Rabu, 26 April 2017

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 2


Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (tetibe). Aku tau cliche sangat cerita tentang kolej-kolej berhantu ni. Dalam FS pon ramai kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama dengan aku. Adakah entiti atau makhluk halus ni seperti kita? Mereka pun mungkin ada cerita pengalaman yang sama menganggu kita ni, mungkin juga mereka ada fan group macam FS (Fiksyen Sabrina kot). Sebenarnya melalui pengalaman misteri di UKM inilah aku tahu ada yang tak kena dengan diri aku sendiri. Salah satunya aku tahu tentang perihal Panglima Hitam, walaupun sampai sekarang aku masih tak tahu dengan secara terperinci mengenai selok-belok dari famili aku. Encik #carlitorocker ada beri aku tips untuk ‘approach’ Panglima Hitam tapi aku tahu aku seorang penakut yang amat. Aku tahu aku hanya akan mencari masalah dari menyelesaikan masalah. Sekarang ni pun nak pergi jamban malam-malam minta ibu teman depan pintu (pintu tak tutup) maka aku rasa lebih baik jadi tanda tanya sahaja.
Bagi anda yang berminat untuk melihat gambar bilik aku di kolej kesayangan, gambar hasil bedah batin (jin iron man bertaring) boleh tengok kat blog aku Biawak Goweng Nadey.
Maaf untuk kisah pertama aku sebelum ini tersalah bagi info, aku adalah batch UKM tahun 2007-2010. Kalau korang baca betul-betul cerita aku dari awal, mesti korang tahu aku cerita tentang kolej yang mana satu. Banyak kali aku mention namun masih ramai bertanya, maknanya penulisan aku masih lemah. Maaflah. Bagi yang baru baca kisah aku, aku bukan manusia istimewa seperti Rul #kucingkelabu atau #carlitorocker atau M #mahklukhalusbencisaya. Tapi orang kata kalau sekali tertengok, mata kau mudah nak tertengok berkali-kali. Aku ni bukanlah ade six sense sangat sebab lemak aku tebal, susah nak rasa-rasa ni. Tapi yang biasa aku tengok adalah kelibat hitam, macam-macam bentuk, berwajah dan tak berwajah. Ya Allah sampai sekarang aku berdoa agar aku tak dibuka hijab untuk tengok menda lain macam #carlitorocker selalu nampak (faham kan?).
Dari sini leh nampak bilik aku. Aku tak tahu aku tengah buat ape tu? Gosip ke?
Kisah kedua ini, adalah tahun kedua aku di UKM tahun 2008. Aku tak berpindah blok, aku hanya berpindah aras tapi corner yang bertentangan dari bilik dulu. Bilik 406 dengan permandangan yang sama seperti bilik tahun pertama iaitu menghadap court bola tampar dan bangunan blok 10. Aku dan Jihan kononnya pelajar aktif kolej maka kami dipilih menjadi fasilitator untuk Minggu Mesra Mahasiswa tahun 08/09. Kami stay di kolej untuk event menyambut pelajar baru. Blok 11 tak ramai penghuni sudah, yang tinggal dua tiga bilik termasuk akak-akak felo, fasilitator dan hehehe. Dikesempatan inilah aku dan Jihan buat projek wajib iaitu curi tilam. Tilam idaman kami dua lapis, kalau tidur tenggelam macam tilam air. Empuk dan sebab itu jugalah aku banyak ponteng kelas (salahkan tilam).
Kejadian sebelum curi tilam.
Mase ni baru angkut barang memang sepah, nampak tak tilam curi tu?
Kami sangat seronok dapat bilik baru, kami kemas baju-baju dan susun perabot agar bilik kami lebih luas. Waktu tu masih siang, bunyi bising orang sibuk nak balik kampung habis sem kan. Bising alih-alih perabot macam nak bawa balik sekali almari ke kampung. Kitorang plan curi tilam bila semua dah kosongkan blok. Tapi bunyi bising tu berlanjutan sehingga malam. Bukan bunyi non-stop tapi kerap. Malam tu macam biasa, lepas maghrib aku dan Jihan keluar makan kat mapley (GLAM tutup) dan jalan-jalan kat area Kajang naik EX5 Jihan sebab motor aku rosak melambung depan kolej Kajai sebab bumper baru hanat.
EX5 tu motornya kecil, aku ni dua kali besar badan Jihan makanya lebihan lemak punggung aku melebihi seat motor itu. Malam tu kami galak sangat gelak ketawa. Yelah bayangkan punggung aku half terapung paksa, penat kot tahan sampai terketar-ketar otot dan urat. Jihan pula masa tu jugalah nak jalan-jalan kat Kajang. Berapa kali kami berhenti sebab punggung aku kejang. Sabar je aku. Kami tukar, aku bawak moto dan dia rasakan melambung-lambung kat belakang. Tapi motor orang kan maka aku bawa berhemah.
Dah puas berjalan, kami pulang. Kalau dari Kajang, kami akan masuk pintu kedua yang berdekatan dengan kolej kami. Kami akan lalu Puri Pujangga dan Danau. Tiada pilihan. Untuk ke kolej kami ada beberapa laluan. Pertama lalu Danau, kedua lalu stadium dan masuk shortcut belakang bangunan terbengkalai tak siap dan ketiga laluan Eimas (hutan). Tak tahu la sekarang mungkin banyak lagi laluan dan pembaharuan kan. Ketiga-tiga laluan ni memang seram.
Kalau boleh tiap-tiap malam aku nak elak lalu sini.... serius seram gila tapi lalu Danau pun seram... arghhhh dilemma sgt dulu-dulu
Kasihan dengan EX5 Jihan semput bawa kami, namun detik cemas kami melalui Danau angker tu aku pulas minyak selaju mungkin sehingga sampai simpang tiga, kami belok ke kiri dan naik bukit ke kolej. Sebelum sampai simpang tiga, disitu ada satu kolam kecil kat semak-semak kiri bahu jalan sebelum naik bukit, ada macam rumah batu kecil TNB. Aku kan suka memancing, pantang tengok kolam. Setiap kali lalu situ, aku memang akan kalih usha kolam terbiar tu. Malam tu aku nampak seorang lelaki baju kelabu dan bertopi memancing. Aku ni peramah, suka menegur. EX5 diturunkan gear perlahan mendekati abang tu.
“Bang, ade ikan ke?”
Diam…………
Mungkin aku tak berapa cantik dan Jihan seperti Sloth (haiwan paling slow didunia) melekat peluk aku takut tercicir kan, pertanyaan aku jadi krik krik… Abang tu tak toleh langsung, aku masuk gear dan teruskan perjalanan. Disini salahnya perlakuan aku. Sebab moto EX5 yang terlebih muatan, kene pulas minyak laju-laju dari bawah bukit tanpa break barulah enjin tak semput naik atas. Maka, kami kena turun separuh jalan dan tolak motor sambil tergelak-gelak. Kami kini melalui depan bangunan-bangunan kosong terbengkalai. Lampu jalan pula segan-segan menyuluh jalan kami. Sebab kelakar sangat motor semput, kami non-stop gelak sambil saling memaki.
Masa ni aku pegang handle motor, tolak motor naik bukit memang siksa. Jihan pula menyakat tarik motor kebelakang supaya aku penat menolak.
“Jihan janganlah aku ni semput nak naik bukit ni ha… “
“Haha mana ada (sambung gelak) anggap je la kita exercise malam ni. Tu la kau rajin sangat berhenti tadi kenapa. Aku dah kata kau jangan suka-suka tegur. Tah sape-sape kau tegur tadi”
Kami berdua toleh ke belakang tengok abang tadi kat bawah, dia masih berdiri kaku kat situ dengan joran tak gerak-gerak. “Kuang ajar abang tu buat bodoh je bila aku tanya? Macam hensem sangat?”.
Tiba-tiba aku rasa motor laju ditolak, Jihan tolak dari belakang. Kenapa Jihan tiba-tiba diam ni. Ada yang tak kena la tu.
“Weh sabarlah. Kita naik bukit ni kang aku tergolek” Jihan diam lagi.
Sampai depan pejabat kolej, kami lepak kat cafe sekejap meeting dengan fasilitator yang lain. Diumumkan esok kami ada acara ice breaking antara fasilitator di Hutan Pendidikan UKM. Selepas itu kami pulang ke bilik dan rutin kami adalah ke tandas bersama-sama. Masuk tandas memang sunyi, bangunan dah kosong! Masa tu sudah lewat mungkin semua baki penghuni sudah tidur. Selesai solat kami tutup lampu dan tidur. Baru nak lelap mata, bunyi orang alih perabot macam siang tadi tapi kali ni kuat sangat dan non-stop. Bunyi seretan itu membingitkan telinga. Jelas bunyi dari bilik atas kami. Banyak kali kami jerit dari tingkap “Woiiii orang nak tidur esok lah mengemas”.
Tapi tak jalan, bunyi seretan masih kuat. Bengang tapi sebab mengantuk, kami paksa tidur. Esoknya mata bengkak. Sebelum pergi tandas mandi, kami naik tangga tengok bilik atas kami dan sekeliling kosong. Tak ada orang, so kami fahamlah kitorang kena kacau lagi malam tadi. Redha sangat muka sebab dah biasa kena. Aku dan Jihan buat-buat muka tak berperasaan, kami usha line kiri kanan untuk sambung plan curi tilam. Sebabnya untuk sambut pelajar baru, banyak stok tilam baru sampai. Tilam baru tilam keras kan, so kami pergi kat bilik yang ada tilam double, kami ambil tilam lama yang empuk.
Sudah bersiap semua pagi tu, kami ke lobi nak naik bas ramai-ramai. Masa ni Jihan buka cerita.
“Kau kan lepas ni jangan tegur, jangan tegur apa pun. Ni kita nak masuk hutan ni. Jaga mulut kau. Semalam kau tegur siapa kat kolam tu?”, Jihan sebenarnya bengang dengan mulut lepas aku.
“Mana aku kenal abang tu? Aku tanya je mana tau ada ikan aku boleh test gak tempat tu”
“Abang mana kau ni? Sah, sah dia la ikut kita semalam. Kau ni aku dah cakap banyak kali, nanti dia kacau bilik kita yang baru ni macam mana?”, Jihan menekan nada tapi masih cool.
“Siapa ikut kita? Dia ikut kita ke? Weh kau nampak ke?? Ikut sampai mana? Last aku tengok dia memancing berdiri keras je kat situ. Mungkin tak nak kita bising takut ikan lari”, aku bebal dan masih bebal.
“Kau tegur orang ke? Sebab semalam aku tak nampak pun abang khayalan kau tu. Suka-suka berhenti pastu kena tolak motor. Bila kau asyik ulang, abang abang tu. Aku terus rasa seram gila semalam”, sebab tu Jihan tetibe tolong tolak laju motor tu.
Aku terdiam. Adui kenapalah aku tegur. Serius aku risaukan ada gangguan lagi kat bilik kami sekarang.
“Sorry, tapi kau kena kacau ke semalam?”
“Macam biasa aku kena hempap. Tapi aku rilek je, baca ayat-ayat sikit lama-lama ok”, ya Allah selambernya kau Jihan. Kalau aku, kecoh satu kolej aku canang.
Sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa, kami hanya naik bilik untuk salin pakaian. Tidur kami tidur ramai-ramai kat bilik gerakan. Sehari selepas pelajar baru masuk, motor aku siap. Rindu nak pulas dan merempit. Bila test power, memang dasyat selepas repair macam apek tu install NOS kat moto kriss aku. Syukur sebab lepas ni kalau lalu depan DANAU aku boleh bawa 180km/j.
Ni bukan sebarang moto KRISS ko tau, apek tu pasang NOS... kau rasaaaa
Kenapa aku takut sangat dengan Danau ni? Danau ini Danau Golf Club UKM Bangi. Curlas kau UKM ada kelab golf tapi aku tak pernah main golf la, cuma pergi swimming pool je mandi-manda sambil cuci mata. Sebabnya kolam tu campur laki perempuan haha (syukur nikmat cuci mata disitu). Apapun megahnya Danau dengan keindahan rumput karpet menghijau tersembunyi 1001 kisah misterinya juga. Kisahnya begini. Watak terbaru dalam cerita kisah kedua ini adalah Kak Mah. Masa menulis ni aku telefon Kak Mah untuk double confirm kesahihan cerita yang aku karang ini sebelum submit di FS.
Maaf kepada saksi-saksi kejadian kalau versi penceritaan aku lari sedikit dari cerita asal atau banyak lobang moment penting tertinggal, maklumlah kejadian sudah bertahun lama. Kisah ini diceritakan beramai-ramai oleh saksi-saksi berserta gambar bukti sewaktu latihan teater SM. Kak Mah ini adalah senior Zoology dan senior hebat dalam kelab teater Sanggar Mas. Kami rapat sampai jadi geng kera dengan gelaran Kak Mah the Boxer Batik. Kak Mah bercerita, masa mereka tahun pertama ada makan malam di Danau. Lupa dinner Kelab SM atau dinner kolej. Geng-geng SM ni sangat-sangat rapat, kemana pun bersama.
Dinner kan semua pakai cantik-cantik dan makeup macam rombongan cik kiah. Lapan orang jalan kaki beramai-ramai ke Danau. Dah nama perempuan, gila bergambar pantang nampak port cantik kat dalam Danau tu. Malam-malam nak bergambar memang payah, kalau ikutkan teknologi kamera dulu sangat sadis berbanding dengan sekarang. Maka mereka ambil gambar kat lokasi-lokasi bercahaya sahaja. Last bergambar depan pintu masuk Danau di signboard tulisan DANAU tu la. Si Kak Mah nilah tukang ambil gambar masa tu. Masa ni dengan tiba-tiba Kak Mah rasa tak sedap hati, rupanya bukan dia seorang semua rasa tak sedap hati malam tu macam meremang tanpa sebab.
Dulu tahun 2006-2008 telefon bimbit dah mampu milik oleh pelajar lagi-lagi jenis flip legend. Tapi masa tu mana boleh whatsapp, bluetooth pun tak ada lagi. Yang ada infrared. Haaa, budak sekarang tahu ke infrared ni? Macam Bluetooth, tapi nak transfer gambar atau file lagu ke kena ada sentuhan pada lampu infrared kedua-dua telefon ala fungsi NFC sekarang. Tapi tak boleh lepas tau telefon tu masa transfer, wakaka kenangan butul.
Yang gambar-gambar dorang tadi pada telefon salah sorang kakak senior SM ni. Ada seorang rakan sempat transfer satu gambar. Malam dah lewat, tak sedar galak sangat bergambar kan. Bila terasa insaf sikit tu baru mereka nak sedar untuk pulang. Sekali lagi ramai-ramailah berjalan kaki ke kolej. Dalam perjalanan balik, tetiba serentak dua rakan yang lain dapat notifikasi ‘file received’ satu gambar ni. Gambar yang sama, gambar depan Danau tadi. Bila masa dorang share gambar? Masing-masing dah berdebar laju terus langkah, semua nak cepat-cepat balik bilik.
Mustahil dapat gambar tu. Transaksi gambar perlu guna infrared kot. Aku yang menulis cerita ni rasa macam mahkluk tu berteknologi advance sangat, kalau bluetooth pon kena buka dulu kot. Susah nak fikir logik masa ni. Balik tu salah seorang senior kami Kak Zila dan Kak Ita buka laptop tengok gambar-gambar tadi. Sekali, masing-masing terkedu pada satu gambar ni, gambar depan pintu masuk signboard DANAU.
Rombongan cik kiah ada 8 orang. Tukang ambil gambar masa tu Kak Mah. Maka, hanya tujuh orang sahaja dalam gambar tersebut. Bila dikira, ADA SEMBILAN jasad. DUA entiti tak dikenali menumpang. Satu entiti berupa budak kecil ketinggian paras pinggang rambut panjang sangat-sangat jelas dan satu lagi ada entiti tangan panjang jelas jari-jemari runcing yang tajam diatas bahu Kak Nik, kiranya jelas tangan tu tepi bajunya. Dan-dan masa ni bunyi burung hantu “Kruuuuh….kruhhhh” kuat sangat rupanya haiwan tu betul-betul tapi tingkap bilik dorang. Akibat terkejut yang amat, terus dorang off laptop dan tidur. Kebetulan sebegitu timing terbaik tetapi amat menakutkan.
Esoknya masing-masing berkumpul di bilik latihan teater, pelik Kak Nik tiada. Kecoh masa tu tentang gambar semalam, semua kat bilik teater tengok gambar tu termasuk aku. Bila dapat tahu Kak Nik demam hari tu, yang lain datang melawat. Kak Nik kata bahunya sakit yang amat sampai demam-demam. Mereka pun ceritakan perihal gambar dua jasad menumpang tu. Rupanya yang lain pun sama tak sedap badan. Mereka buat keputusan untuk baca yassin dalam bilik tu. Alhamdulillah tiada kesan sampingan yang lama menganggu mereka.
Gambar itu viral, aku sempat copy dalam pendrive tapi habis rosak pendrive tu tanpa sebab. Paling bijak aku sempat hantar gambar tu kat Uncle Seekers melalui email. Gila kau masa tu popular dengan rancangan The Seekers. Untuk makluman, group Seekers pernah datang dan buat test kt blok-blok terbengkalai kolej kami tu. Tapi aku tunggu juga masuk TV, tiada. Mungkin mahkluk tu pemalu. Tiada sebarang rekod berjaya dirakam haha. Sebenarnya ada satu kisah lagi pengalaman aku sendiri berlaku depan DANAU, untuk kronologi teratur aku akan sambungkan cerita itu pada kisah ketiga untuk post akan datang. Salam henshin!
Gambar-gambar ni semua zaman sebelum aku kenal dunia photography gituww aku pun xtau nape teruk sangat skill aku dulu.
 Banding dengan sekarang amacam?
 Pernah kau tunggu bas malam-malam pergi fakulti? 
GLAM, abang yang buat carot SHUSHU ngan aku. Aku belajar pelat S dengan dia la... banyak berjasa dalam pembelajaran aku



Dektar juga banyak kisahnya, lagi-lagi untuk budak-budak teater bangsawan
Sanggar Mas dihati nyah
PCC KKM memang mantap (of course puji diri)
Kolej Burhan, aku ada kisah tentang surau dia kat bawah. Pengajaran, jangan solat asar lewat-lewat ok!


Tak kesah lah kau boring ke dengar cerita kolej aku... tapi serius aku rindu dengan zaman UKM aku. UKM dihati. 

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi 
#kamenrider: Kolej UKM, Bangi 
#kamenrider: Kolej UKM, Bangi 

Rabu, 19 April 2017

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 1

Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (gelak jap). Petang tadi FS beritahu kisah rentetan BANGI BANDAR BERHANTU Part 2 sudah di publish, terima kasih admin. Aku tahu aku ada ulangan part Mat sedara si Timah berubat bedah batin tu, cumanya Part 2 adalah sambungan kerana ramai yang nak tengok gambar jin yang dalam botol tu. Gambar tu ada dalam blog Biawak Goweng Nadey. Maaf aku tak berapa baca komen-komen, kalau berminat nak bertanya boleh email aku ataupun mesej aku.

Kali ini seperti yang dijanjikan aku akan cerita tentang pengalaman aku semasa menuntut di UKM, Bangi. Ramai juga komen, “aku duduk Bangi ok je”, itu kau, untunglah tak kena kacau. Aku hanya ceritakan pengalaman aku je. Pengalaman ini bukan melibatkan aku sahaja malah rakan sekeliling aku. Sepertimana yang aku nyatakan di post sebelum ini, aku mempunyai banyak pengalaman sejak dari kecil melihat, merasa perkara-perkara misteri ini dan aku selalu berdoa agar Allah tutupkan hijab mata aku sebab aku memang penakut. Sekarang menulis pun, aku rasa cuak tapi acah-acah berani pasang lagu K-pop.
Aku graduan UKM budak Zoology, sesiapa yang tahu makmal haiwan jauh nun dalam hutan UKM. Eh, sabar Nadey, post kali ini aku just nak cerita tentang kolej dahulu. Disebabkan berpuluh-puluh pengalaman misteri aku di UKM, aku akan buat part by part. Satu post satu cerita. Kisah pertama adalah tentang bilik aku di kolej pada tahun pertama, tahun 2007, blok 11 bilik 506 ke 516 (haha siapalah penghuni bilik ni sekarang). Bilik aku macam corner lot, menghadap court bola tampar. Belakang court bola tampar ada hutan. Malam-malam memang gelap ya. Satu bilik dua orang, roommate aku Jihan. Jihan ni jenis slumber, berani dari aku dan dia adalah kawan baik yang susah senang. Tiga tahun kami bersama gaduh, gelak sampai sekarang kami masih berhubung, dia dah beranak dua dan aku pula masih mencari jodoh.
Wakaka jangan lah kutuk bilik ittew sepah, tapi susunan bilik kami mcm ni. Nampak tak meja aku kat lokasi baik punyeeee...
“Jihan, aku ni penakut tau. So aku minta jasa baik kalau aku nak pergi tandas malam-malam please teman aku”, ini ayat wajib aku sejak aku duduk matrik lagi. Syukur sangat Jihan jenis memahami, dia tak pernah merungut selama tiga tahun jadi roommate aku. Kami berdua aktif kelab di kolej, aku kelab Teater Sanggar Mas dan Jihan kelab sukan. Walaupun kami balik lewat, penat macam mana mesti berteman pergi tandas. Bilik kami selang sebuah bilik dengan tandas, maka kami selalu terserempak dengan jiran kami terus jadi BFF gitu. Mereka selalu lepak bilik kami, gosip gelak-gelak.
Satu hari, jiran datang bilik kami teman study katanya. Semuanya diam fokus, tekun belajar (padahal masa ni aku layan cerita anime) atas katil. Kiranya atas katil, ada laptop, buku Biology Campbell, ada kertas, ada kamus, memang berselerak. Cadar aku pula berwarna hijau askar material nylon. Malam tu panas sangat, dan kami jarang sangat jatuhkan langsir, biasa aku puntal dan ikat langsir supaya angin malam masuk seperti aircond. Bila lama-lama duduk atas cadar rasa rimas berlengas, aku alihkan laptop atas meja depan tingkap menghadap permandangan luar. Alihkan semua buku-buku atas meja dan tetiba ade satu titis darah jatuh dari syiling batu tepat atas cadar depan aku (celah mana batu konkrit keluar darah?). Merebak kat katil aku sebesar 50 sen. Aku terkejut, “Jihan….wehhh mende ni?”. Semua bangun tengok.
“Erkkk siapa datang bulan ni?”, semua menafikan. Siap cek seluar lagi.
“Nadey kaki ko berkudis ke? Cer tengok berdarah kot”, aku selak kaki aku depan tiga orang saksi, masing-masing telek tiada kesan darah terpalit. Kami berempat tarik cadar tu, tinggal tilam bogel. Kami periksa mana tau aku terpijak pepijat kenyang ke? Tiada. Ok darah siapa? Mungkin hantu tu period lupa pakai pad. Masa ni meremang habis, kami berempat diam seribu bahasa hanya berbalas pandangan.
Ah sudah, macam mana aku nak tidur ni? Jihan tak nak bagi aku takut, gigih dia ambil air kesat sampai hilang kesan darah. Sempat lagi dia hidu, memang bau darah. Jiran kami dah cuak, masing-masing ke bilik. Jihan ajak aku solat dan tidur awal. Jihan tahu aku takut, tapi dia buat bodoh je. Malam tu kami pasang ayat Al-Quran sehingga subuh. Kami tak jatuhkan langsir sebab panas sangat.
Selang beberapa hari, selepas solat Isyak, aku sambung ulangkaji di meja. Kes tilam tu aku buat-buat lupa. Malam tu Jihan nak tidur awal. Tengok Jihan guling-guling atas katil sambil tengok drama korea, aku pon macam tergoda tapi aku ada beberapa bab lagi nak dihabiskan. Rasanya dalam sejam dua atas meja mata aku dah panas, aku berhenti rehat pandang ke luar. Sebenarnya aku tak berani pandang kat arah hutan tu, aku cepat alihkan mata aku pandang tempat parking motor kat bawah. Tiba-tiba mata aku seperti tertarik nak tengok juga arah hutan tu. Aku tak tahu aku nampak apa tapi macam menda hitam lari-lari kat court bola tampar tu, aku terus rasa meremang. Tidak semena-mena angin kuat masuk ke dalam bilik seperti nak hujan.
“Jihan, nak hujan ni. Syok la kita tidur”, aku terus tutup buku, susun ketepi elok-elok dan melompat atas katil. Jihan bersorak sebabnya sudah beberapa hari kami tidur bermandi peluh. Jihan bangun terus tutup lampu, namun bilik kami masih terang dengan pantulan lampu jalan. Selepas beberapa minit tutup lampu bilik, aku dan jihan baru je nak lelap tetiba bunyi buku yang tebal jatuh kat lantai “Gedebukkk” bunyi itu memang betul-betul tepi aku. Aku dan Jihan terkejut lalu kami buka lampu study tepi katil. Buku Biology Campbell yang tebal gila tu jatuh tergolek tepi meja aku. Tak logik sebab buku tadi aku susun tengah-tengah meja.
Aku pandang Jihan, dan-dan pula cermin solek Jihan yang bercangkuk gantung pada almari jatuh. Bersepai kaca. Sumpah pelik cangkuk cermin tu bukan jenis mendatar tapi melengkung. Bila cermin tu bergantung kat cangkuk melengkung ni kena ade stail untuk sauk masuk dan sauk keluar. Bukan mudahlah untuk cermin itu jatuh kesimpulannya. Jihan terus cakap “dah Nadey diam, esok cite”. Malam tu kami tidur biarkan lampu terbuka.
Hari ni Sabtu, ramai yang balik. Lepas solat subuh aku pandang Jihan, “Jihan, jom kita usha bilik atas? Bilik kosong, aku nak tukar tilam ni. Takutlah tilam ni”. “Jom!” laju Jihan balas. Kami ni budak nakal, banyak perangai haram kami buat bersama. Kami keluar jalan-jalan naik tingkat 6 tengok bilik kosong sambil bawa tilam berdarah tu. “Bestnya bilik atas ni, angin kuat”, Jihan ambil feel macam scene Titanic. Tiba-tiba bilik yang kami lalu tadi berdentum tertutup. Melatah aku. Darah sejuk naik kepala terus. Jihan tercengang. Dengan pantas kami masuk bilik sebelahnya ambil tilam dan campak tilam yang berdarah tu atas katil tak susun pun, takut. Kami gigih berlari sambil heret tilam curi tu (tolonglah bayang macam mana aksi kami masa tu). Macam haram.
Sampai je bilik, aku spray tilam tu dengan air yasin dan masukkan cadar. Kami duduk termenung, mengenangkan perihal misteri yang berlaku dalam bilik kami. Menurut Jihan, dia dengar orang cakar dinding selepas cermin tu jatuh, bukan itu sahaja. Jihan mula buka cerita dia selalu terjaga malam sebab tombol pintu tu macam ada orang nak buka banyak kali, ada juga orang ketuk pintu bilik pukul 2 3 pagi tapi tengok aku tidur lena dia pun buat-buat tak dengar je. Ada satu hari aku pergi latihan teater, Jihan kata laptop aku ter on tiba-tiba. Dia malas nak cerita detail sebab aku ni penakut. “Kita tukar bilik nak?” Jihan beri cadangan macam ni. Kan aku beritahu, Jihan ni jenis berani, bila dia sebut macam ni aku terus gelupur nak buat aduan dan minta pindah bilik. Esoknya kami jumpa felo, buat aduan.
Muka kakak felo masa ni, tak terkejut. Dia kata bukan kali pertama kes aduan macam ni. Dia akan beritahu pihak Jaksa. Dia minta kami bertenang dan kembali ke bilik seperti biasa. Selepas isyak, ketua Jaksa datang bilik kami dan bacakan ayat (mungkin pagar bilik). Kami lihat dari luar je. Ketua Jaksa keluar dan berikan kertas dengan potongan ayat-ayat yang perlu kami amalkan. Dia nasihatkan, jangan takut. In sya Allah dia tak kacau kalau kamu jaga bilik ni dengan ayat suci al Quran.
Lepas Ketua Jaksa dan felo keluar dari bilik, ada rakan dari bilik lain beritahu yang Jaksa bukan datang bilik kami je. Ada beberapa buah bilik lagi kena kacau juga. Ada yang kena rasuk, katanya saka keluarganya mengamuk. Kami yang dengar ni terus rasa tak sedap hati. Apa dah jadi dengan kolej ni? Rupanya bukan kes kami je, syukur kami tak nampak apa-apa hanya kena kacau sahaja.
Tak lama selepas kejadian bilik tu, rutin lepas magrib aku ke GLAM makan malam bersama Solehin sebelum ke latihan teater. Tetiba kecoh dengan van ambulan dan banyak kereta parkir depan GLAM. Tetiba seorang kawan aku yang dari bilik jaksa beritahu tadi ada seorang perempuan kena rasuk sampai terapung-apung. Beberapa orang lelaki pegang dia pun tak kuat nak lawan kudrat budak tu. Tak ada pilihan panggil Allahyarham Harun Din tolong. Masa ni arwah dah sakit-sakit tapi sanggup juga datang. Menurut kawan aku, bila ditanya suara perempuan tu bertukar jadi garau. Katanya saka famili, nak buang tapi saka tu mengamuk. Sebenarnya ada sebab lain kawan aku beritahu tapi aku dah lupa. Sambil dengar gosip tengok orang ramai kerumun bilik rawatan, kueh teow aku habis. Sudah sampai masa untuk latihan teater. Maka kami naik meninggalkan tempat kejadian dan menunggu gosip mendatang.
Al fatihah hadiah pada Allahyarham Harun Din, sesungguhnya Allahyarham banyak membantu orang sekeliling aku termasuk orang taman aku merangkap kawan sekolah aku di Gombak. Yelah, rumah aku dekat dengan Markas Pas. Selalu juga berjumpa dengan beliau, ayah aku heret satu famili dengar ceramah pas Allahuakbarrrr!! Tapi aku tidur je.
Sekian untuk kisah pertama segmen kolej UKM seperti yang dijanjikan. Untuk spoiler kisah kedua, tahun kedua gangguan semakin hebat. Aku dah start kena ganggu dari segi penampakan kelibat, Jihan masih watak utama dan ada watak baru. Semua dalam cerita ini adalah kisah benar dan cerita dikongsi mewakili saksi-saksi kejadian. Jika kelapangan seperti malam ini, aku akan terus menaip. Semuga aku mimpi indah malam ini (rasanya malam ni aku tidur tepi mak aku) dan bagi yang muslim jangan lupa baca surah al-mulk.
Demi nak post cerita ini, aku skip tengok kamen rider. Salam Henshin! (terima kasih admin letak gambar Kamen Rider Kiva pada post sebelum ni)


