boleh sambungkan akak pada abang Waqeel? Akak ada hal penting sangat ni. Akak tak tahan sangat sakit perut ni..” Hampir-hampir aku mengalirkan air mata menahan sakit. Makin rancak tendangan kandungan ini tak berhenti. Rasa mahu meletop saja perut ini. Ari-ariku nyilu... adakah tanda-tanda aku sudah bersedia untuk bersalin? Atau keguguran?
“Ya Allah.... akak!! Demi Allah saya dan yang lain dah lama mencari akak. Kami ke rumah, kosong. Sampaikan unit khas kami pun tak berjaya mengesan jejak akak. Akak sekarang kat mana? Saya pergi sekarang. Akak.... tolong jangan letak telefon ni sampai saya kata letak!” Tegas suara Fauzi merangkap rakan baik Waqeel.
Aku yang bingung ni hanya mendengar arahan. Dalam keadaan sakit yang tak terhingga itu aku masih memikirkan kenapa Fauzi kedengaran begitu cemas. Apa sesuatu mungkin telah berlaku pada Waqeel gamaknya. Terbit saja nama Waqeel aku terus menangis tanpa sebab..
“Apa yang dah berlaku Fauzi? Beritahu akak....”
“Saya rasa ada yang tak kena pada akak. Kami datang sekarang”
Pantas Fauzi mematikan talian. Sekali lagi tendangan yang lebih kuat dirasakan. Aku terus pengsan.
=====================
Sedar-sedar aku di hospital. Doktor menghampiri..
“Puan, kami terpaksa membuat pembedahan segera untuk menyelamatkan anak lelaki Puan. Alhamdulillah semua selamat”
“Tapi bayi saya baru berusia tiga bulan doktor..”
“Mana mungkin doktor klinik kesihatan itu mungkin membuat kesilapan ralat membuat rekod. Bayi Puan sempurna sifat dan sihat seperti bayi 9 bulan”
Mana logik, 9 bulan! Anak kami arwah si Wafi meninggal setahun yang lepas dan sejak itu Waqeel tidak menyentuh aku. Kami baru bersama semula tiga bulan ini. Mustahil! Tak berani pula aku memberitahu doktor. Takut dituduh perempuan sundal pula mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Tak lama kemudian, Fauzi datang dengan beberapa lagi anggota. Aku mencari kelibat Waqeel, tiada. Muka masing-masing ketat, tiada senyuman. Sah! Mesti sesuatu telah berlaku pada pada Waqeel. Dada ku kembali berombak, di mana Waqeel.. Waqeel tahu mengenai anak ini. Pasti dia mengamuk... lafaz cerai kini terngiang-ngiang dalam benak minda.
“Akak beritahu saya, apa yang dah berlaku dengan akak?” Fauzi dan yang lain serius. Beza sungguh dengan Fauzi yang aku kenal sentiasa tersenyum dan suka bergurau. Aku tak tahu nak mula dengan apa. Aku risau, mereka tahu aib aku tentang bayi yang baru lahir ini. Yang pasti aku tak pernah curang, aku tak pernah ada niat langsung nak buat perkara keji walaupun aku teringin sangat nak anak.
“Akak.... Abang Waqeel dah takde kak.....”
“Hah??!! Takde apa??” Lain sungguh dari apa yang aku jangka.
“Abang Waqeel gugur syahid masa darurat kat Lahad Datu tiga bulan lepas kak... Oleh kerana masa tu kami masih mencari mayat abang yang hancur terkena letupan itu kami merahsiakan dahulu sehingga jumpa lengkap anggota badan abang. Setelah seminggu barulah kami terpaksa membuat laporan senarai anggota yang gugur. Senarai anggota yang gugur juga mendapat liputan media, takkan akak tak tengok tv kak? Surat khabar? “
“Kami menghubungi akak dan famili terdekat langsung tiada respon mengenai akak. Tiga bulan kami mencari akak, ke rumah kami pergi. Tak cukup lagi, kami paksa anggota khas kami mencari akak. Sehinggalah hari ni... syukur ya Allah KAU kabulkan doa kami dalam usaha mencari akak” Panjang lebar penjelasan namun aku sumpah bingung.
“Akak tak pernah pindah Fauzi. Kau datang rumah dan bawa akak ke sini itulah rumah kami Fauzi. Mana mungkin Waqeel dah mati!!! Tiga bulan dia bersama akak sentiasa, kami dah berbaik semula dan kini kami ada orang baru pula,” aku masih tak faham lawak apakah yang cuba mereka sampaikan.
“Kami rasa yang menjelma itu bukan manusia.. Puan. Kami berjam-jam berada di perkarangan rumah Puan pagi tadi dan Alhamdulillah Allah buka hijab kami untuk kami selamatkan Puan. Terus rumah yang kosong itu kami lihat berpenghuni dan kami nampak akak sudah terbaring kaku..” seorang lagi bersuara agar aku lebih dapat menghadam.
Sebaik saja mereka menyebut ‘bukan manusia’ terus-terus aku teringat macam-macam perkara pelik berlaku sepanjang tiga bulan dengan perangai pelik Waqeel.
"Siapa yang GANTI abang Waqeel kamu selama ini?!", berderau darah. Aku masih tak boleh menerima berita mereka. 'Waqeel' yang tiga bulan ini diisinya jiwa aku dengan penuh kasih sayang sehingga aku tak berani mempersoalkan perihal lain seperti tidak solat, keinginan seksnya bertambah, bau busuk badannya, khalayan serangan kutu babi, telur dan baru aku sedar yang aku hanya berjumpa Waqeel pada waktu malam sahaja. Allahhh....
"Siapa Waqeel yang tinggal bersama akak selama ini??" Aku mula sebu tak dapat menahan linangan air mata sambil memandang Fauzi dan rakan-rakannya yang lain.
“Apa yang perlu akak buat sekarang Fauzi? Anak tu??.........” Aku meraung, hilang malu.
“Assalamualaikum Puan.... waktu susukan bayi,” jururawat masuk mencelah menolak troli masuk ke bilik dan meletakkan bayi di sisi aku. Kami semua terbungkam diam. Aku memandang Fauzi dan rakannya meminta jawapan.
“Saya mohon pelawat memberi ruang pada ibu menyusukan bayi sebentar” Jururawat itu memberi signal halus supaya pelawat keluar dari bilik.
“Anak kedua kan? Tak perlu lagi saya ajar awak bagaimana nak menyusukan bayi. Nanti bila dia dah kenyang, awak tekan butang ni saya datang ya” Pantas jururawat itu keluar meninggalkan kami berdua.
Diam..... kaku.... yang bergerak hanya bayi. "Erkkkk......erkkkk...."
Kelihatan dia tidak berdosa... tapi aku yakin dia bukan seperti bayi yang biasa. Dia HYBRID!

"Juna......." Suara itu aku cukup kenali.
"Juna, abang ni sayang...... terima kasih kerana lahirkan anak kita. Abang sayang Juna sangat-sangat... Tapi anak ni tak boleh hidup di dunia ini. Juna ikut abang ya sayang......"
Tetttttt .............Tetttttt.........Tettttt...
Bising alat pengecam nadi berbunyi, Fauzi dan rakan yang lain masuk meluru. Jururawat dan doktor berlari anak ke arah bilik.
"Puan Juna hilang!!!"
-tammat-
Nota: Cuba periksa ketiak masing-masing ada kutu babi tak?

KEMBAR


Mei 1998

Nadey (10 Tahun)
Lokasi: Banglo Bukit Antarabangsa


Aku Nadey. Ramai tak tahu yang aku ada seorang abang kembar bernama Nadim. Tapi Nadim tak pergi sekolah, ibu kata dia sakit. Kasihan juga si Nadim tiada kawan, nasib baik ada aku. Aku lah kawan, aku lah adik. Disebabkan rumah kami besar, bilik kami asing. Aku suka bilik Nadim, best.. banyak Kamenrider. Aku selalu merasakan biliknya seperti syurga permainan. Apa saja permintaan Nadim pasti Ibu turutkan. Aku ni? Baju pun susah nak dapat apatah lagi mainan. Aku hanya berkongsi mainan dengan Nadim.
Kelmarin, selepas pulang dari sekolah aku mencari Nadim. Puas keliling satu rumah, sehingga ke kebun belakang aku mencari. Nadim tiada. Aku risau, Nadim jarang keluar rumah sebab dia sakit. Sakit apa aku tak tahu. Yang aku perasan badan Nadim sejuk je, Neng Ica kata Nadim tak boleh kena matahari sangat nanti dia demam. Bila tanya semua orang gaji, semua kata tak tahu. Mungkin Nadim main sorok-sorok.
Bila tiba malam, Nadim baru muncul masuk ke bilik aku. “Abang!!”
“Dey, kau tahu tak rumah kita ada bilik rahsia. Abang jumpa pagi tadi.”
“Shhhhhhh, kau janji tak beritahu sesiapa. Jangan buka langsung mulut walaupun pada Neng Ica!” Neng Ica adalah salah seorang orang gaji kami. Neng Ica garang, dia suka pukul aku. Bila diadu pada Ibu, tak pernah dia percaya. Bagi Ibu Neng Ica betul segalanya dari mendidik kami sehingga pengurusan rumah. Kalau Nadim semua orang sanjung, kontra dengan aku. Tapi tak apa, cukup ada Nadim aku bersyukur sudah.
“Abang, kau hilang satu hari sebab cari bilik rahsia tu lah?” Bilik rumah kami secara total mempunyai lapan bilik tidur utama, tiga bilik tidur untuk orang gaji, lima bilik air dan satu stor besar diluar rumah.
“Jom bawa aku bang, aku nak tengok.”
“Tak boleh! Nanti kau nangis sebab ada hantu. Aku tak apa, aku berani.”
“Aku beranilah, kau tak ingat kita curi-curi keluar rumah dulu naik kat bukit belakang tu. Mana ada aku nangis.”
“Tak boleh!” Nadim terus keluar bilik. Pelik sungguh perangai dia ni. Kalau tak nak beri aku ikut, jangan beritahu aku apa-apa rahsia pun! Aku membentak pun tak guna, Nadim mesti akan ke bilik tu malam ni. Aku mesti siasat. Semasa makan malam, pinggan nasi Nadim tiada.
“Neng, Nadim mana tak makan nasi ke?”
“Nadim tak sihat. Kamu makan cepat dan siapkan kerja rumah. Neng nak periksa nanti!” tak ada ribut tak ada hujan memang sudah menjadi perangai Neng Ica suka-suka naik suara. Tunggu aku besar nanti, aku tengking kau Neng!
Dalam kepala aku ligat memikir tentang Nadim dan bilik rahsia tu.

Tepat pukul 9 malam aku sudah berlakon penat dan menarik selimut. Neng Ica siap periksa kerja sekolah tanpa sebarang komen. Mungkin dia juga sudah mengantuk. Air minumnya tadi aku letak pil tidur ibu. Hah! Padan muka. Hampir tersembur ketawa aku melihat Neng berkali-kali memisat mata. Pukul 10 nanti aku dah boleh teruskan misi.

“Adik, bangun jom ikut abang ke bilik rahsia.” Nadim berbisik. Terkejut beruk kerana aku hampir terlelap tadi. Tak sempat nak gosok mata, tangan aku ditarik.
“Diam tau!” Aku hanya menurut sahaja permintaan Nadim. Kami masuk ke dalam bilik Nadim dan dia membuka pintu almari kayu yang besar itu. Saat aku melangkah masuk ke dalam almari itu kelihatan seperti sebuah pintu kecil di atas lantai. Nadim menarik kayu itu dan automatik lampu menyala. Lampu yang menerangi anak tangga yang muat-muat badan kami sahaja untuk melolos. Dalam lebih kurang 10 anak tangga terdapat lorong lurus seperti tiada penghujung.
“Abang… ,” jujurnya aku takut.
“Aku dah kata, kau penakut. Tak apa aku ada. Aku kan abang, aku jaga kau.”
Sehingga hujung jalan, barulah kami berjumpa satu ruang besar yang mempunyai tiga pintu.
“Pintu pertama ini aku sudah tanda, kalau kau buka pintu ini ada jalan terus ke sungai hilir kawasan rumah kita. Kalau ada apa-apa terjadi kau ingat pintu ni.” Aku mengangguk mengerti.
“Pintu kedua depan kita ini, bilik rahsia kita. Kat sinilah ayah kita sembunyi! Pintu buruk ini pula jangan buka. Aku dah letak palang ni. Kau jangan degil. Kalau kau degil kau akan mati Dey.” Takut pula aku dengan ugutan Nadim. Serius betul. Nadim terus melangkah membuka pintu di hadapan kami.
“Ayah!!!!!!!!!!” Meluru laju aku mendapatkan ayah.
“Anak ayah! Rindunya.. Kamu sihat?” Tidak aku menyangka akan berjumpa semula dengan ayah yang sudah menghilangkan diri sejak setahun yang lepas, kecoh mengatakan yang ayah kami lari dari rumah dengan perempuan lain.
“Kenapa ayah duduk kat kerusi roda ini? Siapa potong kaki dan tangan ayah ni?”
“Neng!” Jawab Nadim.
Aku terkejut! Kenapa orang tua yang menjengkelkan itu sanggup memotong kaki tangan ayah! Ibu macam mana? Nanti Ibu juga dalam bahaya.
“Sebab tu kita kena plan. Bunuh Neng! Sebelum dia bunuh kita satu keluarga”, emosi sungguh nada Nadim membuatkan aku terus meremang.
Ayah mengangguk. “Adik je harapan kami.” Sejak hari itu, setiap malam aku akan melawat ayah. Kami berbincang plan untuk membunuh Neng.
Hari kejadian..

Melihat jam sudah pukul tiga pagi, waktu terbaik untuk jalankan misi membunuh Neng. Ini kali kedua aku meracun minuman orang gaji dengan ubat tidur ibu. Lagi-lagi hari ini seawal pagi lagi ibu sudah keluar kerja jauh di Indonesia minggu hadapan baru pulang.

Kami menyelinap ke bilik Neng, mulanya mengikut plan kami nak tekup sahaja bantal ke muka Neng tapi entah datang dari mana Nadim mengeluarkan pisau. Sekelip mata, pisau itu mengelar leher Neng. Terbuntang mata Neng sambil menekup darah yang membuak keluar dari lehernya. Dia cuba bersuara, makin menyembur darah keluar. Seraya itu Nadim menikam pula dada Neng dan meninggalkan pisau yang terpacak itu sehingga Neng tidak lagi memberi respon.
“Kau cuba Dey! Dia dah mati. Aku nak kau tikam dia banyak kali sebagaimana benci kau pada dia dan balasan atas perbuatannya pada ayah. Tikam cepat!”
Aku teragak-agak pada mulanya, Nadim memegang tangan aku ke arah pisau itu.
Chuckkk….. chuckkk…. 

Aku tersenyum kagum sambil memaling muka ke arah Nadim.

“Best kan bunyi dia? Tikam sini pula… dalam-dalam. Meh abang ajar..”
Bahagian paling seronok apabila kami berdua merodok perut Neng sehingga terburai isi perutnya. Tali perutnya Nadim tarik panjang sehingga ke pintu, disangkut pada tombol pintu. Kami melompat-lompat seperti main lompat getah. Nadim tersadung dan mayat Neng Ica tergolek-golek ke lantai. Lain macam sungguh ghairah si Nadim bermain, kali ini pula dia menarik rambut mayat itu. Dicarik-carik kasar dan laju saja tangannya mengerat pangkal rambut.
“Dey, ambil rambut ni letak di kepala kau. Kasihan kau rambut pendek walhal kau budak perempuan. Biar aku sambung ikat dengan rambut kau, mari!”
Kami ralit seperti bermain lecak, habis basah satu bilik dengan darah. Bau hanyir itu seperti asyik sekali. Ketagihan. Aku menghiris lagi kulit-kulit anggota lain supaya darah sentiasa membasahi kami. Hilaian tawa kami tiada siapa dengar kerana orang lain nyenyak di buai mimpi.
Setelah penat bermain, baru kami sedar mayat Neng sudai lunyai dikerjakan. Hancur, tiada rupa.
“Abang macam mana sekarang,” baru kini aku sedar pada realiti.
“Kau ikut abang kita keluar kat pintu pertama tu dengan ayah. Kita pergi balai polis bagi tau polis yang Neng bunuh ayah.” Tanpa berfikir aku terus mengikut langkah Nadim.
Sampai sahaja di hadapan tiga pintu aku menarik tangan Nadim..
“Ayah macam mana?”
“Ayah mana boleh jalan, biarkan nanti polis selamatkan dia,” tangan aku direntap berlari seiring Nadim.
***************************************
Lokasi: Balai Polis Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa

“Puan, sila beri kerjasama. Apa hubungan Puan dengan Neng Ica?” Gertak salah seorang pegawai polis di dalam bilik tahanan reman itu.
“Saya ni majikan dia!” Menggeletar suara Puan Nazirah.
“Lagi!” kali ini suara dari mikrofon pula yang menjerit. Suara itu dari bilik sebelah, bilik pemerhatian. Sepertinya pegawai tersebut emosi dengan pembunuhan kejam ini.
“Puan, adakah Puan tahu mengenai mayat Tungku Dafri dan Tungku Nadim yang ditemui di bilik bawah tanah rumah Puan? Menurut anak Puan, Neng Ica yang menyiksa Tunku Dafri dengan memotong kedua belah kaki, tangan dan dibiarkan mati kelaparan. Mayat Tungku Nadim pula diawet rapi dan dihias seperti masih hidup di bilik sebelahnya. Anak Puan Tungku Nadine kini tersabit dengan hukuman membunuh Neng Ica namun dia tidak stabil kini. Penyataannya tidak kukuh. Adakah Puan mengaku bahawa semua perancangan bunuh ini dilakukan oleh Puan dan Neng Ica?”
“Bukan!! Bukan saya!!”

"Yang saya tahu, suami saya lari dengan perempuan lain! Dia belum mati. Masakan Neng Ica berbohong dengan saya setelah selama ini dia setia berkhidmat dengan saya.”

“Tungku Nadim?” Soal pegawai itu membuatkan Puan Nazirah terbeliak anak mata, suaranya tersekat-sekat. Kini air matanya sahaja mengalir laju sehingga teresak-esak dia menangis.
“Dia anak kesayangan saya, saya….. saya tak bunuh dia… “
Oleh kerana lama sangat menunggu penjelasan Puan Nazirah, pegawai polis itu mencelah sebelum mereka menjangka penipuan akan direka-reka oleh Puan Nazirah.
“Pihak forensik memberitahu tempoh jangka kematian Tungku Nadim lebih kurang lima tahun. Jika benar Puan bersumpah menafikan pembunuhan terhadap Tungku Dafri, kami membuat spekulasi Neng Ica yang melakukan pembunuhan tersebut dengan motif dendam. Hubungan sulit Puan dan Neng Ica telah kami dapat bukti dari gambar-gambar yang diberi oleh anak Puan sendiri, Tungku Nadine. Motif pembunuhan Tungku Nadim masih samar-samar.”
Puan Nazirah menekup mulut menahan dari meraung kuat di dalam bilik itu. Tak pasti beribu perasaan berkecamuk di jiwanya kini.
“Saya bertanyakan sekali lagi, adakah Puan menjalankan hubungan sulit dengan Neng Ica atas dasar suka sama suka atau dipaksa?” Puan Nazirah menunduk tiada respon, tiada bantahan.
“Adakah Puan tahu tentang kematian Tungku Dafri?” Puan Nazirah menggeleng.
“Adakah Puan tahu mengenai mayat Tungku Nadim yang tersimpan di bilik bawah tanah?” Puan Nazirah mengangguk.
“Saya ... saya sebenarnya tidak boleh menerima hakikat anak kesayangan saya sudah mati..” akhirnya Puan Nazirah bersuara.
“Saya hanya berikan ubat tidur pada Nadine tapi tak sangka...Nadim pula yang terkena. Tak sangka ubat itu membuatkan dia tidur selamanya” Pengakuan Puan Nazirah mengejutkan semua yang menyaksikan soal jawab itu.
“Tak Puan. Anak Puan mati disebabkan kelaran di lehernya. Bukan sebab ubat tidur.”
“Adakah Puan tahu bilik bawah tanah itu dijadikan tempat mengawet mayat Tungku Nadim dan tempat penyiksaan Tungku Dafri?”
“Saya tahu anak saya di bawah tapi saya tak pernah masuk, tak berani sebab saya ada Claustrophobia. Neng yang uruskan sebab saya tak boleh terima hakikat Nadim anak saya sudah mati dan kami membuat keputusan untuk menyimpan Nadim dan menutup kes ini dari diketahui oleh polis. Saya memaksa Nadine menganggap yang Nadim masih hidup. Ya, anak saya Nadim masih hidup, si Nadine yang patut mati....” meraung Puan Nazirah dengan kenyataannya.
----------------------------------------

EPILOG


Menurut Puan Nazirah, keluarga mertuanya menginginkan anak lelaki sahaja untuk meneruskan legasi keluarganya. Namun disebabkan kesilapan Puan Nazirah tersalah beri ubat tidur pada Nadim, anak lelaki kesayanganya terbunuh. Bagi menutup kes atas kematian Nadim, Nadine diubah penampilan menjadi seperti Nadim kerana wajah mereka seiras. Dipakaikan bengkung pada Nadine agar tidak kelihatan seperti remaja perempuan yang sedang meningkat dewasa. Disuntik pelbagai hormon agar berubah penampilan seperti lelaki. Penghuni rumah itu juga semuanya memanggil Nadine dengan panggilan Nadim.

Kematian mengejut anak lelaki kesayangan keluarga itu diketahui oleh Tungku Dafri apabila dia menjumpai bilik rahsia tersebut. Dengan penuh rasa kecewa atas tindakan kejam isterinya, dia mengumpul bukti untuk menangkap Neng Ica malangnya ilmu kebalnya tidak lut. Orang gaji Neng Ica itu sudah berkhidmat puluhan tahun turun-temurun pada keluarganya. Kepercayaan mereka pada Neng Ica tiada tolok gandingan. Semuanya sudah ditangas mengikut seperti perancangannya.
Mujur Tungku Dafri tidak terkesan dengan sihir orang gaji laknatnya itu. Dalam masa yang sama juga dia mengetahui yang isterinya sanggup melakukan perbuatan terkutuk lagi-lagi sesama jantina. Hidupnya kini hanya kenangkan Nadine. Dia tekad untuk hancurkan ketua iblis itu. Namun sebelum dia sempat untuk membuat perancangan untuk perangkap Neng Ica, dia pula menjadi mangsa terlebih dahulu. Dia disiksa dengan kejam di bilik bawah tanah itu. Mulanya kedua-dua belah kaki dipotong, kemudian tangan pula habis dikudungkan. Akibat menahan kesakitan yang amat, Tungku Dafri menggigit lidah sehingga dia mati keseorangan. Mayatnya busuk dan mereput di atas kerusi roda di dalam bilik itu.
Kisah ini melibatkan golongan elit, pihak atasan memastikan tiada sebarangan kebocoran info pada media sosial. Tidak lama kemudian Puan Nazirah pula mati dibunuh semasa masih dalam tahanan reman dan kes bunuhnya masih misteri.
Selepas kes perbicaraan tamat, Tunku Nadine gugur dari disabit bersalah di atas pembunuhan Neng Ica kerana dia mempunyai masalah kesihatan mental. 19 tahun sudah berlalu, kini dia sudah bebas dan menjadi seorang penulis. Dan kisah ini adalah adaptasi daripada kisah sebenar. Harap tiada siapa membuat aduan dan spekulasi bahawa penulis ini adalah seorang....... Hehe
Aku Nadim, eh Nadey lah... Nadim...... 

Arghh kita kan kembar.

Shhhhh....

Khamis, 23 Mac 2017

CCTV - Part 1

Nama aku Emy, aku bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat kecil perniagaan membekal dan menjual pelbagai jenis mesin. Disini hanya aku seorang pekerja Melayu, lagi lima orang semuanya berbangsa Cina termasuk bos aku. Despatch pun berbangsa Cina walaupun rupanya sangat Melayu, Sabahan katakan. Kami baru sahaja berpindah pejabat di kawasan perindustrian area Ampang. Jika dulu pejabat aku hanya setingkat dan suasana riuh penuh orang kiri-kanan pejabat kerana disitu terdapat banyak gerai makan. Kini, sunyi. Kiri kanan seperti bengkel kereta, kilang minyak masak dan banyak lagi kedai-kedai kosong. Pejabat baru ini bertambah keluasannya (berganda), kami mempunyai 3 tingkat, di bahagian bawah sekali stor simpanan mesin-mesin dan alatan yang lain. Stor di bahagian bawah boleh digambarkan besar seperti tiga gelanggang badminton. 

Sejak berpindah disini, pada mulanya aku hanya beranggapan bangunan ini bangunan lama. Lampu dinding banyak yang rosak, dinding cat bercapuk dengan debu dan bersawang. Disebabkan ketinggian stor itu sukar dicapai oleh tangga yang kami miliki, maka tiada siapa yang boleh bersihkan. Begitu juga dengan lampu, maka beberapa bahagian ruang dibiarkan gelap. Berkali-kali kami beritahu pada penyewa berkenaan penyelenggaraan namun janji tinggal janji. Disebabkan sewa pejabat baru ini murah maka bos hanya diamkan diri. Hanya stor sahaja mempunyai masalah begitu, di pejabat bos dan pejabat kami tiada sebagai masalah. 

Disebabkan mesin-mesin kami agak mahal sehingga makan berjuta harganya pun ada, maka bos memasang lapan buah cctv dan alarm khas untuk pintu. Jika alarm pintu berbunyi lebih dari tiga minit anggota polis akan menghubungi bos dan datang ke pejabat. Begitu ketat sistem perlindungan di pejabat kami. Orang kata luar nampak cikai dalam seperti lombong emas. 

Sepanjang lima tahun aku berkhidmat dengan syarikat ini, alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kerja sebagai seorang kerani sememangnya banyak kerja setiap hari, namun sudah rutin maka ia bukan lagi suatu beban walaupun kerja bertimbun, kerja mudah. Suatu hari staf despatch dan seorang lagi kerani memberitahu tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Lagi tiga staf Sales termasuk bos, semuanya keluar menghadiri Expo Mesin di Johor. Maka aku seorang sahaja di pejabat ini!. Tidak semena-mena berdentum langit dengan kilat sabung-menyabung. Lihat ke cermin luar langit sudah gelap seperti memberi amaran dengan apa yang bakal berlaku. Walaupun jam menunjukkan jam seawal 9.30 pagi namun gelapnya seperti sudah maghrib.

Masa tiada cukup kaki-tangan inilah telefon bertalu-talu masuk. Betul-betul tak menang tangan. Isnin biasanya ramai yang akan Monday Blues tapi aku tak sempat nak layan perasaan blues tu. Dalam masa tiga jam bergelut dengan timbunan order dari pelanggan, aku mengeluh.

"Aku kena pack order sorang-sorang la ni kat bawah!!", sumpah aku dah mula rasa takut. Masa ni aku fikir macam-macam dengan suasana gelap dan stor yang malap. Aku tiada pilihan. Kebiasaan budak despatch yang akan buat pembungkusan barang order.

Aku dengan berat hati turun ke bawah menuju ke stor. Aku membuka semua suis lampu. Keluhan sekali lagi kedengaran, tiada beza. Cuaca gelap diluar menambahkan lagi suasana gelap di dalam stor ini dengan bunyi percikan air gerimis membalas dengan zink atap cukup membuatkan bulu meremang. Sudahlah benak kepala penuh dengan peringatan berulang 'takut takut takut takut' namun tanggungjawab perlu diteruskan. Aku mendongak memandang CCTV, aku pujuk hati.

"At least kalau ada apa-apa yang berlaku CCTV akan rakam semuanya", yakin.

Bila fikir semula, jadi apa? Aku sorang je dalam stor ni pun. Fokus aku kembali pada kertas order.

"Alamak barang kat loteng pulak.............kena panjat loteng pulak", aku ni memang gayat lagipun loteng berada di bahagian belakang stor berdekatan dengan dua tandas rosak. Aku beranikan diri kebelakang sempat lagi aku menjeling dua tandas rosak yang tertutup itu sebelum ke arah tangga loteng. Menjerit-jerit aku memanjat tangga. Masa ni memang kena kuatkan semangat. Biar bos tahu kau mampu buat kerja ini seorang. Macam-macam lagi aku bebel seorang diri. Sebaik sahaja turun tangga, hujan lebat seperti batu sedang menyerang atap. Disebabkan terperanjat terus perasaan seram tadi kembali. Cepat-cepat aku berlari ke bahagian depan stor untuk bungkus barang ke dalam kotak.

Masa ni bising dengan bunyi hujan namun mulut aku tak berhenti zikir. Takut bukan kepalang. Mata aku tak tahan untuk berkali-kali pandang ke arah area belakang stor. Takut-takut ada yang menyergah. Firasat aku betul, kali ini aku mendongak mata aku tepat berbalas pandangan dengan satu jasad orang gelap. Aku sempat berfikir, aku hanya seorang disini! Siapa tu? Dengan pantulan cahaya lampu samar-samar itu mungkin khayalan tapi jelas itu bentuk seperti badan seseorang. Kelibat apakah?
 Sumber google (gambarannya lebih kurang begini)

Aku berhenti membungkus, tah mana dapat keberanian aku menunggu sebarang respon dari kelibat hitam itu. Jika dia bergerak aku akan buat langkah seribu. Sekelip mata kelibat itu hilang. Meracau aku mencari kiri kanan mana tahu kelibat itu semakin hampir dengan aku! Tiada, mungkin dia betul-betul hilang atau hanya khayalan aku. Rasanya, sudah tiba masa kau bertenang dan naik ke pejabat atas lagipun jam sudah menunjukkan sudah waktu makan tengahari. 

Sebaik sahaja aku naik atas, aku memeriksa TV yang mengawal kelapan-lapan CCTV termasuk di belakang stor. Aku terkejut melihat CCTV bahagian stor belakang, salah satu pintu tandas sudah terbuka luas. Walhal kedua pintu tandas yang rosak itu tertutup rapi, aku juga sempat lihat tadi sebelum memanjat loteng. Siapa yang buka? Jika betul yang aku nampak tadi area inilah muncul kelibat hitam tadi namun CCTV tiada menunjukkan rekod rakaman kelibat itu. Mungkin khayalan kau Emy! 

Aku mencari rekod rakaman sebelum pintu tandas terbuka. Memang sah, pada sela masa yang aku nampak kelibat itulah pintu tandas ini terbuka dengan sendiri. Ya Allah! Seriau darah naik kepala, seraya itu aku menjauhi TV. Kenapa perlu berlaku sekarang? Kenapa? 
Pintu tandas paling kiri terbuka sendiri.

Pada mulanya aku nak call Bos, mengadu. Tapi orang Cina moden tak percaya hantu-hantu lagipun ini syarikatnya, jika aku kecohkan nanti ramai pula yang takut. Mati terus niat aku dan kembali duduk di meja. Mata aku tak lepas melihat TV yang mengawal CCTV itu. Kesemua lapan rakaman dalam satu paparan. Aku boleh lihat semua, tapi mataku tetap tertarik pada CCTV di belakang stor. Allahh.

Hujan masih lebat, eloklah aku solat dahulu semuga Allah lindungi aku dari jin dan syaitan yang menganggu aku. Mujur tempat solat di dalam pejabat juga hanya dipisahkan dengan sehelai langsir tebal. Zikiran tak henti sehingga lengkap aku dengan telekung untuk memulakan takbiratulihram. 

"Allllahhhhhuuuuakkkbarrrr", belum sempat habis hela nafas dengan lafaz Allah Maha Besar itu tetiba "FUHHHHHHHHHH", telinga aku ditiup dengan satu angin yang kuat. Tepat pada telinga kiri. Aku terus menjerit kuat ketakutan. Aku keluar dari sebalik langsir dan ke meja kerjaku. Aku memandang CCTV sekali lagi. 

"Janganlah kacau aku hendak solat", aku beranikan diri bersuara. Setelah beberapa ketika semuanya senyap, tiada respon aku kembali ke ruang solat. Kali ni aku tekad apa pun yang kacau aku akan tetap teruskan solat. 

"Allahuakbar", pendek kali ini. Pada takbir kedua untuk rukuk tetiba aku dapat merasakan ada sesuatu di belakang aku. Paling jelas sekali bisikan "Allahuakbar" yang pasti bukan dari suaraku. Aku teruskan solat walaupun tak kyusuk. Semasa takbir sebelum sujud antara dua sujud, suara itu juga mengikut jelas lafaz "Allahuakbar.....". Respon suara bisikan yang kedua lebih jelas membuatkan degupan jantung aku bertambah kuat sehingga jelas kedengaran. Semoga Allah lindungi aku dari gangguan, tutupkan hijab mataku dari melihat perkara tak diingini ini. Itu sahaja niat terdetik. Aku perlu lengkapkan solat sehingga habis. 

"Assalamualaikum warahmatullah", aku takut untuk melihat kanan. Aku hanya menunduk bawah memberi salam. Tiba waktu toleh kiri mata aku gatal juga untuk melihat belakang. 

"Alllahhhhhhhhhhhh..........................."


"Emy!!!! Emy!!!, bangun!!! Kau kenapa?", tetiba aku dengar suara Ah Meng dan badan aku digoncang. Aku paksa mata untuk buka. 

"Kau kenapa tidur kat pejabat?? Bos call aku kata dia tengok CCTV kat handphone dia kau tak keluar dari tempat solat sejak tengahari tadi. Dia paksa aku singgah office tengok kau. Kau kenapa tidur tak sedar ni?", Ah Meng pimpin aku keluar dari ruang solat dan duduk diatas kerusi. Aku masih bertelekung, lihat luar sudah gelap. Melihat jam dinding sudah pukul 8 malam. Tak sangka lama aku pengsan. 

"Meng, tunggu jap aku pakai tudung. Temankan aku balik dan kunci pejabat", Ah Meng mengangguk. Bayangan tadi masih jelas dalam ingatan aku. Tak sangka ini kali pertama aku teruk dikacau oleh syaitan/jin sampai aku pengsan. Sebelum Ah Meng kuncikan pintu sempat aku melihat keadaan stor bersepah dengan barang-barang yang belum dibungkus. Sekilas begitu aku pandang, tidak berani jika bayangan tadi muncul semula. 

Sampai sahaja di kereta, Ah Meng mula bertanya. Setelah jauh meninggalkan pejabat, aku berani untuk bercerita. 

"Meng, aku tadi nampak hantu!!!!!!!!!!!!! Mula-mula dia kacau kat stor bawah, pintu jamban rosak tu terbuka sendiri. Pastu masa aku solat, mende tu tiup kuat kat telinga aku. Lepas aku habis solat, pocong Meng... pocong kat belakang aku, solat dengan aku!!!! Pocong Meng aku tak main-main", kali ni Ah Meng diam. 

Mungkin dia takut. Tapi sekilas mendengar dia tergelak kecil.

"Muka pocong tu macam mana? Macam ini ke?", pelik soalan itu pula yang ditanya. Patutnya Ah Meng respon cuak tapi sebaliknya. Aku kalih melihat muka Ah Meng. 

Sekali lagi aku menjerit dan aku............... aku pun tak tahu semua ini mimpi atau aku masih tak sedar-sedar dari pengsan tadi. 


-Bersambung-




Sabtu, 24 September 2016

RANTAI - Part 4 FINAL


Perjalanan ke Pekan Nenas terlalu lama. Ubat pelali masih berkesan pada aku, akhirnya dunia menjadi gelap dan aku tertidur.

"Min... bangun!!", suara Julia. 

"Ju!!! Kau kat mana?"

"Kau bangun dulu baru nampak aku."

*********************************************************************

Aku terjaga. 

"Kita dah sampai ke?"

Polis dua orang dihadapan membatu. Tiada respon.

"Cik, kita kat mana", aku menyentuh bahu polis wanita itu, dia memaling. 

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!", terperanjat aku, wajah polis tadi tiada.  Aku memaling pula ke kanan arah pemandu. Polis kedua itu pun tiada wajah. Takut bukan kepalang, aku berkali-kali cuba membuka pintu kereta. 

"Bangun Min!!! Yasmin!!!", suara Julia lagi! Mungkin aku bermimpi, tapi macam mana nak bangun dari mimpi ngeri ni?

Akhirnya pintu kereta berjaya terbuka, kereta masih berjalan jika aku terjun pasti sakit. Sekali lagi aku memaling arah kedua-dua polis itu, mereka masih tidak berwajah itu menyebabkan aku terus terjun. Seperti belon, badan gemuk aku mampu menjadi seperti tayar berguling-guling. Pelik tidak sakit, malah aku terasa badan pula seperti ringan melantun-lantun di lantai tanah. 

Setelah beberapa ketika penat berguling, aku bangun. Sekelip mata aku berada di tempat lain. Suatu bilik putih mempunyai satu pintu. Buka sahaja pintu itu aku melalui suatu lorong kiri kanan berkaca. Aku dapat melihat diri sendiri yang lain dari yang lain. Aku kurus! Muka aku kini bersih tiada jerawat! Pakaian aku cantik dan ......

"Julia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!", Julia dihujung pintu. Dia melambai-lambai. Reaksi wajahnya seperti terdesak memaksa aku berlari menuju pintu dengan cepat. Aku berlari. Badan masih terasa ringan. Tapi langkah aku seperti berat dan semakin laju aku berlari semakin jauh jarak aku dengan Julia. Akhirnya aku melihat sendiri Julia menutup pintu. 

"Ini mimpi, aku tau! Ya Allah bangunkan aku dari mimpi ini", doa aku berkali-kali. Aku takut jika mimpi ini berlarutan. Zikiran dan ulangan ayat kursi akhirnya.........

***********************************************************

"Cik bangun kita dah sampai", aku terkejut. Berkali-kali melihat wajah kedua-dua polis itu normal. Harap kali ini bukan mimpi. Julia..........

"Kami mendapat laporan dari polis disini, mereka dapat menjejaki Nukman disekitar kawasan ini. Kini polis telah membuat sekatan lalu lintas di beberapa kawasan disini", polis wanita itu memberi sehelai kertas bercetak. 

"Ini suami awak kan?"

"Ya!!! Dia..........." dia bukan suami aku tapi watak ciptaan novel aku.

"Puan, suspek ditermui!!", polis kedua itu berlari tergesa-gesa ke arah kereta. Dengan pantas dia membuka pintu dan terus memandu. 

"Tapi Puan...... bukan Nukman Ariz tapi Saiful... wajah dia sendiri .... bukan wajah Nukman. Berbeza yang kita lihat itu. Yang kita sangkakan dia adalah orang yang sama.... Bukan!!! Ia betul-betul Saiful Ariz", polis wanita itu memaling kebelakang memandang aku.

"Siapa Nukman Ariz? Tiada rekod tentangnya langsung. Ini gambar siapa?" polis itu menunjuk kertas cetakan wajah Nukman Ariz pada aku. Aku hanya berdiam diri. Aku sendiri tidak tahu keadaan sebenar.

"Yasmin, saya khuatir tentang keselamatan awak. Siapa Nukman Ariz yang misteri ini?", memandang wajah polis. Aku membatu. ya memang misteri. Kerana Nukman Ariz adalah watak ciptaan aku, sebenarnya dia tidak wujud. Kini watak itu hidup kerana aku yang mencipta jalan cerita ini. Aku sendiri tidak pasti kenapa novel itu 'hidup'!!

Berhenti sahaja kereta polis itu, terlihat beberapa buah kereta polis memenuhi ruang. Turun sahaja dari kereta, kawasan itu sebenarnya penuh dengan kelapa sawit. Penuh dengan puluhan polis termasuk pasukan ambulans bersama ahli forensik.

Salah seorang anggota merapati kami memberi laporan kepada polis wanita disisi aku ini.

"Puan, seorang lagi mangsa ditemui, punca kematian. Mangsa dibakar hidup-hidup. Wanita, 30-an dan wajahnya masih boleh dicam walaupun beberapa bahagian sudah terbakar teruk."

"Julia??!!", aku berlari sebaik sahaja mendengar laporan itu. Polis wanita itu cepat-cepat memeluk aku agar aku tidak terus menerus melihat mayat ngeri itu. 

"Sabar Cik, saya takut Cik tak mampu melihat keadaan mayat"

"Bagaimana saya nak pastikan mayat itu bukan Julia kawan saya??? Entah-entah orang lain!!!" Habis meraung aku di kawasan itu. Aku sudah tidak peduli menjadi tatapan dari puluhan saksi di kawasan itu. 

Setelah polis membuat pengecaman, mereka menghampiri aku.

"Maaf Cik, kami pasti mangsa adalah Julia", luluh hati aku mendengar ayat itu. Julia satu-satunya kawan dalam hidup aku. Tiada dua, tiada tiga. Hanya satu, Julia yang aku sayang lebih dari ahli keluarga aku sendiri. Dia ayah, dia ibu, dia adik-beradik dan dia juga satu-satunya rakan aku.

"Boleh saya lihat dia?", tersekat-sekat ayat aku.

"Maaf Cik, saya takut Cik lemah semangat", pesan anggota polis itu.

"In sya Allah saya okay", polis wanita itu memberi isyarat membiarkan aku lihat Julia.

Terketar-ketar jemari aku untuk membuka bungkusan plastik hitam itu. Disaksikan beberapa anggota polis yang mengepung mayat, salah seorangnya membantu aku menyelak plastik hitam itu. Air mata mula berjujuran kembali. Satu per satu memori dengan Julia muncul. Air mata yang bertakung mengaburi penglihatan. Sekali diseka air mata itu agar aku jelas melihat Julia untuk kali terakhir.

.................................. Dia...............................

"Kenapa wajah Julia iras wajah saya?? Dia bukan Julia", aku memandang kawanan anggota polis keliling mayat yang terkujur itu. Tidak seorang pun memberi respon.

"Ini bukan JULIA!!", aku menjerit kembali memandang mayat separa hangus dihadapan aku.

Dengan tiba-tiba kawanan polis itu berzikir menyebut nama JULIA berkali-kali. Aku menjadi takut sehingga terasa sesak nafas, Tersekat-sekat. Seperti kawanan polis itu tunduk merapatkan diri kearah aku. Tiada ruang untuk bergerak. Tiba-tiba mendengar suara, suara yang biasa didengari oleh deria telingaku.

"Yasmin, kau sekarang di hospital Min! Bangun Min! Kau dah seminggu di hospital Min!!!", suara Julia lagi. Apa?? Hospital? Mungkinkah aku................. KOMA?????!!

Ini mimpi? Sekali lagi aku melihat mayat seiras aku itu tiba-tiba ia bergerak, lama-lama kujuran badan itu menggelupur seperti dia masih terbakar lagi. kawanan polis tadi sudah lenyap.

Apakah aku  masih berada di dunia mimpi lagi???

Air mata berjujuran tanpa henti mengenangkan aku masih terperangkap di dalam mimpi. Bukan sahaja satu mimpi malah berantai-rantai. Mungkin cerita dari awal lagi aku sudah bermimpi. 

Nukman Ariz............
Draf novel misteri..............
Suami khayalan..............
Mungkin juga Julia mungkin salah satu watak dalam mimpiku.
Mayat tadi..... hilang tiba-tiba.

Sekali lagi.... aku mendengar suara

"Min... aku tahu kau dengar.... Bangun Min"

Julia bukan mimpi. Dia memang wujud. 

"Kau tak sedarkan diri sudah seminggu Min. Kau jatuh tangga, nasib baik Encik Nukman jumpa kau tak sedarkan diri dengan bleeding yang teruk di kepala", hanya suara Julia kedengaran.

" Jatuh tangga??, Nukman??" RANTAI - part 2

Maknanya, Nukman Ariz juga wujud, tetapi bukan seperti dalam novel misteri itu. Melihat keliling aku kosong. Hanya ruang serba serbi putih dan terdapat satu cermin. Cermin itu mulanya menampakkan wajah aku namun hanya beberapa ketika sebelum menjadi tayangan video. Satu per satu memori muncul sebelum babak aku jatuh di tangga.

Bila saat tanyangan merakamkan semula aku jatuh, tiba-tiba kepala aku sakit yang teramat. Ngeri bila melihat diri sendiri tergolek dan terhantuk dibucu tangga. Akhirnya aku tahu kenapa aku berada didunia mimpi ini.

"Salamualaikum Yasmin. Saya Nukman,,, bangun Yasmin. Saya harap awak cepat sedar....." ayat Nukman bersuara sebelum ayatnya dicantas oleh seseorang.

"Semalam, dia sudah bergerak-gerak dan menjerit nama awak Julia. Matanya terbuka semasa menjerit nama awak, tapi dia pengsan semula. Kami nurse disini semua takut nak mendekati Yasmin. Sebabnya ini bukan kali pertama dia menjerit kemudian pengsan semula. Kelmarin.... ya kelmarin dia siap bangun dari katil melompat-lompat. Habis tiub air dan tiub air kencing bersepah. Ada satu masa, dia jerit nama Nukman sampai satu wad tingkat ni dengar. Doktor hampir-hampir nak pindahkan dia di wad sakit jiwa dibawah"

Siapa tu? berani dia malukan aku depan Nukman.

"Hahaha... teringat juga semasa saya jumpa dia ditangga. Dengan penuh darah dari kepalanya, dia masih tersedar dan sempat cakap yang bukan-bukan", suara Nukman gelak sakan melayan suara nurse tadi.

Malunya, macam mana aku nak bangun nanti. Tak sanggup aku menatap wajah Nukman. Tiba-tiba perlahan badanku terapung dan dengan sekelip mata aku sudah berada di hospital. Terapung-apung di atas jasad badan sendiri yang masih kaku diatas katil. Kini aku melihat kepala aku habis dibalut tebal, sebelah kaki yang berbalut terangkat dan tergantung. Kiri aku Nukman dan kanan pula Julia. 

Syukur aku sudah melepasi fasa-fasa mimpi berantai. Kini aku menunggu giliran untuk sedar ke dunia nyata. Aku seperti tersekat antara dua dunia. Dunia mimpi tak terima aku, dunia nyata belum terima aku. Terkapai-kapai.

Lama aku berada disitu tak bergerak. Memerhatikan Julia dan Nukman. Sepertinya Julia agak malu-malu curi-curi melihat Nukman. Nukman yang tersedar diperhatikan Julia terus tersenyum. Baguslah mereka berdua. Sama padan sama cantik. Walaupun jauh sudut hati aku menyukai Nukman, tapi mengenang nasib diri yang serba hodoh ini. Biarlah aku kaku disana menunggu cinta mereka berputik. Mungkin selepas itu baru aku boleh sedar kot. Sedih kerana hanya dapat melihat mereka. 

Hari seterusnya, aku cuba bergerak menghampiri badan aku sendiri. Namun pergerakkan aku terbatas, hanya menjauhi lagi dengan jarak badan aku sendiri. Ia seperti melantun-lantun. Kenapa aku masih tidak boleh kembali pada jasad badan sendiri? 

Aku hanya mampu menunggu. Bunyi seperti loceng di keretapi menunjukkan masa melawat sudah tiba. Sebaik pintu dibuka, wajah Nukman muncul dengan sejambak bunga. 

Setelah usai dia menukar bunga ke dalam pasu, Nukman tiba-tiba mendongak. 

"Turunlah, sampai bila awak nak duduk atas", tercengang aku apabila mata Nukman tepat memandang aku. Dia boleh lihat roh?? Badan aku seperti terkena kejutan elektrik.

"Saya tahu, awak jealous lihat Julia  suka saya kan? Don't worry, if you come down dan sedar. Saya orang pertama akan ajak awak date", sekali lagi Nukman memandang atas melambai-lambai menyuruh aku kembali ke dalam badan. Dengan tidak semena-mena aku terasa badan seperti disedut ke arah jasad diri aku yang masih kaku tidak sedarkan diri. Nukman tersenyum.

Akhirnya aku berjaya membuka mata, kiri katil aku kini ternyata Nukman yang masih tersenyum. Dia bukan manusia normal. Mungkin aku masih bermimpi. 

"Awak dah sedar!!!", baru Nukman mahu menyambung ayat, pintu bilik sekali lagi dibuka. Kini Julia datang sambil terkejut. Hilang kata melihat mata aku terkedip-kedip.

"Dia dah sedar awak... Baru sangat ni dia sedar, alhamdulillah", jelas Nukman. 

Dengan muka yang terpinga-pingan aku cuba memberi respon namun tekak aku perit yang amat. Aku masih takut memandang tepat wajah Nukman. Dia boleh lihat aku tadi di atas... dia siapa?

"Min... kau kenal aku tak?", soal Julia. Aku hanya memberi respon mengangguk berkali-kali. Setiap kali aku menelan air liur, perit tekak itu hanya Tuhan yang tahu siksanya itu,

Waktu melawat akhirnya tamat, namun Nukman masih tidak mahu berganjak.

"Tak apa, awak baliklah dulu. Saya teman uruskan Yasmin hari ini. Lagipun saya off day hari ini. Kalau jadi apa-apa pun, pejabat saya dibawah saja", mungkin sesuatu telah berlaku antara Nukman dan Julia. Mereka kelihatan amat janggal, tidak seperti semalam. 

"Awak siapa sebenarnya.... awak pandang saya tadi.... Masa tu saya belum sedar lagi... macam mana awak boleh pandang saya...", aku gigihkan diri untuk bersuara. Takut juga Nukman ini sebenarnya bukan manusia biasa. Namun reaksi Nukman berbeza. Dia agak terkejut dengan kenyataan aku.

"Saya tahu banyakkkkk sangat soalan awak nak tanya. Jangan risau, saya bukan bomoh atau manusia yang ada deria ke-enam", jelas Nukman sambil tergelak. 

"Biar saya terangkan dengan jelas keadaan sebenar. Saya Nukman Ariz, saya ahli psikologi di wad tingkat dua. Memang kebetulan saya bertanggungjawab untuk kes awak setelah awak meracau-racau di sini separa sedar. Ya, saya juga jiran baru awak. Memang semua bukan dirancang tapi ianya kebetulan. Macam lagu pula"

Melihat aku masih terkejut dan tiada respon, Nukman menyambung....

"Kenapa saya tahu awak diatas? Hahaha....", soal Nukman semula. Dia tanya dia juga jawab,

"Saya rasa dari pengaruh banyak sangat tengok movie. Biasanya orang koma, rohnya tidak jauh dari jasad. Kes awak ni saya cuba banyak sangat cara. Saya tahu orang koma masih boleh dengar suara sekelilingnya, maka saya dan Julia berterusan berborak dengan awak. Awak ada respon, sebab tu kami tak putus-putus panggil awak. Saya saja buat saiko tengok sekeliling. Tapi betul lah awak kat atas? So betul la macam dalam movie? Ha... lupa, kepala awak okay, cuma lepas ini awak akan selalu pening sebabnya hantukan haritu agak kuat. Tengok ni, 11 jahitan", Nukman bangun dan memegang kawasan jahitan dikepala aku.

"Kenapa awak cakap saya cemburu lihat awak dan Julia? Awak boleh baca orang ke?? Bukan orang tapi baca isi hati ROH!! Sebab masa tu saya masih....", dalam hati aku tidak menafikan yang aku betul-betul sedih melihat Julia dan Nukman bermesra. Namun aku sedar, siapa aku berhak rasa lebih dari itu. Tak sangka Nukman boleh baca hati aku,

"So betul lah awak sukakan saya?? Haha ... Bukanlah, Julia beritahu saya yang awak sudah sebulan lebih 'stuck' buat cerita baru. Julia kata awak selalu mengadu teringatkan saya. Hari kemalangan awak itu pun, awak dalam perjalanan menghantar draf kepada Julia kan. Saya baca semua kertas draf tu sementara tunggu ambulan datang. Nama saya ada. Tak sangka boleh jadi hero novel awak", nampaknya habis kantoi semua hal aku. Malunya...

"So, seperti janji saya. Awak kena sihat cepat sebab saya nak pelawa date dengan awak. Saya offer ni", dengar saja ayat Nukman itu terus darah naik ke muka. Malunya. Dada sesak seperti jantung over limit pam darah. Aku terus memaling muka, lari dari melihat wajah Nukman.

"Haha, awak ni lawaklah. Selepas ini awak akan ada sesi terapi psikologi dengan saya sehingga saya diagnos awak betul-betul sihat", rupanya 'date' Nukman maksudkan itu adalah sesi terapi antara pesakit dan doktor. Tak sengaja aku telah mengeluh berat.

"Haha... saya tak pernah jumpa orang sejujur macam awak. Saya belum habis cakap... lepas awak betul-betul sihat baru saya ajak awak 'proper date' okay", tercengang aku, mulut terlopong lama. Sehingga Nukman menolak dagu aku. 

Mimpi lagi ke ni?????

Arghhhhhhhhhhhhhhhh...................