Ini tidak dapat dinafikan bahawa kita sering memadankan pakaian dan aksesori tambahan dengan warna yang sepadan. Tapi kini fesyen ‘colorblocking’ lebih menarik dan boleh diterima pakai bagi penggemar fesyen yang up-to-date. Dengan fesyen ‘colorblocking’, ia mampu menarik perhatian lebih-lebih lagi untuk menonjolkan pesonaliti seseorang.
Tidak kira sama ada ‘colorblocking’ itu adalah corak pada pakaian atau padanan warna pakaian seperti baju, seluar, dress, tudung dan juga aksesori. Terdapat beberapa jenis ‘colorblocking’ iaitu monotone(satu warna berbeza vibrant), campuran kontra pakaian(2-4 warna) dan kontra pakaian dengan aksesori.
Monotone (satu warna berbeza vibrant)
Campuran kontra pakaian (2-4 warna)
Kontra pakaian dan aksesori
Colorblocking yang biasa kita lihat
adalah hitam dan putih kerana kedua warna ini adalah warna asas dan mudah
dipadankan dengan warna-warna yang lain. Penampilan kamu tidak akan kelihatan
kekok walau dipadankan dengan warna apa sekalipun namun bagi pemilihan colorblocking yang ekstreme seperti merah kuning, merah hijau, biru ungu, kita harus
berhati-hati agar tidak mencacatkan penampilan . Pastikan kamu memadankan
warna-warna terang ini dengan betul. Selain itu, kombinasi colorblocking warna –warna pastel juga memberi impak yang menarik
kepada penampilan kamu.
Kenakan warna hijab yang kontra kepada
pakaian anda. Bagi wanita ‘hijabista’ pemadanan tudung adalah bahagian yang
paling penting. Kamu boleh memilih untuk memadankan tudung dengan warna pada
corak baju, dasar warna atau warna yang bertentangan.
Warna asas adalah merah, biru dan
kuning, warna sekunder adalah ungu
(campuran warna biru/merah) hijau (kuning dan biru) dan oren (merah dan
kuning). Warna juga memainkan peranan penting untuk setiap orang yang berbeza
bentuk badan. Boleh jadi kombinasi warna yang sesuai membuatkan anda kelihatan
lebih langsing dan menarik. Pilih kombinasi ‘colorblockinf’ yang betul mengikut
kesesuaian tubuh dan rasa lebih yakin dengan penampilan anda.
Adakah anda penggemar ‘colorblocking’?
Kongsikan penampilan ‘colorblocking’ kegemaran anda dengan kami di ruangan
komen di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan