Aku yang
buta fesyen pun tahu, mana-mana je ada iklan ZALORA
Sampaikan
aku nak scroll screenlock henpon pon ada iklan ZALORA
HEBAT!
Kali
ni ZALORA beri
tips panduan untuk membeli tudung corak! Haaaaa aku leh bet kebanyakan
gadiz-gadiz dan belia-belia mempunyai koleksi tudung plain lebih banyak
berbanding yang bercorak!
Why Why Why?????????????????????
Why Why Why?????????????????????
Adakah isu
tidak yakin dengan penampilan tudung bercorak kerna takut kelihatan tua?
Takut nampak
penampilan macam mak-mak tu satu hal, dalam almari kebanyakan baju pula
bercorak (baju raya). Biasanya tudung bercorak ini lebih mudah dipadankan
dengan pakaian berwarna tunggal atau bahasa biasanya PLAIN. Baju kosong inilah
baru sesuai dimatching dengan pelbagai tudung bercorak.
Pendapat
aku, tudung bercorak ini juga mampu menaikkan seri dan level confident
seseorang itu. So apa
lagi??? Moh kita ubah selera fesyen dengan pemakaian tudung bercorak.
Di sini ada beberapa tips mantappp dari ZALORA. Kenapa ada tips panduan pulak???
Tips ini
mampu "MENGAWET MUDA" kan korang dan kelihatan lebih FASHIONABLE...so
better baca perlahan-lahan kalau tak nak dilabelkan sebagai fashion disaster!!!
Biasanya
bila window shopping, kita nampak kain tudung bercorak itu sangat cantik dan
abstrak (abstraklah sangat), tapi bila balik rumah matching dengan beberapa
baju, hampa. Akhirnya tudung tu korang sedekah kat kawan kan atau beri kat mak.
(Macam aku je)
Kini
rata-rata model muslimah sering menggayakan pelbagai jubah juga baju muslimah
dan biasanya berwarna PLAIN. Dan inilah masanya anda boleh membuat sedikit
kelainan dengan menampilkan bersama tudung bercorak.
Ikut selera
masing-masing. Jika jubah hitam, tudung bercorak hitam seperti gambar-gambar
atas dan bawah ni, menonjolkan imej ELEGAN. Ada juga selera "COLOR
BLOCK" macam aku, contohnya jubah aku hijau emerald dan aku padankan
dengan shawl bercorak kuning atau soft pink. Cita rasa masing-masing.
Elakkan
daripada membeli koleksi tudung bercorak yang mempunyai lebih daripada 3 warna
dalam satu rekaan. Sebaik-baiknya, pilih tudung bercorak yang ‘minimal’ dan
dapat mengelakkan korang daripada kelihatan terlalu ‘sarat’.
Sebenarnya
banyak koleksi
tudung corak online yang boleh korang miliki dengan tawaran harga yang
murah dan menepati cita rasa trendy!!!
Korang
boleh pergi cuci mata kat WEBSITE ZALORA,
like FACEBOOK PAGE dan
follow TWITTER untuk mengetahui update dari
masa ke masa. Selamat memilih dan membeli-belah!
(Ish saba je
aku tengok koleksi tudung kat sini...... boleh pakai untuk pergi taaruf hikhikhik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan