Selasa, 19 Mac 2013

KHIANAT, SIHIR MENYIHIR ADALAH TREND ZAMAN MODEN

 Hari ni aku dapat berita dari seorang teman yang dia dan sekeluarga terkene buatan orang. Yang paling menyedihkan mereka terkena buatan SAUDARA SENDIRI!!! 

Subhanallah, tergamak saudara sendiri dengki, cemburu sehingga sanggup menghancurkan masa depan teman aku ni. Kes ini bukan kes baru, kes buatan ini juga terjadi pada saudara family aku juga.

Paksu dan abang saudara aku adalah contoh yang paling berjaya yang penah aku saksi dan dengar.
Kes ini terjadi setelah famili ibu aku menjual tanah. Jual tanah di Kuantan, dapat duit dan rumah 2 tingkat (tapi rumah belum siap). Bahagian yang paling banyak dapat adalah bapa saudara aku yang bongsu. Sejak dari itu timbul pelbagai isu tuntutan duit dari pelbagai pihak yang tidak sedar diri. WADEHELL

Syukur ibu dan adik perempuannya tidak pernah "argue" dengan hasil penjualan. Kes gempar apabila abang saudara aku pulang rumah atuk dengan keadaan separa nyawa, darah berlendir keluar dari mulut, merangkak meminta bantuan dari bapa saudara aku. Setelah ibu mendapat berita ini, adik lelaki dan ibu bergegas ke Kuantan. Cari ustaz, cari air 7 surau, cari bunga 7 jenis....beli garam, beli limau untuk tujuan perubatan. Tak silap aku salah seorang ustaz sudah putus asa dan berundur daripada meneruskan perubatan. 

Abang saudara aku separa nyawa muntah darah dan meracau, bila ditanya kepada isteri beliau, pelbagai fitnah menuduh pelbagai pihak yang menyebabkan suaminya begitu. Last2 bila ustaz selidik, ustaz tidak beritahu dengan terperinci siapa angkara semua ini, tetapi dari reaksi isteri abang saudara aku yang TUA tu, dia melarikan diri daripada ustaz tu menyimpulkan yang buatan ini daripada isterinya sendiri!!!!! WADEHELL

Semasa proses pembacaan ustaz itu, pelbagai bunyi keluar dari dinding rumah atuk aku dan ustaz mennyatakan bukan satu malah BANYAK "hantu" yang dihantar oleh bomoh celaka itu. Abang saudara aku meracau dan adik kandung aku sendiri yang memegang dan menenangkan agar dia tidak bangun. 

Apabila ustaz mengarahkan semua keluar dari rumah ibu bercerita, ustaz tu nampak hantu atas bumbung rumah atuk....ok aku seram! dibaling garam sekeliling rumah. Apabila sudah reda, ustaz itu berkata "benda" ni kuat dan mungkin akan datang semula....wadehell

Cerita yang ustaz tu dapat simpulkan, dia menghantar sihir tu untuk bapa saudara aku tapi tersalah atau terpantul sihir itu pada suaminya sendiri merangkap abang saudara aku!...

Isterinya berumur lebih kurang atuk aku berkahwin dengan abg saudara aku berumur 30an, pelbagai fitnah yang kami reka yang perempuan tua tu guna-guna kat abang saudara aku....my mouth my bad.

Kini, bapa saudara aku tiba-tiba datang kerumah aku meminta ibu aku menghantar dia ke pusat perubatan. Dia merasa seluruh badanya terbakar, panas. Setiap minggu ibu membawa poksu ke pusat perubatan ruqyah di Gombak. Namun kurang efek, cuma panas badan sudah hilang. Setiap kali dia pulang ke Kuantan, badannya akan sakit-sakit. Maka, dia menetap di rumah aku sementara sehingga sembuh. Alhamdulillah ibu beritahu keadaan poksu tak sperti dahulu. 

ok tutup cerita pasai famili aku.

Yang aku marah ni kenapa sihir menyihir di zaman moden ni makin berleluase??? OK fine sometimes orang kaya orang yang berjaya ni eksyen lebey kan maka kita benci nak bunuh takut masuk penjara...maka SIHIR la jalan paling mudah untuk menghapus orang yang kita benci tu. 

Mungkin juga, kurang didikan agama. YES, even orang alim pun boleh digoda syaitan dan inilah agenda mereka sejak azali sehingga kiamat. Bak kate aku....sikit2 aku cakap ni agenda aluminati. Kalau kita lihat dengan mendalam, agenda aluminati iaitu tidak percaya Tuhan, malah percaya pada pada syaitan/ Dajjal yang menjanjikan kejayaan didunia yang sementara.

Ya Allah lindungilah saudara Islam ku daripada buatan daripada manusia syirik! amin 
Doakan yang terbaik! Semuga semua kawan aku sihat.

Gambar hiasan. ok aku takut nak pergi tandas...malam kang aku suruh ibu teman depan tandas!

Isnin, 14 Januari 2013

PERASAAN KENE REJECT, BAGAIMANA RASANYA? APA AKU PERLU BUAT



Post kali berkenaan dengan aku, kawan dan mungkin orang-orang yang tak berapa bernasib baik dalam bab-bab jodoh ni. Dalam Islam, jodoh juga antara salah satu rahsia Allah dan banyak persoalan yang tiada jawapan, yang mengetahui ialah Maha Mengetahui iaitu Allah SWT.

Jika aku bercakap soal jodoh dalam perspektif Islam ianya sangat luas dan aku bukan pengkaji seperti Dr. Muhaya atau sesiapa pun. Aku tak layak. Tetapi aku akan bercakap mengenai perasaan aku dan kawan-kawan yang pernah berkongsi cerita.

Kenapa aku boleh terpikir nak luah untuk post ini, kerana pengaruh mukabuku (Facebook) yang mempamerkan pelbagai ragam, sedih, gembira, benci dikongsi di laman soSIAL itu. Maka terbit rasa cemburu melihat kebahagian 24jam oleh seorang manusia ni, membandingkan perbezaan hidup mereka yang bahagia dengan aku yang serba kurang bahagia ini.


Bersyukurlah jika anda tidak pernah mengalami perasaan disingkir/direject/ditolak dan sebagainya. Jika anda pernah mengalami perasaan sayang ditolak, janganlah terlampau bersedih sehingga melupakan agama, family dan orang yang tersayang. Disini aku berkongsi ape yang aku rasa dan antara perkara selepas kejadian sedih berlaku aku akan:- 

1) TIDAK DAPAT TIDUR
Sedih yang terlampau...tapi kita manusia, boleh kawal ke? Kadang-kadang tak terkawal juga sebab manusia punyai hati yang rapuh mudah dikawal oleh syaitan. Menangis, meraung, setiap saat akan terbayang semua kenangan manis dan setiap perkataan yang pernah si dia ucapkan terngiang-ngiang. Mata akan sentiasa basah sehingga hati rasa berat seperti sukar nak bernafas. Rasa malu dengan diri, pada keluarga dan sentiase menyalahkan diri dengan kebodohan telah dilakukan. Mengikut pengalaman, baru-baru ini aku telah menelan ubat selsema sepapan (ubat tidur). Setelah penat menangis dan setiap masa teringat perkara sedih, aku tak dapat lelapkan mata, maka itu adalah jalan mudah untuk aku rehat....tapi syukur Allah masih sayang aku hanya seharian aku tidur mati tanpa mimpi. Ini contoh yang berdose mintak jangan ikut! 

2) TIDAK ADA SELERA MAKAN
Ini berlainan dengan aku, kerana selepas seharian tidak menjamah sebutir nasi, keesokan hari aku bantai berpingan nasi dan minum air sampai muntah. Kalau makan nasi pun boleh teringat segalanya2, memang perit. Bila rase sedih dan asyik menangis membuatkan kita lupa nak makan dan kemungkinan kenyang sebab minum air mate sebaldi. Tapi syukur aku jenis yang makan walaupon tengah sedih. Makan beger megamac McD sambil mencarut. LOL

3) BADAN ASYIK NAK DEMAM
Bila kita tengah sedih, kita akan membuatkan satu perkara yang dapat menarik perhatian dengan kata erti lain (ingin menagih simpati) lagi-lagi berharap si dia akan menghubungi bertanya dan mengambil berat tentang diri kita semula. Biasanya aku akan MC sehari dan aku akan pergi tengok wayang ataupun makan sushi sampai beratus bil seorang makan. LOL 

4) MENCARI TEMAN UNTU LUAHAN HATI
Biasanya orang cakap, kawan waktu senang bersepah tapi kawan waktu susah???? Syukur aku mempunyai ramai kawan-kawan waktu susah. Aku malu untuk berjumpa, segan kerana aku ni berperangai seperti perempuan kuat selama ini. Segan menangis depan kawan-kawan. Maka aku akan hanya hubungi mereka yang bertuah dan aku akan cerita supaya aku dapat waras, apa yang patut aku buat selepas ini. Syukur jika rakan anda suruh anda bersolat tenangkan diri, Kalau tidak mungkin mereka akan tenangkan dengan ayat-ayat biase orang cakap, "sabarlah, Allah senang uji kamu...mungkin ini hanya ujian kesabaran. Mungkin juga dia bukan jodoh kamu dan inshaAllah terbaik selepas ini" dan banyak lagi ayat yang sangat2 biase "cliche". Walaupun ayat itu selalu didengar tetapi jika kita sedang bersedih kita akan terima nasihat yang berulang dan inshaAllah selepas beberapa minit menangis kita akan tenang. Ini kerana komunikasi banyak membantu melepaskan tekanan.

5) BUANG SEGALA PEMBERIAN
Segala pemberian mempunyai kenangan yang manis. Pasti bila ternampak akan menangis semula. Bagi kes aku, aku pernah terbakar sehelai baju raya yang orang kasi. Pastu aku menyesal, seb baik bagi 2 helai LOLOL. Maka aku kumpulkan semua barang pemberian dan aku letakkan di dalam kotak bawah katil. Kenapa? kerana SEKURANG-KURANGNYA DIA PERNAH BAHAGIAKAN AKU LAGIPUN dia bukan lelaki jahat ....maka aku akan simpan sehingga hati betul-betul bersedia lupakan atau kita sudah berjumpa dengan jodoh yang benar. 

