Memaparkan catatan dengan label kERJAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kERJAYA. Papar semua catatan

Selasa, 21 Mei 2013

CTOS tu HAPE??? NAMA BLACKLIST DARI BANK???


Ini info penting bagi rakan-rakan seumur saya. Seharam kejadah aku tak pernah tahu CTOS ni hape, ko habis je belajar, pergi cari kerja dan berniat untuk beli rumah atau kereta.

Tibe-tibe dapat call dari dealer, "Nadirah, nama awak disenarai hitam dalam CTOS. Awak ada buat pinjaman dari mana2 bank, kad credit ke....ataupon ada pembelian kereta family menggunakan nama awak?"

CUAK GILA BABI WEHHHH, sebab sebelum ni aku hanya berhutang dengan PTPTN itupon aku tak pernah tak bayar. Aku dah risau sampai kerja kat opis aku abaikan. Aku tepon semua kawan-kawan dan ada juga tanya di Facebook. Ramai kawan mengatakan PTPTN takde kene mengena hal ni.Nasib baik pihak bank dan dealer sudah beritahu mereka akan tolong aku bersihkan nama aku daripada disenarai hitam dari CTOS....tapi dealer tu tak terangkan aku dapat CTOS tu dari mane...just dia kata tunggu loan settle je.

Sampai sekarang aku blur, CTOS mane kan....aku pikir, saman AES yang aku tak bayar tu ke??? HAHHHAHAH 

ok CTOS atau organisasi seumpamanya adalah....
satu badan organisasi yang mengumpul maklumat senarai peminjam yang gagal melunaskan hutang dari bank peminjam, dengan kata lain senarai hitam orang yang dibenci oleh bank sebab tak reti2 nak bayar hutang berturut2 12 bulan selamat berapa tahun mereka janji untuk membayar. Maka bila orang yang dibenci oleh bank A, tidak akan boleh pinjam duit dari mana2 bank di Malaysia ni....OVERSEA aku tak tahu.

Biasanya, bank akan memberitahu dahulu kepada peminjam jika dia tidak berjaya membayar hutang dalam masa yang dijanjikan, namanya akan terus diserap dalam CTOS atau sebagainya. Biasanya pemilik kad kredit tahu berkenaan CTOS, jika mereka lewat membayar mereka akan terus disenarai hitam....Jika nak bersihkan nama, sila rujuk 

Yang aku baca dari forum-forum mereka hendaklah pergi ke pejabat CTOS dan bersihkan nama dengan membayar semua hutang dan proses pembersihan lebih kurang 3 hari namun itu ia boleh lanjut selama 6 bulan untuk kita boleh membuat pinjaman baru pada bank2 di Malaysia.

Kepada kawan2, sila cek dengan detail jangan jadi macam aku blur dan dealer aku tolong uruskan. Kadang-kadang ada orang berniat jahat boleh tipu kite dengan banyak cara. Zaman sekarang kan.....semua bijak pandai maka kita kene jadi rakyat yang pandai agar tidak ditipu mana2 pihak yang tidak bertanggungjawab. Sila cek dengan detail maklumat sebegini sebelum membayar apa-apa statement. Jika betul salah kita tidak membayar wang maka bersihkan nama cepat2 agar kita mati bukan dalam keadaan berhutang. Tenang malam2 nak tidur kan..... 

Sebab tu dari aku lahir ayah aku didik aku supaya jangan berhutang. Alhamdulillah, ayah aku kata dengan bangga....kamu semua ayah bela tanpa hutang bank....kad kredit..... Maka aku akan dengar cakap ayah aku.....aku tak kan pakai kad kredit...hutang dengan ayah je lah hahahahhah..in shaa Allah.... kerja keras dan setelkan hutang secepat mungkin....

Tapi bagi aku bergantung juga, ada orang pandai manage hidup dia.....dia tak boros macam aku...maka die boleh pakai kad kredit. Aku memang sah tak boleh BAHAYA!!!!!!!


Selasa, 21 Februari 2012

K.E.S.A.B.A.R.A.N

 
COMEL TAK ANAK AKU TUNGGU MAMA DIA???
OK AKU TIPU!

Kesabaran
Apakah maksud dari perkataan di atas? Ini perkataan yang amat sinonim dengan kita lagi-lagi Melayu yang beragama Islam. Tetapi ini Malaysia, orang Cina India semua pon gunakan ayat ini. (SAYA BANGGA DENGAN RAKYAT MALAYSIA).

Kenapa aku tulis dengan skema kali ini? -_-"

Tajuk post kali ini memang sesuai dengan aku kerana aku seorang yang panas baran. Maka aku, family dan kawan-kawan sentiasa mengingatkan aku cara-cara untuk menenangkan hati. Bila aku panas baran aku suke mengamuk dan LARI!!!!!!! fine....kalau dah kerja macam sekarang (alhamdulillah sudah mempunyai kerjaya sekarang dan bertekad dengan serius) aku nak lari ke mana?? HAHAHAHA

So, sebaik sahaja aku menerima tawaran bekerja di syarikat yang agak besar (aku tipu lagi...nak berlagak jek) maka Bos aku awal-awal warning aku supaya aku dapat bersabar kerana company besa MASALAH PON BESARRRRRRRRRRR...... Biaselah selama ini aku lebih banyak berurusan dengan haiwan. Kali ini, berurusan dengan haiwan hanya apabila aku balik rumah....weeeee. Dan apabila berurusan dengan manusia yang mempunyai akal, kurang hati, dan bekerja keras maka tekanan itu wujud tetibe.

Maka, aku hendaklah memantapkan diri untuk menempuhi masa depan yang penuh pancaroba. Cita-cita aku sekarang berlainan dari cita-cita di zaman Universiti. Sekarang, sudah bekerjaya haruslah bersyukur dan menanam cita-cita untuk mengumpul harta........ya !!!!!!! aku suka HARTA aku suka DUITTTTTT

Maka demi cita-cita yang amat beremosi itu mari kita amalkan doa-doa (makanan untuk HATI KITA)


DOA 1
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)

**************************************************
DOA 2
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ


Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)








Nota Biawak : Emmm sibuk mencari jodoh! demsssssss