Khamis, 23 Mac 2017

CCTV - Part 1

Nama aku Emy, aku bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat kecil perniagaan membekal dan menjual pelbagai jenis mesin. Disini hanya aku seorang pekerja Melayu, lagi lima orang semuanya berbangsa Cina termasuk bos aku. Despatch pun berbangsa Cina walaupun rupanya sangat Melayu, Sabahan katakan. Kami baru sahaja berpindah pejabat di kawasan perindustrian area Ampang. Jika dulu pejabat aku hanya setingkat dan suasana riuh penuh orang kiri-kanan pejabat kerana disitu terdapat banyak gerai makan. Kini, sunyi. Kiri kanan seperti bengkel kereta, kilang minyak masak dan banyak lagi kedai-kedai kosong. Pejabat baru ini bertambah keluasannya (berganda), kami mempunyai 3 tingkat, di bahagian bawah sekali stor simpanan mesin-mesin dan alatan yang lain. Stor di bahagian bawah boleh digambarkan besar seperti tiga gelanggang badminton. 

Sejak berpindah disini, pada mulanya aku hanya beranggapan bangunan ini bangunan lama. Lampu dinding banyak yang rosak, dinding cat bercapuk dengan debu dan bersawang. Disebabkan ketinggian stor itu sukar dicapai oleh tangga yang kami miliki, maka tiada siapa yang boleh bersihkan. Begitu juga dengan lampu, maka beberapa bahagian ruang dibiarkan gelap. Berkali-kali kami beritahu pada penyewa berkenaan penyelenggaraan namun janji tinggal janji. Disebabkan sewa pejabat baru ini murah maka bos hanya diamkan diri. Hanya stor sahaja mempunyai masalah begitu, di pejabat bos dan pejabat kami tiada sebagai masalah. 

Disebabkan mesin-mesin kami agak mahal sehingga makan berjuta harganya pun ada, maka bos memasang lapan buah cctv dan alarm khas untuk pintu. Jika alarm pintu berbunyi lebih dari tiga minit anggota polis akan menghubungi bos dan datang ke pejabat. Begitu ketat sistem perlindungan di pejabat kami. Orang kata luar nampak cikai dalam seperti lombong emas. 

Sepanjang lima tahun aku berkhidmat dengan syarikat ini, alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kerja sebagai seorang kerani sememangnya banyak kerja setiap hari, namun sudah rutin maka ia bukan lagi suatu beban walaupun kerja bertimbun, kerja mudah. Suatu hari staf despatch dan seorang lagi kerani memberitahu tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Lagi tiga staf Sales termasuk bos, semuanya keluar menghadiri Expo Mesin di Johor. Maka aku seorang sahaja di pejabat ini!. Tidak semena-mena berdentum langit dengan kilat sabung-menyabung. Lihat ke cermin luar langit sudah gelap seperti memberi amaran dengan apa yang bakal berlaku. Walaupun jam menunjukkan jam seawal 9.30 pagi namun gelapnya seperti sudah maghrib.

Masa tiada cukup kaki-tangan inilah telefon bertalu-talu masuk. Betul-betul tak menang tangan. Isnin biasanya ramai yang akan Monday Blues tapi aku tak sempat nak layan perasaan blues tu. Dalam masa tiga jam bergelut dengan timbunan order dari pelanggan, aku mengeluh.

"Aku kena pack order sorang-sorang la ni kat bawah!!", sumpah aku dah mula rasa takut. Masa ni aku fikir macam-macam dengan suasana gelap dan stor yang malap. Aku tiada pilihan. Kebiasaan budak despatch yang akan buat pembungkusan barang order.

Aku dengan berat hati turun ke bawah menuju ke stor. Aku membuka semua suis lampu. Keluhan sekali lagi kedengaran, tiada beza. Cuaca gelap diluar menambahkan lagi suasana gelap di dalam stor ini dengan bunyi percikan air gerimis membalas dengan zink atap cukup membuatkan bulu meremang. Sudahlah benak kepala penuh dengan peringatan berulang 'takut takut takut takut' namun tanggungjawab perlu diteruskan. Aku mendongak memandang CCTV, aku pujuk hati.

"At least kalau ada apa-apa yang berlaku CCTV akan rakam semuanya", yakin.

Bila fikir semula, jadi apa? Aku sorang je dalam stor ni pun. Fokus aku kembali pada kertas order.

"Alamak barang kat loteng pulak.............kena panjat loteng pulak", aku ni memang gayat lagipun loteng berada di bahagian belakang stor berdekatan dengan dua tandas rosak. Aku beranikan diri kebelakang sempat lagi aku menjeling dua tandas rosak yang tertutup itu sebelum ke arah tangga loteng. Menjerit-jerit aku memanjat tangga. Masa ni memang kena kuatkan semangat. Biar bos tahu kau mampu buat kerja ini seorang. Macam-macam lagi aku bebel seorang diri. Sebaik sahaja turun tangga, hujan lebat seperti batu sedang menyerang atap. Disebabkan terperanjat terus perasaan seram tadi kembali. Cepat-cepat aku berlari ke bahagian depan stor untuk bungkus barang ke dalam kotak.

Masa ni bising dengan bunyi hujan namun mulut aku tak berhenti zikir. Takut bukan kepalang. Mata aku tak tahan untuk berkali-kali pandang ke arah area belakang stor. Takut-takut ada yang menyergah. Firasat aku betul, kali ini aku mendongak mata aku tepat berbalas pandangan dengan satu jasad orang gelap. Aku sempat berfikir, aku hanya seorang disini! Siapa tu? Dengan pantulan cahaya lampu samar-samar itu mungkin khayalan tapi jelas itu bentuk seperti badan seseorang. Kelibat apakah?
 Sumber google (gambarannya lebih kurang begini)

Aku berhenti membungkus, tah mana dapat keberanian aku menunggu sebarang respon dari kelibat hitam itu. Jika dia bergerak aku akan buat langkah seribu. Sekelip mata kelibat itu hilang. Meracau aku mencari kiri kanan mana tahu kelibat itu semakin hampir dengan aku! Tiada, mungkin dia betul-betul hilang atau hanya khayalan aku. Rasanya, sudah tiba masa kau bertenang dan naik ke pejabat atas lagipun jam sudah menunjukkan sudah waktu makan tengahari. 

Sebaik sahaja aku naik atas, aku memeriksa TV yang mengawal kelapan-lapan CCTV termasuk di belakang stor. Aku terkejut melihat CCTV bahagian stor belakang, salah satu pintu tandas sudah terbuka luas. Walhal kedua pintu tandas yang rosak itu tertutup rapi, aku juga sempat lihat tadi sebelum memanjat loteng. Siapa yang buka? Jika betul yang aku nampak tadi area inilah muncul kelibat hitam tadi namun CCTV tiada menunjukkan rekod rakaman kelibat itu. Mungkin khayalan kau Emy! 

Aku mencari rekod rakaman sebelum pintu tandas terbuka. Memang sah, pada sela masa yang aku nampak kelibat itulah pintu tandas ini terbuka dengan sendiri. Ya Allah! Seriau darah naik kepala, seraya itu aku menjauhi TV. Kenapa perlu berlaku sekarang? Kenapa? 
Pintu tandas paling kiri terbuka sendiri.

Pada mulanya aku nak call Bos, mengadu. Tapi orang Cina moden tak percaya hantu-hantu lagipun ini syarikatnya, jika aku kecohkan nanti ramai pula yang takut. Mati terus niat aku dan kembali duduk di meja. Mata aku tak lepas melihat TV yang mengawal CCTV itu. Kesemua lapan rakaman dalam satu paparan. Aku boleh lihat semua, tapi mataku tetap tertarik pada CCTV di belakang stor. Allahh.

Hujan masih lebat, eloklah aku solat dahulu semuga Allah lindungi aku dari jin dan syaitan yang menganggu aku. Mujur tempat solat di dalam pejabat juga hanya dipisahkan dengan sehelai langsir tebal. Zikiran tak henti sehingga lengkap aku dengan telekung untuk memulakan takbiratulihram. 

"Allllahhhhhuuuuakkkbarrrr", belum sempat habis hela nafas dengan lafaz Allah Maha Besar itu tetiba "FUHHHHHHHHHH", telinga aku ditiup dengan satu angin yang kuat. Tepat pada telinga kiri. Aku terus menjerit kuat ketakutan. Aku keluar dari sebalik langsir dan ke meja kerjaku. Aku memandang CCTV sekali lagi. 

"Janganlah kacau aku hendak solat", aku beranikan diri bersuara. Setelah beberapa ketika semuanya senyap, tiada respon aku kembali ke ruang solat. Kali ni aku tekad apa pun yang kacau aku akan tetap teruskan solat. 

"Allahuakbar", pendek kali ini. Pada takbir kedua untuk rukuk tetiba aku dapat merasakan ada sesuatu di belakang aku. Paling jelas sekali bisikan "Allahuakbar" yang pasti bukan dari suaraku. Aku teruskan solat walaupun tak kyusuk. Semasa takbir sebelum sujud antara dua sujud, suara itu juga mengikut jelas lafaz "Allahuakbar.....". Respon suara bisikan yang kedua lebih jelas membuatkan degupan jantung aku bertambah kuat sehingga jelas kedengaran. Semoga Allah lindungi aku dari gangguan, tutupkan hijab mataku dari melihat perkara tak diingini ini. Itu sahaja niat terdetik. Aku perlu lengkapkan solat sehingga habis. 

"Assalamualaikum warahmatullah", aku takut untuk melihat kanan. Aku hanya menunduk bawah memberi salam. Tiba waktu toleh kiri mata aku gatal juga untuk melihat belakang. 

"Alllahhhhhhhhhhhh..........................."


"Emy!!!! Emy!!!, bangun!!! Kau kenapa?", tetiba aku dengar suara Ah Meng dan badan aku digoncang. Aku paksa mata untuk buka. 

"Kau kenapa tidur kat pejabat?? Bos call aku kata dia tengok CCTV kat handphone dia kau tak keluar dari tempat solat sejak tengahari tadi. Dia paksa aku singgah office tengok kau. Kau kenapa tidur tak sedar ni?", Ah Meng pimpin aku keluar dari ruang solat dan duduk diatas kerusi. Aku masih bertelekung, lihat luar sudah gelap. Melihat jam dinding sudah pukul 8 malam. Tak sangka lama aku pengsan. 

"Meng, tunggu jap aku pakai tudung. Temankan aku balik dan kunci pejabat", Ah Meng mengangguk. Bayangan tadi masih jelas dalam ingatan aku. Tak sangka ini kali pertama aku teruk dikacau oleh syaitan/jin sampai aku pengsan. Sebelum Ah Meng kuncikan pintu sempat aku melihat keadaan stor bersepah dengan barang-barang yang belum dibungkus. Sekilas begitu aku pandang, tidak berani jika bayangan tadi muncul semula. 

Sampai sahaja di kereta, Ah Meng mula bertanya. Setelah jauh meninggalkan pejabat, aku berani untuk bercerita. 

"Meng, aku tadi nampak hantu!!!!!!!!!!!!! Mula-mula dia kacau kat stor bawah, pintu jamban rosak tu terbuka sendiri. Pastu masa aku solat, mende tu tiup kuat kat telinga aku. Lepas aku habis solat, pocong Meng... pocong kat belakang aku, solat dengan aku!!!! Pocong Meng aku tak main-main", kali ni Ah Meng diam. 

Mungkin dia takut. Tapi sekilas mendengar dia tergelak kecil.

"Muka pocong tu macam mana? Macam ini ke?", pelik soalan itu pula yang ditanya. Patutnya Ah Meng respon cuak tapi sebaliknya. Aku kalih melihat muka Ah Meng. 

Sekali lagi aku menjerit dan aku............... aku pun tak tahu semua ini mimpi atau aku masih tak sedar-sedar dari pengsan tadi. 


-Bersambung-




Khamis, 9 Mac 2017

BANGI BANDAR BERHANTU #PART KEDUA




Untuk pengenalan, nama aku Nadey dan aku suka kamen rider. Acah-acah meniru style penulis-penulis lain, aku buat hashtag juga #kamenrider supaya mudah pembaca mencari sambungan atau kronologi cerita aku (acah-acah nak submit banyak cerita ni). Sebabnya aku juga peminat cerita berantai di FS maka aku faham perasaan mencari susunan cerita. Selepas aku post cerita kt FS hari tu ramai yang request untuk aku publish gambar-gambar botol hasil bedah batin oleh sedara si Timah ni. Disebabkan ramai gila yang kecam penulisan aku yang 'Doh..doh, boring boring boring" tu, aku batalkan niat untuk hantar sambungan di FS waktu itu. Aku hanya sambungkan di blog Biawak Goweng Nadey. Sebabnya juga, di FS tak boleh share gambar kan. Sesiapa yang berminat nak tengok gambar hasil tangkapan bedah batin boleh pergi blog aku. Namun, harini kawan aku si Munah montok dan Timah beri sokongan dan semangat untuk aku hantarkan cerita ini di FS. Tak kisahlah kena kecam sekali lagi, janji niat aku nak kongsi cerita je. Stay positive okay, baca yang baik-baik, dengar yang baik-baik. Jangan kecam aku teruk sangat, hati ini mudah rapuh.

Ok, berbalik isu Bangi Bandar Berhantu. Dua malam aku cari gambar-gambar dalam external. Aku ada empat external dan folder gambar berlambak-lambak tu aku cari satu per satu. Seingat aku, masa aku berubat ni handphone aku yang tab 8 samsung yang besau tu. Sebabnya aku punya zoom macam detail gila semua nampak  Dan seingat aku juga aku snap beberapa gambar termasuk botol-botol kawan-kawan aku yang ada sami tu. Tapi aku pelik sangat, yang ada hanya ada 3 gambar je (gambar botol aku je) gambar yang lain tak ada. Puas aku cari. Dah lah masa pukul 3 pagi aku terbuka satu folder ukm ni, rupanya aku memang save gamba viral pocong depan blok Kolej Zaaba. Aku terklik, besar terkeluar kat monitor komputer aku. Aku terkejut aku terus tutup sebab meremang habis masa tu. Teringat cerita #carlitorocker, kiri kanan aku pandang terus aku baca ayat kursi. Bila aku tarik file nak copy ke destop terus hilang gambar tu. Rasa meremang tak habis lagi, makanya aku tak jadi teruskan. Aku tak tutup lampu bilik dan aku terus tidur sambil buka mp3 ayat-ayat Ruqyah.  Esoknya aku check semula memang hilang file tu. Mungkin tiada rejeki nak share dengan korang.

Macam ni, kisahnya idea berubat batin tu. Masa sebelum rumah kami kena ganggu teruk tu aku ada sakit sikit la. Aku ni jenis kalau datang mood gila, aku akan travel sorang-sorang. Orang macam aku bukan orang senang, biasa aku travel jauh-jauh, tidur dalam kereta je. Aku perempuan tau, takut tapi aku gamble je. Kalau tidur surau pun aku rasa tak seselamat tidur di kereta. Rasanya selepas aku balik dari Terengganu-Cherating badan aku sakit-sakit, mungkin aku drive non-stop dan tidur tak berapa selesa dalam kereta kan. Sakit tu sampai terkesan pada tulang belakang aku. Sakit ya rabbi. Pergi Hospital Serdang dia kata tak ada apa-apa dari diagnosis. X-ray semua tak ada tanda yang pelik. Masa tu sakit macam tak boleh tanggung dah. Aku pula alergi dengan pain killer lagi-lagi yang dos tinggi seperti Voltaron. So aku tahan je la sakit sendirian tanpa ubat. Set minda, mungkin Allah dah takdirkan ujian aku untuk tahan sakit macam ini untuk penghapus dosa-dosa aku. Masa aku sakit ni, aku langsung tak bagitau famili aku kat Gombak. Acah-acah tak nak susahkan dorang.

Satu hari aku pergi kerja macam biasa, tahan sakit yang amat. Banyak kali aku drive sambil menangis, sakit. Aku bertolak dari Bangi ke TTDI, KL sesudah subuh sebab nak elak jam. Sampai taman rimba TTDI aku akan tidur dalam sejam lebih sehingga pukul 8.15 pagi. Itulah rutin harian aku. Ramai kata bahaya taman tu, banyak kali orang pecah kereta, tikam orang lah tapi aku tiada pilihan. Jika aku lewat, parking penuh, yang ada pun parking berbayar. Ikutkan gaji memang aku sanggup berjimatlah. Banyak kali je aku mimpi dalam kereta ada ular sawa jatuh jerut leher aku. Meronta-ronta aku seorang dalam kereta. Pagi tu aku gigih berjalan kaki dalam 800 meter dari parking taman ke bangunan pejabat. Tetiba terserempak dengan kakak satu pejabat dia tegur. "Kau dah kenapa jalan bongkok sangat macam nenek kebayan", dia sambung gelak. Aku terkejut, aku tak sangka keadaan aku sangat teruk sehinggakan orang tegur. Bayangkan badan aku yang besar ni berjalan bongkok macam nenek kebayan, rupanya ramai yang perasan termasuk bos aku. Bos aku banyak kali tanya "Are you okay?". Sebab banyak kali juga aku MC sebab perkara yang sama. 

Hari yang sama juga, waktu rehat. Aku memang tak tahan dah! Dalam keadaan sakit yang amat, aku berjalan kaki dari Pasar TTDI ke KPJ Damansara (naik jenjatas je seberang jalan). Aku jumpa doktor dan sama je keputusan. Dia ada bagi aku beberapa ubat termasuk ubat diabetik Metformin, alasannya aku sakit belakang sebab gemuk sangat. Dengan ubat tu aku boleh turun berat badan.. Dulu di tempat kerja lama, aku bekerja sebagai pendaftar ubat-ubat haiwan. So sedikit sebanyak aku tahu tentang ubat-ubat ni. Lagi-lagi bila bos aku nampak ubat tu, dia terus tarik aku pergi jumpa tabib cina. Pejabat kami juga tetapi bahagian Chinese Medicine. Tabib kata urat tulang belakang aku bersimpul. Sekali dia sentuh je, macam kena renjatan elektrik aku. Malam tu juga aku ke rumah tabib berurut. Sebak aku masa ni, tabib kata dia tak nak duit aku yang penting aku sihat. Syukur Allah bagi aku jumpa orang macam ni. Dia ada beri aku makan herba-herba Cina (bukan animal origin ya, sebab aku muslim). 

Dalam minggu yang sama, si Timah ajak aku balik Terengganu. Dia nak kenalkan dengan seorang makcik pandai berurut. Banyak si Timah dan famili dia tolong aku, sebak jap. Petang, selepas berurut kami ke rumah Tok si Timah. Datang melawat, kebetulan ada saudaranya yang ada kelebihan berubat (bukan yang bedah batin). Masa dia pegang kepala aku, dia baca ayat aku rasa macam nak sendawa je, berangin. Dari kepala ke tangan. Masa dia tarik dari bahu ke jari tetiba badan aku rasa macam angin sejuk mengalir dalam darah dan keluar. Sama tangan kiri dan kanan. Lepas tu dia cakap, "nenek ada lagi kan?"..."nenek belah mak awak ni sayang sangat dengan awak". Tu je dia tak nak beritahu aku lebih, tak nak aku takut katanya.

Aku macam.... pulakkkkkkkkk. Sekarang ni masalahnya dari belah bapa ke belah mak? Aku dah pening. Tapi betul la aku ada seorang je nenek yang tinggal. Orang yang tengah sakit ni senang jadi macam annoyed dengan semua perkara. Aku rase menipu je kot orang ni. Salah orang rasanya. Pastu aku pernah teringat tok (nenek) aku pernah cakap, kalau dia mati kutip tali pinggang dia kat tanah. Tok aku ni dulu bidan, dulu ramai je datang minta air jampi. Teringat juga adik aku pernah cirit-birit teruk, sampai tak boleh berjalan, tahap kena pakai pampers la. Aku ni drive lah ke Kuantan semata-mata minta air jampi tok. Pas tok aku jampi air tu, dia bagi adik aku minum. Aku pulak tengok air dalam botol tu berkeledak. Berkeladak dengan semut mati lah. "Ngah, air ni ngah ko tengok ni bangkai semut gile!!". Angah tergelak-gelak, "Arghhh janji dia boleh sedut taik aku balik" punya dia percaya dengan jampi tok aku. Sabarnya lah aku.

Sambung kisah tadi, selepas beberapa hari balik dari berubat tu, aku rasa makin sihat, badan aku ringan sikit. Pinggang tu sengal-sengal lagi tapi berkurang la sikit. Tapi aku ni yakin sebab dari ubat cina tu. Badan rasa panas dan mampu pergi kerja dengan normal tanpa berpeluh-peluh menahan sakit. Masa ni dah start rumah kami kena satu-satu gangguan. Seperti dalam cerita sebelum ini. Bila sampai kena kacau tahap dia menganjing bacaan surah Al Baqarah tu aku rasa seram sangat dah. Sampai nak solat dalam bilik takut, rasa dia ada je kat sebelah. So sekali lagi, famili si Timah suh balik jumpa saudara dia yang boleh berubat bedah batin. Aku gelarkan saudara Timah ni Mat.

Ceritanya, kami pergi enam orang, Timah, Joyah, aku, Mael, Usop dan Kiah. Memula masuk je Mat ni dah tegur ada benda berat sangat kat aku. Katanya bapak jin. Memula aku fikir gila... sebab tu ke orang asyik tegur aku jalan membongkok je? Lama-lama aku rasa "ek eleh kau". Membongak je ni. Sebab dah banyak sangat jumpa orang berubat maka makin lama aku rasa semua ni menipu je. Si Timah start berubat dulu. Satu per satu perlakuan Si Mat ni tarik sesuatu dari badan si Timah masuk ke botol. Berpeluh-peluh tengok botol tu. Tapi logik la biasa ko masuk angin dalam botol mesti ada wap air. Kita ni budak sains kan, so fikir macam tu je. Susah nak percayalah kononnya, sebabnya aku dah jumpa macam-macam orang tapi ni first time jumpa dengan orang boleh buat bedah batin.

Si Timah setel, Mat suruh kami ambil gambar. Dia kata ada pocong dalam botol tu. Dia snap gambar tunjuk kat kami. Ada la macam bentuk pocong tu tapi aku rasa biasa lagi, mungkin khayalan je. Bila Si Timah dan Joyah kata "kenapa kau nampak aku tak?? Mana satu??". Aku rasa ilusi aku je kot. Bukan pocong je aku nampak, aku siap nampak macam asap halus gerak-gerak lagi. Tapi aku tetap kata eh ilusi aku je ni.  

Tiba giliran Kak Joyah. Masa ni Mat kata "ada pontianak" pulak. Masa ni aku tergelak "Eh tadi pocong ni pontianak pulak". Dialah yang duduk kat bilik Kak Joyah. Mungkin pontianak inilah yang tolak teddy bear tu jatuh ke bawah. Tengok dalam botol biasa je. Macam botol Timah juga, kali ni jelas nampak berambut, siap bertaring. Sampai giliran Mael pula, bila snap je gambar botol tetiba ada satu dot kuning terang/jelas la. Mat kata tu hantu tok sami, pastu gelak-gelak. Sumpah saiko je aku rasa bila dia gelak. Seperti macam banyak benda tersirat dia nak tunjuk. Masa ni Mael kata, "aku baru balik dari Bali. Masuk kuil itu ini mungkinlah kot". Level kepercayaan aku masa ni dah naik.

Tibalah giliran aku. Aku berdebar-debar. First dia pegang kepala aku turun ke tengkuk dan bahu. Tarik satu-satu masuk dalam botol. Macam berubat hari tu, aku rasa biasa je tapi rasa ada angin sejuk la lalu kat bawah kulit. Tu satu perasaan susah aku nak jelaskan dengan kata-kata. Sampai giliran aku snap gambar botol dia terus gelak. 

Apa yang aku nampak? Satu jin ni sebijik macam topeng iron man tapi bertaring jelas sangat. Menurut Mat itulah ketua jin tu. Bawahnya tiga ekor anak jin. Ada yang iras beruk, macam rupa yang menakutkan lah. Terpulang korang nak percaya ke tak. Masa ni aku rasa memang cuak, meremang habis. Ya Allah betul ke apa yang aku lihat ini? Betulkah semua ini menumpang dalam badan aku? Apa perasaan aku selepas buat bedah batin? Aku rasa macam bahu aku ringan. Tu je yang aku rasa. Susah nak percaya tapi aku rasa goyahlah sebab kami boleh nampak jelas jasad makhluk tu dalam botol.   
 Nampak macam botol kosong biasa kan? Terpulanglah kat korang nak percaya ke tak, aku tak paksa. So jangan nak kecam aku, aku lempang kang. Aku tak heran ko kata aku ilusi ke? Taksub ke? Peduli ape aku nyah, aku yang rasa bukan kau. 
 Masa ni Timah ngan Joyah nampak la jelas. Kalau tadi macam blur-blur kan.
Memula sedara si Timah tunjuk kat aku KIRI ATAS tu yang bapak jin. Kalau korang tengok betul-betul macam topeng Iron Man siap bertaring.... tu memang jelas gile. KIRI BAWAH tiga ekor anak jin tu. KANAN ATAS, beruk. Jin ni ada dalam bilik aku di Gombak katanya. 

Tiba giliran Usop, tetiba Mat beritahu yang Usop dan famili kena santau. Terkejut Usop sebab ayah dia memang tengah sakit sekarang tak boleh berjalan. Tempias kena si Usop. Masa dia cuba tarik jin dari kaki Usop, dia panggil kami tengok kaki Usop. Masa tu sumpah aku tak tipu, kami nampak ada satu benjolan gerak-gerak bawah urat kaki Usop. Mat cakap, "ni dia lari la susah nak tarik keluar". Lama juga benjolan tu lari-lari akhirnya hilang. Pastu Mat suruh Usop dan famili minum air kelapa ni (aku pon dah lupa dia cakap apa tentang kelapa, garam, limau ke lada hitam, maaf lupa) dan Mat nasihatkan suruh Usop bawa ayah dia datang  berubat. Itu je kisah pengalaman kami tentang bedah batin. 

Mat beritahu, pantang makan 2 hari ni jangan makan pisang, jangan makan makanan pedas takut bekas jahitan terbuka. Tapi kami macam hilang ingatan. Petang tu juga kami lepak tepi pantai makan pisang goreng, ikan celup tepung dan keropok lekor. Memang semua lupa. Malam tu Mat datang ke rumah Timah dan jahit semula bekas jahitan. Malam tu, kami buat sesi pembuangan jin yang ganggu dalam rumah kami di Bangi. Dari gambar-gambar yang kami snap, Mat tarik dan buang dalam botol. Dia kata ada hantu raya besar sangat dalam 3 ekor di ruang tamu dan dapur. Pontianak dalam bilik Kak Joyah. 

Dikesempatan itu, aku pun tunjuk gambar bilik aku di Gombak. Dia kata ada jin berupa monyet. Semua gelak sebab bilik aku banyak figures kamen rider. Aku juga tunjuk gambar family aku pada Mat, "Berat sangat pada awak dan ayah awak ni. Yang lain jelas je muka, bersih. Gambar awak dan ayah awak ni, berat". Itu komen Mat. Sebenarnya sebelum ini adik bongsu aku pernah tunjuk gambar family aku kat seorang Wak, kenalan dia sewaktu menetap di Kuala Selangor dulu. Waktu komen perkara yang sama. Dia kata ada salah seorang dari kamu adik beradik selalu sakit. Dalam benak adik aku, ya kakak aku selalu sakit. Waktu pun cakap perkara yang sama berkenaan ayah aku. Kasihan ayah, dia tak tahu apa-apa. Bila kami berbincang dengan ayah tentang perkara ni, "Kita berserah pada Allah, jangan seru, jangan percaya, solat jaga in sha Allah tak ada saka-saka atau gangguan lah. Bukan ayah tak nak percaya, tapi ayah sendiri tak tahu. Yang ayah tahu, ayah tak pernah terima apa-apa dari arwah haki (datuk dalam bahasa Bentong)".  

