Rabu, 18 Disember 2013

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT? - Part 3

"Terima kasih Nadey, sanggup makan dengan Ibu. Selalunya Ibu makan ngan bibik je..", terserlah kegembiraan pada wajah tua Ibu Azmer. Sambil memotong buah, Ibu tanya kepada aku kali ni seperti berbisik.

"Nadey dah lama kenal Azmer? Azmer tak ramai kawan perempuan dan dia tak pernah bawak kawan perempuan datang jumpa ibu. Ibu hampir ingat selama ni Azmer suka lelaki kihkihkh", jelas kerisauan Ibu Azmer tetapi sempat pulak membuat lawak.

Aku tak tahu nak jawab apa, aku hanya gelak. Dalam hati rasa pelik, aku baru je kenal Azmer semalam. Tapi Azmer dah pecah rekod bawa kawan perempuan berjumpa Ibu. Gelak aku masih bersisa, tetiba Azmer menjerkah. Ibu dan aku terus melatah akhirnya kami bertiga gelak besar.

Ya Allah, jika benar suasana berumahtangga bahagia seperti ini kenapa aku tak boleh bahagia bersama suami seperti ini? Bad tinggalkan aku tanpa berita. Rumah kami berdekatan hanya berlainan taman. Aku pernah ke rumahnya tetapi telah ditinggal kosong. Mungkin dia pon jijik nak anggap aku sebagai isteri kerana dia hanya menganggap aku sebagai adiknya sahaja. Tetapi aku pelik kenapa setelah 3 bulan dia masih tak ceraikan aku? Kenapa dia masih transfer duit bulanan ke bank aku? Semua soalan tiada jawapan. Aku takut...aku takut aku benar-benar jatuh cinta pada Azmer. Bagaimana aku nak jelaskan pada Azmer tentang status aku? Adakah aku akan kehilangan Azmer? Better beritahu awal jangan sampai perkara berlarutan. Sekali luka, berparut tidak hilang hingga putus nyawa.

Setelah membilang hari, kami sudah berkawan rapat 9 bulan seperti pasangan kekasih tetapi kami masih belum terikat apa-apa hubungan.. Malam ini malam tahun baru. Aku telah meminta izin dengan Ibu, kerana Azmer mengajak aku makan berdua malam ini. Aku dengan Ibu amat rapat sehingga aku pernah beberapa kali bermalam dirumah Ibu. Azmer pula mempunyai rumahnya sendiri, di Kepong. 

Malam ni aku dress up cantik sikit. Calitan make up nipis tapi mata aku kelihatan segar dengan bantuan eyeliner. Ye lah selama ini mata aku macam penagih dadah. Seperti biasa Azmer sangat kacak. Senyuman dia membuatkan aku lupa yang aku sebenarnya berstatus isteri orang. Sebaik sampai di restoran, terdapat sebuah meja berhias lilin dan lengkap dengan makanan. Meja pula terletak betul-betul di tepi pantai. Bunyi desiran membuatkan malam itu terasa sungguh romantik. Kami berborak, tergelak-gelak dengan lawak bodoh aku. Tetiba Ibu muncul membawa kotak merah, muka aku terkejut beruk dah dapat mengagak isi kandung kotak merah itu. Ibu duduk di meja kami, sambil tersenyum dengan penuh makna.

"Ibu nak meminang Siti Nadirah binti Khairudin jadi menantu Ibu boleh? Nadey suka?", lembut tuturan ibu sambil menggenggam jemari gemukku. 

Aku hilang kata. Allah inilah masanya aku perlu jelaskan semua tentang aku. "Maaf Ibu tapi ada sesuatu Nadey nak beritahu", mata aku terus berkaca. Tambah pula angin pantai yang dingin. Laju terus takungan air mata jatuh ke pipi. Habis make up.

Setelah aku menceritakan segalanya, Azmer kelihatan sugul dan jelas dia amat kecewa dengan aku. Ibu pula turut menangis dan memeluk aku. Teresak-esak ibu. Sedih sangat aku telah kecewakan hatinya malam itu. 

Lama Azmer membisu, Meraup dan menekup muke menunduk bumi. Aku redha jika aku kehilangan Azmer dan Ibu kali ni. Bukan sekali aku ditinggalkan keseorangan di bumi ini. Aku dah biasa kecewa. Tiba-tiba Azmer bersuara.

" Nadey, saya betul-betul cintakan awak. Dalam kes ni awak tak bersalah. Dan......dan Bad juga tidak pernah menyentuh awak kan. Saya nak tanya awak. Awak nak kahwin dengan saya tak? Itu je saya nak tanya", sebak suara Azmer.

Ya Allah aku tak sangka Azmer betul-betul serius dengan aku. Terima kasih Allah Kau berikan Azmer untukku. Tanpa berfikir, aku mengangguk. Ya aku juga mencintai Azmer. Akhirnya aku luahkan juga perasaan yang terpendam.

"Nadey, mulai harini kita cari Bad okay? Mungkin ini ujian untuk kita. Kita akan cari Bad dan selesaikan semua masalah. In sha Allah selagi saya yakin awak untuk saya, saya akan usaha semampu saya. Ibu sayangkan Nadey kan ibu???", reaksi Azmer penuh harapan. 

Malam itu aku tidur dirumah Ibu. Ibu sangat sedih mengenangkan kisah aku. 

"Sudahlah anak yatim piatu, dijadikan kambing hitam untuk lelaki yang dianggap seperti abang dan ditinggalkan oleh suami tak bertali. Kasihan Nadey. Ibu ada ya, menangislah, mengadulah pada ibu", rintih ibu. Malam itu kami terlelap dengan sisa air mata.

Setelah kejadian hari itu, Azmer amat ambil berat tentang aku. Begitu juga dengan Ibu. Hati aku sekarang betul-betul penuh dengan nama dan kasih Azmer. Ini rasa yang pertama setelah 26 tahun aku hidup. Azmer cinta pertama aku dan aku juga berdoa agar Azmer juga cinta terakhir aku.

Petang itu, Azmer ada meeting dengan bos. Maka aku balik ke rumah sendirian dengan teksi. Azmer menghantar masej.

Nadey sayang, balik elok-elok okay jangan pandang lelaki lain. Malam nanti sy call sayang ya. Makan dulu jangan tunggu sy mungkin balik lewat. Much loves from Azmer hensem gila - Azmer

Kali ni pantas aku reply.

Baik Azmer sayang, saya nak masak sedap harini nak makan banyak-banyak. :P
Infinity loves from Nadey kurus. - Nadey

Sampai di rumah, aku mengeluarkan kunci untuk membuka mangga pintu. Tiba-tiba tangan aku direntap kasar. 

"Bad????????????????", jerit aku ketakutan. 

"Kau isteri aku kenapa kau nak lelaki lain. Kau ingat aku bodoh tak tahu kau buat ape??", Bad menggigil kemarahan. Dia menarik aku masuk ke rumah, lalu di hempaskan badan aku ke sofa. Sumpah ini pertama kali aku melihat Bad marah. Dia bukan Bad yang kenal selama ini. Seorang penyayang dan lemah-lembut. Kini dia bengis, serabai dan matanya penuh amarah.

"Jawab soalan aku, kenapa kau macam perempuan jalang?", teriak Bad bergema dalam rumah. Rupanya selama ini dia memerhatikan aku. Dia tak pernah tinggalkan aku.

"Muhammad Badrul bin Zain! Kalau kau suami aku, kenapa kau tinggalkan aku macam perempuan bodoh??????????? Kau kata nak lepaskan aku? Sampai hati kau tinggalkan aku Bad. Kau aku anggap abang aku, selama ni kau tempat aku mengadu dan kita bersama dari kecil Bad. Sampai hati kau buat aku macam ni", semakin rendah intonasi aku. Aku ingin Bad tenang.

"Abang? Aku suami kau Nadey. Pernah kau fikir kenapa aku tinggalkan kau? Aku tak nak sentuh kau!!!!!!!!! Aku takot aku hilang kau pulak. Aku masih mencari Intan. Mesti ada salah faham kenapa dia tinggalkan aku. Mungkin dia ingat aku masih sukakan kau. Mungkin juga aku ada tersalah cakap.  Dan kau tak boleh tinggalkan aku selagi aku tak jumpa Intan.", tegas Bad.

"Ah sudah! Kau ingat aku barang ke Bad? Takkan aku nak abdikan diri aku untuk suami macam kau? Ape kau kate? Aku tak boleh tinggalkan ko selagi kau tak jumpa Intan? Serius kau dah mati akal gamaknya. Cuba kau fikir, aku ni patung ke? Aku pun nak bahagia juga. Kau dah gila", melenting aku panas dengan kata-kata bodoh Bad.

"Kau pikir, selagi kau masih isteri aku, syurga kau dengan aku. Mulai dari hari ini kau pindah rumah aku atau aku pindah sini. Aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai suami kalau itu yang kau nak sangat!!", ugutan Bad membuatkan aku rasa meremang. Azmer.................

 "Aku cintakan Azmer dan aku nak kau lepaskan aku seperti yang kau janji dengan aku hari itu", aku memberanikan diri membalas ugutan Bad.

Aku seperti mencabar Bad, Bad terus menghampiri aku dan menindih badanku. Sesak nafas. Bila dengar rengusan nafas kasar Bad, aku takut, aku cuba melawan dan akhirnya aku menangis. Tiba-tiba Bad berhenti dan badan aku ditarik untuk duduk lalu dipeluk kuat. Bad tewas setiap kali melihat aku menangis. Akhirnya, ini Bad yang aku kenal.

"Abang minta maaf, abang tak patot buat kau macam ni. Abang minta maaf, Ya Allah.....", Bad juga menangis. Aku membiarkan saja pelukan Bad. Mungkin dia perlu tenangkan fikiran. Lama juga dia teresak-esak. Mungkin benar kata dia, dia perlukan aku untuk mencari Intan. Lama kemudian, senyap. Bad tertidur dalam esakkan. Perlahan aku meletakkan kepala Bad ke sofa. Kesian Bad, setahun dia mencari Intan. Keluarga Intan sendiri tidak jelas kemana anak daranya menghilang.

Aku bangun dan naik ke bilik untuk bersihkan diri. Mungkin aku perlu solat hajat lebih untuk selesaikan masalah ini. Selepas mandi dan solat aku turun ke bawah untuk masak. Kelibat Bad hilang dari sofa. Mungkin dia ke tandas atau solat. Aku tahu, Bad yang dulu lain dengan Bad yang sekarang. Wajah bengisnya tadi cukup buat aku rasa seram. Dia seperti orang asing. Tapi aku beranikan diri dan mengawal ketakutan aku. "Okay, in sha Allah Bad tak akan apa-apakan aku", positif akal aku.

Hari ini aku masak gulai ayam lemak cili api, taugeh goreng dan telur mata masak kicap untuk Bad. Sedang aku membasuh pinggan, tiba-tiba pinggang berlemak aku dipeluk dari belakang. Allah.........kenapa Bad lain macam?

"Sedapnya bau... isteri abang masak apa??", manja suara Bad.

Allah!!!!!!!!!!!!!!!Terkejut aku nasib baik aku tak melatah. Mahu muke Bad bertemu siku aku. Berpeluh aku. Aku tiada hak untuk menolak perlakuan Bad sebab aku masih isteri dia. Takut juga jika aku menolak habis Bad bertukar bengis sekali lagi. Demi keamanan sejagat dalam rumah ini aku membatu sahaja. Perlahan aku menjarakkan diri seolah-olah untuk membuat kerja lain. Nasib Bad faham yang aku perlu bergerak untuk siapkan makan malam. Tekad, aku perlu berbincang dengan Bad yang aku betul-betul cintakan Azmer.

Azmer...........aku akan usaha.


Bersambung.....

Tiada ulasan: