Sabtu, 19 Mac 2016

DEWANIE: Ixara Peplum Top (NO NEED IRON MATERIAL)


Tumpang promote bisnes kawan.

Kalau dulu DEWANIE mempunyai koleksi shawl yang ekslusif, kini DEWANIE buat clothing. Berkonsepkan fesyen muslimah, DEWANIE tampil dengan IXARA PEPLUM TOP dengan material yang berkualiti tinggi yang paling penting TAK PAYAH GOSOK!!!

Disini ada detail tentang IXARA PEPLUM TOP

  • #IxaraPeplumTopDewanie diperbuat daripada material Buble Crepe dengan full lining, diserikan dengan potongan seperti skirt kembang tetapi masih kekal mengikut syariat Islam, labuh melebihi paras punggung dan tidak ketat.
  • #IxaraPeplumTopDewanie didatangkan dengan 3 warna menarik, dan bermula dengan saiz XS hingga XL
  • Mempunyai wudhu zip dan breastfeed zip, yang penting TIDAK PERLU IRON! Sesuai untuk wanita yang mengejar masa tapi masih mahu tampil cantik.

💎
 WHATSAPP ORDER: 0133082160
💎

💎
 2-5-3A, JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8, BANGI SENTRAL, SELANGOR.


p/s: sorry wanie lambat update

Jumaat, 18 Mac 2016

NIKAH EXPRESS

Alhamdulillah

Artikel kedua di Zalora Community Magazine. 

11 March 2016 : Gemuk VS Fesyen
18 March 2016 : NIKAH EXPRESS


p/s :Nikah express yang saya akan kupaskan ini bukan nikah tangkap basah.
Umur semakin mencecah 30-an dan masih dalam proses kegagalan berkali-kali dalam mencari pasangan hidup. Sudah puas didesak oleh orang sekeliling, bukan tidak mahu berkahwin tetapi belum rezeki. Ayat yang sering diulang oleh ibu, "Waktu ibu umur sebaya kamu, ibu sudah beranak tiga". Soal rezeki awal atau lewat siapa kita untuk persoalkan? Kita hanya mampu berusaha sedaya upaya.
Dalam Islam, perkahwinan adalah separuh dari agama. Bila memikirkan umur lewat sebegini, sudah pasti akan merasa keinginan untuk berkeluarga. Jika sudah gagal berkali-kali dalam perhubungan pasti anda sudah penat untuk menghadap calon yang tidak serius sehinggakan sampai ke tahap redha dan amat berserah dengan siapa anda akan berkahwin. Sebagai wanita, jujur saya katakan, calon adalah amat terhad. Fasa umur sebegini biasanya kita akan menghadapi pelbagai lapisan calon. Calon muda dari umur, tidak seagama, duda, janda dan ada juga suami orang (bermadu). 
Jika disebut tentang nikah express pasti kita akan terfikir jodoh pilihan keluarga atau kini popular pula dengan website mencari jodoh. Nikah express secara kasarnya bermaksud berkahwin tanpa bercinta. Kenal, rasa serasi dan terus berkahwin. Nak kata ikut trend tidak juga apatah lagi adat kerana ia boleh berlaku tidak kira bangsa atau agama. 
Jodoh pilihan keluarga, mungkin agak kompleks kerana kebanyakan kesnya seperti perjanjian antara dua keluarga atau saranan dari satu pihak yang sukar ditolak. Ada juga makcik-makcik yang mempunyai ramai kenalan volunteer menjadi tukang 'kenen'. Biasanya calon pilhan keluarga ini antara orang yang dikenali.
Website mencari jodoh pula konsepnya sama cuma tiada unsur paksaan dalam pemilihan calon. Calon-calon akan ditapis mengikut kemahuan kriteria idaman dan setelah itu mereka akan melalui proses taaruf atau sesi berkenalan. Jika bersesuaian, matlamat perkahwinan akan tercapai. Ada juga mengatakan ia seperti pilihan terdesak. Bagi saya, Tuhan sudah menciptakan setiap itu berpasangan. Ini kerana fitrah hidup untuk kita saling melengkapi. Jika jodoh itu mudah dicari mungkin tidak wujudlah website atau agensi mencari jodoh. 
Semua ini bergantung juga kepada nasib,  jika anda bertemu jodoh awal mungkin mengambil masa kurang dari 3 bulan sahaja mempertimbangkan untuk ke jinjang pelamin jika tidak, anda akan meneruskan taaruf dengan calon-calon yang lain. Ramai juga di antara rakan yang berjaya dan kini sudah beranak pinak.
Adakah ini sebagai taruhan dalam hidup?
Rakan berbangsa Cina saya bertanya “Ramai Melayu kahwin dengan cara ini kan? Adat atau memang tuntutan agama?” Mereka pelik cara ‘kahwin express’ ini seperti tidak munasabah.  Bagi mereka perkahwinan atas dasar cinta itu lebih logik bukannya bercinta selepas kahwin. Adakah jaminan untuk orang yang bercinta berpuluhan tahun itu akan berkahwin akhirnya? 
Saya ada bertanya pada rakan saya yang berkahwin dengan kekasihnya yang telah dikenali selama 8 tahun.
“Walaupun saya dah kenal suami 8 tahun, selepas berkahwin saya rasa banyak lagi perkara yang saya tidak tahu mengenai suami.  Selepas seseorang itu menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri, pasti sedikit sebanyak pesonaliti akan berubah”.
Maka jawapan saya, berapa lama tempoh perkenalan bukan ukuran untuk kita saling menerima dan mengenali pasangan. Cumanya, jika bercinta selepas berkahwin lebih elok kerana terhindar dari sebarang fitnah dan perkara-perkara  buruk terjadi.
Proses nikah express ini membuatkan kita lebih percaya dan berserah dengan takdir Tuhan. Kita akan lebih banyak mendalami ilmu tanggungjawab dan berdoa agar setiap langkah yang dipilih adalah yang terbaik. Perkahwinan bukan happy ending seseorang itu tetapi permulaan untuk hidup baru. Banyak dugaan lebih mencabar di alam perkahwinan. Lebih-lebih lagi pada pasangan yang bercinta selepas berkahwin. Banyak lagi perkara baru yang perlu untuk kita belajar. Ilmu tanggungjawab adalah ilmu yang  dituntut seumur hidup.
“Bagaimana kalau dia berkahwin dengan orang yang salah?”  
Sebab itu blind date atau taaruf adalah proses sangat penting.
Taaruf atau blind date adalah aktiviti sesi berkenalan antara calon dengan harapan dan satu tujuan iaitu hubungan yang lebih serius dan biasanya ke arah alam perkahwinan. Taaruf atau blind date ini sama sahaja tidak kira Melayu Cina India cuma ia berlainan mengikut kesesuaian adat dan agama. Contohnya, dalam Islam seeloknya membawa mahram (ahli keluarga atau rakan) bukannya berduaan berjumpa.
Dalam proses inilah masa untuk kita mengenali hati budi calon. Ibarat dari mata turun ke hati dan dari bicara turun ke jiwa. Jika kita hanya berkenalan di dalam website, kita tidak dapat mengetahui lebih tepat calon tersebut serasi dengan jiwa atau tidak. Dari pertuturan dan bahasa tubuh akan memberi 1001 tanggapan dan tafsiran pada seseorang itu. Jika proses taaruf pertama kali ini memberi respon positif, maka proses taaruf kedua dan seterusnya akan lebih mudah.
Walaupun calon pilihan ibu bapa, tidak semuanya yang terbaik untuk kita. Oleh itu, kita perlu berusaha sendiri untuk mengenali calon dengan lebih mendalam. Sebarang perkara yang tidak diingini boleh dielakkan sebelum membuat perjanjian antara dua keluarga. Dalam proses berkenalan, kita seharusnya jujur contohnya penyakit yang dihidapi, pekerjaan dan lain-lain. Disamping itu, segala keputusan haruslah dinilai sehabis mungkin, restu ibu bapa juga amat penting. Perkahwinan adalah bukan penyatuan antara dua insan sahaja malah antara dua keluarga juga. Silaturahim ini perlu dijaga sebaik mungkin.
Boleh jadi yang kita kehendaki itu bukan yang terbaik untuk kita dan sebaliknya. Maka hidup ini memang taruhan, kita tidak dapat mengatur turun naik perjalanan hidup kita. Apa yang kita mampu lakukan, berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Tiada siapa minta untuk hidup derita. Bergantung pada individu, pilihan kahwin express baik atau tidak.  Kita hanya mampu merancang yang baik-baik sahaja tetapi Tuhan yang menentukan. Kalau ada rezeki saya juga teringin bernikah express. Kepada rakan-rakan yang masih dalam proses mencari, jangan putus asa dan semuga urusan anda juga dipermudahkan.
Anda boleh kongsi pendapat di ruang komen di bawah.

Jumaat, 11 Mac 2016

1ST POST IN ZALORA MAGAZINE COMMUNITY

Alhamdulillah,

Minat blogger dah lama, bila Zalora beri peluang join komuniti, memula tak yakin tapi tak salah aku try kan. 

So my first ever, my official post in Zalora Magazine Community,


Feel free to share and give your feedback. 

Baik buruk In sha Allah saya terima. Redha je la kalau anda kritik kan.... kihkihkih

Salam 


Rabu, 2 Mac 2016

PERGI ATAU TAK KENDURI CRUSH / EX BF???

Ramai rasanya ada masalah ini! 


Kes pertama, ex boyfriend kau.

"Korang clash, beberapa bulan or tahun dapat invitation event kenduri beliau. Kalau sudah ada pengganti ok la tak de la kekok sangat, tapi kalau kau masih FOREVER ALONE? Kalau kau tak pergi nanti dia kata 'eleh tak move on aku lettew, sampai tak nak pergi kenduri aku'. Kalau kau pergi dengan perasaan bajet professional, atau nak beritahu satu dunia yang kau dah move on dari kisah lama tapi hati kau? Siapa tahu? Mulalah kenangan lama terusik, kau akan kembali down atau sebak teringatkan kisah lama"

So better pergi atau buat-buat bz hari tu, just send masej "Sorry, i kene attend 4 kenduri hari tu tak sempat la pergi kenduri u"


Kes kedua, crush ke-23 kau.

"Kau suka dia tapi ......................

DIA TAK PERNAH TAHU PON KAU SUKA DIA!!!

Selama ni kau pendam je dan paling parah kau pula berkawan baik dengan dia. Yes, kalau kau tak pergi 'KAWAN BAIK KOT' kalau kau pergi tak ke sebak gile. Allah je tahu, kau juga takut ternangis kat kenduri dia nanti ...ah sudah!"

So better pergi atau buat-buat bz hari tu, just send masej "Sorry, aku kene attend 4 kenduri hari tu tak sempat la pergi kenduri kau"


HAHAHAHA 
Post ini mungkin bersambung, better aku g tidur dulu 

Bai

Rabu, 24 Februari 2016

ZALORA - PANDUAN MEMBELI TUDUNG CORAK

Penipu la kalau korang tak pernah dengar ZALORA
Aku yang buta fesyen pun tahu, mana-mana je ada iklan ZALORA
Sampaikan aku nak scroll screenlock henpon pon ada iklan ZALORA
HEBAT!

Kali ni ZALORA beri tips panduan untuk membeli tudung corak! Haaaaa aku leh bet kebanyakan gadiz-gadiz dan belia-belia mempunyai koleksi tudung plain lebih banyak berbanding yang bercorak! 

Why Why Why?????????????????????


Adakah isu tidak yakin dengan penampilan tudung bercorak kerna takut kelihatan tua? 

Takut nampak penampilan macam mak-mak tu satu hal, dalam almari kebanyakan baju pula bercorak (baju raya). Biasanya tudung bercorak ini lebih mudah dipadankan dengan pakaian berwarna tunggal atau bahasa biasanya PLAIN. Baju kosong inilah baru sesuai dimatching dengan pelbagai tudung bercorak.

Pendapat aku, tudung bercorak ini juga mampu menaikkan seri dan level confident seseorang itu. So apa lagi??? Moh kita ubah selera fesyen dengan pemakaian tudung bercorak.

Di sini ada beberapa tips mantappp dari ZALORA. Kenapa ada tips panduan pulak???


Tips ini mampu "MENGAWET MUDA" kan korang dan kelihatan lebih FASHIONABLE...so better baca perlahan-lahan kalau tak nak dilabelkan sebagai fashion disaster!!!

Biasanya bila window shopping, kita nampak kain tudung bercorak itu sangat cantik dan abstrak (abstraklah sangat), tapi bila balik rumah matching dengan beberapa baju, hampa. Akhirnya tudung tu korang sedekah kat kawan kan atau beri kat mak. (Macam aku je)

Kini rata-rata model muslimah sering menggayakan pelbagai jubah juga baju muslimah dan biasanya berwarna PLAIN. Dan inilah masanya anda boleh membuat sedikit kelainan dengan menampilkan bersama tudung bercorak. 

Ikut selera masing-masing. Jika jubah hitam, tudung bercorak hitam seperti gambar-gambar atas dan bawah ni, menonjolkan imej ELEGAN. Ada juga selera "COLOR BLOCK" macam aku, contohnya jubah aku hijau emerald dan aku padankan dengan shawl bercorak kuning atau soft pink. Cita rasa masing-masing.

Anda harus elakkan daripada memadankan pakaian bercorak dengan tudung yang bercorak juga. Kang tak nampak pulak mana muka mana satu badan!!!. 


Elakkan daripada membeli koleksi tudung bercorak yang mempunyai lebih daripada 3 warna dalam satu rekaan. Sebaik-baiknya, pilih tudung bercorak yang ‘minimal’ dan dapat mengelakkan korang daripada kelihatan terlalu ‘sarat’.
Seperti model di atas, tudungnya yang bercorak ringkas dan tampak eksklusif. Corak yang terlalu ‘heavy’ boleh membuatkan korang kelihatan serba tak kena dan mencacatkan penampilan seterusnya dilabel tua dari usia. Masa tu baru korang sedar, baru nak menangis kena ejek, kene buli lagi-lagi depan crush. Maka panduan macam ni berguna kan?? 

Sebenarnya banyak koleksi tudung corak online yang boleh korang miliki dengan tawaran harga yang murah dan menepati cita rasa trendy!!!

 Korang boleh pergi cuci mata kat WEBSITE ZALORA, like FACEBOOK PAGE dan follow TWITTER untuk mengetahui update dari masa ke masa. Selamat memilih dan membeli-belah!


(Ish saba je aku tengok koleksi tudung kat sini...... boleh pakai untuk pergi taaruf hikhikhik)


Sabtu, 30 Januari 2016

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 7


"Allahuakbar Alllahhhhhuakbar", syahdu bila Din azankan anak Izwan dan Farhanah. Sebak kerananya ayah bayi tersebut belum sedar dari koma. Sebak.

"Sayang, abang dah tak sabar ni nak nikah... nak pegang anak sendiri??", meremang tetiba Din menukar kata ganti diri....

"What?? sayang? abang??", aku menyoal pelik.

"Come on... don't spoiled it!!! Tengah mood ayah-ayah....suami isteri sangat ni", Din berulang kali mencium pipi bayi tersebut.

Izwan masih tak sedarkan diri. Kecoh bila Farhanah mengerang kesakitan hendak bersalin pagi buta semalam. Air ketuban pecah di tepi katil Izwan. Kecoh satu wad. Farhanah menjerit nama Izwan beberapa kali sebelum kedengaran bayi menangis. Alhamdulillah, mudah sahaja bayi keluar.

Setelah diazakan, Din meminta izin doktor untuk meletakkan bayi disisi Izwan. Kami menolak kerusi roda Farhanah ke katil Izwan. Sebaknya Tuhan saja tahu. Farhanah sudah berjujuran air mata. Anak itu bergerak-gerak merengek mahukan susu, tiba-tiba ..........

Izwan sedar.

Kami semua terkejut.

"Abang.......... anak kita bang. Alhamdulillah abang dah sedar...", Farhanah bangun dari kerusi roda dan duduk di atas katil Izwan sambil mengangkat anaknya.

Doktor dan jururawat datang memeriksa Izwan. Farhanah bangun beri laluan dan semakin kuat tangisan anaknya. Lantas Izwan mengangkat tangannya......

"Farhanah......baby kita...", serak suara Izwan. Dia tersenyum. Walau tidak berdaya bangun namun dia berusaha untuk memanggil Farhanah.

Izwan memandang kami. Sebak melihat keadaannya. Syukur Tuhan masih berinya peluang untuk hidup. Izwan berusaha sekali lagi untuk memegang anaknya. Akhirnya doktor benarkan bayi itu diletakkan disisi Izwan. Anak itu terus diam tertidur.

Doktor beritahu Izwan masih tidak boleh berjalan lagi, berkemungkinan lumpuhnya sementara jika dia tak putus asa jalani rawatan fisioterapi. Allah Maha Kuasa, 

Setelah doktor meninggalkan ruang, Izwan memandang Din, lama. Kemudian baru memandang aku dan tersenyum.
"Terima kasih azankan anak aku...... terima kasih jaga aku dan Farhanah. Terima kasih..........Din... Dira", agak kelam suara Izwan. 

"Kau kan kawan kami..... masa ni susah kami tolong. Nanti waktu kami, giliran kau jaga kami pula", Din perlahan meletakkan bayi atas ribaan Izwan. 

"Abang.......... baby belum ada nama", pelahan air mata Farhanah mengalir sebak melihat Izwan memegang anak mereka.

"Abang tak tahu, awak nak beri nama apa?", Izwan juga turut sebak. 

"Ikhwan .....Ikhwan Fathi bin Muhammad Izwan. Persaudaraan, Kemenangan. Sedap tak???", Izwan mengangguk!!!

Simbol, persaudaraan kami berempat dan kemenangan pada jodoh Izwan dan Farhanah. Bab jatuh talak, mungkin mereka perlu rujukan. Kami mendoakan urusan mereka dipermudahkan.

Din mencuit lenganku, signal untuk beri ruang privasi pada Farhanah dan Izwan.

Sampai sahaja memasuki kereta, aku meleret tersenyum pada Din. Menunggu Din menegur.

"Kau kenapa?", akhirnya Din menegur. Penat juga aku menunggu responnya.

"Nama anak kita nanti, saya suka nama Zuqarnain", meroyan tengok wajah Din azankan Ikhwan Fathi tadi. Ya Allah kacaknya tunang aku.

"Saya tak setuju, saya nak namakan anak kita BAKARUDDIN!!! Din Din Din 3 generasi!!!", Din gelak bergema.

"Alllahhhhhhh.....demam DIN aku!!! cukup la 2 orang nama Din dalam rumah aku nanti! Nak pulak nama anak Din. Sawan". 

-tamat-


Thanks korang baca picisan merepek ni. Serius beritahu, 50% dari cerita ni dari kisah benar dan selebihnya fantasi aku. Tujuan aku create watak Dira sebab aku nak beritahu, susah nak elak dari kes macam ni. Ramai di antara lelaki yang baru berkahwin, cari perempuan lain. Tak tahu la tak cukup zahir ke batin. Kononnya tak cinta isteri. Kahwin sebab famili. Bertalam-talam muka si laki ni. Janganlah jadi dayus.

Yang perempuan pula, elak la kalau boleh elak. Tapi kalau dah jodoh macam mana kan. Aku tak boleh berat sebelah juga. Jadi yang kedua atau bermadu banyak cabaran. Jangan lah ambil kesempatan, dendam, sihir, jika betul jodoh kita begitu, usaha la baiki hubungan dengan bakal madu. Ya Allah, sungguh berkata lebih mudah dari merasa sendiri kan? Aku doakan perkara yang baik pada kalian. Aku pon belum berkahwin dan aku belum lagi diuji sebegini hebat. Future aku tak tahu aku bagaimana. Maaf jika cerita aku menyinggung pelbagai pihak. Niat aku satu, madu ke tak bermadu, dugaan berumah tangga bukan fasa terakhir bagi satu kehidupan, ia adalah fasa permulaan. Jatuh naik turun, bermula dari rumah tangga. Semua kita dalam golongan syurga jannah. Amin.

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 6


Meraba-raba tangan mencari telefon celah bantal dan meja sisi katil. Mana telefon ni?? 

Ringtone masih berbunyi, akhirnya dapat capai telefon yang jatuh tepi katil. Mata masih rapat, mengantok sangat, semalam seharian aku dan Din pergi Disneyland. Penat.

"Sayang, SURPRISE!!!!!!!!! Guess what? Where am I now? Abang dekat Haneda ni, abang on the way ke rumah sayang ni", terus segar bugar mata. Aku bangun terus mandi dan kemas rumah. Tak sedar aku campak telefon tanpa mematikan talian dengan Izwan. Ini memang gila.

MIMPI TU???????? MIMPI KE NI??? Aku tampar pipi. SAKIT.
Terus aku teringat pada mimpi ngeri haritu. Ya Allah, jika benar Izwan akan mengamok dan Din......... Din mungkin mati.... Ya Allah apa perlu aku buat?

Rupanya Izwan sampai ke penginapan kami lebih awal dari yang aku sangkakan. 

"Kenapa abang datang sini??? Farhanah macam mana?", salam Izwan dimuka pintu tidak berjawab namun aku terus bertanya soalan ini kepadanya.

"Kau ni dah kenapa bukak isu Farhanah pagi-pagi ni?  Kau buta aku datang jumpa kau jauh-jauh ni nak jumpa kau?", nada Izwan lain dari intonasi salam sebentar tadi. Aku cuak. Betul lah mimpi haritu, Izwan akan jadi agresif dan.......

"Bukan,..tapi lagi dua minggu saya nak balik Malaysia kan.... ", belum habis terkejut Izwan terus memeluk aku dengan baju sejuk yang masih berbaki sisa salji. Aku cuba melepaskan pelukan Izwan. Agak pelik kelakuan Izwan. Dia tidak pernah cuba memeluk aku, selama ini pegang tangan pun tidak. 

Aku biarkan.... pelukan terlalu erat. Mungkin ada sesuatu berlaku. Kenapa dengan Izwan?

"Abang.....kenapa ni? Something happen right??", aku cuba tenangkan Izwan, Takut pula mimpi jadi kenyataan. Paranoid.

"Abang, abang temankan Farhanah ke hospital minggu lepas. Abang tengok baby", Izwan menghulur gamba scan bayi.

"Abang, bakal jadi ayah? Sayang bakal jadi ibu....", hakikatnya ibu tiri maksud Izwan. 

"Abang, saya ada hal nak bincang dengan abang ni......---

Tak sempat aku habiskan ayat, Din terjah masuk dan menjerit "BREAKFAST!!!!!"

Aku dan Izwan terkejut dengan kejutan Din. Izwan memandang aku mengharapkan penjelasan siapa Din. Ah sudah, aku terus berlari ke dapur menyorok semua pisau dan barang yang boleh bunuh Din. Mampos kalau mereka bergaduh nanti. Aku terus capai telefon, aku akan call polis.

"Kenapa kau, nak masak guna pisau apa? Ni aku buat pancake, tak perlu potong dengan pisau kot. Salam Izwan, meh kita makan sekali, rezeki kau murah, datang-datang ada makanan", Din selamber menegur Izwan.

********************************************

"Aku rasa aku pernah tengok kau!!!", tiada senyuman pada bibir Izwan.

"Alaaa kita kan kerja satu bangunan. Aku satu company dengan Dira tapi lain department. Mungkin kita selalu terserempak dalam surau", Din menerangkan pada Izwan dengan hormat, 

"Ooooo ok......aku faham", Izwan memandang aku. 

"Ermm... jom kita keluar jalan-jalan. Aku belanja kau", Din mengajak. Aku membuat muka marah, aku takut mereka bergaduh pula tengah bandar nanti.

****************************************************

Din mengajak kami ke makan kat area Shibuya. Dalam train jelas perangai pelik Izwan, dia pegang tangan tak lepas. Rasa tak selesa bila Din asik memandang aku. Sesekali aku memberi isyarat 'No No I didnt mean it!!' bermaksud aku tak rela pun pegang tangan Izwan. Bukan aku.

"Best jugak Jepun, ni first time abang datang sini. Kita honeymoon sini pon not bad kan?", Izwan membetulkan knitted glove aku. Muncul perasaan kasihan pada Izwan. Bagaimana aku nak beritahu tentang aku dan Din? Kami unofficially, engaged! Ya Allah, kasihan Izwan. Lelaki inilah aku pernah cinta separuh nyawa, Lelaki inilah cinta pertamaku. Lelaki inilah pernah buat aku bahagia. Pernah. 

Setiap kali aku melihat Izwan, terus aku teringat pada Farhanah dan gambar scan bayi yang Izwan tunjukkan tadi. Ya Allah serba salahnya hati ini. 

Din, mungkin alasan kuat untuk aku berundur dari situasi Izwan dan Farhanah. 

Sampai di restoran, Izwan masih memegang tangan aku. Depan-depan Din, Izwan menyatakan dia rindu, honeymoon, rumah kami.... berulang-ulang ayat sebegitu. Aku? Tiada respon, kekok dengan Din. Din pula banyak diamkan diri. Susah nak baca riak wajah Din. Apa pandangan dia pada aku, mungkin dia akan cancel niat dia nak kahwin dengan aku!

Selepas makan, kami berjalan-jalan cuci mata. Izwan kelihatan seperti penat sangat naik turun tangga. Sebelum naik train pulang, dia meminta izin ke tandas sebentar. Hilang sahaja kelibat Izwan, Din mendekati aku.

"Aku tahu, aku takde hak pada kau lagi, aku tahu situasi kau dengan Izwan sekarang tapi aku tak suka tengok dia peluk-peluk, pegang-pegang kau. Aku tahu sini Jepun, takde orang tegur kalau dia buat macam tu... tapi aku tak suke. Aku sakit mata, aku benci............. aku cemburu...."

"Uuuuuuuuuu,,,,,cemburu!!!!!! Nak aku peluk kau gak ke?", aku sengaja berlawak supaya Din tidak stress dengan Izwan takut punca bergaduh nanti. 

"Aku cemburu la... kau tu tunang aku. Aku dah booked kan??!!! Aku report pada Pak Din", Din membetulkan tudung aku, anak-anak rambut kelihatan. Aku membiarkan aja kelakuan Din dengan harapan memujuk hati lelaki itu. 

Babak itu disaksikan oleh Izwan. Kami berdua terkejut, Izwan sudah berada disebelah kami. Izwan diam sehingga sampai di penginapan aku. 

Tetiba.......

"Izwan, kami ada perkara nak bincang pada kau". Din mulakan perbualan. Aku juga rasa, ia waktu sesuai kerana kami baru selesai solat berjemaah. Kami duduk dan aku masih bertelekung. Yang pasti, aku dah sorok semua pisau, gunting, pen dalam stor. Dalam bilik tamu itu kosong, hanya ada sejadah dan kami. 

Tenang, Din menerangkan keadaan pada Izwan. Cuaknyaa, hanya Allah tahu. Aku menjangkakan peperangan besar dan aku terpaksa bersedia. 

"Aku tahu, aku sudah beristeri dan bakal jadi bapa. Tapi aku tak boleh hidup tanpa dia. Kau sengaja buat plot ini bersama supaya aku batalkan niat aku nak kahwin dengan dia? Kau kenapa tetiba datang nak caras tunang aku?", Izwan menyambar dahulu. Tetapi keadaan masih terkawal, surah Izwan mendatar tapi semakin tegang ayatnya. 

"Abang, saya belum beri jawapan pada lamaran hari itu, maka kita belum terikat dengan sebarang janji. Saya nak abang faham", aku cuba jelaskan ayat tunang itu diulang banyak kali oleh Izwan.

"Sekarang ini kau nak cakap kau tak nak kahwin dengan aku laaa? Kau berkomplot dengan budak ni kononnya korang nak kahwin? Kau  jangan memain dengan aku ni Dirah. Kau ingat, kalau kau tak kahwin dengan aku, aku tetap ceraikan Farhanah!!! Aku tak kira. Aku tahu ni mesti Farhanah ugut kau kan?? Kau siapa Din, nak rampas dia dari aku??", Izwan kali ni berang. Aku terkedu.

"Atas sejadah, depan al-Quran ni. Kami tiada komplot dan aku percaya Farhanah juga tak pernah ugut Dira. Kau tenang, mengucap banyak-banyak. Aku tak pernah niat caras kau ke rampas ke... aku tak suka rebut rampas hak orang ni. Untuk pengetahuan kau, Dira sendiri beritahu kau tadi yang dia belum beri jawapan pada lamaran kau. Kau syok sendiri kenapa mengaku tunang dia? Kenapa nak paksa orang ikut kemahuan kau? By the way, sudah jatuh talak kau pada Farhanah bila kau cakap macam tu. Cuma sah gugur talak itu selepas habis edahnya. Dalam tempoh ini kau masih bertanggungjawab pada dia dan anak kau. Mudahnya kau lafaz perkataan cerai pada ibu kepada anak kau?", Din menegur Izwan. Matang dan tegas.

"Aku tahu aku tak layak ajar kau agama. Hal kau dengan Farhanah, kami tidak boleh masuk campur tapi kau juga tiada hak nak paksa dia kahwin dengan kau... . Secara jujurnya, kami sudah bertunang dengan persetujuan ibu bapa dia. Aku tak pernah paksa Dirah terima aku dan aku ikhlas terima dia. Sebab itu, dengan cara elok aku berbincang agar kau jelas dengan hal ini dan kita selesai cara matang tanpa dendam. Aku tak nak sebab hal ini kita bermusuh. Sebagai lelaki, aku wajar selesaikan secara damai dengan kau. Aku tahu, kau rasa marah tapi mengucap panjang-panjang. Fikir masa depan anak kau juga", panjang Din menyambung. Tapi jelas Din sangat matang. Selama ini jika ada salah faham atau masalah pada tempat kerja, dia sendiri tampil untuk berbincang agar masalah diselesaikan bersama. Bukan selesai pada satu pihak sahaja. 

"Eh, senangnya kau cakap. Sekarang ni kau mengaku dah bertunang pulak! Main-main apa budak ni??? Cuba kalau kau jadi macam aku!! Dia ni dah setuju nak berkahwin dengan aku sebelum ni. Sekarang ini bila aku dah serius, senang pulak nak batalkan? Kenapa tiba-tiba? Aku dah tak nampak masa depan aku dengan Farhanah. Anak aku pula kau pancing agar aku benarkan korang kahwin?  Kau sengaja kasi aku panas ni", Izwan terus panas. 

"Maafkan saya bang, banyak dosa saya pada abang. Mulanya saya nekad, redha jika jodoh saya jadi yang kedua untuk abang. Tapi semua berubah selepas saya jumpa Farhanah. Susah saya nak jelaskan tapi yang pasti sebelum saya berjumpa dengan Din lagi, saya nekad untuk tidak menerima lamaran abang dan Farhanah. Saya juga yakin dengan istikharah saya, abang bukan jodoh saya. Maka, saya terima lamaran Din dengan redha. Tiada niat mainkan abang tapi jujur saya tak boleh. Saya sudah beritahu Farhanah tentang ini. Saya tolak lamaran, cuna saya tak boleh beritahu abang lagi. Mungkin hari ini kita bertiga jumpa dan Allah izinkan kita berbincang hal ini", sebaknya Allah sahaja tahu. Beriya aku terangkan pada Izwan. Takut amarahnya sehingga bertumbuk dengan Din. Aku juga takut jika Izwan menyimpan dendam. Mimpi tak mimpi, aku nekad pilih Din.

"Izwan, aku minta maaf jika kau rasa aku rampas hak kau. Aku betul-betul minta maaf. Tapi aku nak kau fikir sehabis mungkin. Farhanah dan bayi bakal dilahirkan. Mereka tak bersalah dalam hal ni. Aturan Allah tu cantik, dengan hal begini kita dapat jumpa, selesaikan satu per satu masalah mana tau moga-moga perjalanan hidup kau dan Farhanah bukan satu perjalanan yang singkat. Aku sendiiri lihat, reaksi gembira kau tunjuk tayang gambar scan anak kau. Sudah terdetik hati tu, kau datang sini kerana kau rasa bersalah pada Dira. Hati kau terdetik setelah tengok anak kau.... dan mungkin Allah dah lembutkan hati kau pada Farhanah. Aku yakin, sekarang kau takut kau tak dapat tunaikan janji kau pada Dira. Tolong lah fikir balik, niat kau tergesa-gesa datang Tokyo jumpa Dira, walhal kami akan pulang tak lama lagi. Kenapa? Fikirlah", bijak gila Din. Aku pun tak sangka andaian Din itu LOGIK. Kenapa Izwan datang terus peluk aku. Kemudian tunjuk gambar anaknya. Allah

Akhirnya......Izwan bangun. 

"Mungkin aku perlu masa. Aku tak boleh terima jika korang berkahwin dalam waktu terdekat. Tolong beri aku masa. Aku pon tak nak bertumbuk dengan kau atau berdendam dengan orang yang aku sayang", Izwan memandang aku dengan sebak. Dia bangun dan mengemas beg. Dia bergegeas keluar walaupun lelah dipujuk oleh Din untuk menetap dibiliknya sehingga pulang esok. Pelawaan tersebut ditolak tanpa respon oleh Izwan. Aku dan Din hanya membatu dan menunggu kelibat Izwan hilang dari pandangan. Mungkin ini bukan pengakhiran, tapi kami dah cuba sedaya-upaya selesaikan hal ini dengan damai. Syukur Izwan tidak bertindak agresif seperti dalam mimpi dan syukur aku juga dapat saksikan satu lagi penyebab kuat untuk aku terima Din iaitu lelaki ini amat matang. Dia berjaya tenangkan Izwan tadi.

*****************************************************

Seminggu selepas pulang ke Malaysia, kami dapat pelepasan cuti selama seminggu lagi. Din pula meminta izin untuk makan malam di rumah. Ibu semangat masak di dapur dan ayah pula sibuk ke kedai membeli barang.

"Akak, Din junior tu suka makan daging kerbau tak? Ayah nak jumpa Pak Dak Yek ambik daging sedikit. Ayah nak suruh ibu buat sup tulang".

"Budak tu makan semua ayah, ambik lebih sikit akan nak buat bakar-bakar", Pelik nak bahasa Din depan ayah. Haha.

"BUDAK? Tu la kamu, pilih bakal suami nama Din juga....... dah la muda. Nak panggil abang tu HAHAHAH", berderai ayah gelak menyakat. Betul juga, kelakar la nak panggil Din abang...pelik pula panggil suami dengan panggilan nama nanti. Adoi. 

"Akak.........telefon tu angkat!!!"

"Dirah!!! Abang Izwan ...... kemalangan!!!", aku tergamam. Terus aku capai tudung dan kunci kereta. Kebetulan Din baru sampai hadapan rumah, aku terus membuka pintu keretanya memberitahu tentang berita hal Izwan. Kami bergegas ke hospital.

Dalam perjalanan air mata aku mengalir deras, dalam waktu ini juga kerisauan aku melampau sehingga aku tidak peduli tentang hati Din di sebelah. Din juga diam, mungkin dia faham.

Sampai sahaja di hospital, kelihatan wajah sugul Farhanah duduk sendirian di hadapan wad kecemasan. Air mata kering sudah. Mukanya sembab.

"Abang belum keluar lagi.......", sebaik sahaja Farhanah perasan akan kehadiran kami automatik dia menangis semula. Kasihan akan keadaan Farhanah yang juga sarat mengandung, aku menyuruh Din menghantarnya pulang tetapi Farhanah tetap berkeras untuk menunggu sehingga Izwan keluar.

Selepas 4 jam, pintu wad terbuka. Kami bertiga bangun menuju ke arah doktor.

"Alhamdulillah dia selamat, agak kritikal sehingga 2 kali jantungnya berhenti tadi. Syukur, walaupun tulang rusuk patah dan kecederaan kepalanya agak parah tapi dia berjaya melepasi fasa kritikal", syukur Izwan selamat.

-Bersambung-

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 7

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 5

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 2
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 3
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 4


"Keluar!!!!! DIRA!!!!!!! Keluar", suara lelaki menjerit. Terpisat-pisat mata dan masih mengecam adakah itu suara Izwan???? Aku bangun dan sempat melihat jam pukul 3 pagi di Tokyo. Lagi beberapa jam untuk Subuh.

Ya Allah, kenapa Izwan datang lewat malam dan meracau-racau. Sebaik sahaja pintu dibuka, Izwan menolak aku masuk.

"What??? Are getting marry with Fakruddin?? Who the hell is he? Fu**!!! Siapa dia???", Izwan sah dirasuk.

"Mengucap abang, mengucap", aku masih terpinga-pinga. Bagaimana Izwan tahu tentang Din? Bila masa aku decide nak kahwin dengan Din ni? Seingat aku baru semalam aku dan Din......

"Kenapa kau tipu abang? Kau kata kau sayang abang, tapi kenapa buat abang macam ni? Kau nak tengok abang mati ke? Haaa??", Izwan bertindak agresif menolak aku ke dinding. Jelas derauan nafas Izwan berasap kerana suhu yang amat sejuk. Tak pernah seumur hidup aku lihat Izwan marah sebegini. sepanjang perkenalan aku, Izwan sangat-sangat gentle, amarahnya tak pernah ditunjuk.

"Kenapa ni??? Dira???", Din menerjah masuk terus menarik Izwan menjauhi aku.

Bermula pergelutan. Dari dalam hingga ke luar rumah.

"Tolong abang...lepaskan Din!!! Tolong abang", menggeletar tubuh aku bila lihat Izwan menikam perut dan bahu Din. Lantai salji putih kini berwarna merah.

"Kenapa Din? Sebab kau nak sakitkan hati abang? Sebab kau nak lari dari masalah? Sebab kau kasihan dengan Farhanah? Atau tak nak bermadu? Aku dah kata aku akan ceraikan perempuan tu!!!", termengah-mengah suara Izwan setelah bergelut dengan Din. Din tewas dan hanya menahan sakit mungkin juga menunggu malaikat maut menjemput.

"Kau ingat aku bodoh?, tak logik sungguh kronologi kau nak kahwin dengan Din sebab cinta. Kau baru kenal dia, kau kenal aku lebih 6 tahun. Kita.....kitaaa saling ... Aku cintakan kau. Tak cukup? Nak aku buktikan apa lagi??", Izwan mengangkat tinggi pisau mengugut untuk menikam wajah Din. Din kelihatan pasrah.

"Dengar dulu bang, saya sayangkan abang dan kita kahwin bang....kita kahwin... ya Allah...jangan bunuh Din tolong bang......", merayu-rayu sambil meraung. Aku tak sanggup hidup jika Din mati kerana aku.

................................................

Alarm - Bang bang bang, Big Bang.

Ya Allah......aku mimpi rupanya. Sampai menangis-nangis aku mimpi. Astagfirullah..... Lihat jam 3 pagi. Aku terus bangun, waktu tahajud dan istikharah. Sejak Izwan menyatakan hasrat untuk berkahwin, aku gigih meminta petunjuk dan ketenangan. Aku gusar, tindakan aku berlandaskan nafsu semata-mata. Aku takut rumah tangga akan datang kecundang ditengah jalan.

Ya Allah, mimpi tadi antara waktu mustajab. Jika benar mimpi tadi petunjuk, aku tak rela berkahwin dengan Izwan. Jika aku...memilih Din mungkin dia....... seperti dalam mimpi. Adakah mimpi tadi petanda jawapan istikharah aku? Alllahh....

********************************************

"Woi, keluar aku kat luar ni...cepat la!!", Din menghantar rakaman suara melalui Whatsap.

Selang seminit, Din menghantar masej lagi. 

"Sayang, tak perlu make up lah, aku dah beku kat luar rumah ni .....", Suhu pada waktu malam sehingga negatif 5 darjah celcius. Cepat-cepat aku menyarung kasut dan keluar. Lihat Din sedang melompat-lompat. 

"Sorry la aku tertidur, mana ada make up!! Kau ingat aku macam perempuan lain ke make up semua? Jimat tau, kalau kau kahwin dengan aku, maintenance tak banyak", Din terus tersenyum apabila mendengar perkataan kahwin. 

"Kau kena lah make up untuk suami, dapat pahala. Tak pe, sekarang biar hodoh-hodoh dulu. Nanti kahwin, aku beli kau barang make up. Hantaran nanti make up ok!!!", Din menarik tudung aku sehingga kelihatan dahi jendul aku. Protesnya supaya aku tidak berhias untuk lelaki lain.

Sebulan selepas Din melamar dan juga kejadian mimpi ngeri tersebut, aku takut, aku takut.....sebab aku dah jatuh hati dengan Din. Istimewanya Din buat aku jatuh cinta berkali-kali. Pelik aku langsung tak merindui Izwan. Serius pelik.

Kami hanya ada sebulan lagi di Tokyo. Semakin hampir kami dari mimpi indah, bila balik Malaysia aku perlu bersedia untuk menghadap realiti. Izwan, Farhanah dan Fakhruddin. Tak boleh ke kalau aku terus menetap di Tokyo..............bersama Din?

"Nanti kita balik Malaysia, kau nak aku terus jumpa family kau or aku jumpa Izwan dulu? Tapi serius aku memang tak leh bayang apa akan jadi. Tapi aku harap kau tak lari dan buat keputusan sendirian. Kita dah setuju untuk perkahwinan ni, Aku harap kita sama-sama selesaikan satu-satu masalah ok!!! Janji??? ", Din menarik tangan aku supaya aku fokus hadam dengan permintaannya. Permintaannya seperti Izwan. Jangan lari dari masalah!!

"Iye....... tapi betul kau serius nak kahwin dengan perempuan macam aku?? Tak menyesal??", aku tahu Din serius, tapi aku tak yakin aku boleh bahagiakan dia. 

"Aku pon tahu aku menyesal ke tak, kata suruh buat istikharah. Kita usaha je la dulu. Kalau kau tanya hati aku, ikut hati nak cium je mulut kau sebab asyik tanya soalan bodoh ulang-ulang", akhirnya aku pulak kena marah. Tegas Din, 

"Kau ada mimpi aku tak ke ade rasa cinta dah kat aku?", soalan Din buat aku meremang! Teringat mimpi ngeri, Din bermandi darah ditikam Izwan. Izwan jadi gila dan aku perlu kahwin juga dengan Izwan.

Tapi hakikat, aku sudah jatuh hati pada Din.
 Kini halwa telinga aku macam ketagih untuk mendengar suara Din. Tanpa menjawab soalan Din, aku hanya tersenyum dan tergelak.

***************************************

"Ibu...Ayah............... ini kawan akak, Fakruddin, Din. Kami ada hal nak berbincang dengan semua harini", aku dan Din menghubungi ibu ayah melalui SKYPE untuk menyatakan hasrat kami. Itupun setelah didesak oleh Din beberapa kali. 

"Kami............", belum sempat nak cakap Din terus menyampuk.

"Mintak maaf makcik pakcik. Saya berniat nak melamar Dira jadi isteri saya", aku terkejut lalu menepuk peha Din. Pandangan kami bertaut. Lama kemudian, Din menggosok pehanya yang perit. 

"Izwan macam mane? Kami sebenarnya tak faham juga ini. Tapi jika kamu bedua betul-betul nekad, kita ikut cara yang betul. Kamu berdua balik dulu, kita bincang. Kamu berdua dah terlanjur ke sampai mengejut beritahu kami nak kahwin ni????? Kamu jangan!!!!", ibu terus nyaring naik suara. Ayah masih membatu. Terkejut gamaknya. 

"Eh makcik pakcik, saya budak baik, saya masih teruna (Din memeluk dirinya sambil memandang aku). Kami tak buat benda bukan-bukan. Saya anak yatim piatu, mungkin saya akan bawa beberapa kawan saya untuk datang ke rumah nanti. Hal Izwan dan Farhanah, kami sendiri akan selesaikan. Hari ini saya cuma nak minta izin sahaja. Mungkin cara saya tak salah, tak mengikut adat kita", kini Din monopoli perbualan di skype.

"Kami okay je, adat tak adat yang penting ikut cara Islam. Ayah nak kamu balik dulu, hal Izwan tu ayah takut dia bertumbuk dengan Din atau tinggalkan Farhanah nanti. Ayah risaukan Farhanah yang sarat tu", jarang ayah bersuara. Jelas kebimbangan ayah pada Farhanah. Sejak Izwan dan Farhanah bertandang ke rumah untuk melamar hari itu, ayah terus jadi pendiam. Dia pernah menegur Izwan kerana berlaku kejam pada Farhanah. Bagi ayah, Izwan tak bertanggungjawab, kasihan Farhanah yang sedang sarat mengandung dilayan sebegitu. 

"Ayah nak tanya Din, Kamu tau nama pakcik apa?", soalan tu tidak semena-mena aku dan ibu tergelak barai. 

"Tahu pakcik, Khairudin, Din juga", Din menahan gelak tapi masih bajet cool.

"Dah tu, nanti kalau ada orang panggil Din siapa nak menyahut ni?", dah kenapa ayah ni buat lawak. Jarang aku tengok ayah buat lawak bodoh dengan orang yang baru dia kenal.

"Saya sambut bagi pihak ayah juga, EH!", Din menekup mulut spontan. Kami berempat mengilai. Alhamdulillah, seronok tengok Din bergurau dengan ayah ibu. Suatu perasaan baru. Aku hanya memandang muka Din. Tak puas rasanya memandang lelaki ini. Dia bukannya kacak macam Izwan. Lelaki kurus tinggi ini redup matanya. Din juga telah buat ramai gadis jepun sawan. Karismanya mungkin. Ada seorang wanita di kilang, mengatakan Din serupa pelakon korea So Ji Sub. 

"Kau dah jatuh cinta dengan aku kan? Tenung muka aku macam nak makan je? Ade rupa piza ke muka aku ni?", tak sedar Din menamatkan perbualan ibu dan ayah. Aku sedar Din menegur aku, tapi mata tak lepas pandang. Serius tak puas.

"Fakruddin, kiranya kita dah 'booked' each other kan??", spontan ayat tu terpacul.

"Ermmm... kau sudi terima anak yatim piatu macam aku?" Din membalas pandangan dengan penuh ........... (aku hilang kata).

"Jom makan.......lapar", sebenarnya aku malu nak jawab soalan Din. Tak sangka kan, aku ingat Izwan lelaki pertama dan terakhir. Rupanya mungkin Din yang terakhir....mungkin.

"Awak tak kenyang lagi ke tengok muka saya, bakal isteri?", Din memandang aku dan kami serentak gelak sebab geli dengan ayat 'future kami' tadi. Haha meremang. Masing-masing spontan menggeletis meremang..

Hal mimpi, aku sememangnya takut tapi aku cintakan....................Din

-bersambung-