Maaf kalau cerita aku tak menarik atau sekufu dengan genre korang. Aku bukanlah penulis bertauliah sampaikan orang nak kritik penulisan aku macam cikgu Bahasa Melayu. Jujur aku kongsikan pengalaman untuk pengajaran. Telusnya aku bercerita seperti sedang berborak dengan kawan-kawan tapi makian, kata-kata dusta yang aku dapat maka kecik hati kita, tak apa lah, aku maafkan je orang yang maki aku dalam post lama. FS ni best, seronok baca cerita-cerita kawan-kawan. Tak sangka ada yang mempunyai pengalaman hebat-hebat. Cumanya aku tak suka baca komen-komen orang negatif. Stay positif okay, aku akan terus menulis. Mungkin selepas ini, jika ada kelapangan dan panjang umur aku kongsikan cerita hantu di Kolek Keris Mas, UKM Bangi. 



Isnin, 6 Mac 2017

CERITA AKU SERABUT? - BANGI BANDAR BERHANTU



WEH!!!! FIKSYEN SHASHA PUBLISH POST AKU!!

Aku kan peminat cerita hantu, sejak akhir-akhir ni aku memang jadi pengikut setia FS. Al-kisahnya si Timah tetiba je request aku hantar cerita kat FS selepas dia baca beberapa post cerita yang lebih kurang seperti kami alami sebelum ni. Aku pun gigihlah menaip. Bagi aku selama aku baca FS, semua macam bercerita kat kawan, tiada format formal maka lajulah aku menaip dan hari itu jugak aku hantar. 

Sebenarnya aku ada plan untuk buat cerita ini bersiri, tapi aku fikir nak tengok respon dulu. So sehari ni aku tengok, ramai pulak mengomen....

NADEY....Henshin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bertukarrrr

Selama aku menjadi pengikut setia FS, aku tak pernah komen buruk post-post yang dorang share dalam FS sebelum ni. Bagi aku FS ni macam kawan-kawan bercerita, so sempoi-sempoi sudah. Tapi bila kena batang hidung aku sendiri share cerita mulalah aku kena kecam. 


Ni sape tah kata aku terencat, kata aku bodoh, kata aku produk gagal UKM. Aku ingat bila orang dah jadi ibu ni jaga bahasa, sbb kita pendidik anak-anak... tapi mcm ni aku xtau la! Smuga aku dpt maafkan ko

Bagi aku FS ni kawan-kawan bercerita, ko rilek sudah, tak yah gelabah nak kutuk-kutuk pengalaman dia. Boring bosan serabut ko tutup dan pergi baca cerita lain!. Kalau ko harapkan semua penulis macam novelis professional ko memang kelakar lah. Macam ko bagus sangat nak kata cerita orang tak best? Ko pengkritik bebas je bukan professional. 

Aku mengharapkan komen-komen orang adalah sebagai satu diskusi. Contohnya orang tanya, 

Seksyen 7? Sup urat keting?
Boleh saya minta nombor yang buat bedah batin tu?
Ceritakan sedikit tentang Panglima Hitam?
UKM?? Kolej Keris Mas?

Aku bersedia dengan soalan-soalan sebegini. Sebab ni kan cerita pengalaman, so aku akan detail explain bla bla bla.... tapi lain yang diharap lain yang datang. 

Pengalaman aku masa viral YSP dulu lagi teruk orang kecam aku, sebab tu untuk kecaman post di FS ni picisan je... aku masih mampu respon elok-elok dengan orang yang kutuk aku. Sebab aku nak dorang tahu, aku kongsi cerita dengan dorang bukan acah-acah nak publish BUKU! 

Taik betul la hahahhahah 

Ya Allah lega aku maki dalam blog ni. Wakakak

Bagi anda yang tak tahu aku pernah pos cerita tentang UKM. 

Nanti aku sambung lagi.... 





BANGI BANDAR BERHANTU Part 1



Hai semua, terima kasih FS publish post aku ini. Sepanjang hidup aku ni penuh dengan misteri, kalau aku buat novel macam penulis buku Horror Stories, Tunku Halim mesti laku. Kali pertama aku boleh tengok menda misteri ini sejak umur sekolah rendah, dimana waktu itu aku banyak tolong ayah dan ibu buat wiring bangunan-bangunan baru siap. Satu hari, bila aku test line telefon rumah ke rumah tetiba aku terperangkap dalam satu rumah corner, pintu tak boleh buka dan masa itu aku nampak kelibat baju putih rambut panjang tengah seret bungkusan guni yang bergerak-gerak. Jarak lebih kurang 2 meter dari tempat aku duduk tepi soket telefon. Masa itu aku menjerit keluar suara jantan panggil ayah aku sambil menangis. Bila ayah aku dapat buka pintu, dia marah aku sebab aku terlalu penakut (dia selalu kata aku berkhayal). Bila mak aku bergosip dengan pak guard bangunan rupanya ada kes bunuh diri kat bangunan tu. Itulah permulaan dari segalanya. Post kali ini aku nak skip terus ke zaman universiti.

Alhamdulillah, aku sambung belajar di UKM Bangi duduk di Kolej Keris Mas yang penuh misteri dan cerita Allahyarham Ustaz Harun Din. Ada aku lampirkan cerita ini dihalaman blog aku, biawak goweng nadey. Dari tahun pertama bilik aku siap tilam berdarah (bukan darah aku la pastinya), buku Biology Campbell jatuh banyak kali, pintu bilik kena ketuk kuat, kena kejar anjing hitam mata merah, cermin pecah, hantu raya menjelma jadi roomate siap mandi sebelah menyebelah kongsi syampoo (sampai sekarang aku tak tahu syampoo itu siapa punya) dan banyak lagi. Masuk tahun kedua ketiga, kecoh tentang saka harimau blok 12 lah. Masa fire drill, ada gadis bertukar jadi harimau sebelah aku, masa itu muka aku iras tenuk takut okay. Suatu hari salah seorang junior teater kami kena histeria, tetiba ada seorang Ustaz dari Darul Syifa Bangi tanya aku, "awak sure tak ada pendamping? Balik rumah tanya ayah elok-elok. Dia just nak lindung dari makhluk lain yang kacau awak tapi tanya jelah bapa awak". Direct terus suruh tanya ayah? Perghhh masa itu, selepas habis latihan teater aku  terus merempit ke rumah pukul 3 pagi. Bila tanya ayah diam, dia warning aku supaya jangan sebut atau seru dan jangan fikir tentang saka Pendekar Hitam yang kecoh dalam legasi keluarga kami. Dia sendiri tak tahu. Dari situ aku syak aku BERSAKA (gelak, sebab rasa kelakar main syak-syak).

Selepas habis belajar, kawan aku masih ramai di Bangi ada yang lanjutkan pengajian. Maka seronok-seronok aku pindah Bangi dengan alasan nak belajar hidup sendiri. Angan-angan itu bertahan beberapa bulan dan aku kembali ke Gombak. Aku duduk apartment area Kajang-Bangi, seksyen 7 (hint dekat dengan sup urat keting) bersama 3 orang geng UKM. Duduk dengan kawan ini best weh, berjoyah 24jam, galok masing-masing, nak keluar balik lewat pon tak ada masalah, main masak-masak lah. Bermula kisah misteri satu per satu terjadi. Mungkin terlalu banyak peristiwa berlaku sampai aku lupa urutan kisah kami.

Bunyi guli, bunyi orang buat sambal belacan dengan lesung batu pagi-pagi buta dan alih perabot tu macam dah biasa kami dengar. Pili air terbuka tu pun biasa, macam senaman kami ulang-alik tutup paip. Suis lampu terbuka sendiri, mungkin 'menda' tu nak berdisko. Bilik senior kami, Kak Joyah (betul doh nama dia Joyah aku tak main-main) ni memang bersih dan tersusun rapi barang-barangnya. Bilik dia ada satu teddy bear besar aku, kadang-kadang Kak Joyah confuse mana satu aku mana satu teddy bear. Bila Kak Joyah keluar dating, teddy bear dia bergerak weh! Dia baring atas lantai la, sampai kami pelik siapa yang masuk alih menda alah ni? Acah-acah Annabelle Doll pulak.

Cerita tentang Kak Joyah belum berakhir, ada satu hari aku tengah tekun bekerja tetiba roomate aku si Timah (betul doh nama dia Timah, Fatimah) hantar gambar selfie Kak Joyah. Aku macam "kenapa doh nak lesbian sangat bagi gambar Kak Joyah?". Sekali Timah kata "tengok belakang kat Joyah ada kelibat lelaki hitam". Aku terus sawan, zoom in banyak kali. Weh gila macam mana aku nak balik ni? Seram doh! Kelibat lelaki tu dah photoboom masuk dalam gambar, macam separuh badan serupa macam orang yang tengah mengintai. Jelas gila, kelibat lelaki tu. Sejak itu aku cuak nak selfie lagi-lagi dalam rumah tu.

Alih cerita Timah pula, dia adalah roommate aku dan dia ni kerja sambil belajar. Kerja dia keluar masuk hutan ambil sampel serangga dan katak. Sebabkan kerjayanya begitu, dia selalu je kena ganggu tapi dia jenis tak ambil kisah sangat (tak layan emosi sangat dengan gangguan).  Ada orang buka pintu masa dia mandi, bila dia periksa tak ada orang pun balik rumah lagi masa tu. Setakat pintu berdentum masa tengah syok tidur tu biasa sangat. Bukan ada angin kuat pun dalam rumah tu. Ada satu masa, saudara dia datang tumpang tidur kat rumah, ramai-ramai kena kacau. Saudara dia dengar budak menangis tepi sinki kat dapur masa bangun pagi nak minum air. Pintu berdentum beberapa kali dan kemuncaknya bila dia rasa ada sesuatu atas kepala dia, sejak itu dia trauma nak tumpang tidur rumah kami lagi.

Dalam bilik kami ada dua katil asalnya, pastu sebab aku berat macam badak, patah besi katil maka aku tidur kat tilam atas lantai je la. Bila tak ada katil, aku malas la nak bangun-bangun so aku selalu lepak dalam bilik. Aku selalu pinjam laptop si Timah ni tengok DVD Kamen Rider.

Satu malam, tengah asyik tengok Kamen RIder lagi-lagi masa tu part konflik so aku sangat-sangat fokus siap pakai earphone. Si Timah ni galak gosip dengan Kak Joyah dan Kak Senah kat ruang tamu. Tetiba si Timah ni datang bilik duduk atas katil panggil aku ajak berborak. Aku bengang betul potong stim fokus aku. "Kau nak apa kacau aku tengah syok ni", aku annoying tapi aku buat muka fake nak layan dia gak. Aku pause cerita Kamen Rider tu (aku seorang yang lebih pentingkan Kamen Rider dari si Timah, so kalau aku pause tu maknanya seruan gosip si Timah ni POWER).

Pastu si Timah nak pergi jamban pula, sebab gelak macam haram tadi sampai nak terkencing. So aku play balik Kamen Rider. Tak sampai berapa saat dia dah keluar sambung gosip. Aku masa ni dah menyampah nak sambung cite Kamen RIder sebab feel tu dah tak sampai dah sebab kena kacau. So aku pause lagi dan layan semula si Timah. "Kejap gila kau kencing, kau basuh tak?", aku sound, nasib baik tak kena pijak. "Basuhlah gila", naik suara si Timah. Kami sambung gosip, sekarang si Timah masih duduk atas katil menghadap aku.

"Dengar la cerita aku ni... bla blaa blaaa" aku lupa kami cerita tentang apa tapi memang gosip kelakar sampai aku nak terkencing gelak. Dari keadaan baring malas aku jadi panas bontot terus mengiring tongkat kepala sambil layan si Timah bergosip. Sekelip mata tetiba je jasad si Timah baru masuk bilik buat muka lega selepas buang hajat. Aku macam terus terkejut, bukan sesaat tadi si Timah depan aku duduk atas katil gelak-gelak bergosip, sekarang si Timah kat muka pintu baru nak masuk bilik ?! Dalam masa terkejut tu aku sedikit terjerit melatah "Ehh!!" Aku pandang tempat Timah duduk tadi dengan Timah yang baru masuk. Timah yang atas katil tadi siapa doh?

Si Timah ni terkejut la bila aku terjerit "Ehh!!" pastu riak muka aku masa tu betul-betul terkejut beruk. "Kau kenapa Nadey?". Aku terdiam sekejap hadam apa yang berlaku. "Wehhhhh sumpah!! Aku baru je berborak ngan kau, kau duduk depan aku ni ha! Aku sanggup pause kamen rider sebab layan ko berborak ni. Siap kite gelak-gelak lagi!", masa ni aku terus bangun terangkan kat si Timah. Masa ni kami berdua dah start meremang.

"Aku pergi kencing la gila! Ni aku baru masuk bilik ni haaa. Kau jangan main-main Nadey".

"Baru masuk?". Ah sudah, aku cakap dengan siapa tadi? Masa ni, aku terus off Kamen Rider bukak surah ruqyah. Bila dah cuak, banyak tenaga aku guna masa cuak tadi so aku lapar. Aku buat-buat alasan lapar untuk keluar dari bilik. Mungkin hantu raya si Timah itu masih dalam bilik, so janganlah obvious sangat ketakutan tu.

Sejak dari kes hantu raya tu, kami pasang surah Al-baqarah non-stop selama 3 hari. Hari pertama, kami dengar Kak Joyah mengigau macam mengerang-ngerang kat ruang tamu. Kami tahu dia jenis mengigau sleep walker gitu, so itu MEMANG aktiviti paranormal Kak Joyah yang normal. Tapi malam itu dia mengerang lain macam, si Timah ni terjaga tapi dia malas layan, dia pejam mata rapat-rapat dan paksa tidur semula.

Hari kedua pasang surah Al-baqarah, aku biasa tidur bukak lampu kecik ala-ala romantik sebelum tidur baca novel (padahal aku takut tidur dalam gelap selepas apa yang terjadi). So aku tertidur menghadap dinding sambil peluk DVD Kamen RIder. Pagi itu, si Timah nak ke jamban dan dia bangun tanpa pakai spek mata. Ya, dia memang rabun teruk tapi still boleh tengok jelas dari dekat walaupun sedikit kabur. Usai laburannya, dia masuk ke bilik tetiba terkedu bila dia nampak ada kelibat hitam atas kepala aku sambil perhatikan aku tidur. Dia yakin dengan apa yang dia lihat jelas sebab masa tu lampu romantik itu masih terbuka. Dia terus melompat atas katil paksa tidur. Al-baqarah masih berbunyi dari laptop itu, tetiba ada suara dekat dengan telinga si Timah macam menganjing bacaan surah yang kami pasang tu. Kalau kau? Cuak tak. Memang mende tu tak takut ayat Al Quran siap menganjing apa perasaan kau? Hanya zikiran, ayat kursi yang diulang oleh si Timah sehingga dia tertidur semula.

Bangun je pagi, aku biasa bangun awal sebab kalau aku gerak ke kerja lewat habis stuck jem. Bangi ke TTDI KL memang gila jem dia weh. Si Timah bangun terus cerita apa yang jadi kat dia semalam. Part nampak kelibat dan hantu raya menjelma sebagai Timah itu kes biasa lagi tapi part bisik kat telinga menganjing surah Al-baqarah tu bagi aku maksimum melampau. Yelah, kau nak halau dia tapi dia tak lut pula dengan ayat Al-Quran. Macam mana kami nak terus duduk rumah macam ni?

Masa itu, kami betul-betul rasa seram maksimum, sampai aku nak solat dalam bilik dengar orang hembus-hembus nafas kuat. Terus aku bagi salam walaupun belum sempat sempurna rakaat pertama aku. Sejak tu aku memang solat kat ruang tamu biar semua tengok aku solat. Malam tu kami paksa seorang rakan lelaki kami, Anas ni datang rumah kami. Sebab dia kata ada kawan yang boleh halau hantu. So malam itu dia dan geng-geng datang rumah. Kawan Anas tu bagitau dia dah halau dah hantu tu. Tapi macam-macam jadi lagi selepas tu. So kami buat keputusan balik ke Terengganu berubat dengan saudara si Timah. Dia ada kebolehan buat bedah batin buang hantu dan saka. Awal-awal dia ingatkan kami untuk ambil gambar area dapur, ruang tamu dan bilik.

Mulanya kami masuk rumah saudara si Timah dia terkejut tengok aku "Berat nim, ini ketua jin!" dia siap tegur kawan dia. "Weh... budak ni ada bapok jin weh". Bayangkan muka aku masa tu? Blur, cuak sehingga terjongang aku tengok reaksi saudara Si Timah. Bila tengok muka aku, si Timah volunteer dirawat dahulu, selepas itu Kak Joyah. Masa itu, saudaranya cakap dalam bilik Kak Joyah ada langsuir. Allah! Cuba bayang selama ni kami nampak orang dalam bilik Kak Joyah rupa-rupanya Langsuir?Mungkin dia bengang dengan teddy bear Kak Joyah sebab tu dia campak kat bawah. Semua mahkluk gangguan dia tarik dan masukkan dalam botol. Setiap botol  mesti berpeluh lain macam seperti orang bernafas dalam botol tu. Dia ambil handphone snap gambar. Ada yang jelas ada yang tak jelas. Ada satu botol ni jelas nampak rupa sami (dari jauh macam cahaya kuning), ada yang rupa pocong dan yang rupa macam perempuan. Mulalah aku cuak. Sampai je giliran aku, dia mulakan dari kepala ke bahu. Lama gila dia nak tarik mende tu masuk botol. Apa aku rasa? Aku rase biasa tapi berangin macam ada menda bergerak dalam darah aku. Habis je rawatan dia kata " Nak dekat 50 ekor dalam badan awak, paling jelas ketua jin tu ade tiga ekor anok dia" terus dia snap gamba dari botol. Aku ada je simpan gambar tu. Jelas gile siap bertaring. Gambar itu aku tunjuk kat ayah aku dan dia terkedu. Ha.. baru dia tahu aku bukan main-main. Saudara si Timah nasihatkan aku "tapi saya tak boleh buang saka awak sebab dia tak ada kat sini". Aku tunjuk gambar family aku, "Dalam gambar ni, dari lima orang saya nampak menda berat sangat pada ayah dan awak", memula kami gelak sebab semua orang dalam gambar tu bersaiz badak, memanglah berat.

Kalau awak semua tak percaya rawatan saya, boleh tanya mana-mana pengamal dan Darul Syifa dia mesti nampak bekas jahit bedah batin ni. Lepas rawatan dia beri amaran tiga hari tak boleh makan pisang, satey, makan pedas dan banyak lagi. Tapi entah macam mana petang tu kami semua terlupa bila nampak pisang goreng. Malam itu, saudaranya terpaksa datang dan jahit semula luka terbuka. Malam itu juga dia tarik hantu raya dari gambar rumah kami. Dia kata besar kita kot hantu raya tu kat bahagian ruang tamu dan dapur. Mungkin yang photoboom dalam selfie Kak Joyah tu hantu raya. Dalam beberapa bulan aku duduk di Bangi dan terpaksa pindah semula ke Gombak kerana nak jimat duit LOL. Kau rasa logik ke alasan aku? Kalau aku free aku sambung lah cerita aku, banyak sangat aku nak cerita. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam