Ahad, 11 September 2016

RANTAI - Part 1


"Tak... kenapa?"

"Sebab cara kau layan aku macam dah berpengalaman... haha gurau"

........................................................................................................................ 

"Huh!!!! Allahhh mimpi lagi", celik sahaja, baru aku sedar yang tadi aku bermimpi lagi. Mimpi sama dan berantai. Ya, sudah sebulan mimpi berantai ini bagaikan ia betul-betul berlaku dalam hidup aku. Real! Sejenak memikirkan hal mimpi tadi, mata aku meliar melihat sekitar bilik. Sudah cerah. Langsir yang berada ditepi katil ini diselak. Cerah terus bilik sederhana besar itu, menunjukkan matahari sudah tegak atas kepala. 

Komputer disisi katil juga masih hidup, lupa ditutup sejak malam semalam. Kes tengok movie sehingga terlelap. Aku matikan suis supaya ia rehat sebentar sementara aku bersiap diri. Ingatkan nak sambung menaip petang sedikit. Terasa urat kaki masih mengeras dan sukar untuk aku berjalan dengan normal. Perlahan-lahan aku mengheret badan untuk bersihkan diri. 

Saraya aku menyangkut tuala, tangan pula membuka paip, air paip keluar tersedak-sedak. Tanpa menunggu terus aku menadah muka pada pancutan air dan aku biarkan saja curahan seperti air hujan itu mengurut muka aku yang bergerutu penuh dengan jerawat. Aku memikirkan tentang hal mimpi aku yang sudah berlanjutan sebulan lamanya. Indahnya jika ia realiti.

Otakku ligat memutarkan semula cerita mimpi tadi. Dalam mimpi itu, aku mempunyai tubuh badan yang langsing, muka bersih dari jerawat. Boleh katakan aku amat berlainan dari realiti. 

"Nukman Ariz", tak sengaja aku tersenyum.

........................................................................................................................  

Lempar kembali kisah sebulan lepas...

"Min, kau dah tak menulis, dah delay dua minggu ni.. kenapa?", Julia merupakan kawan baik aku merangkap editor buku keluaran Yahanakraf. Setelah menguruskan keperluan aku, Julia kembali ke pejabatnya. 

Selama dua tahun sejak aku tekad berhenti kerja, aku telah menghasilkan enam buah buku dan semuanya 'best selling' di pasaran. Peliknya, aku baca buku sendiri tak berapa bagus dan sebenarnya aku malu untuk menjual karya aku selama ini. Julialah orang yang membuka jalan rezeki aku setelah lama gagal mencari kerja. Dia seperti manager tak bertauliah, dialah yang membantu menguruskan semua proses pembuatan buku. Aku hanya bekerja di rumah sahaja. Tiada interview secara terbuka, tiada perasmian perlu aku hadiri dan semuanya diaturkan oleh Julia.  

Rezeki Tuhan luas bukan? Setelah buku pertama laku keras ia membuatkan aku lebih gigih bekerja keras, idea pula mencurah-curah sehingga.... sehingga ada sesuatu perkara berlaku. 

Aku mendapat jiran yang kacak. Baru aku sedar punca aku tangguh menulis. Kerana cerita kali ini pelik. Sukar untuk aku sambungkan kerana perkara pelik berlaku setiap kali aku menulis helaian babak demi babak. 


Suatu hari....... 

Aku pulang dari kedai membeli keperluan rumah, tetiba aku bertembung seorang lelaki yang mengangkat kotak yang besar. Wajahnya terhalang oleh kotak itu. Sekalis aku melihat gelagatnya turun dari tangga dengan teragak-agak aku terus memencilkan diri seboleh mungkin. Ya aku gemuk, namun aku sudah mencuba sedaya upaya tidak menganggu laluan lelaki itu. Aku menahan nafas sewaktu kami betul-betul bersebelah. Bajet seperti aku tidak wujud, kehadiran tidak disedari langsung oleh lelaki asing itu. Malangnya..... Malangnya jari lelaki yang memegang kotak besar itu akhirnya tersentuh bahuku. 

'Arghhh... patutnya aku tunggu dia lalu. Tak sedar ke badan kau gemuk. See tak muat nak lalu sekarang', bebel dalam hati. 

"Oppss sorry, sorry ....aaaa... aaaa aduh..." Gedebuk..
Akhirnya lelaki itu hilang imbangan dan terjatuh bersama kotak besar itu.

'Salah kau Yasmin... sekarang hidup kau dah menyusahkan orang', aku hanya mampu bebel dalam hati.

"Aduhhhhhh..... " perlahan lelaki itu mengalihkan kotak dan serentak mata kami bertentangan. Aku tergamam.

"Ha??? Sorry..", itu sahaja aku mampu ucapkan. Malu dan rasa bersalah aku terus berlari naik tangga dan cepat-cepat meninggalkan lelaki yang jatuh tadi. Aku tak tolong pun! Kenapa dengan aku?

'Kenapa kau lari bodoh?, kenapa kau tak tolong dia? Kau yang salah buat dia jatuh', suara hati aku seolah-olah ada wujud satu lagi jasad seperti aku memberi nasihat dalam keadaan marah-marah.

"Aku bukan sengaja, mana aku tau. Buatnya kalau dia marah aku tadi mampus", kini aku sudah gila aku memberi respon pada jasad seperti aku itu. 

Jasad yang lagi satu itu seperti menggetus marah dan hilang dari bayangan. Aku cuba tenangkan diri dengan menyusun barang basahan ke dalam peti sejuk. Walaupun otak ligat memutarkan semula 'scene' itu tadi, sebahagain lagi dari otak dan hati aku memaksa aku untuk lupakan. 

"Nak makan apa ya?".......

'Aduhhhhh', babak lelaki jatuh tadi berulang kembali seperti otak sudah set 'repeat'. Telinga aku seperti merakam suara garau yang dalam itu berulang kali juga. 

"Hish!!!" marah pada diri sendiri. Laju sahaja tangan aku membuka bungkusan maggi tomyam


Ting...tong......

Bungkusan maggi tadi tercampak. Aku terkejut. Julia? Perlahan aku ke pintu melihat kanta siapa diluar. 

'Lelaki tadi!!!!!!!!', menggelupur aku terkejut. Lelaki tadi datang dan senyum tepat pada kanta pintu itu. Tak semena-mena aku tersepak rak kasut,

Ting...tong... 

"Assalamualaikum........ Cik, saya nak pulang barang awak tercicir ni tadi kat tangga", jerit lelaki diluar. Sah dia dengar bunyi aku tersepak rak kasut tadi. Aku tiada pilihan. Aku perlu buka juga pintu ini.

"Ya....", aku menunduk tak berani nak pandang wajah lelaki yang kacak itu. Lagipun, aku malu, aku hodoh. Semalam tengok cermin, jerawat baru habis naik muka menutupi setiap inci pipi.

"Hai...... saya Nukman. Nukman Ariz. Saya jiran baru awak", lelaki itu menghulurkan tin sardin yang dikatakan barang aku yang tercicir tadi. 

"Ooohh ok terima kasih", pantas aku mengambil tin sardin dari tangannya dan mencapai daun pintu. Namun, Nukman Ariz telah menahan daun pintu dari tertutup.

"Eh...awak. Mak saya buatkan kuih beras ni untuk jiran-jiran saya, Pilihkan awak nak warna apa", lelaki itu menghulur talam berisi bungkusan kuih beras yang berwarna kelabu, hijau, hitam dan merah. lama juga aku membuat keputusan.

"Ermmmm.....merah tu saya suka, sebab inti kacang merah. Hitam, inti kelapa, hijau inti pandan", laju tangan aku mencapai inti kacang merah tanpa berfikir. 

"Terima kasih", sekali lagi aku mencapai pintu untuk ditutup dan sekali lagi pintu ditahan. 

"Nama awak?", dalam garau suara lelaki ini. Seksi sungguh.

"Yasmin. Yasmin Nadia", sekalis aku mengangkat wajah dan memandang wajah lelaki itu. Dia tersenyum. Dia menarik kaki yang menahan pintu dan aku terus pantas menutup. 

"Jumpa lagi Yasmin!!", jerit Nukman dari luar. Sekali lagi aku mengintai kanta pintu. Melihat dia masih dimuka pintu dan matanya tepat melihat kanta pintu. Terus aku terkejut dan berlari ke ruang tamu.

'Aduh.......... Min... ooo Yasmin. Kau tak makan kacang merah', jasad seperti aku muncul dan kondem kuih beras itu.

"Eh... aku makan je", respon aku pada jasad seperti aku tadi. Lama aku menghadam, eh sedap pulak. Selama ini aku memang tak gemar kacang merah.

'Hahaha... Yasmin kau suka kacang merah ke Nukman Ariz?'



PARAGLIDING : Bukit Jugra, Banting, Selangor

Pelik juga, aku rase dah setahun lebih aku setel paragliding tapi aku tak sempat nak write up masuk blog. 

Disini aku nak share cerita tentang Paragliding. Ye, aku tahu sukan ini bukan sukan yang pelik bagi kita sekarang, bak kate orang cerita basi. Tapi aku just cerita balik untuk share moment aku :)

Tanggal 2 May 2015, aku dan beberapa orang rakan tetibe je dapat idea nak try sukan ni. So masa datang ya rabb excitednya. Lagi excited bile dapat jumpa Abang Beto.... terus abang kau.
Actually aku sangat terkejut die tinggi skit dari aku sebab aku tgk dalam movie ke semua die kecil-kecil je orangnya. Dia datang dengan isteri dan buat pengetahuan korang Beto memang ambek lesen pilot, terbang solo gtuw. Mana tau satu hari die buat bisnes ni, haa kau terbanglah bersama beliau. 

Ada cerita sadis aku nk bagitau, nak terbang ni kene ikut rejeki. Kadang2 dah tengok ramalan cuaca ok je, tetibe angin kuat sangat pulak, tukar arah angin la semua la... tak boleh terbang untuk elak kecelakaan. Ada banyak je kes belaku sehingga ada yang askar lumpur separuh badan akibat salah landing. See semua sukan ada risiko. Ilmu dan pengalaman tu penting. 

Rejeki kami ambek pakej ni dengan Akak Orkid dan Kapten (suami isteri) running buat bisnes ni. Sebenarnya ramai je orang kat atas tu, tapi kami lebih percaya dengan Kapten dan Akak Orkid ni, mereka ada rumah kontena diubahsuai menjadi pejabat dan kawasan lapang rumah beliau boleh buat aktiviti perkhemahan. Selalunya budak-budak tahfiz buat kem ibadah, buat qiamulai bawah bulan gituw. 

Akak Orkid ni ramah sangat, siap cerita love story dia mcm mana dia boleh jumpa suami dia. Rejeki kami, dua kali datang pon dijemput makan bersama dan lepak sehingga petang berborak. Paling masyuk, kami solat berjemaah. Perghhgh mase tu berderau otak kami, sebab biasenye kami pergi latihan scuba ke, ape ke jarang ajak orang tak kenal solat jemaah bersama. Haish len macam kali ni.

 Ada orang rejekinya datang terus terbang, ada orang rejekinya kena datang berkali-kali baru lepas. Doa yang baik-baik.
 Sebenarnya aku takut sangat sebab aku gemuk dan berat kan. Boleh ke aku terbang? Bak kata Kak Orkid, ada penerjun wanita beratnya lebih dr 120kg siap terbang lama di atas. Masa aku nak terbang tu, angin kuat sangat, Kapten suruh aku turun dulu, sebab kalau bawa orang ringan, nanti payung tak balance. See kelebihan orang gemuk. 
Aku terbang dalam 10 minit macam tu, Kapten kata sebenarnya boleh lama lagi ada yang setengah jam. Tapi disebabkan cuaca baik, ramai orang dia minta izin ngan aku untuk ronda dalam 10-15 min seorang. 

Apa perasaan aku? 
Weh, aku acrophobia, takut tinggi tapi serius macam mimpi. Aku selalu mimpi aku terbang. Terus bila terbang tu ko rasa macam mimpi. Serius sikit pon aku tak gayat. Pelik kan. Hahahah so aku pikir kalau ade rejeki ni memang aku nak buat skydiving pulak. Hahah

Selepas berjaya terbang tu, turun dan bawa external untuk ambek video. Alhamdulillah aku landing selamat. 

Bagi korang nak try sukan ni, please Google paragliding Bukit Jugra dan buat appointment.
Masa aku pergi dulu RM160 kalau ramai, kalau seorang RM180-200. Harga sesama tak pasti. Hehe

Korang boleh join group paragliding, atau kalau minat sangat boleh apply lesen pilot. 
Chill~~~

Selamat Menyambut Aidul Adha.

Jumaat, 9 September 2016

REAL TRIP KOREA #MUSLIMTRAVEL

Salam semua.

Rasanya tahun 2013 saya post tentang travel di SEOUL dan ramai sangat email saya untuk dapatkan iternary saya. KOREA-SEOUL (NADEY) boleh lihat link ini. Jika lihat saya bersama rakan empat orang dan salah seorangnya Azyan kini buat group trip sendiri. Selain mempunyai minat dan pengalaman ulang-alik Korea puluhan kali (tak tahulah kalau sudah ratusan kali) dia juga mempunyai rakan karib yang merupakan pengasas REALTRIPKOREA di Seoul membuatkan pakej ini adalah jaminan terbaik untuk anda yang ingin melancong dengan mudah dan murah ke KOREA. 

MELANCONG BERSAMA TEMAN DAN KELUARGA KE KOREA!!! ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท✈
••••••••••••••••••••••••••••••••••••
.
~ Ingin pergi mengembara ke Nami Island pada musim luruh?๐Ÿ๐Ÿ‚๐Ÿ๐Ÿ‚
.
~Pengalaman bermain ski di Yong Pyong Resort pada musim sejuk?☃⛄❄๐Ÿ‚
. ~ Menaiki kereta kabel ke puncak Seoraksan Mountain?
.
~ Merasai sendiri pengalaman memancing ikan pada musim sejuk?๐ŸŽฃ๐ŸŽฃ⛄☃
.
~ Ingin bermain di taman tema terbesar di Korea? ๐ŸŽ ๐ŸŽข๐ŸŽก⛲
.
JADI APA TUNGGU LAGI !!! Jom ke Korea dengan kami kerana 'We Design Your Travel'. ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜
.
Kenapa perlu memilih REAL TRIP KOREA? ๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ท
.
+ Agensi berdaftar di Korea dan tour guide yang bertauliah dari Korea Tourism Organisation.
.
+ Berpengalaman menguruskan rombongan universiti/berkumpulan dan rombongan persendirian dari Malaysia.
.
+ Staf-staf yang berasal dari Korea dan Malaysia yang mahir dengan selok belok Korea dan berpengetahuan dengan Muslim travel.
.
ใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…กใ…ก
.
ANTARA PAKEJ-PAKEJ KAMI:
.
1) -REAL TRIP KOREA JOINED PAKEJ-
(ALL-IN + flight ticket ✅✈)
.
2) -PRIVATE TRIP -
(ALL-IN + flight ticket✅✈)
.
ALL-IN termasuk:.
:: Flight tiket ✈✈✈.
:: Accommodation ๐Ÿจ๐Ÿจ.
:: Food ๐Ÿš๐Ÿ™๐Ÿœ.
:: Transportation ๐ŸšŒ๐Ÿš™๐Ÿš—.
:: Entrance fees ๐ŸŽก๐Ÿฏ.
:: Korean English speaking tour guide 
.
Any inquiries, do sms/whatsapp :.
- Jordan Moon: +82 01097444574.
- Khairul Azwan: +6017 2368541.
- Fatin Elina: +6019 3300275.
- Azyan Shafee: +60179050586

For more information, visit us on our:
Email:
realtripkorea@gmail.com

Facebook:

Instagram:
realtripkorea

Website:
www.realtripkorea.com

Come and travel with us NOW! because ‘We Design Your Travel’!
.
#realtripkorea #muslimtravel #visitkorea #travelmuslimmurah #autumn #winter #spring #summer

Meh cuci mate sat
Any inquiries, do sms/whatsapp :
.
- Jordan Moon: +82 01097444574
- Khairul Azwan: +6017 2368541
- Fatin Elina: +6019 3300275
- Azyan Shafee: +60179050586

Khamis, 8 September 2016

ZIKA DI MALAYSIA?


Sebenarnya viral tentang penyakit Zika ini sudah lama, namun peningkatan kes derita bayi microcephaly di Brazil membuka mata dunia bahawa penyakit ini semakin meningkat dan punca-puncanya masih dikaji. Namun menurut kajian, salah satu penyebab virus ini tersebar adalah nyamuk. 

Baru-baru ini sah terdapat kes pertama di Malaysia, (sebenarnya bukan pertama) barulah rakyat Malaysia kelam kabut nak cari ubat. Ramai juga yang call office aku XWAY SDN BHD tanya ubat bunuh nyamuk. 

Untuk penggunaan awam, aku nak syorkan produk MOZONE (boleh tengok website ini) 
Kenapa aku syorkan produk ini???
  1. Boleh guna sehingga 800 kali (800 kali semburan)
  2. Boleh tahan sehingga 3-6 bulan (mengikut keadaan)
  3. Kecil tapi padat 
  4. Membunuh dan menghalau
  5. Boleh guna juga spray lipas, semut, kerengga dan byk lagi serangga. Jika untuk lipas, spray dua kali ganda dari penggunaan untuk nyamuk. 
  6. Kurang berbau
  7. Perlindungan 8 jam
  8. Untuk kawasan yang terlalu banyak nyamuk, kami juga menjual dispenser.











Dimana boleh dapat produk ini?


Kuala Lumpur

Mid Valley Megamall Professorlogo
Unit S-015A, 2nd Floor, Mid Valley Megamall
Mid Valley City, Kuala Lumpur 58000,
Tel: 03 2283 6667
(Mon - Sun) 10.00am - 10.00 pm


UTS Creative & Solutions.
Lot 700 –UG -28, Sentral Mall Cheras,
Jalan 2/142A Off Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tel: 011 1080 7688

 
88 SP Mart
41, Jalan 33/154, Taman Bukit Anggerik,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03- 9101 7109



Selangor

Ampang
Tesco Ampang 
Professorlogo
Lot 32, PT 8880, Jalan Pandan Prima,
Dataran Pandan Prima, 
Ampang 68000, Selangor.
Tel: 03 - 9281 5586
(Mon - Sun) 9.30am -10.30pm


Batu Caves
Selayang Mall  
Professorlogo
Lot 1-39 Selayang Mall, Jalan SU9,
Taman Selayang Utama,
Batu Caves 68100, Selangor.
Tel: 03 - 6138 5586
(Mon - Sun) 11.00am - 10.00pm


Cheras

Cheras Sentral Mall Professorlogo
Lot Unit 700-1F-30, KM10, Jalan Cheras,
Cheras 56000, Selangor.
Tel: 03 - 9100 5586
(Tue - Sun) 12pm - 9pm


Hulu Klang
Jusco Aeon AU2 
Professorlogo
Lot G25 Ground Floor, Jusco AU2,
Jalan Taman Setiawangsa,
Hulu Klang 54200, Selangor.
Tel: 03 - 4257 5586
(Mon - Sun) 10.00am - 10.30pm


Kajang
Tesco Kajang 
Professorlogo
Lot19, Ground Floor Tesco Hypermarket
Saujana Impian, KM 22 Jalan Cheras,
Kajang 43000, Selangor.
Tel: 8733 5586
(Mon - Sun) 9.30am - 10.30pm

Klang
Tesco Klang  
Professorlogo
Lot F-5A 1st Floor Tesco Hypermarket Klang,
3, Jalan Batu Nilam 6/KS6, Bandar Bukit Tinggi,
Klang 41200, Selangor.
Tel: 03 3323 8586
(Mon -Sun) 9.30am - 10.30pm


Petaling Jaya
Giant Kelana Jaya Professorlogo
Lot S2 No33, Jalan SS6/12, Kelana Jaya,
Petaling Jaya 47301, Selangor.
Tel: 03 - 7880 5586
(Mon - Sun) 10am - 10pm
Petaling Jaya SS2 
Professorlogo
No 21, Jalan SS2/64,
Petaling Jaya 47300, Selangor.
Tel: 03 - 7874 5586
(Mon - Sun) 10.00am - 9.00pm
Tesco Mutiara Damansara  
Professorlogo
Lot 48, Ground Floor, Tesco Hypermarket
Mutiara Damansara, No 8, Jalan PJU 7/4, 
Petaling Jaya 47800, Selangor.
Tel: 03 7725 5586


Express Healthcare (M) Sdn Bhd.
38 & 38-1, Jalan PJU 10/10D,
Saujana Damansara, 
Petaling Jaya 47830, Selangor.
Tel: 03 - 6141 8086


Puchong
Tesco Puchong  Professorlogo
Lot 3B 1st Floor Tesco Hypermarket Puchong,
Lot 148-149 Jalan Bandar Puchong,
Puchong 47100, Selangor.
Tel: 03 – 8076 4630
(Mon – Sun) 9.30am – 10.30pm


Putrajaya
IOI City Mall 
Professorlogo
Lot L1-56B, IOI City Mall, Lebuh IRC,
IOI Resort City, Putrajaya 62502,
Tel: 03 - 8957 7586
(Mon - Sun) 10am - 10 pm

Shah Alam
Plaza Masaalam Shah Alam 
Professorlogo
Lot No LG12. Plaza Shah Alam
(Plaza Masalam), No 1,
Jalan Tengku Ampuan Zabedag E9/E,
Seksyen 9, Shah Alam 40100, Selangor.
Tel: 03 5511 5586
(Mon - Sun) 10.00am - 10.00pm

Subang Jaya
Main Place 
Professorlogo
Lot 1F-01 1st Floor,
Jalan USJ 21/10,
Persiaran Kewajipan,
Subang Jaya 47630, Selangor.
Tel: 03 - 8081 7586
(Mon - Sun) 10.00am - 10.00pm
Summit Subang 
Professorlogo
Lot 2-101, 2nd Floor Menara Summit,
Persiaran Kewajipan USJ 1,
Subang Jaya 47600, Selangor.
Tel: 03 - 8024 8586
(Tyes - Sun) 12.00pm - 9.00pm



BERMINAT MENJADI AGEN KAMI? 
Boleh contact

 Nadey - 0133947735

So, ambil kesedaran jom kita gotong royong sesame membasmi tempat pembiakan nyamuk.