6) LAYAN KOREA (VARIETY SHOW)
Jangan lah layan cerita drama, kang menangis tanpa henti pastu bunuh diri macam orang korea. Maka carilah penawar yang betul. Contoh, Running Man. Aku sangat2 bersyukur dengan cerita ni sebab aku akan ketawa dan ubat ni boleh membuatkan aku lupa yang aku tengah bersedih, ketawa itu pun penawar segala penyakit. Gembirakan hati bukan musnahkan hati. Tak kisahlah mana-mana yang anti-korea boleh tengok maharaja lawak. Aku juga telah mempengaruhi kawan-kawan yang sedang sedih untuk layan RM. Hasilnya, tak sampai seminggu kawan aku sihat dan ceria semula.

7) DEACTIVATE LAMAN SOSIAL
Ini bergantung pada masing-masing. Kalau aku, aku tak buat, tetapi lama jugak aku menyepi. Blog juga aku kurang berminat nak terjah2. Tetapi apa yang positifnya di sini, kita akan tidak bertambah sedih jika terbaca post wall kawan-kawan kita yang sangat bahagia 24jam tu kan. Tak payah musnahkan diri dengan membuat perbezaan kebahagian orang lain. Kita tak tahu apa dugaan Allah beri pada orang yang bahagia 24 jam itu. Maka janganlah tiru perangai buruk tu. Jangan buat dose kering dan jangan membuat  orang agar membenci kita.

8) AKTIFKAN DIRI DENGAN AKTIVITI SOSIAL
Jumpe lah kawan-kawan, sibukan diri. Contoh aku, kalau duduk sorang2 dalam bilik mesti akan teringat maka aku akan layan movie korea tak pun ajak geng2 single aku keluar lepak. Tak pun, join aktiviti amal. Dulu aku selalu juga balik kampung tolong ayah di kebun. Daftar keahlian baru mana2 group. Jangan pergi clubbing sudah. Ingat bagi yang Islam, selangkah kita ke sana, Allah akan gelapkan hati kita. 

9) MENCARI PENGGANTI SECEPAT MUNGKIN
Dulu, jika aku frust je, aku akan cari pengganti dengan cepat. Maka aku akan cepat recover dan ceria kembali. Tetapi kes baru-baru ni, dah setahun aku cube lupekan tapi masih aku tak dapat terime mane-mane orang. Kalau ade pon, susah.

10) ALLAH S.W.T
Tiada cinta yang hebat selain cinta kepada Maha Pencipta. Banyak cerita berlaku, akhirnya aku sedar...aku menyesal sebab menangis sebab orang reject aku tapi aku tak pernah menangis membayangkan Allah akan reject aku. Jujur aku cakap, sejak aku tersedar kekdah itu, aku dapat perlahan mulakan hidup baru dengan hati yang sedikit tenang. Sekarang aku lebih suka bahagiakan diri aku lebih dari sebelum ni. Dan azam tahun baru aku adalah AKU INGIN BAHAGIA. Memang susah nak lupakan, sehingga sekarang aku masih sakit tapi sekarang aku dapat terima dan redha dengan segalanya. Setiap kejadian ada hikmahnya dan mungkin 10 tahun akan datang aku bersyukur kerana hikmah dari ujian Allah ni. 

Maka elaklah berjumpa dengan si dia agar akan tak senyum kambing.

Perasaan yang paling sadis adalah orang itu sangat baik melayan anda sehinggalah anda tahu yang dia baik sebagai kawan biasa sahaja.

Yes, don't ever risk your heart flatter again.

Malu sebab direject??? Kenapa nak malu, perasaan itu bukan kita yang kawal. Ia datang kerana Allah sudah takdirkan ujian untuk kita. Don't ever shame your past life been rejected but its make u more strong rite?

Maka kepada orang yang bahagia 24jam, Dun FUCKING look at me like that, im strong enough that u.

Khamis, 10 Januari 2013

Korean Drama: Tree with Deep Roots

Setiap kali balik dari bangi, mesti aku dapat banyak cerita korea best2 dari pembekal Bell dan Ah Teng....hehehehhe dan sejak akhir-akhir ini juga aku jadi sangat seronok tengok cerita zaman raja dolu2 ni....Kalau dulu pecah rekod aku menangis gile bavi tengok The moon embrace the sun. Kali ni.....Tree with Deep Roots. Cerita ini tak boring sebab aku tak pernah foward mane-mane scene dalam drama ni. Itu bermakna cerita ni bagus jalan ceritanya.

Okay siapa tak kenal die ni? aku tension betul bila tengok die ni....sebab ni memang pelakon hebat.
Jang Hyuk, banyak gile movie dan drama aku tengok....yang paling macho watak die dalam The Slave Hunter, Chuno....pastu Please teach me English pon macam harem....Windstruck....Volcano High (ni cite klako gile)....dia bestfren Kim Jong Kook.....:)

Shin Se Kyung

Budak ni muke sebiji macam Nickhun.....2PM...seyes

Of course Song Joong Ki.....

Dia memang hebat la belakon.....adus....memang perfect la

Ok Song Joong Ki mase tue.....LOL

Ok ni aku terperasan.......ni Kibum Super junior.....yang paling kiri! wee huuuu lame xjumpe die

Ok salah satu watak yang menarik perhatian aku, Myun Hyul
Aku xtau nape aku rase die hensem GILE!!!!!!!!!! kadang-kadang aku macam die macam TOP BigBang....wadehell.....

Pastu aku google.....hahahahah die Jo jin Woong
Badan die memang chubby TAPI dalam drama ni....TAFFFFFFF gilos.....sure die g gym 21 jam sehari......hish meroyan aku tengok die ni lame-lame......tah la nak kate ensem takde la sangat........tapi character die buat aku rase WOW gile

ok cukup lah aku dah penat meroyan.....ni pon aku curi tulang bukak blog weeeeeeeeee

Rabu, 1 Ogos 2012

TAHU KISAH TENTANG LAUT MATI???

Aku ni memang suke sejarah lagi2 sirah2 Nabi-nabi kita. Hari ini tergerak hati untuk bace kisah ni........
Seriously, ruginya dan bodoh sangat aku. Aku baru je tahu kisah Nabi Luth a.s berlaku di laut mati !!!!!

Secetek ilmu aku, aku hanya tahu laut mati ni laut yang paling masin di dunia. Tak pa lah hari ni syukur dapat ilmu walaupon aku ketinggalan zaman.

Basic knowledge kita, kesan Laut Mati ini membuktikan kebenaran dari ayat Al-Quran mengenai bala yang telah menimpa kaum Nabi Luth a.s di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun yang lampau. Kaum Nabi Luth a.s berjumlah 4 juta orang. Kaum Nabi Luth a.s dibinasakan oleh Allah S.W.T disebabkan melakukan perbuatan terkutuk iaitu Homoseks yang belum pernah dilakukan oleh kaum terdahulu.


 Prince World Kuala Lumpur......Nauzubillah

 Rentetan dari kisah Nabi Luth, Kisah Kota Pompei ditenggelami bumi
Kota pompei terletak di tengah Itali, Zaman Tamadun Rom.

Kota Pompei ni kaya dari segala2nya, perniagaan, pertanian, perdagangan memang kota yang kaya. Bile dah kaya, senang lupe diri. Kaya dengan tempat perlacuran, alat2 kelamin palsu dijual terang-terangan. Perlacuran dah jadi macam HALAL dan perlakuan diluar tabii pun tak kurang hebatnya.

Kota Pompei ni memang bersebelahan dengan gunung Vesuvius yang memang sentiase menggelegak...gegaran yang ringan sudah biasa dirasai oleh penduduk di situ sehingga hari Gunung Vesuvius tu muntah lavanya pun dorang tak sedar. Maka dikeralitan itu, mereka yang sedang asyik dengan duniawi mati terperangkap dalam kawasan lava yang panas. Oleh kerana itu, terdapat banyak penemuan mayat2 bertukar jadi batu dalam keadaan yang mengerikan, seolah2 mereka tak bersedia dengan kedatangan bencana itu.






Mengikut pengalaman aku, quantiti golongan gay, lesbian dan pengkid kat Malaysia ni amat mengejutkan. MEMANG RAMAI..........tak tahu nak buat ape dah. Hanya aku berdoa, kawan2 aku yang begini agar diberi petunjuk oleh Allah SWT.

Kalau dulu, aku disisihkan kawan kerana kes golongan gay ni. Sanggup mereka buang aku kerana tidak percaya kata2 aku....tambahan pulak dengan tikam belakang aku....dan mengungkit kesalahan aku yang sudah lama..yelah bergaduh hanya nampak kesalahan kita je kan.....dulu aku sedih tapi sekarang aku syukur kerana Allah selamatkan aku dari bersubahat lame2. Semua yang berlaku memang nampak hikmahnya....Allah telah mengantikan aku dengan kawan yang lebih baik dan sentiasa menjaga solat. Susah untuk memaafkan tapi aku cuba dan aku berdoa agar Allah sentiase menjauhkan pandangan aku dengan mereka. Jika mereka betul2 bertaubat, alhamdulillah tetapi jika masih seperti dulu, doa Allah beri petunjuk sahaja.

TIDAK MUSTAHIL KEJADIAN SEPERTI ZAMAN NABI LUTH AS DAN KOTA POMPEI BERLAKU DI MALAYSIA.

Mengaku aku memang anak derhaka, tetapi sedarlah sebelum terlambat. Mintak maaf selalu dan beri bakti kepada ibu ayah semampu mungkin. SEMAMPU MUNGKIN.

Setelah melalui pelbagai pengalaman pahit tu aku rasa family lah bestfren aku yang sebenar. Dorang tak pernah tinggal aku tyme aku jatuh. Maka berbakti pada yang masih ada. Kepada rakan yang sudah tiada ayah ibu di dunia tapi Allah tak akan putuskan doa2 anak soleh solehah. Doa bukan untuk 5 waktu solat tapi sentiasa. InsyAllah

Selasa, 29 Mei 2012

CARA-CARA ELAK DARI PERASAN ORANG SUKA KITA!

OK bace pelan2 k....

Aku buat post ni bukan sebab aku pro BUKAN.. Aku hanya berkongsi pengalaman dan aku tak nak perempuan lain jadi macam aku. Nanti kecewa gile-gila kan. Bukan nak menghina diri sendiri, pengalaman ini mudah berlaku kepada orang macam aku (CUTE) tak berapa nak cun kalau nak dibandingkan dengan average wanita di Malaysia apatah lagi nak dibandingkan dengan wanita KOREA??? Masya Allah sis... 

Seriously, aku seorang perempuan yang jarang dilihat oleh lelaki sebagai seorang WANITA tulen. Kebanyakan rakan-rakan yang kenal aku sudah menganggap aku ni LELAKI atau sudah di FRIENDZONE kan dari awal (perghhh sadis). Namun, seburuk-buruk masih ada peratusan yang melihat aku sebagai wanita itupun kurang dari 10%. (Terima kasih tau anggap kittew WANITA). 10% lelaki itu jugalah adalah lelaki malang dan tak tahu nak letak dalam kategori ape. Walaupun ada possibility 10% namun setakat ini masih tak berjaya sehingga sekarang. Kalau tak, aku dah kawin. 

Maaf mungkin cara ni untuk perempuan yang berhati macam aku je!

1) Cube keraskan hati dengan selalu pikir negatif
Adakala fikir negatif ni ade kebaikannya. Bila kau dah banyak kali kena reject mesti kau pujuk hati kau supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang lelaki yang approach kau. Contoh untuk keraskan hati ni, JANGAN CEPAT PERASAN. Kalau betul dia approach kau, baik kau selidik dulu dia memang betul-betul tergolong dalam kategori lelaki malang 10% tadi atau dia just nak gunakan kau sebagai orang ketiga. Dia nak tackle kawan kau rupanya ... Auchhhh!!

2) Belajar mengenali perangai lelaki.
Setiap lelaki caranya berbeza untuk mereka meluahkan perasaan keprihatinannya. Contohnya PLAYBOY. Yang handsome jadi playboy ni aku fahamlah sebab apa. Tapi banyak je spesis PLAYBOY HODOH. Ini species jilake hanat antat sebab dia guna kuasa mengayat dan acah-acah ambil berat. Bukan salah kita ok terperangkap! Ewah kau. Sebabnya perempuan ni sebenarnya tak kisah muke kau macam bontot kuali ke asalkan ko baik dan sentiasa ada. Ada kat mane? Kepala bana betul. Jenis lelaki macam ni macam kurang kasih sayang, sebab tu dia tak boleh rasa sorang-sorang. Mesti ada mangsa yang mengisi ruang kekosongan beliau. Goyah betul dengan sikap caring yang kau pun tak sedar macam kena love potion gituw. Yes sedar-sedar je dia sebenarnya anggap kau macam tisu jamban je. Pakai bila perlu. Lagi hawau bila tup-tup kau tahu dia couple dengan kawan kau. Bukan seorang, sepuluh.


LELAKI BAIK. Jenis lelaki baik ni adalah lelaki yang baik dengan SEMUA PEREMPUAN dan tak boleh tolak permintaan atau tak boleh cakap "NO, NO". Ni penyakit bahaya. Ramai perempuan layan perasaan sorang-sorang sampailah kau terjumpe mangsa senasib yang sukakan orang yang sama. Masa tu kau boleh buat group mangsa senasib. 
Contoh dialog: "Weh ko suke aku ke? Sowi sowi sowi nega nega (lagu Super Junior keluar) aku tak sangka jadi macam ni. Sebab aku anggap kau kawan baik aku je. Sorry"
Masa ni kau baru sedar, selama ni kau je yang terperasan lebih-lebih. Sian kau, sabar tau. 

3) Jadi wanita yang mempunyai maruah.
Kalau ko tengah jalan sorang-sorang then ade lelaki suwettt suwet kat ko. Tak yah pandang. Buat-buat dengar lagu tak pon buat-buat pekak. Biar dalam hati je...kembang...perghhh ade gak lelaki usha aku!  Kadang-kadang lelaki ni nak test power, suke menyakat (nakal angat) so dorang ni suke tengok perempuan perasan blushing sorang-sorang, malu-malu dan tak malu. Please la pendam je blushing ko mase tu please!!! Jangan buat malu. Biar orang kata kau sombong dari orang kata kau perasan. Auch!!!
Kes aku selalu kena macam ni, biasanya kawan-kawan aku yang cantik memang tak layan kan kalau laki gatal ni mengusik. Tapi jenis bebal aku yang hodoh ni pon jenis suka tersenyum, bajet peramah. Sian tengok laki tu try tegur kawan aku tapi tak dilayan maka aku pon senyum la. Akibatnya kau akan kena maki. "Bukan kau lah gemuk" padahal aku just nak senyum-senyum simpati kat ko je. Pundek la... So kesimpulan apa pun jangan layan k. 

4) Jangan jadi orang tengah!....JANGAN!
Ni bahaya. Aku pernah jadi dari sekolah sampai sekarang. Kau tak payah acah-acah cupid. Memula kau dengan lelaki tu akan jadi rapat gile. Lagi teruk kau tersuka dia diam-diam. Kes kenen kau dengan kawan pulak berjaya. Ko tengok dorang dating, kau pulak menangis sorang-sorang takpun fake buat muka happy atas kebahagian dorang. Lepas tu kau akan kena tinggal sebab dorang dah happy-happy. Itu kes happy oklah. Belum part dugaan, bila kawan kau tuduh kau suka laki dia sebab rapat sengat. Pulak anjing ni.... aku tolong kau, kau tuduh aku suka laki kau (memang kau suka pun tapi lakonan perlu diteruskan). Akhirnya kau akan hilang kawan dan lelaki tu. 

Tu satu kes, kes kedua. Bila kau rapat gila ngan laki tu, dah siap kenen kat kawan perempuan kau. Tetiba laki tu kata dia suka kau. Kau pun of course selama ni suka dia pun kan. Tapi kawan perempuan kau mcm mana? Lelaki idaman atau kawan kau? Dilema gituw. Kalau kau jenis perempuan sundal suka caras orang sure kau pilih lelaki tu dari kawan kau. Akhirnya kau akan dilabel pengkhianat dan juga hilang kawan. So better elaklah jadi orang tengah ni.

5) Nasihatkan hati supaya jangan mudah SUKE pada orang.
OK aku nak buat confession. Aku ni ada penyakit iaitu mudah tersuka kat orang. Sebab tu aku boleh kira secara officially, aku dah dapat kumpul rekod 23x kena reject/kene tinggal dan seangkatannya. Aku ni manusia biasa, pas kau frust dengan lelaki sebelum ni of course kena cari target lain untuk ubati jiwa sedih kau tu. Biasanya aku recover 2 minggu untuk cari pengganti yang lain. Tapi itu dulu-dulu. Bila dah tua ni, hati kau makin penat untuk kena reject lagi. So kau akan cari perhatian lain untuk mengelakkan dari terjebak dalam dunia pencarian crush-crush. Apa aku buat? Aku banyak hobi, kau enjoy je life single kau tanpa menaruh harapan dan frust berkali-kali. Cukuplah rekod aku 23x tu. Pedih. (Tapi skrg ni aku crush ngan anak raja, Prince Mateen. Macam mana ni?")

 
6) Larikan tarikan lelaki itu pada lelaki korea!!!!!!!!
Sebak tau tajuk ni. Biasanya fangirl ni terdiri daripada wanita-wanita tua yang loser seperti aku. Maafkan aku dari ayat kasar aku ni. Fantasi untuk bercinta dengan artis ni lain. Even kau frust kat sorang IDOL ni ada berjuta idol lagi boleh ubati jiwa kau. Fan servis idol korea ni superb gila tau sebab tu ramai je perempuan tua macam aku sanggup beli tiket konsert VVVVVVIP mahal ataupon bergelut-gelut pergi korea nak jumpa oppa. 

7) Banyakkan baca buku agama.......
Aku ada baca buku dari Prof Dr. Muhaya, Apabila dia menyapa, Jodoh namanya. Aku ni suka baca buku hantu atau genre saiko-saiko ni. Tapi pelik gila bila aku terpengaruh ngan kawan aku untuk beli buku ni. Yelah mesti rasa sedih, dah nak masuk  3series ni belum ada jodoh. Salah aku ke? Betul ke aku memang tak ada jodoh kat dunia ni. Eh sebak kau. Tapi bila kau baca buku-buku jenis macam ni, sebenarnya kau akan jadi sedih sebab kau mempertikaikan qada qadar Allah perihal rejeki jodoh kau namun persiapan mati kau terumbang ambing. Sedikit sebanyak, aku dah berubah sedikit. Aku bukan lagi perempuan yang terdesak nak kawen. Fokus aku adalah wishlist dan family aku terutamanya ibu dan ayah. 

8) Kawan perempuan yang single!!!!!!!!!
Sebenarnya kau tak tahu ramai gila senasib dengan kau. Biasanya aku jumpa geng-geng single ni kat konsert KPOP. Haha sian. Perempuan single ni lain. Even kawan kau dah kawen berjanji jadi telinga untuk meroyan kau, tapi kau kena fikir. Kawan kau ada suami dan anak nak diuruskan so agak selfish kalau kau ganggu privasi dia untuk luahan bodoh kau. Hanya orang senasib je memahami antara satu sama lain. So jangan buang masa, kumpul duit dan enjoy sementara masih single dan ada kederat. Nanti kau dah kerepot, nak travel pon susah.

9) Ce try jadi playgirl...asik ko je yang kene
Haaaaa ni orang macam aku susah nak buat....tapi jangan pandang sebelah mate...yang aku juga pandai mengayat...HAHAHHA...seyes aku pernah try....tapi disebabkan niat tak betul sampai sekarang aku fail. Nak cerita la, aku ni pun ada sebilangan peminat. Tapi kebanyakan peminat aku ni jenis yang saiko. Jenis yang stalk kau sampai approach family kau. Yang baca semua komen fb kau, yang ikut kau merata tempat. Ada juga yang saiko mesej-mesej "Cantik kau pakai baju kurung hijau harini" "Seumur hidup aku tak pernah jumpa perempuan baik macam kau", baik taik kau aku ni pendam carut je ngan kau. Sian kau kan, ada je suka kau tapi skizo mental pulak. 

10) Buat list berapa ramai ko crush dengan lelaki dan list berapa orang dah reject chenta ko
Haaaa aku dah cerita tadi. Aku ni kan suke tengok orang kacak maka list lelaki reject aku sangat lah banyak...sejak tadika babi wei ramai......bile list tu dah lebih dari 23 kali kene reject sure kite akan rase "Ya Allah ape aku dah buat ni??? malunye"...... Kau tak paham-paham bahasa lagi ke weh? Cukuplah rekod yang memalukan tu weh. Sebak la begini. Please lah dah tiba masanya untuk ko terima je hakikat, tak pun kau tunggu je la rekod tu smpai nombor genap 30x.


Ok cukuplah kali ni. Kepada wanita2 yang di luar sana yang senasib. Lagi-lagi kita diera zaman ramai gila perempuan cantik. Sebak je bila tengok IG, penuh perempuan cantik, muka flawless, bergaya dan menarik kat Malaysia ni. Trauma pon ada. So bertabahlah wanita sekalian. Banyak je lagi aku nak bebel nanti aku update lagi. 

Korang jangan lupa berusaha dan banyakkan berdoa. Jangan risaulah, rejeki Tuhan tu tak pernah lambat walaupun sesaat. Mungkin tiada rejeki disini, kat sana ada. Keep positive and be a strong woman k! 

Selasa, 21 Februari 2012

K.E.S.A.B.A.R.A.N

 
COMEL TAK ANAK AKU TUNGGU MAMA DIA???
OK AKU TIPU!

Kesabaran
Apakah maksud dari perkataan di atas? Ini perkataan yang amat sinonim dengan kita lagi-lagi Melayu yang beragama Islam. Tetapi ini Malaysia, orang Cina India semua pon gunakan ayat ini. (SAYA BANGGA DENGAN RAKYAT MALAYSIA).

Kenapa aku tulis dengan skema kali ini? -_-"

Tajuk post kali ini memang sesuai dengan aku kerana aku seorang yang panas baran. Maka aku, family dan kawan-kawan sentiasa mengingatkan aku cara-cara untuk menenangkan hati. Bila aku panas baran aku suke mengamuk dan LARI!!!!!!! fine....kalau dah kerja macam sekarang (alhamdulillah sudah mempunyai kerjaya sekarang dan bertekad dengan serius) aku nak lari ke mana?? HAHAHAHA

So, sebaik sahaja aku menerima tawaran bekerja di syarikat yang agak besar (aku tipu lagi...nak berlagak jek) maka Bos aku awal-awal warning aku supaya aku dapat bersabar kerana company besa MASALAH PON BESARRRRRRRRRRR...... Biaselah selama ini aku lebih banyak berurusan dengan haiwan. Kali ini, berurusan dengan haiwan hanya apabila aku balik rumah....weeeee. Dan apabila berurusan dengan manusia yang mempunyai akal, kurang hati, dan bekerja keras maka tekanan itu wujud tetibe.

Maka, aku hendaklah memantapkan diri untuk menempuhi masa depan yang penuh pancaroba. Cita-cita aku sekarang berlainan dari cita-cita di zaman Universiti. Sekarang, sudah bekerjaya haruslah bersyukur dan menanam cita-cita untuk mengumpul harta........ya !!!!!!! aku suka HARTA aku suka DUITTTTTT

Maka demi cita-cita yang amat beremosi itu mari kita amalkan doa-doa (makanan untuk HATI KITA)


DOA 1
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Al-Baqarah : 250)

**************************************************
DOA 2
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ


Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)"
(Al-A'raf : 126)








Nota Biawak : Emmm sibuk mencari jodoh! demsssssss

Isnin, 30 Januari 2012

TEN BROTHER CHINESE MOVIE!!!!!!!!!!


Ten Brothers
Ingat tak cerite cina ni??????? cite ni antara cite2 yang aku ingat........
Kisah sepasang suami isteri yang hidup miskin selepas kematian ayahnya (mak tiri songlap duit) selepas tu dia mendiami sebuah rumah buruk yang mempunyai tanah yang sangat ajaib...tanah tu ko tanam la ape2 sure jadi beso.........sebab die tanam pisang (sebiji ye) tomato terung sume jadi beso2...........walauweh!!!!!!!!

 Dia ni bangang .....pastu dia rase kalau kepala dia besa dia akan pandai la so dia tanam kepala die....bahalul gak jadinya hehehe tapi kepala memang real weh aku gelak sorang tengok ni

Mak tiri die lak datang2 je tanam dade die dengan tanah ajaib tu....masalah tanam separuh je......hahahahah TETEK DIA BESAR SEBELAH LA.,....lawak nak mampos pastu anak di puji mak nampak cantek bila tengok dari kiri (dade kiri yang beso) huhuhu

Disebabkan ramai JELES ngan pasangan suami isteri tu dorang datang nak rampas gelang guli ajaib...yang boleh kabul semua permintaan.......so dalam kelam kabut bapak die telan 5 biji mak die telan 5 biji.... hambek ko laki bini beranak...gamba di atas anak suami dorg...
 Siu Lung ni kelebihan die kuat laa ape lagi,









Ni antara karakter yang besh dan lawak hahahahahahha

Aku tengok dia ni macam aku biase jumpe setakat ni aku tak cam lg...nanti aku dah cam....habes la orang tu kene ejek ngan aku hehehehhehehe



NOTA BIAWAK : Sorry ya aku skung hantu nak kumpol cite2 lame.......weeeeeeeeeeeeeee

Jumaat, 27 Januari 2012

FONG SAI YUK


Kenal tak dia ni??? DICKY CHEUNG.................dan dia adalah salah sorang LEGEND dalam hidup aku!!!!!! arrghhhhhhh die mmg besh la


FONG SAI YUK............seorang lelaki yang ensem n pandai kungfu......yang beshnye ...mak die yang ajar kungfu....bapak die ahli perniagaan jew........dengan prangai gile2 dua beranak tu ......n suke buat onar kat kampung membuatkan ayah die decide nak anta sekolah asrama kunun....saje nak jauhkan anak beranak tu ...lagipon dia rase die ayah yang loser sebab tak leh kawal anak sendiri.....

So bile die masuk sekolah tu barulah die jumpe kawan and awek dia........macam2 jadi........disebabkan die ni HERO........make banyak dugaan melandai dia.........actually macam2 boleh kite ambek teladan dari cite ni.........ikatan persahabatan dan ikatan ibu dan anak..........seyes touching weh


Yang paling besh........aksi2 stunt kebanyakkan dia yang buat sendiri...even berikat dengan tali ke...mayb dah PRO membuatkan orang tertipu n percaye die boleh terbang...kalo artis skung terbang goyang2 jew....... kungfu2 dia pon lincah........mg besh.....macam JACKY CHAN...kungfu lincah + LAWAK.......tu yang superb........

FONG SAI YUK ada dua.....drama mmg DICKY CHEUNG la...kalo movie.........JET LI PEGANG.......so lawak die tak setanding yang drama la.........

Kalau korang tengok NTV7 skung ade journey to the west kan??????? so banding la cite tu dengan cite WUKONG yang lame..........aku boleh bet.......ramai yang suke yang LAME........skung ni WUKONG dorg pakai muke palsu....cakap pon tak same ngan mulut....kaku....bajet lebih 3D........haram xbesh........even dulu aku rase lagi canggeh............arghhhhhhh aku benci WUKONG skung............ 

Sesape yang teringin tengok yang lame..........cari lah....n download sampai lebam kerana ia berbaloi.......Bagi orang yang menganggur macam aku........aku rase sangat2 berbaloi....sebab dapat mngubati hati aku yang lara ini..........hihihihih



NOTA BIAWAK : hobi aku mmg suke kumpol cite lame2 weeeeeeeeeeeeeeeee

SHAOLIN POPEY!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Zaman kanak-kanak aku, ayah aku ajar aku tengok cite kungfu!!! Aku ingat lagi setiap minggu ayah aku bawak ke kedai sewa tape kat SRI GOMBAK...aku masuk2 n sebut nombor 252525 so uncle cina tu senyum sudah tahu kami customer regular...

Kebanyakkan semua cerita yang disewa semuanya kungfu cina........sebab tu melarat sampai ke tua suke tengok kungfu cina....cite cine...cite korea...cite jepun! melayu pon minat gak tp koleksi dvd n dalam hard disk banyak cite orang bukan melayu!!!!

Dan salah satu cita yang aku nak reveal kali ni adalah shaolin popey!!!! Aku rase cite ni popular sebab budak kecik ni femes gile ok! dan bile aku post kat FB ramai je yang tau cite ni!
Ceritanya kisah kehidupan kat kuil.... dan yang pelik ade beberapa yang sami yangSENGAL kat dalam ni membuatkan life kat sane jadi best. Pagi-pagi bangun pas salah sorang kentut bau ubi.....tak pun kene ketuk kaw2......then gosok gigi cukur kapla untuk maintainkan botak tu......... macam gamba kat atas nak cukur guna parang macam sakit je so dorg decide cukur guna GIGI PALSU sifu tertua dorang....macam haram lawak die

 Ni la sifu yang kasi pinjam gigi palsu tu ahahhahahah


Dalam mane2 cite kungfu....fight back to school ke.....cite ni ke..... dorg panggil dia ni UNCLE TAT...dia ni tak yah cakap la lawak haram gile....dengan muke n prangai bodo2 aku suke orang tua ni.........kalau ade part sedih mcm dalam cite SIXTY MILLION DOLLAR MAN pon boleh buat aku nanges gak.....nanges gelak la....lawak gile
 Paling menarik aksi budak2 ni........sorang pandai kungfu sorang comel gile.......Life dorang mencabar sebab dorang vegetarian so tak leh makan ayam.....minum arak.....tp klako la bile dorang break the rules...ahhahahah
  Ok fine ni gambar mase dorg buat reunion ...masing2 dh besa....dah tak cute mcm dulu....cume Siu LOng nampak ensem :)

 I LOVE U WHEN U GET BOLD...................AND WEARING SAMI'S SUIT :)


So konklusi.....banyak cite dulu2 besh2.....yang lawak dorang melampaui batasan otak aku......kalau himpunan cite STEPHEN CHOW.....terlampau banyak aku nk bebel........so aku cite setakat ni jah!



NOTA BIAWAK : sampai skung ape2 cite kungfu.....ayah aku mintak je kt aku...best gak kalo bukak bisnes DVD tapi skung zaman makin maju.........sume tu dh kurang.....skung ni orang download je.........emmm bestnye menganggur!!!!!